Nuffnang Advertisement

Friday, April 11, 2014

Redang Part 1


Sorry lambat sikit update pasal cite redang. Ini semua salah Radie lambat bagi CD gambar..input kat kepala aku ni dari 95% ingat jalan cerita dah tinggal 15%...macam nak buat tu. Kang tulis syok sendiri lah jawabnya. Tapi aku rasa korang tak kisahkan kalau aku reka2 cite bukan korang tahu pun percutian sebenarnya...kalau nampak lain dari cite Filla dengan Peej korang diam kan jer lah...hahahaha.

Percutian ni dah lama kami rancang. Rancangan sebenar2nya nak pergi bertiga jer ke Bali. Eksyen..lupa sekejap bini orang...Filla tu lah cite kobar2 nak lepak kat Bali bertiga...konon2 nak freedom sekejap lah dari suami dan anak2 tapi kan Filla punya takut nak cakap dengan Radie sampai kesudah tak cakap2..hahaha. Hint2 pun tak berani lepas tu paksa2 suruh aku cakap...eh! kang Radie salahkan aku pulak. Discuss punya discuss decide bawa husband memasing...anak tak ikut...tapi kena pergi time cuti sekolah senang pos diorang umah nenek memasing. Tanpa pengetahuan suami kami membuat agenda sendiri...booking hotel dan flight, bila dah booked baru berani cakap...nasib baik semua suami no hal. Booking hotel dan flight diuruskan oleh Filla yang bijak bestari...aaaauuuwwww. Dengan ini kami sepakat melantik Filla sebagai urusetia trip ini.

Seminggu sebelum pergi semua orang excited...cari baju bagai...Filla paling takut kalau baju dia tak cantik...saja aku dengan Peej bagi dia terbakar kata kitaorang semua dah shopping..Peej siap beli selipar baru..hahaha. Tak keruan lah si Filla...senyap2 gi beli jugak T-shirt baru...takut lah tu orang cakap tak lawa ...hahahaha.



22th March bermula bercutian kanak2 riang. Aku ngan Peej pergi sekali...Filla tak ada masa aku nak amik rumah dia aku tak lalu..pepandai cari jalan sendiri. Lepas tu sampai awal giler kat airport kitaorang belum keluar rumah pun lagi dia dah whatapp kata dah sampai...PITAM!! Sikap pengawas dia dari dulu sampai sekarang tak hilang. Redha jer lah...semua benda nak cepat terkejar2 aku dengan Peej di buatnya.

Ada kejadian berlaku kat Airport...tapi bukan kejadian gempak sangat...aku malas nak story kalau nak tahu cite tu gi kat blog kak pilla...



Us

Tak lama pun dalam flight 45 minit jer....dapat lah kacang dengan air segelas. Tapi aku sempatlah membuta...45 minit pun jadilah kan!!



Sampai airport pun urusetia suh jalan lelaju sebab takut tak sempat ambik ferry. Ferry cuma ada waktu pagi dengan tengahari jer...rugi kot kalau naik tenghari. Kesian Peej beg dia dah lah berat Filla suruh dia jalan lelaju...Ben kau sound Filla ni sikit berani dia bully Moling kau.



Suka kau ya jadi urusetia...tapi trip ni jer kitaorang vote kau jadi urusetia trip next year tak dapat lah kau pegang jawatan urusetia ni sebab melampau garangnya. Suka paksa2....bukan dia peduli aku jeling ker apa kalau dia suruh laju kau kena laju jugak!!



Lelaki dengan perempuan naik taxi berasingan. Perjalanan mengamabil masa dalam 15 - 20 minute jer. 



Jetty ni dekat giler ngan Pasar Payang. Kitaorang naik ferry K6 Laguna Redang.



Suasana di Jetty



Last aku bergumbira dengan kengkawan waktu gi Sarawak tengok Rain Forest concert...lepas tu En Win dah tak bagi...jeles lah tu. Aku ingat dia main2 rupanya betul2 dia tak bagi lagi kalau nak pergi dia kena ikut sekali

Peej......Filla kan waktu nampak kaki Ben dia kata kering lepas tu dia bisik suruh Ben makan Stemcell.  Lepas tu dia gelak2...dia sengaja nak suruh aku terbabit gelak sama. Aku terpaksa Peej sebab aku kesian tengok dia gelak sorang2 kang orang kata dia giler pulak.



Radie dengan Filla sama perangai Brutal. Pasangan secocok...cakap lepas jer kau terasa kau punya pasal janji aku dapat cakap...gitu. Tapi aku dah faham sangat perangai diorang berdua ni buat tak reti jer biarkan dia bercakap....degil boleh tahan gaks...hahahaha. Matilah kutuk laki bini ni selamba jer.



