Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 8, 2014

Weekend with kiddos!


Back to normal routine...2  minggu busy dengan kengkawan dan urusan kerja. Semua urusan dah selesai...lega kepala otak aku sikit. Kalau tak asyik berkerut jer kening aku ni fikir nak bayar itu ini. Weekend ni time for kiddos...sian anak mama terperap jer kat rumah cuti sekolah haritu. Awal pagi dah bangun suruh diorang siap2 ajak bekpes kat luar. Selalunya kitaorang kalau weekend suka bergolek2 atas katil sambil tgk tv lepas tu gelak2 dengar lawak En Win yang tak berapa lawak tu. Tengahari terus lunch dan hantar budak2 gi kelas tuiyen. Weekend ni kita penuhkan dengan berjalan dan makan2....I like!!!



Meh..tangkap gambar ngan mama dulu. Cepat sikit ni kalau En Win nampak dia kata aku perasan lawa...eh! biarlah i perasan lawa yang u sakit hati tu kenapa!! jeles lah tu bini macam remaja...hahaha. Matilah kena kutuk dengan haters nanti.



Dah tinggi Yaya ni dan dah semakin hitam sejak banyak aktiviti kat luar. Mama tak suka lah kulit Yaya macam ni...boleh  hilang ker korang atau kekal hitam macam ni.



Manja mama ni...tapi macam lebih manja kat papa jer. Takpe mama tak kisah janji mama nak korang tahu mama sayang sangat anak2 mama.



Actually aku suka budak2 rambut pendek...senang nak jaga. Panjang2 aku tak berapa berkenan sangat susah nak jaga. Itupun tiap2 hari lepas mandi dah satu kerja pulak aku kena bau rambut diorang...kadang2 atas jer wangi bawah bau busuk. Maknanya syampu kat atas jer bawah diorang buat tak tahu. Apa lagi kena bebel suh mandi sekali lagi...mana lah budak2 ni tak marah ngan aku..suh mandi pun boleh jadi gaduh. Itu belum lagi aku cek leher dengan belakang telinga...itam berdaki...sah tak sabun. Aku ambik scrub muka tu mmg kena tenyeh lah sampai merah2. Gaduh lagi anak beranak...hahahaha. Baru lah meriahkan.

Dulu aku kecik2 suka main pasir..masuk rumah jer mak aku dah tunggu dengan berus sabut dalam bilik air...menjerit2 aku kena sental...ishhhh tu belum dia guna batu air terjun sental badan aku. Sakit giler....



Yaya ni makan memilih sikit...kena tanya nak makan apa...kalau main masak mmg tak sentuh lah lauk tu. Sanggup dia makan biskut jer. Lauk paberet kari dengan ayam cili...nak muntah aku asyik masak benda yang sama jer selalu.

Dah settled bekpes pagi tu terus gi tailor buat baju kurung raya...senang sekali harung. Kain dah lama beli ni baru ada masa nak hantar.



Sorang 3 pasang...amboi over korang ya. Beli kain sari hari tu senang sikit sebab 6 meter...boria lah korang sampai kebesar nanti. Kain putih dengan batik tu beli kat Bali.




Ini Kak Ton punya...korang perasan tak semua warna hijau. Apa lah nak jadi denga mata aku ni..beriya2 pilih kain sana sini hijau jugak pilihan hati aku. Pening aku melambak dalam almari baju kurung warna hijau.... kata lah kain tu ada 4 colour sama design...mesti tangan aku capai warna hijau walaupun mata aku tengah memandang warna biru. Katalah tetiba aku pilih warna biru nanti bila sampai kaunter aku mesti tukar balik warna hijau...why Kak Ton...why???



Tahun ni tema raya warna kuning..walaupun hati sebenarnya memberontak nak warna hijau. Budak2 kita buat kurung moden ikut badan sikit...kain ala2 duyung gitu.



Ala halusnya pinggang kau dik!


Settled tailor hantar diorang gi tuisyen...petang ambik dari tuisyen sambung jalan lagi.



