Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 1, 2014

Perth Day 1 & Day 2


Sebenarnya hati aku membuak2 nak cite pasal Redang trip...tapi apa kan daya gambar semua ditangan Pak Radie...sabtu ni jer baru boleh ambik. Mana boleh biarkan adik Filla mendahului dan mengutuk aku dengan Peej. Takpe kita bagi dia kutuk puas2 kita perhatikan jer dulu...kan Peej!

Disebabkan gambar Perth berada di dalam camera..mehla kita update pasal Perth dulu. Percutian yang tidak dirancang..En Win buat keputusan mendadak nak jumpa orang kat sana...tak dapat nak bawak anak2 sebab budget tak mencukupi. Duit tukar pun mahal giler RM3.00 kita diorang baru Aussie 1.00. Maka keputusan diambil hanya pergi berdua sahaja...aku ke Perth selama 3 hari 2 malam. Tak pergi pun tempat2 pelancongan yang menarik hanya lepak2 town dan ronda2 naik bus jer. Tak tergamak rasanya nak gi tempat yang best2 sebab anak2 tak ada bersama. Diorang dah besar...kang tunjuk tempat cantik2 sian lah pulak. Dulu aku selalu mencari peluang untuk berjalan berdua2an tapi sejak dah meningkat dewasa ni masa berdua2an rasa tak begitu seronok..ya keseronokan bila dikelilingi anak2. Especially kalau bercuti di tempat yang jauh.



Nampaknya anniversary nanti mmg lah tak ada percutian berdua. Waktu dalam flight En Win dah cakap awal2....ini consider macam Honeymoon lah jugak. Iyolah bang...adinda mengikut sahaja...aaaauuwww

Sejak kejadian MH370 aku selalu berangan di dalam flight..tengah2 tidur tetiba ada announcement "Minta perhantian..kami ada berita gembira untuk disampaikan...Flight MH370 sudah dijumpai dan semua penumpang dan anak2 kapal berada dalam keadaan selamat" lepas tu nanti aku meloncat kegembiraan...tapi itu cuma angan2 aku jer lah...sendiri reka...sendiri senyum....sendiri sedih. Masih mengharap keajaiban dan insyaAllah kita pasti akan temui jawapanya.



Waktu sampai dilapangan terbang Perth boleh lihat banyak kapal terbang pejuang dari negara china, korea dalam misi menyelamat MH370 lagi lah bertambah sedih aku waktu tu.



Perjalanan mengambil masa selama 5 jam 10 minit. Cuaca di Perth sama di Malaysia, panas. Hotel...kawan En Win dah book awal2...kali ni percutian aku tak ada buat apa2 pun. Tempat untuk dilawati pun aku tgk macam2 tu jer kat internet dan tanya kawan2 di FB. Tak berapa excited... aku pun tak tahu aktiviti disana lagi.



Kitaorang duduk di Crown Perth...waktu letak gambar ni kat IG..macam2 tekaan korang buat ya...atas kapal lah, Hard Rock Penang lah, kat JB lah. Aku diam kan je kang kalau bagitau awal2 tak berdebar2 pulak korang nanti...hahahaha



En Win



Sampai2 letak beg terus ronda sekitar hotel...cantik bangat hotel crown ni...melopong2 mulut Kak Ton. Bila berada ditempat cantik terus Kak Ton perasan jadi orang kaya...jalan pun ala2 Aziz Satar bila jadi orang kaya...hahaha.



En Win ajak lepak2 minum kopi sambil merehatkan minda...amboi  tulis nak eksyen jer merehatkan minda katanya. Padahal tgh lapar dan kehausan



Nampak swimming pool terus sedih balik tingat anak2. Tapi sekejap jer lah sedih lepas tu bila dapat shopping terus lupa semua..hahaha.



Tak tahu nak makan apa kat sini...banyak tak halal...tadi bukan main eksyen nak kopi2 tapi bila tgk harga rasa nak pengsan melatun mahalnya...tapi dah duduk kan terpaksa lah order gaks...malu lah ai tetiba keluar restaurant...hahaha.



Makan benda ni pun dah dekat RM150.00.

Malam ikut En Win jumpa kengkawan.


Day 2



Tak pernah kak ton cite pasal tempat pelancongan seringkas macam ni...rasa bersalah sangat kat korang (hahahah itu tifu).  Tapi mmg tak ada apa pun nak cite pergi untuk bekerja mmg lain rasanya.

Esoknya En Win ajak jalan2 sekitar town...sebelum tu singgah makan kat food court jap. Eh! tetiba nampak kotak ni..macam pernah ku lihat tapi di mana ya!! hahaha. Cite omputih selalu makan mee dalam kotak ni...maka Kak Ton teruja untuk mencubanya. Jangan risau tukang masak adalah orang melayu dan bahan2 yang digoreng hanya menggunakan seafood dan vegetables.