Ok...jom naik



En Win terpaksa bawak dua beg...beg belakang dengan beg kekal dihadapan...hahahaha



Naik boat pun kecoh tau...urusetia bagi arahan naik tingkat atas berangin katanya.



Aku dengan Filla sekejap jer tersenyum...ferry gerak tak sampai 10 minit sambung lagi membuta. Bukan apa letih jadi mak2 ni sekali dapat bebas tu yang tidur jer kerjanya. Tgk peej belum jadi mak mana ada letih...hahaha



Kau tengok muka Radie dengan Peej adalah agenda tersurat nak kena kan aku ngan Filla lah tu



Radie ni mmg tak ada kerja tau...habis gambar vogue aku diambiknya. Nasib baik Kak Ton control tak keluar ailio waktu tu. Tapi kan muka Filla tak cute langsung bila tidur malas aku nak tunjuk....sian nanti nangis depan computer pulak kang...hahahaha



Alhamdullilah sampai dengan selamatnya...tiada kejadian muntah2 diatas ferry. Laki aku tu bukan betul dia bukan blh naik ferry2 ni...mabok laut. Aku risau jer dia muntah mmg jadi bahan lah nanti kat group whatapp. Kitaorang tunggu jer siapa buat silap mmg matilah kena kutuk.



Redang Island



Sampai jer kena dengar briefing...aku kau nak suruh dengar briefing mmg tak lah...benda2 yang suruh dengar ni mmg bukan aku...biarlah Radie dengan Ben dengar...tapi aku rasa pun diorang tak faham lah pura2 jer dengar sbb bila kitaorang tanya balik satu benda pun tak dapat jawab.



Habis briefing....urusetia suruh lari lagi naik bas ni (bas ker lorry lantaklah)

"cepat peej kang kita kena tunggu lama...chop2 tempat tu" adoi urusetia betul lah.



Sampai2 jer tengok sekeliling...OMG lawa nyer. Pandai kak pilla pilih tempat...pujian diberikan. Semua diminta berdiri dan berikan tepukan gemuruh kepada urusetia...hahahahah. Tak yah nak senyum2 depan computer sangat Filla ooi...hahahaha. Kau tak tahu banyak kutukan dari pujian jap lagi.



Cantiknyerrrrr



Kitaorang ambik dua bilik tapi connecting...urusetia dah cakap awal2 tak boleh berdua2an di dalam bilik...tak boleh tidur bersama dan yang paling penting tak boleh bercumbu-cumbuan. Kau seksa jiwa raga aku Filla..aku tak boleh tau biarkan En Win keseorangan nanti rindu merindui...hahahaha

Sampai jer bilik aku dah usha katil besar...jgn harap nak share2 tidur satu katil dengan aku. Korang cuma layak tidur katil kecik Popo Elly kena katil besar. Ingat popo orang kaya tau...tak caya tanya Ben. Jangan nak reka2 cite takut tidur sorang..tak biasa tidur sorang...eh! popo tak nak dengar semua tu ya!  Kalau takut gaks gi share katil dengan Peej...hahahaha



Bilik selesa...mmg rekemen sangat korang datang sini



Tgk baju aku awal2 dah tersusun...Peej paling last ok. Orang sibuk mengemas filla sibuk cari skirt dia...bebel2 kata tertinggal...aku ngan peej malas nak dengar lantak lah situ membebel.

Tapi kan dalam group ni...Peej paling cool. Kau nak mandi dulu mandi lah...kau nak tidur katil besar ambik lah....kau bergaduh baju siapa lawa...gaduh lah...hahaha. Dia paling muda tapi dia yang paling banyak mengalah. Ni semua salah Filla ajak aku bully peej. Cakap Moling kang baru tau...



Lepas dah settled susun baju...terus keluar untuk makan lunch. Sila beratur ya anak2.



