Nuffnang Advertisement

Friday, April 4, 2014

Penyakit risau


Aku benci betul kalau penyakit risau ni datang...risau sebab exam pertengahan tahun nak dekat tapi anak2 tu buat dek jer. Berbuih suruh ulangkaji pelajaran di buat selamba badak jer. Hati aku meronta2 nak menjerit dan marah tapi cuba buat sikap cool takut dia tertekan nanti. Aku dah beli segala multivatamin bagi dia cergas sikit...aku notice sejak dah tak bagi main phone dengan ipad ni bukan main lemah budak berdua ni...terbaring jer macam kena tinggalkan kekasih. No more ipad...aku cuma bagi waktu cuti sekolah sahaja. Dulu ada gaks aku bagi main hari weekend..now no more...mama kena tegas sikit kalau tak terperap jer dalam bilik main benda alah tu.

Aku perasan Yaya dengan adik cukup takut nak tunjuk exam paper kat aku...diorang lebih prefer tunjuk kat En Win. Aku boleh meletup macam singa nanti...aku terpaksa tengok result Yaya melalui SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah). Elok dia takut sikit kalau tak kerjanya asyik nak menari dengan main jer. Segala hal pelajaran anak2 mmg aku uruskan...aku pantau. En Win mmg kurang ambik tahu...semua dia serahkan kat aku. Dia cuma tahu ambik dan hantar anak sekolah. Kalau budak2 tu tunjuk result "Good Yaya...takpe cuba lagi Papa tahu Yaya boleh buat". Aku kat tepi tu tertelan2 ailio dengar perbualan dua beranak tu. Selalunya kalau En Win tgh cakap ngan anak2 aku tak akan masuk campur walaupun hati meronta-ronta nak melutup macam tu gaks sebaliknya kalau aku tgh bagi nasihat En Win akan senyap.

Sekarang aku kurang sikit mengamuk...kalau nak meletup aku cuba tarik nafas panjang2, redakan hati baca selawat dah cool baru aku bercakap...Yaya dah besar aku tak boleh main bantai jer mengamuk dan menengking tak tentu hala. Sekarang aku cuba guna pendekatan sebagai kawan walaupun sebenarnya itu bukan diri aku. Kalau dulu bila dia malas bangun nak tuisyen nanti mulut aku jerit2..membebel sampai dia bangun...tapi sekarang aku dah tak boleh buat macam tu lagi. Yaya dah besar kena bagi pendekatan yang lebih lembut..fuh! seksa rasanya. "Yaya rehat dulu...lagi setengah jam nak tuisyen mama panggil yaya, makan dulu tau sebelum tuisyen...mama tahu yaya letih baring dulu sayang nanti mama kejutkan" gitu suara aku sekarang. Aku tak boleh bagi Yaya pressure dengan letak harapan tinggi menggunung...mesti dapat semua A (padahal itu yang aku mahukan) aku kena pandai mencari ayat bersesuaian...tapi masalahnya nak cari ayat sesuai tu aku tak pandai...hahahaha. Takpe2 mama akan tingkatkan pembacaan nanti mama cari buku cara2 pendekatan yang bagus bersama anak2...siapa tahu buku apa2 yang bagus untuk aku baca.

Selalunya aku akan print out markah exam2 dia yang lama tunjuk kat Yaya mana yang dia kena improve...tanya kenapa markah dia jatuh. Exam bulan tiga hari tu maths dia drop sikit so duduk sama2 dengan cikgu tuisyen discuss apa masalah Yaya. Cikgu tuisyen notice Yaya kurang energy...badan dia macam selalu letih...bila tengah belajar asyik menguap 80 kali...jadi macam mana nak faham kalau otak tak berfungsi. Ok fine aku tulis surat kat Sekolah suruh dia kurangkan latihan netball dari 4 kali seminggu (campur ngan Koko sekolah) ker 3 kali seminggu sahaja. Aku tak boleh sekat aktiviti dia langsung tapi aku cuba kurang kan. Nasib baik cikgu sekolah tu faham. Now setiap pagi dan malam budak berdua tu dah start aku bagi makan multivitamin dan scott emulsion.

Aku tak nak letak sangat harapan terlalu tinggi...aku cuma nak dia berjaya dan dapat sekolah terbaik (eh! macam tinggi jugak harapan tu). Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 cuma kita kena tahu cara mendidik yang betul dan aku bukan dalam kategori yang pandai mendidik anak2...aku masih menggunakan cara lama. Kalau korang ada info pasal motivasi cara mengenal anak anda...tolonglah share dengan aku...aku mmg nak sangat pergi bagi membolehkan minda aku lebih terbuka dan lebih bersikap cool dengan anak2. Ini pun dah banyak aku control kalau tak dulu hidup aku nak mengamuk jer kalau result budak2 ni tak bagus...now slowly aku tukar. Tapi kadang2 terlepas gaks singa aku ni. Aku cukup respect ibu2 yang pandai mendidik anak dan pandai menggunakan pendekatan yang betul sehingga anak2 mereka boleh berjaya dengan cemerlang. Nak jadi macam tu...tapi Kak Ton kena banyak belajar.

Aku tak nak diaorang jadi macam aku..pandai suam2 kuku. Semua benda aku tak tahu...tapi nasib aku ada sedikit baik dalam bidang pekerjaan cuma kena kerja lebih keras dan gigih supaya dapat sama taraf dengan orang kat luar sana. Aku tak nak anak2 jadi macam aku...berlajar lah sayang mama janji akan beri dan sediakan yang terbaik untuk anak2 mama!!




17 comments:

yasmine said...