Manja sangat ni!!



Lepak TGI kat Plaza Damas...KL jam teruk Saturday tu.



Gambar kena paksa...lantak lah masam pun mama tetap snap gambar korang...hahahaha



Kiddos food



En Win punya....



Kak Ton makan salad sebab seluar hampir sendat kembali. Ini semua salah korang pepandai tegur Kak Ton dah kurus...dengar perkataan kurus tu yang Kak Ton tibai makan berpinggan2..hahaha. Zumba pun selalu ponteng ialah perasan diri dah kurus kan.



Beli2 minggu ni papa ngan mama bagi korang peluang beli toys



Pilih2...



Yaya's paberet book...dari kecik umur dia 4 tahun dah baca buku Archie and friends ni. Melambak buku ni kat rumah.

Esoknya hari Ahad...En Win ada bola... aku ngan anak2 lepak jer kat rumah...basuh baju, lipat, mengosok, asingkan mana2 yang tak pakai nak sedekah yang elok2 kat orang yang memerlukan.



Sempat masak dua lauk jer Ayam masak lomak dengan sambal ikan bilis. Eh! bukan ker diet...hahaha



Ingatkan petang tu nak jogging...tapi pinggan pulak sakit sebab mengemas tak berhenti (alasan kan)..hahaha. So lepak dalam rumah jer lah...budak2 biarkan terjerit2 main kat luar.

Itu jer nak cite pasal weekend aku.

17 comments:

Farah Waheda Wahid said...

hi kak! drop by here, sekali sekala berjimba macam ni memang best...same goes here, weekend memang spend time dengan anak2...

ema angeloo said...

best baca rutin harian kak ton.haha. rasa bahagia je tengok family akak. beautiful family.. :)

Nurzakiah Hanum said...

HAPPY FAMILY

mommy najwa said...

kak elly tempah baju ktne tu

mommy najwa said...

kak elly tempah baju ktne tu

mona said...

sis elly, normal laa wktu kite zaman sekolah mmg kulit akan itam skett...tkpe nnti kembali normal balik..sis tkyah riso laa..sy pun cmtu gk...bile tgk balik tgk pic kite zaman sekolah rase nk tampo diri sendiri...eh nape cam itam sememeh je ehehehe...haha dulu sy pun penah kene sental ngn berus sabut dlm bilik air...terjongkit2 kaki menahan geli n sakit...

Mama Safiy Arfan said...

pinggang la kak..bukan pinggan..hikhik

Ain Eddihar said...

Assalamualaikum . wahh mcm best je luangkan masa dengan anak-anak . . tak sabarnya nak tunggu kelahiran si kecik ni :D nak tunggu dia membesar . . mesti seronok campur mencabar . . huahua . .

fayreen mizan said...

Yaya memang scan & print terus muka Elly... bukan photostate lagi daahhh :)

Irfa said...

citer biasa2 tp bila elly tulis, akan jd luar biasa ;)

Elly said...

Mommy : Kat Kelana Jaya.

A.I said...

hahaha...kau jgn riso le, elok balik kulit yaya tu nnt. kau tak tengok lagi kulit anak dara aku. berkerak hitam lengit! sibok sgt dgn xtvt berkawat dia, aku suh lumur ngan fair&lovely. kang mak lagi cantek dari anak. camno? (mmg kene caruts ni kang) heh heh

noorfarahim bt azemi said...

http://babyglarothic.blogspot.com/2014/04/3-must-read-blog.html


kite buat entry pasal kak elly untuk must read blog. jemput singgah ye akak =)

permatabiru said...

hujung minggu waktu terbaek dgn family kan..

permatabiru said...

hujung minggu waktu terbaek dgn family kan..

Sakina Kushairi said...

nt yaya putih balik kak elly, jgn risau. sy dulu masa skolah pun burn muka.. now dh ok :D
p/s: suka baca blog akak. lawak king sgt. haha. dan akak cantik :)

Elly said...

@norfarahim...thanks promote blog Kak Ton