Makanan kat sini mmg terbaik...tersedap dan terlazat. Kitaorang berjanji no diet2 kat sini...tapi bukan kat sini jer no diet2 sampai sekarang dah tak diet2...hahahaha



Ben tak payah nak simpan makanan tu kat pipi..banyak makanan lain lagi



Korang tau tak kenapa diorang panggil aku Popo....ini semua puncanya dari Ben. Dia cite majikan dia ni kaya giler....Ben kata dia paling benci kalau kena bawak Popo (popo ni maknanya nenek) sebab kerja popo ni asyik mengarah itu ini...angin jer Ben dengan Popo ni. Satu hari dia kena bawak popo gi kuantan main majung...dia kata waktu tu Popo tengah tersandar kat belakang sambil pakai spek mata itam...dia sengaja nak kena kan popo tengah bawak keta laju2 ben buat emergency brake..terperesok  popo bawah kerusi habis spek mata popo sengit sebelah. "sorry popo ada lorry kat depan tu saya kena buat emergency brake".  Lepas cite tu diorang pandang muka aku terus kata aku macam popo...eh! korang rasa ada kena mengena ker...tak ada kan!!! ini semua salah Ben..pasal dia diorang panggil aku popo. Cuba korang tgk gambar kat atas ni tak macam popo kan...mcama kak ton kan!!



Ok kita stop cite popo...kita sambung balik percutian kanak2 riang. Lepas makan semua macam tak sabar nak pergi ke laut. Aku malas...panas giler tapi kau tahu lah mana boleh cakap tak nak urusetia tu pantang kau menjawab mmg kena lah kau..."takde2 kau jgn nak membuta jer...bangun Elly kau jgn nak malas sangat". Baik...Filla jom lah kita menari2 di tengah panas ni



Laki den ceria jer



Terus Kak Ton pun ceria...orang sehati sejiwa mmg macam ni. Cepat peluk i pa..kang malam tak leh peluk...hahahaha



Ok2...gambar bertiga pulak...kenangan ni bukan senang dapat bercuti kat pantai macam ni.



Peej yang terpaksa melayan kegedikan Filla...hahahaha



Peej tak boleh tahan dan hampir menangis...amboi Kak Pilla seluar kotak2...haha.



Jangan nak eskyen sangat Radie dengan Camera tu. Ben kau jgn caya sangat kelentong si Radie tu...ada dia kata kalau guna camera ni muka Ben akan lawa 10 kali ganda...hahaha (ok itu tifu...ayat hanya rekaan)



Smile



Amboi over sangat asyik bergambar...kitaorang tunggu jer our turn pulak



Ini gambar I like.....



Sekali lagi...Like

Lepas bergambar rehat jap dalam bilik...kalau filla ajak mandi gaks mmg kena lah ngan aku...nasib baik waktu ni dia tak bersuara. Tapi aku ingat dapat lah baring2 atas katil...tak dapat ya dia ajak main card...game focus. Nasib baik enjoy game ni...kalau tak mmg aku bahan kan kau.

Dalam kul 4pm...urusetia ajak mandi laut. Korang pernah tak nampak aku mandi laut...tak pernah kan...swimming suit pun aku tak bawak sbb tak terfikir pun nak mandi...ingat nak rehat2 tepi laut sambil minum fresh orange...tapi urusetia kata tak boleh kena mandi gaks. Nasib baik ada seluar pendek...kalau tak ada aku mmg pakai bra jer terjun...hahaha. Sebenarnya aku ada lah bawak swimming suit tapi sexy bebenor tetiba rasa malu kat Radie dengan Ben.



Amboi Kak Filla punya baju...wa cakap lu macam pro tu



Betul2 macam kanak2 riang dapat mandi laut



Mula2 aku nampak cara Ben berenang kagum giler...terror Ben ni patut Popo sayang...



Professional giler...



Adoi merangkak rupanya...hahahahaha. Ben penakut...Ben tak tahu berenang langsung rupanya...Hahaha. Bawa ketengah laut panik...Moling2 I takut...jangan bawak I ketengah sangat. Adui!! cite gempak jer bantai orang rupanya tak tahu berenang....hahahaha



Tengah2 mandi tetiba Radie menjerit...Oooi Hussin datang. Cepat2 aku ngan Filla toleh....rupanya Peej macam nak mampus gelak. Mula2 aku tak nak gelak kan peej tu kan kawan aku...tapi sebab Filla lah jugak aku terpaksa gelak. Kau tengok Peej...Filla lari macam alien bila nampak kau.



Aku gelak pura2 jer tu nak ambik hati Filla



Eh! tergelak bersungguh2 pulak...hahahaha



Eh! makin teruk pulak Kak ton gelak...hahahaha. Sian Peej bila dia datang tanya kenapa kitaorang gelak...kitaorang cakap tak ada apa2



Perempuan ni kan tetiba datang kat aku ajar cara2 pakai peralatan snorkeling tu. "Elly kau tahu tak guna benda ni...kau kena gigit benda ni...tgk2 cara aku pakai....kau faham tak...tgk ni Ly" aku pandang jer bila masa aku tanya...lepas tu jerit2 suruh aku tgk muka dia.

