Nuffnang Advertisement

Friday, April 18, 2014

Rania's Birthday


Budak2 sekarang moden bebenor celebrate birthday tak ada potong2 cake lagi ya. Terus buat janji dengan kawan2 jumpa kat tempat makan atau main games. Mak bapak sila bayar ya...hahaha. Aku mula2 macam tak boleh terima cara budak2 moden ni celebrate tapi kena lah terima walaupun Kak Ton nampak sangat kunonya...kalau birthday kena tiup lilin dengan makan cake.

Yaya dah cakap awal2...birthday dia bulan May ni nak makan Chili's kat KLCC dengan kawan2. Nanti mama tolong order kan dah habis makan nanti Yaya call...mama datang bayar. Ewah! sedapnya bagi arahan...terkedip2 mata aku dengar. Ok...takpe mama ikutkan...korang makan lah tapi jgn harap mama nak tinggalkan korang kat situ....harus  mama makan sama tapi table lain lah. Jgn nak kenyit2 mata dengan budak lelaki...mama boleh nampak dari jauh tau. 

Mama ngan Papa ni banyak pengalaman...jangan cuba2 nak kelentong ya...gerak geri korang bercakap pun mama boleh baca ya. Itu lah untung jadi nakal kecik2..korang tak boleh nak pusing2 cite semua tu celah kuku mama jer...hahaha. Aku punya konsep senang...nak keluar ngan kawan2 atau nak lepak2 dengan kawan kat Starbucks pergi tapi dengan syarat mama kena hantar dan mama akan duduk sekali kat restaurant tu...tapi takde lah meja tu sebelah2 kang stress pulak anak aku...jauh sikit lah. janji nampak kepala korang. Budak2 sekarang tak boleh nak kongkong sangat kang memberontak lari dari umah.

Sabtu lepas Rania's birthday. Rania ni kawan Yaya merangkap kawan adik jugak sebab satu sekolah. Hari Khamis Yaya dah kasi tau nak celebrate kat mana...aku cakap ok mama hantar tapi bagi no. phone mama dia dulu dan make sura lepas birthday Yaya kena gi class english. Jumaat petang..aku called mak rania tanya sikit soalan itu ini...tanya waktu nak jumpa semua..ok set confirmed ia adalah benar...hahaha. So far semua parents kawan2 yaya dan adik aku kenal sebab kitaorang selalu berjumpa kalau ada apa2 birthday party...so tak jadi masalah masing2 tak boleh menipu nanti ada jer calling dari parent memasing.



Kitaorang sampai awal sebab nak bawa budak2 bekpes dulu...sementara tu suruh adik siap kan homework tuition. Budak ni mmg kan bila tanya ada homework ker tak konpiden jer jawab tak ada...lagi satu jam kelas nak mula buat muka terperanjat kata ada homework...aku dah malas nak marah. Ada homework cepat siap kan sebelum aku bertukar jadi singa.



Yaya



Terkebil2 muka tu nak buat karangan. Cikgu suruh buat sampai 80 patah perkataan...jgn tanya mama ya itu karangan omputih mama tak pandai...hahaha. "I go to school by bus" itu jer mama tahu.



Sila ajar ya Bang Toyib



Lepak kat White Coffee the Curve. Jgn makan kat sini tak sedap langsung...aku tak tipu mmg tak sedap



Adik punya



Harap roti dengan telur jer sedap yang lain tak sedap langsung



Kak Ton order Mee Soup...tak ada rasa langsung



Yaya order nasi lemak...kari dengan sambal rasa pelik



Ini lah tempat celebrated nyer...Laser Tag. Aku macam jakun..eh apa kebenda lah pulak budak2 ni main.



Ramai yang tak dapat datang mungkin sebab jauh dan parents tak ada masa nak hantar...tapi diorang macam tak kisah pun kawan tak datang kalau aku mesti sedih..hahaha



Birthday girl yang pakai topi tu



Laser tag ni macam main paintball. Cuma yang membezakan dia indoor game dan korang kena tembak kat jacket yang ada lampu tu....senjata yang digunakan tu laser. Jadi kalau dapat tembak lampu kat badan tu akan terpadam selam 15 - 10 saat lepas tu akan hidup balik. Markah akan dikira berdasarkan tembakan yang tepat...gitu.



Game ni actually seronok main ramai2...kalau ada group sendiri lagi best...perempuan lawan lelaki atau family 1 lawan family 2. 



Satu games dalam 15 minit. Untuk kanak2 berusia 5 tahun keatas dan harga setiap games RM17.00 seorang. Kata lah waktu korang main tetiba ada group lain nak join boleh main sekali sebab dia berdasar colour. Kalau dapat senjata biru maknanya korang group biru. Tapi markah individual sebab kat senjata korang  tu dah tertulis nama2 yg disediakan.



Are you ready!!



Briefing akan diberi sebelum permainan bermula. Amboi seriusnya muka adik...hahaha



Parents boleh duduk luar dan  tgk kat monitor yang disediakan.



Tempat kat dalam tu agak besar dan gelap...so boleh nyorok2 kat tembok...jacket tu kan berlampu so korang kena pandai menyorok dan tembak jacket tu nanti...bestkan.



Budak2 ni bantai main sampai 4 games. Sian bapak Rania kena bayar...hahaha. Suka2 jer korangkan main lama2. Aku pulak yang serba salah.



Last games ada group budak lelaki join...lagi lah bertambah seronok!!



Games habis dalam pukul 1.00 petang..bawak budak2 makan tenghari lepas tu terus hantar tuisyen.

Itu jer ya cite hari ni...hahaha

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

suka anak2 kan
bestnya anak2 sis dah besar

Azura Aziz said...

betul tu elly.. budak skrg nk kena celebrate, baru puas hati..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hihihihi.. samalah tahap kekunoan kita Elly.. Adik tu sebiji muka Bang Toyyib yek, hehehe

Mila@Rimbun said...

tak sangka plak kita ditempat yg sama.. actually harituh (yg dlm gambar ramai2 tuh) my officemate, kitorg buat staff day kat situh... Rasanya nampak ur daugther main2 kat situ :-)