Dalam gambar jer Kak Ton nampak gemuk sebenarnya Kak Ton kurus jer...hahahaha



Nampak sedapkan



Tapi sebenarnya tak sedap...huaaaaaaa nak nasi jugak!!



Eksyen bergambar jer lah...



En Win makan popiah goreng...yang ni sedap!!



Mula2 sampai tak pandai nak ambik train plus aku pun tak buat survey pasal transportation kat sana. Dari hotel ke Murray Street perjalanan tak sampai 20 minit RM48.00 naik teksi. Ok sila telan ailio.



Kat Murray Street ni banyak makanan halal..melayu ada, arab ada, indonesia pun ada so jgn risau..nasi ada dimana2...itu I like...



Beriani kambing satu



Hay & Murray Street Malls

Perut kenyang boleh lah jalan2 cuci mata...Eh! ada sale lah...tak jadi cuci mata kita cuci wallet sekali...hahaha



Ok! kalau korang penggila shopping...korang ya bukan aku..aku tak berap giler sangat. Murrey Street dan Harbour Town adalah tempat yang best untuk membeli belah. Harga mmg diskaun giler2 mmg berbaloi sgt kalau beli baju kat sana...especially baju budak2. T-shirt dan legging hanya 3 Aussie jer...murah sangat ni!! lepas tu kain yg jenis quality...very2 soft u know!!



Penghibur jalanan



Harus Kak Ton senyum meleret...silap kau lah Bang siapa suruh pepandai jalan kat sini.



Zaman jalan berdua2 ni dah lama berakhir...aku malas tunggu En Win...En Win malas nak temankan aku. Ok berpecah lagi satu jam jumpa balik kat sini...tapi duit jangan lupa bagi. Gitu...dulu kalau bercinta bolehlah..try baju sanggup keluar tunjuk kat boyfriend...sekarang nando suka ker tak suka ker tetap bila janji Kak Ton nampak cantik depan cermin.



Berani tangkap dari jauh...baca tulisan kat dada tu tak berani..hahaha



Cantik gaks tempat ni..bersih jer bandar Perth ni.



Nyampah tak ada pun gambar berdua...nak bodek En Win belikan camera macam Pak Radie...tapi setiap kali aku bangkitkan isu camera tu dia buat2 sibuk. Takpe aku sanggup cakap berulang kali.



Charm Pandora agak murah di Perth ni...tapi keinginan membeli tak ada pulak masa tu. Lebih teruja beli baju budak2..serius legging kanak2 design tribal semua meletup cantik kat Perth.



Dah puas berjalan dan mencuci mata...decide esok jer baru shopping nak jugak compare2 harga..kang ada tempat lagi murah rugi Kak Ton.

Teringat ada email dari seorang reader pasal tempat menarik di Perth...Fremental (tempat famous makanan laut terutama Fish and Chips). Tanpa membuang masa ajak En Win naik train kesana...takmo dah naik teksi giler mahal...baru duduk jer meter dah on RM12.00



Ok senang faham..tak complicated macam ni Jepun.



Sempat bergambar di dinding yang penuh lukisan...tapi En Win bukan orang seni...gambar aku tak jadi menarik langsung.



Sekitar bandar Perth



Jalan dalam 10 minit dah sampai di Train station.



Tetiba En Win blur dekat machine ni...padahal kat information counter beriya2 angguk nya. Nasib baik police ni baik...terangkan satu2.



Return ticket RM33.00 untuk 2 orang (perjalanan mengambil masa 1/2 jam)



Bersih jer station ni



Bandar ni sunyi, bersih dan sangat2 cantik dan tenang. Tenang jer rasa tak kelam kabut...jalan pun slow2 jer.



Banyak hotel untuk Backpackers



Amboi macam hindustan tangkap gambar kat pokok..



Dah sampai...ooooo makan tepi laut rupanya!! hahahaha



Kata tak shopping tunggu esok...tapi bukan main besar paper beg Cotton on...bukan apa Kak Ton takut baju tu habis tu yang beli jugak...hahaha



Rekemen kat korang kalau ke Perth makesure datang sini yek!!



Permandangan mmg cantik sangat



Banyak restaurant kat sini..semua berdepan dengan laut..korang blh pilih mana2 view yang korang suka



Harga ok lah...di Fremantle  mmg terkenal dengan Fish and Chips. Kalau datang sini makesure korang rasa ya!!



Bulat pipi Kak Ton..



Memang sedap..pujian diberikan. Aku bukan pengemar ikan...kalau gi mana2 pun jarang order Fish and Chips..tapi kat sini aku boleh makan sampai licin. Ikan dia rasa fresh sangat...beli satu pinggan berebut2 ngan En Win..hahaha.  Kat sini penuh orang melayu...waktu di Murray Street pun melambak orang Malaysia. Cuti sekolah kot...tu sebab ramai orang datang.



Sambil makan sambil menikmati keindahan alam...wow!! 



