Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 16, 2014

Handbeg


Amboi Kak Ton nak raya jer handbeg kena baru....haruslah kan penat bekerja reward diri katanya. En Win berbulu jer bila jawapan aku untuk reward untuk diri...orang kalau reward untuk diri bayarlah semua ini ada pulak 50 - 50....hahaha. Eh! kena lah bijak memikat hati suami balik kerja cepat2 cium tangan dia, masak makanan kesukaan, gosok baju licin2 baru nak mintak apa2 senang...hahahaha. (jahatnya aku...tak2 Kak Ton buat sepenuh hati tanpa mintak balasan)

Hari ni Kak Ton nak hasut korang semua beli handbeg...tak lah menghasut terpulanglah kat korang nak beli ke tak..cuci2 mata pun tak apa...tapi kalau tak beli rugi lah sebab Kak Ton nak perkenalkan korang seorang peniaga handbeg yang sempoi dan giler2. Lagipun pun raya nak dekat kena ada handbeg yang matching dengan warna baju...kahkahkahakah




Memperkenalkan kawan baik Kak Ton...Kerengga Kurus. Wah! kelas nama kau Jah...amboi nak nama kurus jer kau ya..Hahahaha. Aku mula2 kenal kerengga kurus ni macam...eh! apalah nama macam pelik ni macam mana nak panggil perempuan ni ...takan nak panggil Kakak Kurus...mana boleh tercabar lah aku...kalau panggil kerengge macam menghina pulak sebab guna nama haiwan...hahahaha. Last2 panggil I U...I U jer.

Nama sebenar wanita kat atas ni Noraini....classic nama kau nyah. Aku dah kenal hampir 4 tahun, dari dia berniaga online kat FB sekarang dah bukak Butik. Korang jangan lah risau semua beg yang Kerengga Kurus ni jual original. Kenapa Kak Ton prefer beli dengan Kerengga Kurus??? sebabnya harga kerengge kurus agak murah sikit berbanding di Butik2 berjenama. Tapi jgn lak korang harap murah giler2 pulak...beza harga beg di butik kerengga dalam 200 - 400 (depend jenama beg).

Kak Ton senang berurusan dengan Si Kurus...boleh lebih kurang. Agak2 Kak Ton tak mampu nak bayar sekaligus...Kak Ton hutang lah sampai selesai baru ambik beg. Tapi dengan Kak Ton jer lah sebab dah lama kenal dengan korang idok lah ya..hahaha. Kang mampus pulak aku korang mintak hutang pulak dengan minah ni.

Kadang2 Si Kurus yang baik hati ni akan bukak sistem kutu...contoh korang bayar secara bulanan. Katalah bulan ni dia keluarkan handbeg jenama LV nanti dia akan keluarkan status kat FB buat sistem kutu selama 6 bulan contohnya lah...so korang register...genap 6 bulan dapat lah korang beg LV tersebut. Rasanya macam tu lah kot...Kak Ton tak berapa pasti...kalau nak tanya lebih banyak info pasal sistem kutu ni nanti kak ton bagi contact details korang tanya lah yek. 



Hermes

Beg ni Kak Ton tak mampu beli....hanya mampu lihat jer lah sambil senyum2. Korang follow lah FB dan IG kerengge kurus ni kadang2 dia ada buka pre order. Setiap 3 bulan Kerengga Kurus akan ker overseas untuk mendapatkan koleksi hanbeg terbaru so korang boleh buat pre order dulu nanti dia akan tetapkan tarikh bila kena buat bayaran...gitulah konsep kakak kurus ya jual bukan sahaja di Butik tetapi anda juga boleh membuat pesanan beg yang anda minati...nanti dia akan tolong belikan.



Di butik kerengga kurus bukan jer ada handbeg tapi ada sunglasses, Jam dan kasut. Complete yer...satu kedai ada bermacam2 jenama. Senang sikit korang nak buat pilihan dan compare2 kan harga.



Loubatin Shoes...kesukaan Fazura ni. Ini pun Kak Ton hanya mampu melihat sahaja.

Ok bagi yang tak mampu nak beli brand new...dibutik Kerengga kurus jugak ada jual Preloved. Jangan bimbang beg preloved yang kerengga kurus jual masih good condition...Kak Ton banyak jugak beli handbeg2 preloved dari kerengga kurus jugak. Iya lah nak beli yang baru akak tak mampu tapi hati besar nak jugak merasa so tak salah rasanya beli yang preloved.



Koleksi Chanel



Chanel lagi



Khas untuk penggila Jam...



LV dan Gucci...design terkini



Dior



Jenama LV



Ok...mata Kak Ton dah berpusing2 ni...semua cantik2 korang. Nyampah tau kerengga ni selalu buat jantung Kak Ton debar2



Prada



Gucci



Sebahagian koleksi2 di Butik Kerengga Kurus.


Berminat tak?? amboi tanya macam nak beli beg kat pasar malam jer. Tak lah datang lah dulu cuci2 mata..bagi semangat sikit diri tu..booked dulu...lepas tu kumpul duit dah cukup ambik cepat2...hahahaha. Serius kalau korang minat beg yang berjenama Kak Ton mmg rekemen beli kat Kerengga Kurus..senang berurusan ngan minah ni sempoi nak mampus. Agak2 tak mampu nak bayar sekali gus pujuk2 lah mintak bayar 2 bulan...hahaha. Matilah menghasut orang jer kerja aku.

Kak Ton tengah usha satu beg ni tgh fikir2 nak beli ker tak nak...nak beli takut En Win membebel...dah dekat 80 kali aku tanya harga kat si kerengga ni...takpe relax2 dulu kang seru datang aku jual lah beg mana yang tak berkenan dalam almari tu...buat sistem pertukaran...hahaha




OMG...Givenchy Beg...lap air mata tengok



Nanti aku datang Butik kau ya Nyah....


Ok sesiapa yang nak follow Kerengga Kurus kat FB clik kat sini FB Kerengga Kurus

IG : Kerengga_kurus

Kalau nak ke butik sila Whatapp kerengga kurus untuk mendapatkan alamat : 012-2190905


Happy Shopping!!

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya shopping

Norma NML said...

Semuanya cantik..:-)

ain diyana said...

cantiknyerr,,, heaven~!

Azura Aziz said...

pompuan tanpa handbeg rs sunyi haha..

Nadya Honey said...

alamak...nak jugak..

Lynn Hamzah said...

cantiknya...feninnnn...dah follow ig dia...

Afidah Azmi said...

Hai Kak.I'm your new follower...
come and follow me to
http://norafidahazmi.blogspot.com/2014/04/yotta-secret-untuk-kamu.html

sheAYANG said...

First time sampai blog ni.
Syok nya. Bila la dapat merasa nak pakai handbag n kasut2 mcmni.