Nuffnang Advertisement

Monday, May 19, 2014

Minggu exam


Minggu ni anak2 exam...dari hari isnin sampai Khamis. Anak2 exam aku yang risau lebih2 diaorang macam tak ada apa yang berlaku. Aku yang sibuk check pencil tajam ker tak tajam, eraser bersih ker hitam, pembaris ada ker tak...budak2 ni boleh buat dek jer. Tapi malas nak bising kang stress pulak anak2 aku dengar suara petir aku kang.

Yaya mmg kena kerah sikit ngan cikgu tuisyen minggu lepas...minggu ni no tuisyen biar dia buat revision sendiri kang push banyak sangat jadi bengong pulak anak aku. Kita tgk tahap mana dia mampu buat kali ni..kalau still tahap itu jugak mananya kena buat plan B. Kalau result ok....maknanya projek aku ngan Cikgu tuisyen berjaya. Yaya ni jenis tak pandai baca or hafal seorang diri. Dia kena duduk ngan cikgu baca sama2 lepas tu kena bagi penerangan sekali. Lepas dia faham segala penerangan dari cikgu baru dia pandai buat nota sendiri.

Adik tahun ni aku tengok gitu2 dulu, tak ada tuisyen kecuali kelas English hari Sabtu. Tunggu masuk darjah 4 baru aku start balik. Sekarang bukan main sukaria sikenit tu...sambil jalan depan kakak dia sambil jelir2 lidah. Tunggu tahun depan tgk lidah tu sempat terjelir ker tak? Budak2 zaman sekarang belum lagi ujian dah mintak macam2...suh janji beli itu ini kalau lulus, aku angguk jer kepala tu...kang awal2 dah reject putus pulak harapan nak berlajar nanti. Aku dulu2 nak bersuara kat abah pun tak berani...dulu kalau lulus pun setakat sign lepas tu bapak aku senyum sikit jer mulut tu...kalau x lulus banyak sangat warna merah memang melayang lah report card tu luar pintu...kutip balik suh mak sign pulak, sambil sign sempatlah mak tunjal 3 kali kat  kepala aku. Kalau angin tak teruk sangat dia tunjal jer lah buat angin mak aku tak betul hari tu siap pakej debuk belakang sekali.

Zaman aku dulu, waktu tidur masih guna kelambu, tak kisah lah hari cuti ker hari bersekolah ker tetap kena bangun pukul 6 pagi..kalau tak bangun nanti atok aku gunting tali gantung kelambu tu. Stress ok!! "orang perempuan jangan nak bangun bila matahari terbit tak masuk rezeki tu nanti". Itu belum lagi bulan puasa kalau kejut berapa kali tak bangun sebaldi kena curah air kat muka...hayoooo ini atuk sangat garanglah. Atuk aku dulu berani jalan depan dia tak tunduk, bagi air tak ada alas, makan tak tinggal orang belakang, tidur tak basuh kaki...mmg pantang dia lah memang makian jer kena nanti.Nasib budak2 sekarang dapat nenek pun dah moden sikit, jarang dengar bebelan. 

Mak aku lagi susah nak jaga hati dia...basuh kasut sekolah tak putih macam apa yang di nak mmg kena sental lah sambil nangis2. Basuh pinggan pun macam tu gaks habis dia tgk satu2...nampak cili atau minyak sikit habis semua dia suh cuci balik. Budak2 sekarang beruntung semua maid buat kan yang tak ada maid macam aku...mmg muka ni lah kena sental semua.

Eh! bukan ker tadi cite pasal exam, apahal laks cite pasal dahulu kala pulak ni! hahahah. Oklah Mama doakan Yaya dengan Adik dapat jawab soalan dengan mudah dan tenang ya. Good Luck my darling!!



9 comments:

Miss Brenito said...

ala ala ala, comel jer tersasul cerita... by the way orang jaman dolu2 memang garang tahap harimau pon takut nak lintas.. hahahaha

Nurulhuda Abdul Latip said...

Good luck Yaya dan adik...

Chekgu Azrine said...

Good luck utk ank2 sis

Norma NML said...

Good utk yr doters..anak akak hari ni last..pagi2 dah ckp ..hoorayy..hari ni merdeka..hmm..kids nowadays..

li n said...

Kalau exam karangan ni....kene potong markah....lari dari tajuk

sohail said...

good luck utk anak-anak kak elly.
kak elly, tambahan kat sini, saya nak cakap je suami akak macam character dalam series Game of Thrones {famous ni kat US and uk}so kira character ni tgh 'hot' untuk season ni. Oberyn Martel. hihihih. sila check tau... saja saya tgh fikir muka oberyn ni mcm saya pernah nampak kat mana, teringat MG Movers!!! hahahah... lucu pulak. anyways, good luck with the kids. salam x

Our Story said...

good luck untuk anak-anak Elly

soulsearcher said...

Kak elly,anak sy baru darjah 2.sy yg stress kerah dia belajar..mcm tiger mum plak dh.hadoi..bg tips sket camne nk cool down

soulsearcher said...

Kak elly,anak sy baru darjah 2.sy yg stress kerah dia belajar..mcm tiger mum plak dh.hadoi..bg tips sket camne nk cool down