Nuffnang Advertisement

Friday, May 23, 2014

3 Projek hampir selesai...


Perempuan ni macam mana penat pun  mengemas, membebel, melipat, mengemop...bla..bla..bla tapi bila tengok rumah bersih dan cantik mesti tersenyum puas. Lapang jer rasa dada. Hidung kembang2 jer bila jalan kat hall tgk sofa tersusun, senyum kambing jer bila jalan dapur tgk dapur teratur dan bersih jer...betul tak korang?

Aku suka tengok semua tersusun rapi, otak aku rasa lapang. Kalau berserabut hidup aku jadi tak tentu arah nanti aku jadi angin dan meletup tak tentu pasal. Kalau tak caya korang boleh tanya En Win. Aku penat tapi nak kemas jugak, bila orang kemas tak sama dengan apa yang aku nak pun aku jadi mengamuk, bila buat sorang2 pun aku mengamuk. En Win kata aku perempuan giler semua nak cantik jer, sampai nak makan pun anak2 jeling jer kat aku takut makanan tumpah...hahaha. Aku letih kat office 8 jam menghadap computer, jadi bila sampai rumah aku nak balik dengan tenang. Rumah kena wangi baru relax kepala otak aku. Amboi over sangat perangai Kak Ton, tapi itu lah aku. Tengah tengok tv nanti mata aku merayau ker kiri kanan tgk ada tak cap jari kat meja Tv tu...sebab meja Tv tu warna hitam jadi boleh nampak kesan jari kalau sentuh..kalau ada aku jerit2 nama Yaya suh lap sebab aku boleh nampak jap cari budak kecik kat meja tu...hahaha.

Bila korang dah ada rumah sendiri nanti baru korang tau macam mana perasaan Kak Ton. Suka jer membelek benda2 cantik, lepas tu kumpul sikit sampai complete. Of course tak boleh nak buat sederap macam tu. Kalau ada duit baru boleh betul atau buat itu ini ikut kehendak kita. Kalau semua nak buat sekali harung tak mampu Kak Ton. Aku suka tgk majalah atau tgk kat internet macam mana nak mencantik kan rumah, get some idea kalau budget ok baru decide buat.

Bulan ni ada 3 benda Kak Ton nak buat dan betulkan rumah sikit. Laundry Room, Tempat Kasut, Cat rumah dan beli sikit2 barangan mencantikan dapur....Share duit ngan En Win...mula2 dia tak nak bagi tapi aku paksa....hahahaha. 



Dulu tempat laundry macam ni lah rupayan. Dinding retak sebab contractor yang hebat giler tu buat rumah aku...tapi bila lawan kes boleh menang pulak contractor ni. Bukan susah, betulkan jer lah rumah aku tu dulu, nanti aku bayarlah balance tu tapi tetap nak saman menyaman ni. Ambik lah duit tu , aniaya orang ni bukan elok sangat...Allah tu ada.  

Keluar duit sikit, suh orang Indon tampal mana yang retak lepas tu cat balik. Bila tengok balik buruk bebnor tempat Laundry ni...hahahaha.



First Step settled. 

Second step order cabinet...actually aku suka ala2 country, cabinet kayu tapi En Win prefer modern. Ok  ikut kan lah konsep En Win kang kalau aku bising2 nanti dia ungkit pasal contractor yang aku pilih hari tu..hahaha.



Sementara Cabinet nak siap, berulang kali Kak Ton ke Daiso cari barang murah2 untuk hias sikit Laundry room. Sepit tu hadiah Mother's Day tempoh hari. Berguna gaks lah jadikan hiasan...hahaha



Tadaaaaa....hampir siap tinggal nak touch up dinding tu sikit dan betulkan plug yang rosak tu. Dalam almari tu pun belum kemas lagi


Projek kedua


Rak kasut

Actually dah ada rak kasut dalam rumah...tapi semua kasut aku jer kat dalam almari tu, En Win dengan anak2 aku bagi 2 baris jer...hahaha. Berbulu jer laki aku tu...bila kasut melampau banyak bersepah giler kat luar rumah. Jadi decide buat tempat kasut sekali kat luar...perggghhh lega sikit tengok depan rumah dah tak berselerak. 



En Win kata bahagian luar dia tak nak tgk kasut aku dalam almari tu...kalau dia nampak terus  nak buang dalam tong sampah...amboi! garang sangat laki aku ni...hahahaha



Kemas kan


Projek ketiga



Cat Rumah




Dah tiga tahun duduk rumah ni...colour cat dah pudar lepas tu bahagian luar dah ada lumut2 hijau tu. Mungkin developer rumah yang mula2 tu pakai cat biasa jer...jadi kali ni beli cat yang mahal sikit yang boleh tahan panas dan hujan. Bahagian bumbung beli cat yang waterproof jadi tak ada lah bocor. Colour asal rumah ni warna hijau, Kak Ton dah tukar warna Grey...suka warna ni macam sejuk jer mata memandang...hahaha

3 Projek rumah hampir selesai...tahun depan ingat nak buat bilik anak2 pulak, diorang dah besar so konsep dah bertukar, tak nak pink2 colour katanya. nak cat balik semua warna putih. Itu nanti2 lah kalau ada rezeki lebih boleh buat.


10 comments:

Mama Lynd said...

Biasa Kak Ton2 je yang nampak keperluan itu ini untuk rumah..
Bila nampak nak kena buat investment..

Itulah kenapa En Ton susah sangat nak invest sebab dia tidak nampak..

Semua pasangan Ton mengalami masalah yang sama..

Capt Lalok said...

CANTIKNYA RUMAH popo elly, inshaAllah ada rezeki saya pun nak buat gak mcmni..tp sekarang menyewa je..

kak ton..sabar jelah..kontaktor tu menang kat dunia je.

Apapun, kita diakan popo elly akan menjadi popo elly satu hari nnt..hehehee

mami said...

Ly nk tanya....kabinet kasut tu built in kan...camtu berapa harga di Ly?

Chekgu Azrine said...

Semoga diprmudahkan urusan sis ye..

Liyliz said...

akak duk kat kl ke? expenses mesti kan?

nuui said...

Hebak ah kakton. gehehheeheh. Bila nak ada rumah sendiri ni...... nak rumah, nak rumah, nak rumah, nak rumah.

Aishah Amin said...

cantiknya rumah Elly!..kat mana ni?

come visit my blog. I sometimes write about how I became a work at home mummy through my online Shaklee business. work at home mummy like me

am said...

Kakkk.. kasi tukar washer machine front door.. baru ngam ngan dryer tu.. haha pastu letak pasu kecik ada pokok hijau2 kat rak atas machine tu..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Akak macam saya, sambil makan sambil jeling sana sini, nak tido pun siap nengok bawah kerusi la bawah katil la, kalau ada abuk ke kertas ke apa ke dah mula la nak meroyan..Psiko kot saya ni hehe

no need to reveal said...

elly, saya ni silent reader tp suka baca blog elly..ehhe..nak tanya kabinet kasut built in berapa budget ye?