"Ma tangkap gambar i...i tak nak pandang camera tau"



Banyak gaks orang melepak kat sini



Kalau tak suka berpanas makan kat dalam restaurant pun boleh...dia punya konsep macam berada di bawah enjin kapal.



Di Perth ni korang tak boleh merokok sesuka hati...cuma ada2 kawasan jer dibenarkan merokok.



Nampak ni teringat kat anak2 balik...huaaaaa

Malam tak ada aktiviti...lepak hotel jer...En Win gi jumpa orang...aku malas nak ikut.

Kita sambung esok ya!!


23 comments:

Nieda ramly said...

ambil gambar sambil baling beg shopping cepat2 tepi pokok ...hihihi

mama jariss said...

paling syok bila baca ayat kak ton..nampak macam gemuk, tapi sebenarnya, kak ton kurus jer...huhuhuhu.... suami akak asyik la, ambik gambar, kaki macam tu...tu mesti teringat kat anak2... ada gambar kak ton sefamily...gambar anak2 angkat kaki cam tu... :-) (eh iye ke? )

Nurulhuda Abdul Latip said...

Teruja nengok semua gambar-gambar kak ton, hehe

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

Ain Eddihar said...

assalamualaikum kak . . jalan jalan kat nuffnang terjumpa blog akak . . tu yang datang singgah and follow. . bestnya . . dapat kesana :D *kita klik nufffnang akak .. :)

Liyana said...

Bestnyaaa!

Ain Eddihar said...

akak kita tak dapat nak foolow akak mcm biasa . . boleh tak nak mintak email blog ni . . nak follow manual T.T

Elly said...

Ain - Helloooo...thanks sudi baca blog akak ni...hahaha. My email ellyirfan@gmail.com

IdaShazana said...

en. win macam dah kurus je

Kenit Cinonet said...

ye la kak melancong kalau tak bawak budak ni feeling dia lain macam sikit hehehe. Nice view kak, bilala dapat pergi sana ye :D

Irfa said...

sama cam komen kak nieda..
ambik gambar ala hero dil to pagal he tp sopim beg campak belakang pokok.sweet tau en win buat peel gitu ;), elly,,lawa beg

sueMY said...

mmg dh kurus ler kakton..now srill on ke zumba2.btw cantik la skirt kakton..mana kakton bli eh?bekenan pulop

Zee Suhaini said...

kata gi bekerja tapi sempat jer menyoping..hehehe..

Days said...

Kak elly next time pg perth roger la i cn be ur tourist guide huhuhuhu bleh nyoping corelle skali hehehe will show u tmpt yg bkn tourist attrction utk shopping murah byk bju budak lg vogue and vass gitu hehehehe -days-

Ain Eddihar said...

terima kasih kak :)

ZazaMyMoon said...

tempat shooting cerita adam & hawa tu kak elly.. sambil mkn fish & chips
amboii kemain aku pandai2 je meneka.. phuittt :-P

Amanda Suria said...

entah bila la boleh sampai sini...

ummisara said...

Salam Elly,

crown hotel tuh jauh skit frm CBD kan....

eh eh...mmg gamaknya itulah spot bergambar org org yang pegi ke fremantal kan kan...kekekekke tempat sama...area padang n pokok2 pun sama...kekeekeke

permatabiru said...

best..

Hana Hafis said...

Baca ni teringat trip pi perth last year..

Uwaaa..rinduu!!

liza aziz said...

salam. i dah pernah ke perth 4 kali alhamdullilah dan setiap kali i ke perth with family mesti stay kat mahira holiday homes. muslim malaysian owner. start stay kat tmpt diaorg tahun 2010. memang very good la service ke rumah ke apa apa saja yg mereka tawarkan. then pada tahun 2012 my parents ni teruja sgt nak ke nz and then we found out mahira ni rupanya memang ada travel company di kl juga. so my parents pun engaged la dgn mereka. dan keputusan nya?? my parents balik je dari NZ terus tak sabar2 dah plan next trip to tmpt lain dengan mahira. mereka kata memang terlampau best dan pakej dan tempat yg mahira travels bawa sgt sgt menarik, lain dari travel agent lain.

so nak di jadikan cerita i pun ikutla trip mereka ke europe..terbukti memang bestttttttt!!! i memang highly recommend kan mahira ni. dah lah holiday bungalows pun sendir punya ( bukan broker untuk rumah org lain ye) masyaAllah seronok tgk org malaysia muslim yg berjaya. semogo mereka akan leboh sukses sebab they deserve it!!

boleh contact mahira holiday homes and car rental pty ltd / mahira travel and tours sdn bhd. tel 0123360098 /0362765610

just to share!!

Ira Z said...

Hi..,
Fun reading it...
Looking forward for my october trip...
Thanks for the tips...

Ira Z said...

Hi..,
Fun reading it...
Looking forward for my october trip...
Thanks for the tips...