Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 28, 2014

Borak merapu...



Pagi tadi kul 7 pagi sampai opis letak beg semua berdesup gi Pasar Taman Tun. Aku masuk kerja kul 8.30 jer so sempat lah tgk2 ikan. Barang dapur dah habis semalam tak sempat nak beli..ntah apa yang aku sibuk kan pun tak tahu lah.  semalam makan nasi goreng jer. Laki tanya kenapa masak nasi goreng, mmg kena selepuk lah dengan aku, Orang lelaki ni bukan peduli barang makanan ada ker tak...agak2 tak ada benda nak makan dia ajak makan kat luar. Senangkan, perempuan ni kalau dalam fridge barang dah licin boleh jadi masalah dunia. Eh! ayat aku berlapik sangat ni..sebenarnya nak marah kaw2...kena gaks keluarkan kalau tak meletup dada aku. Kenapa orang lelaki bukan semuanya ya...ini  kategori macam laki aku...hahaha. Why..Why...why tak pernah kesah lauk ada ker tak ada, tak ada ambik tahu barang rumah cukup tak cukup, sabun cuci baju ada ker tak ada, berapa bil api, berapa bil air, kena bayar astro berapa hinggit yang dia tahu bagi duit cukup bulan kalau tak cukup mintak tapi jgn bising2...huaaaaaaaaa. 


Bulan ni En Win busy, nak dekat puasa ni ramai pulak orang pindah rumah. Alhamdullilah rezeki tu. Nampak gayanya mmg 95% urusan rumah aku kena ambik alih. Semalam macam perempuan giler terhuyung hayang angkat barang kat Giant. Mamat Bangla tu bukan nak tolong pandang jer sambil senyum2. Ni dah cuti sekolah kena sediakan macam2 makanan kat rumah biskut lah, air vitagen lah, keropok2 lah, roti kena ada kesian budak2 lapar tengahari nanti. Ini pun bini gaks kena pikir. Semua bini lah...nasib baik satu jer baik laki aku ni dia jenis orang tak ada hal...lantak lah kau nak membebel kat situ dia senyum jer. Eh! senyum dia tu menyakitkan hati aku ya....hahaha.

Bukan komplen...tapi mengadu manja jer. Kenkadang kena luahkan jugak panas dalam hati ni. Kang kalau aku ngadu kat En Win nanti dia kata aku kecoh benda sikit pun nak bebel2...eh! biar lah i penat tau..suka hatilah nak bebel ker nak muncung ker. Itu jer yang boleh buat I bahagia.

Nak gi facial, buat pedicure medicure, nak stim2 rambut mmg kalau dapat pun 6 bulan sekali. Kadang tengok cermin dah macam rupa hantu kak limah, balik umah senseng baju bersilat kat dapur, melipat, mengosok sampai berbiji ketiak...Eh! kak ton tak komplen dah mmg tanggungjawab tapi suka jer bebel2....hahaha. nasib baik aku ni jenis pantas gaks sekali masak 2 lauk kat atas api kiri kanan tangan aku menyudip...sambil goreng ikan sempat pulak berlari masuk baju dalam washing machine...belum lagi tengah masak berwhatapp ngan kawan2....fuh! lagi hebat...hahahaha.

Orang bila penat makan tak berselera...tapi aku boleh tambah berpinggan2...lepas tu bila tengok kat cermin lemak dah berlebih kat peha, perut dengan dagu. Pandang jer bukan rajin nak exercise pun tu basikal kat luar rumah tak lama lagi rantai berkarat lah tu...hahaha tapi ada aku kesah.

Cuma mintak  suami diluar sana termasuk suami tercinta aku ni, hargai lah pengorbanan isteri korang, semua benda yang isteri buat adalah tanggungjawab dan tanda kasih sayang mereka terhadap keluarga. Jgn pulak isteri dah rupa macam Kak Limah gi cari perempuan muda bergetah kat luar sana....mau kena silat ngan aku kang. 

Nak tackle bini bukan susah pun...kalau dia masak puji melambung2 sikit, sambil baring2 picit belakang dia, bagi hadiah handbeg, selalu buat surprise mesti bertambah rajin lah aku kalau En Win selalu buat macam tu...hahaha. 

"Pa tahun ni macam tak ada hadiah handbeg jer untuk bini tercinta, bukan apa anniversary nak dekat..sekadar ingatkan jer...tak beli pun tak apa tapi kalau u nak i gembira beli lah" hahahaha. 

Eh! korang nak mintak tolong vote kan untuk kawan tercinta Filla dia masuk contest wall's yang hias2 aiskrim tu, cantik giler dia buat penat dia memerah otak...korang vote lah sehari sekali dapat dia gi Legoland nanti, kalau nasib dia baik boleh gi Paris. Wah! melampau sangat ni gi Paris...hahahah. 




Nampak tu gigih dia buat gambar penyapu, lepas tu ahli sihir tu ada kepala jer badan anak dia dah makan...hahahah. Kreatif sangat kau ni Filla,

Click kat sini untuk vote Kak Fillanie www.wallsindisneyland.com 
Boleh vote sampai 30 Mei ni...sekali sehari ok!!

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semalam akk try jugak nak vote tapi tak jumpa gambar eskrim Pilla tu.. ahli sihit tu dah jadi penanggal yer, takde badan, hehehehe

saudah said...

Haha gelak baca sebab suami Odah pun macam tu.

Odah rasalah kan, suami tak kisah sebab dia tau isteri boleh handle. Tak harap kat dia. Lagipun, pada banyak lelaki, benda ni remeh je bagi dia.

Tapi satu jelah, WANITA ni memang Multi-tasker. Sambil masak boleh basuh pinggan, masuk baju dalam washing machine, boleh lap-lap. Lelaki tak boleh. Kalau dia buat jugak, confirm hangus. Hahaha.

Azziah Nawawi said...

laki saya gitu gak kan oii..
tak peduli pun hal dlm umah, ada la sket2, tapi gitu2 je. dah tau peel gitu, lantak la malas pikir.. hehe..
saya pun mcm tu gak, buat keja, tapi nak membebel jugak. biasalah perempuan kan? bukan merungut ke mengungkit ke, tapi kena keluarkan jugak sket. klau tak, rasa jiwa tak tenang.. hahaha

aziekz said...

baca cter k.elii...heee..rasa megah.penat.umpama masuk dalam cter yg k.eli berhempas pulas buat keje umh skli..bgus...ibu bekerjaya..xabaikan ank dan suami.salute..toing3

Rina Ellisa said...

Salam Kak,

Minta maaf sy mencuit ruang komen akan sedikit..

Sy mohon jasa baik akak untuk repost entry di blog sy untuk hebahan dana untuk pembedahan anak saudara sy minggu hadapan..

http://memorintorinaellisa.blogspot.com/2014/05/sumbangan-ikhlas-hati-anak-saudara-ku.html

Terima kasih dengan jasa baik akak.. Hanya tuhan dapat membalas nya.. Amin Ya Rabb

#prayforizzrizqi

Siti Aisya Ibrahim said...

akak elly, seronok lah baca... I like ur style time cerita...jadi excited nak bace...jadi hepi2.... thumbs up!

kalu free2, jenguk2lah belog saya.
:)

jindrisska.blogspot.com