Elly...teacher play the rules ke mummy paly the rules ke anak anak play the rules...sama la kita..i ni sama masalah dgn u..kalau ada org share dgn u u share kat blog eh...i tunggu nih....

Azura Aziz said...

ye kak elly.. ttg pembelajaran anak2 biasnya mak2 akan lebih tegas dr bapak..

Kenit Cinonet said...

kak elly, memang kita ni mak2 lebih temper dari ayah2nya hehe. Tambah kalau dalam bab study, memang takleh terima kalau tetiba result menurun! Tapi, apapun kenit juga menggunakan pendekatan yg sama sekarang dengan anak yang sulung, walaupun dia baru darjah satu! hehe.

Still in the process of slowing down marah anak2, wish i can get rid of this bad hot-tempered.

Nurzakiah Hanum said...

kak elly nie cute la suka

Fha Hzh said...

Good kak.. mmg la risau kalay yaya n adik mcm xde smngt je or lemah je. nanti nak study pun xde mood n x eificient.

ieda iedana said...

Kak,
Maybe u can consider bagi reward once bila cemerlang. reward yang akak normally takkan bagi / susah nak bagi to boost semangat diaorang untuk tingkatkan usaha.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

TSemua parents mcm tu..pesen sy sm mcm elly..tp akhir nya sy letih sndiri..asyik igt km suru bljr..g tuisyen bt home work..last yr sy biar kn anak bt apa yg mereka suka..main game bkk imternet..bla2 shj..tp dgn syarat bt home work...n bljr...skli nya result anak mningkat..kita bg limitation shj..jgn halang trus..mmg mereka mmbsr d zmn teknologi..jd kita kna follow zmn mereka tp kita control..bla mereka hepi..hati sng bljr..anak2 sy x mo g tuisyen..so sy stop..bljr sndiri...n guide mereka..kdg tu mn x tau sy suru refer g
intenet..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

tp setiap anak brbeza kmmpuan..x semua budak tu sm...tp yg pasti mereka tu ada klbihn msg2..kita asah ikut kmmpuan....pasti lbi brjaya...tp anak sy pn kecik2 masi..slalu ckp...bljr utk jd org baik n brjaya..n x ssh idup d masa hdpn...

hani noordin said...

hi elly, 1st time komen sini. saya cadangkan elly beli vitamin yg berkualiti spt dari amway atau shaklee. sbb kandungan vitaminnya byk. bahan2 yg dipetik time tgh produce vitamin yg byk & terus diproses di tempat yg sama. bukan dibawa ke lokasi jauh jd zat makin berkurangan. try ginko biloba dr amway. saya bkn pengedar amway/shaklee tapi org penah advised saya. saya pun buat research & ALhamdulillah.. ok.

Fiza Abdul Rahman said...

saya nak comment dlm ni panjang lak ceritanya.. apa kata bukak blog saya http://seribaiduricollections.blogspot.com.. saya pun terpanggil nak tulis perkara yg mcm kak elly rasa..

misz sheyla said...

baca entry ni macam takut lak..garang nau maknye..tapi tu la semua nk yg terbaik utk anak kan..nak bg nasihat xde pengalaman..tapi dulu2 yg buat semangat study bila ade kwn2..buat study group..tp fhm2 la kdg2 jd cam borak2 group

soulsearcher said...

Kak elly,bukan kak elly je..sy ni lg teruk.anak baru tadika je pon tang assignment dpt B je terus xleh tido mlm. Garang tahap singa tu xsah katalah.tiap kali ngajar je nangis budak2.huhu...nnti kak elly updet k.sy pon nk blaja jugak.

harry p said...

Salam beri banyak makan protein ikan dan sayur. Kurang kan karb.
Kurang kan holiday bercuti...make all treats shoppings etc, , holiday as part of motivation. Kalau lulus dgn cemerlang baru boleh beli.
Consistent dlm segala perbuatan harian.

Beri makan.minyak ikan 3, 6, 9 beri caps 1, 000 microgramme.
Treat them as child.as it is. Not a friend. This applies to both.you ans husband. So senang nak discipline.
Sports l ok kena kurangkan after school activities kalau tau bbadan tak larat.
Husband shouldn't undermined your authority dgn mengiyakan cincai apa yg dia buat. Infact kena cakap..reason why mama.suruh....
.

kipas putih said...

yepp. you and your husband kena both in a same boat. likee kalo akak marah, he need to show them that he also angry, but yes don't forget to neutralize the condition (not in the very short period, but not too long till take a day)

kite belom lah ada anak, husband pon takdee. just talk based on my small-little knowledge and upbringing experience. =)

mokjadeandell said...

Elly,makcik nak syorkan tonton Joe Frost Extreme Parenting di astro channel 709.banyak idea yang boleh kita apply utk anak anak.
Bila dapat markah anak anak cuba scope pada soalan yang dia tak dapat betul.Berguru dengan sesiapa mcmana nak bagi anak faham konsep yg dia gagal.Tidur pun kena jaga selain makanan.Emosi keluarga pun kena jaga masa anak anak nak periksa..

kalau boleh diputar waktu mau saja makcik belajar mcmana nak jadi ibu yang lebih baik..rasa dulu garang memanjang dgn anak anak.kalau duduk Norway,jenuh masuk mahkamah.

just sharing.

dewicinta said...

teringin nk tahu agak2 sek terbaik apa pilihan kak elly utk yaya?hihi

Irfa said...

emm segan nak bg nasihat,sbb anak aku beza setahun je dr anak ko elly
belum ada yg betul2 berjaya, kang silap bg nasihat..lain lak jdnya ;)
apapun doa kita paling makbul..moga anak2 kita cemerlang dunia akhirat