Nuffnang Advertisement

Thursday, May 15, 2014

Just two of us!!


Korang pernah tak ada perasan tetiba rasa nak keluar berdua jer dengan suami...tak ada gangguan anak2. Aku dulu selalu ada perasaan macam tu setiap hujung minggu mesti nak berkepit jer dengan En Win. Tapi sejak anak dah besar ni rasanya dah jarang buat perangai macam ni. Last masa berduaan waktu gi Bali bulan 12 haritu lepas tu mmg sepanjang masa dengan anak2. Tahun ni mmg tahun busy nak bercuti pun tak sempat. En Win siang malam kerja..kadang2 tengah borak pun boleh tertidur tak sampai hati nak ajak keluar, letak jer kepala kat bantal berdengkur terus...kadang2 sampai mengigau sebut pasal kotak lah, barang2 permindahan lah...hahahaha.

Aku pulak  busy handle anak2, kerja rumah yang tak pernah selesai. Nak muntah aku tengok kain baju, setiap hari rutin yang sama. Tak bosan sebab ini tanggungjawab kalau tak buat ingat ada kuasa ajaib ker datang tolong. Kadang2 sampai seret2 kaki nak mengemop lantai. Hari Ahad jer dapat bangun lambat sikit, makan luar, kopi2 dengan anak2. Hari lain nando memasing sibuk dengan tugas memasing.

Sabtu lepas rasa rasa macam...ok enough...letih nak mengadap benda yang sama. We need time for each other. Dah lama rasanya tak berdating...make up lawa2...dress up untuk suami. Candle light dinner, u hadap muka i...i hadap muka u sambil dengar music. Yupe we need time for each other . Tak nak borak pasal anak, tak nak borak pasal kerja just nak lepak dengar music sambil pelok2...aaaauuuuuwwww.

Dengar live band sambil kepala dan badan goyang...aktiviti menari dah lama tinggalkan sebab step banyak dah lari tak sama macam budak2 sekarang guna kaki jer nari tak ada hayun2 pinggang lagi. Last menari dengan En Win waktu kat Bali hari tu...setengah lagu dah mengah....hahahahaha Alhamdullilah dah hampir 20 tahun aku kenal En Win...tak banyak berubah masih seperti dulu...cuba saiz badan dah banyak beza.

Ada satu reader tu tak perihatin langsung ada ker cakap laki aku "beast" mmg mulut tempayan sangat ni. Laki orang tu, kalau nak kutuk pun dalam hati jer lah tak payah hantar komen bagai..kecik hati Kak Ton. Korang tengok macam beast..Kak Ton tgk hansem jer laki Kak Ton...apa aku kesah laki aku kan bukan laki korang...kannnnn! kang kalau hensem2 orang tackle camne...kan dah merana. Kita pun semakin hari semakin tua tak sepanjang masa jelita jer...apa ada pada kecantikan yang penting jujur dan sayang Kak Ton dan anak2.

Ok lah itu jer nak cite...kak ton busy sikit hari ni...anak2 nak exam kena perhatikan sikit budak2 tu. Kang aku buat dek...laju jer tangan tu bukak tv.




#janganambillakisaya

18 comments:

Nurzakiah Hanum said...

YEZAAAAAAAAAAA

Capt Lalok said...

xleh blah hagtag...hahahaaaa

Anis Shafeera said...

Sis Elly yg comel..saya suke je baca blog ni..hari2 baca..hihi...suka baca kisah2 life akak...amek jadi pengajaran & pedoman..
sya doakan akak n husband terus kekal sweet2 hingga akhir hayat juga bsama anak2.. :)

Ibu Dhia Danial said...

barangkali reader mulut puaka tu rabun kot.. hensem ape encik win ni.. yg penting, ada apa pada rupa kan kak ton??

addyana said...

kak ton sgat keewwll..hashtag last tu best..hehe

Chekgu Azrine said...

Akk ni klu baca entry mmg akn gelak sorg2..lawak!

ain.ya.nun. said...

Bagus kempen yang oreo buat ni sebab sekarang ni, mana-mana kita pergi makan, fizikal ahli keluarga memang kat meja, tapi memasing tak bersuara sebab tangan bz kat gajet.

lily izah said...

Pesal gambar sekeping jer kak ton... letakla gambar banyak2...gambar kak ton posing sorang2 jer pun tak per. kitaorg suka tgk kak ton yg jelita nih...

Irfa said...

amboih kak ton
hashtag tak menahan tu
hahaha
moga bahagia smpi ke sorga ye elly n en win
ikhlas dr peminat setia

Miss Brenito said...

hamboih kong jaq sangat kutuk laki orang. paling tak boleh terima bab kutuk2 nih. macam laki sendri perfect, tak leh terima betol lah.. (ops emo)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tak baik cakap laki orang beast kan..Apa la takde perasaan langsung

Fairuz Jaafar said...

Hai kak elly :)

Saya suka tengok orang yang berusaha dalam perniagaan. Blog kak elly ni antara inspirasi saya nak mulakan bisnes sendiri. Seronok tengok orang lain berjaya dengan usaha mereka. Kalau kita nak berjaya, kita kena suka dulu dengan orang-orang yang berjaya kan :)

kak elly pernah dengar tak seminar dr.Azizan? Kak elly pernah tak pergi seminar Dr. Azizan? Kalau belum, saya cadangkan kak elly untuk pergi.. walaupun saya sendiri tak pergi lagi.. sebab seminar dia berbayar.. hehe.. tengah kumpul duit. Selalu yang saya pergi seminar-seminar Dr. Azizan yang percuma ajer. InsyaAllah.. otw.

mungkin kak elly boleh pergi seminar yang percuma dulu untuk permulaan, nak tengok-tengok macam mana.. saya boleh kata tak rugi kak elly pergi.. since kak elly dengan en.win involve dalam bisnes. kalau dapat masuk seminar berbayar lagi bagus. Ni saya sediakan link untuk kak elly tengok-tengok..

http://hlb2014.com/ (free, masih open)

http://bangkitberniaga.com/

http://richworks.com.my/imkk2014/

Yg komen ni kak elly jgn la publish.. segan..hehe..

Moga kak elly n en.win berjaya dalam bisnes. Amin. Gud Luck kak elly.

kalau kak elly dah pernah pergi.. ermm kak elly abaikan la msg saya ni.. hehehehehe...

Suraya said...

suka baca blog akak..mmuah. yup..mmg kene spend time ngan suami, hanya berdua..kan..

akish ali said...

hoiiii...bukan puakan lg mulut org tu....longkang amat!..

eh tp kan elly...
sweet okeh en win tuh....

lariksssss

=)

SB Khan said...

biarlah kak..mata orang lain2...
yang penting happy bersama ;)

SB Khan said...

biarkan mereka kak..
yang penting u happy bersama2 :)

cikji said...

kakaka hashtag baik punya.

khen, xphm jgk jenis spesis yg suka kutuk2 laki orang nih. yg penting #lakikubukanlakimu. ekeke

Zulaikha Abdul said...

Comel sgt hashtag kak ton hehehehheh