Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 2, 2014

Perth Day 3


En Win akan jumpa client waktu petang atau waktu pagi jadi pukul 11 keatas selalunya free....hotel Crown Perth ni ada sediakan perkhidmatan City sightseeing Perth Tour...ala yang naik bus tak ada bumbung tu. Ini mmg idaman aku dari kecik nak naik bus tak ada kepala ni...kalau tengok cite hindustan mesti ada part menari atas bumbung bas...itu yang Kak Ton teruja sangat nak naik...hahahaha. 



Ini lah rupa bas City Seghtseeing tu. Teruja kannnn...korang jangan lah nak buat2 muka depan computer...Kak Ton tau korang pun nak naik kan...hahahaha. Tapikan kalau ada budak2 mesti diorang seronok kan...kalau aku pun boleh meloncat2 kegembiraan diaorang lagi lah kan...ker anak aku tak heran langsung bukan betul budak2 ni macam haritu beriya lah tahun baru pi tgk bunga api..aku ngan En Win terjerit2 diorang pandang jer bunga api tu..excited pun sekejap jer.



Harga ticket duit Malaysia dalam RM90.00 seorang...selama 24 jam. Korang boleh naik bila2 masa yang korang suka. Contoh korang nak berhenti kat Murray Street...dia ada time suruh korang tunggu balik station yang sama dan blh continue melawat balik. Kalau nak ambik untuk 2 hari pun boleh...maknanya 48 jam harga dalam RM105.00 seorang

Tempat2 yang bus ni akan berhenti dan tempat2 melawat seperti

Perth Mint
King Park
Botanic Garden
Children Playground in Synergy Parkland
Harbour Town
Murray Street
56 William Street



Amboi  tunggu bas pun muka nak eksyen



Dah naik...suka3

Dalam bus ni bergaduh2 aku ngan En Win...aku suruh dia berdiri tangkap gambar aku...dia keras kan diri kata malu...nanti orang pandang...eh! lantak lah orang nak pandang bukan senang ya nak naik bus tak ada bumbung kat negeri omputih. Aku tak peduli...aku paksa2 gaks suruh dia berdiri...kan cantik tu gambar kak Ton...Hahahaha




Aku berselfie pun dia nak bising...tulah orang suruh beli camera macam Radie tak nak...tak yah malu2 nak berdiri...Bang ooi ini semua kenangan esok2 bila tgk balik gambar ni tunjuk pulak kat cucu2 bangga I tau bila cucu tahu nenek dia pernah melancong tempat omputih..lepas tu pakai spek besar...stylo tau nenek dia dulu2..



Nasib baik waktu naik bus ni cuaca mendung...kalau panas mau terbakar kulit mulus Kak Ton ni...hahahaha..kelakar2...mesti korang meludah kat tepi kerusi.



Rumah2 di Perth 



Korang jangan tanya aku nama building2 ni aku tak dengar langsung apa tour guide tu cakap aku mmg malas nak dengar...sejarah2 jangan tanya aku... aku tak tahu. Sejarah Malaysia jer aku suka. Tak caya ker...kalau tak caya soal aku cepat tgk aku jawab macam air jer..hahahah



Memang cantik sangat Perth ni...bersih jer negara diorang. Penduduk tak ramai, kereta tak banyak, pencemaran udara tak ada langsung. Rakyat kat sini pun bergerak slow jer...berlainan di Jepun semua benda pun terkejar2 semua benda kena pantas..sambil makan sambil berjalan sebab nak kejar masa. Aku tak boleh hidup kat Negara Jepun mau nangis tiap2 hari..hahaha Kat sini aku suka sebab perlahan jer rentak diorang.



Disebabkan aku tak tahu nama buliding2 ni...meh lah korang cuci2 mata jer ya



Sekitar bandar Perth









Kings Park

Aku notice kat Perth banyak Park...seriously park diorang mmg cantik2....pemandangan cantik...rumput dia korang boleh guling2 kat atas tu. Since budak2 tak ikut aku malas nak singgah tempat Koala bear dengan Kangaroo lagipun dah  pernah tgk waktu gi Gold Coast...jadi tak ada lah teruja sangat nak pergi. 



Kalau gi Kings Park ni boleh lihat seluruh bandar Perth



Bas berhenti aku paksa dia tangkap gambar lagi...pandai lak senyum tadi marah.



heheheheheh



Semua orang turun kat Kings Park ni aku ngan En Win teruskan perjalanan, Apa kejadah nak berdua2an kat taman...ajak En Win kiss kang sah laki aku malu...



Turun gaks lah sebab bas ni berhenti dalam 10 minit...turun pun untuk tangkap2 gambar jer. Kalau korang nak lepak lama pun boleh just tunggu next bus ambik korang nanti





Terbayang2 anak berlari2...huaaaaa



Janji harus di tepati...kitaorang turun kat Murray Street...shopping time!!



Siap beli beg nak angkut barang...serius korang kalau tak beli rugi..berbaloi2.