Lepas dah membebel dengan aku dia pun blah gi berenang...tetiba aku dengar suara dia "Help...help" Eh! tadi bukan main garang tetiba help2....rupanya badan tak balance sebab kena pukul ombak...hahahah



Me with En Win



Kau nampak ke terror kan aku 



Memandang kekiri dan kekanan



Fuh...mmg Popo sangat ni....hahaha



Cantikan korang....



Aku dengan En Win mmg pandai menjinak kan ikan...



Korang tengok jer lah gambar ni...malas aku nak riak...hahaha Tengah aku sibuk bagi ikan makan Filla pun datang tapi kesian biskut tu hancur macam tu jer kat tangan seekor pun tak datang kat Filla...ikan pun tau kau garang Filla.




We having so much fun kat dalam ni...tergelak2 jer



Ben tetap tak berani nak pergi tengah laut...tak konpiden dengan life jacket...agak2 kaki tak cecah pasir Ben lari balik kebelakang

Dah puas mandi kat laut berkubang pulak kat swimming pool. Popo malas joint...popo prefer berehat di tepian.



Majalah majalah mangga kan...hahaha



Dah berkubang memasing lapar...makan dulu lorrr



Elly, Filla dan Peej



Gambar ni cute...Radie tersalah selit gi duduk celah Ben...nampak tak pasangan romatik sebelah kiri tu...kahkahakah. (matilah hater melahar nanti)



Aku tak boleh tengok tempat cantik2 macam ni terus ingat kat anak2...InsyaAllah bulan June ni nak bawak anak2 merasa snorkeling pulak.



Divers2 yang hebat merangkak



Nasib baik malam tu urusetia tak berapa sihat....sakit pinggang. Aktiviti terbatal aku dengan Peej boleh membuta dengan aman. Itupun urusetia tahan mata akhirnya tertewas jua...hahaha



Macam ikan pirana bila makan

Tamat cite day 1...next week cite day 2 balik yek. Kalau korang nak baca sampai part 3 boleh refer blog Filla dulu. Dia gigih dah tulis sampai habis.

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

BESTNYA HOLIDAY

Farah Waheda Wahid said...

oh gi ngan kak filla rupanya... uhukss sorry tak perasan kak elly pulak dalam gambar tu...

mama jariss said...

suka betul, cara kak ton mengolah cerita....tersenyum2 depan pc... kelakar.... hahaha....terus bole baca macammana karektor sebenar kak fila..hahaha

nuui said...

part 'abang husein' dan susunan gambar gelak 1-3 tu. membuatkan saya tergelak sampai ketuk meja.. hahhahhahahah..

serius lawakk........... thumb-up :)

lo.lo palazzo. said...

hahahhaha! tergelak2 baca entry yg ni.

akubukanpilihan said...

ok fine, tak leh stop gelak baca Elly nyer update. ahahahah

Dah baca blog Filla memang terasa ke"garang"annya tuh..

Tunggu Peej plak update camna.

Hahahaha..

peej said...

tak tahan aku baca entry kau ni.
kelakar. tetiba rasa rindu nak holiday lagi.
tapi yes please jangan bagi filla jadi urussetia. sampai bengkak kaki aku asyik berlari n berjalan.

dahliana said...

tergelak sampe keluar air mata ...part hussain dtg tuh.. lagi2 tgk elly ketawa sampe masuk dalam air...kah.kah.kah.. tak tahan aa korang nih, kelakar... tapi mmg best bercuti ngan kengkawan lg2 bila dah berstatus mak2 nih... thumbs up!!

Haris Zuhaina said...

As Salam
Masa baca blog Filla dah gelak kes "Abg Hussain" Baca kat Elly, pun gelak ngekek2 sorg2...

Syoqnya bercuti...dapat plk kengkawan yg mmg tak yah control ssgt.. mmg heaven

mama tisya said...

lawak la bc cite kak ton..sian peej ye..kena buli ngan uolsss

Filla said...

Muahaha penat gelak. Nx percutian plan from now plis. Eh prangai urusetia masih kekal ni caner?

sueMY said...

Tui la part Hussin dtg n caption 'eh tegelak besungguh sujgguh plak' smpai jatuh tu. Yg tu lawak tak hingat.sian peej..pas ni ko bahan balik popo elly peej kt entry ko.hahahha

Fairuz Jaafar said...

Entry kak elly selalu buat orang gelak. Boleh masuk award blog paling banyak buat orang gelak.. hehe..

#kelakar entry ni..best baca!

olympia gold said...

hey, i just browsed your website and snatched your website augment to accumulate up with your entries
wholesale Jewelry