Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 6, 2014

Celebrating Yaya's Birthday


Sebelum cite Yaya punya birthday celebration...Kak Ton nak membebel dulu. Semalam amukan kat rumah dah berlaku...diorang ni kan suka agaknya Kak Ton mengamuk rasa rindu kot kalau tak dengar pekik kan suara Kak Ton. Balik kerja agak lewat semalam sebab hujan lebat jln giler jam...tak sempat memasak lah jawabnya...tapi still senseng lengan basuh baju sekolah budak2, lipat baju dan mengemas bagai. Tetiba tekak terasa haus bila bukak fridge boleh pulak air dalam botol kosong....total semua botol dalam fridge tu ada 6 ya...semua licin...macam mana dada aku tak terbakar. Pergi pulak kat tempat air panas tu..bila picit tinggal nyawa2 ikan jer air keluar...urut dada aku. Nak mengamuk pun macam suara nak tak boleh keluar...mmg hajat nak libas jer sorang2 ngan hanger tapi aku bersikap cool dulu..isi semua air masuk kan dalam fridge...kang aku nampak jer sesiapa bukak fridge mmg kena lah pekik kan aku...huaaaaaa. Tapi kan dulu kecik2 perangai aku sebijik macam ni...padahal tau air kat fridge tu kosong tapi aku buat bodoh jer..motif malas sampai sekarang tidak dapat dikesan.

Amukan Part 2

Exam pertengahan tahun nak dekat...tinggal beberapa minggu jer lagi. Boleh pulak lepas makan lepak2 tengok TV. 

Aku: Kerja sekolah dah siap

Yaya & Adik: Tak ada homework mama, Cikgu suh ulangkaji kat umah

Amboi! cakap tanpa berfikir...habis yang mengadap tv tu apa hal. Mana lah tengkuk aku ni tak tegang memasing punya perangai buat aku stress. Semua kena cakap...semua kena ingatkan.

Aku: Habis tu kenapa tengok tv, kenapa tak ulangkaji?

Yaya: Mama tak suruh pun

Korang  tengok lah jawapan budak2 ni...kenapa mama tak suruh. Why?? Why? Why

Ok itu jer nak luah kan!!!



Sabtu lepas celebrate Yaya's birthday, keluar agak lewat sikit. Yaya habis tuisyen kul 10 malam. Dalam 10.30 baru gerak ke Pavillion. Makan simple2 jer...no cake. Order cake mahal2 pun bukan nyer diorang makan membazir jer aku rasa. Celebrate pun 4 beranak jer.



Dari kecik mmg manja giler ngan En Win...kalau dulu tidur sesama bukan main berpelukan..mata bertentang mata. Lepas tu tangan ngan kaki habis diselitkan bawah badan En Win apa fesyen tidur pun aku faham. Yaya umur 5 tahun aku dah asingkan tidur dengan kitaorang. kalau tak asal aku rapat jer dengan En Win dia tolak. Sakit jiwa Kak Ton ni tau....hahahaha



Nampak gayanya macam 2 jer lah anak Kak Ton. Nak mengandung...berpantang...bangun malam rasanya dah tak larat kot. Dua ni pun selalu buat dada Kak Ton terbakar...kalau tiga mau rentung terus badan aku. Tapi kalau ada rezeki terima jer lah....aaaauuuwww



Malam tu celebrate kat Michelangelo's jer



Yaya



Ameera



Tuan Belog



Budak2 ni dah besar, kalau bercuti atau bawak gi makan dah senang sangat. Pandai bawak diri cuma degil jer boleh tahan. Cepat betul masa berlalu, sekejap jer rasanya anak2 dah besar. Nanti dah belajar kat luar lepas tu ada boipren...lepas tu kawin...huaaaaa siapa nak jaga mama nanti.



Apa ntah nama makanan ni



Calamari



Steak utk birthday girl



Lepas kekeyangan birthday girl request nak gi karaoke...best tu Kak Ton dah lama tak keluarkan kemerduan suara....hahahah. Lagu2 latest dah banyak Kak Ton hafal...no more lagu dangdut dengan Feminim ya!!



Esoknya Yaya celebrate dengan kengkawan pulak dekat Chili's KLCC. Amboi! budak2 sekarang pandai betul cari tempat dah tak pandang Mc Donald dengan KFC lagi. Since kitaorang tak buat apa2 party untuk Yaya biarlah dia keluar dengan kengkawan.

Tapi Kak ton tak akan lepaskan begitu sahaja...Kak Ton pun turut makan di restaurant yang sama tapi duduk hujung2 lah sikit. Kesian pulak kawan2 Yaya rasa tak selesa pulak nanti.



Budak kecik ni kena upah mainan...kalau tak menyibuk jer nak join kakak dia. Sibuk jer adik ni tau!!



Buat lah suprise sikit...panggil staff Chili's ni nyanyi2 lagu birthday untuk Yaya.



Happy jer memasing



Eh! kenapa sikenit tu ada kat situ...hahaha



Settled makan bawak diorang tgk wayang cite Spiderman. Aku tak join...malas nak tgk cite labah2 ni. hantar diorang masuk dalam jer...cite dah habis aku ngan En Win tunggu betul2 depan pintu.  Lepas tu baru hantar budak2 tu balik.


14 comments:

Farah Waheda Wahid said...

happy belated birthday yaya...

luvelymummy said...

hai elly!
Untung kan anak2 skunk..
Masa kita dolu2 tak merasa pun mak apak nak layan cmgitu, stakat wish selamat hari jadi pastu, dh.. mak suh pegang mop, kemas bagai.. itulah hadiah hari jadi.. hahahaha

Happy tengok family elly!

Cik Puan Rara said...

hehehehe adik pon duduk lah sebelah kakak.xleh kakak nk borak hal hal rahsia.

Filla said...

haha Ameera gak best.. pandai menyelit.. happy b'day yaya!!!!

Sue Sakarnor said...

happy bday yaya!
anyway kak ton saya suggest pasang water filter cap coway. senang nak minum air panas, sejuk, room temp., tekan je. saya cadangkan je, xde la dada kak ton terbakor. :)

Chekgu Azrine said...

semoga panjang umur dan murah rezki yaya ye
belajar rajin2 ye yaya
happy birthday!

Nurzakiah Hanum said...

happy belated birthday

Cik Puan Eka said...

happy belated birthday Yaya.

Cantik Yaya ni.

izza said...

cantiknye yaya..happy belated birthday yaya

izza said...

cantiknya yaya
happy belated birthday yaya

Liyliz said...

hppy bufday yaya. amboi bdk zmn skrg.

Mama Safiy Arfan said...

tggi btl si yaya tu

tehwee said...

hallu elly....sakit beranak dah hilangkan...happy utk mak yaya jugak

cujen lejen said...

anak akak sume cantik2!! suka tengok...