Sambil jalan mata aku dok perhati fesyen2 diorang kat sini. Hambik kasut tebal giler..aku tengok jer dia berjalan...dia sendiri tak larat nak angkat kasut tu...udahnya bukan jalan tapi seret...hahaha



Hujung minggu tempat ni ramai sikit...orang Malaysia mmg ramai kat sini...aku duduk hai2..bye2 jer kat diorang. 



Cool...



Tempat ni ala2 Venice



Singgah makan...makanan arab hari ni



Share ngan En Win




Harbour Town

Ini pun tempat shopping...make sure masuk kan dalam list korang kalau datang ke sini dari Murray Street naik taxi dalam 15 minit jer





T-shirt semua berquality...tak rugi beli.





Amboi bapak ngan anak nak sama baju jer..bila aku tanya "utk i tak ada ker pa" boleh dia cakap tak ada saiz..sengaja dengki kan. Dia ingat aku nak merajuk kot...tak ada ya I nak jacket lain...jacket ala2 Kpop korang pakai lah jacket boria...i nak lain dari yang lain.



Amboi..shopping sakan En Win..aku perhatikan jer dari tadi



Dah kembung beg travel tu. Banyak beli untuk budak2....untuk Kak Ton tak banyak sangat beli...hahaha! Kasut sukan, baju sukan semua murah2 tapi bila aku ambik jer En Win bising "Ma berapa banyak baju sukan dah ada kat rumah..takyah beli  cari benda lain" venchi tau...suka hatilah nak beli apa pun itu pun nak control. Tapi aku tak nak merajuk..kang rugi tak dapat beli apa2...kena bijak zaman pujuk memujuk ni dah tak ado dalam diari...cekalkan jer lah hati tu...hahahaha

 Dah puas shopping balik terus ke hotel...kaki rasa nak patah tadi tak terasa sangat...dah lepak2 baru rasa sengal2 betis tu.



Malam penghabisan makan sedap sikit. 

Itu jer cite aku kat Perth...kalau nak datang lagi bawak anak2 rasa tak kot..prefer Gold Coast lagi. Tapi kalau korang nak rehat2..lepak kat park...shopping2...tempat ni mmg cantik lah...mmg berbaloi lah.


13 comments:

:: Cik Viva :: said...

Senangkan beli bag pastu isi penuh2 hasil borongan dalam tu, takyah nk handcarry lagi. Cam best la Perth nih..teruja nak pg..

Irfa said...

perghhh lawa giler gambar
tp betul lah, kawan gi sana kata, baju budak murah dan lawa2,dia mmborong utk setahun dua akan dtg terus, senang katanya xyah membeli dah

cikviva jom kita

Nurzakiah Hanum said...

bestnya suka blog sis

Kenit Cinonet said...

nice view kak :)

nisa nass said...

assalam..hai k.elly,nak tanye ni.bas sightseeing tu x bwk ke gi murray street & harbour town tu?akceli sy nak gi perth hjg bln 5 ni.study pun x abis n malas sama sbernarnye..hehe.nasib baik ada info kt sini..:) thanks.

Elly said...

Nisa: U blh refer kat entry kat situ Kak ton ada terangkan

izz zac said...

Tgk gambar2 elly teringin semula nak ke sana..very clean and peaceful place..:8)

izz zac said...

tgk gambar2 elly nie kenangan mengusik jiwa..rasa mcm nak ke sana lagi..very clean and peaceful place:8)

Lina Affendi said...

Saya ni singgah blog akak dari blog kak filla. Saya suka baca blog akak. Ayat akak comel sangat hehe. Sense of humour banyak sangat. Pedulikan apa kata hater pada kak ton.

Lina Affendi said...

Saya ni kenal blog akak dari blog kak filla. Saya suka baca sebab ayat2 kak elly comel sangat. Hehe. Jangan pedulikan apa hater cakap pasal kak ton (eh ke popo bak kata kak filla)

nisa nass said...

ye ada,cuma dkt k.elly bgtau nk gi harbour town tu naik teksi 15minit kot.tu yg konpius skit!hehee..nway,tq sis

Mekar Candella said...

Kak Ton try la naik bus hop and ride yang version KL punya, walaupun kita duk KL tapi sekali naik rasa macam best jugak tau... I bawak kawan yang datang dari oversea naik KL hop bus, asyik drive je dekat KL, sesekali try naik jadik KL Tourist... mesti surprise banyak tempat depan mata kita yang best tapi tak perasan...sebab asyik tension dalam jam...hehe..

Hana Hafis said...

Baca entry ni sambil tadah ayaq mata dengan tisu.. T____T

Perth sangat tenang.. mee goreng mamak kat Insaan Cafe sedap.. King's Park pun syok lagi lagi kalau musim bunga..

Suka baca blog kak elly sebab banyak pasal jalan jalan..pembakar semangat nak kumpoi duit pi makan angin..

**muka kak elly macam Dr Harlina wife si Dr Sheikh Muzaffar..hikhiks..*