Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 30, 2014

Borak kosong!


Tajuk memang gempak sebab tak tahu nak letak apa..tapi nak bercerita macam2 benda kat korang. Gambar malas nak tepek...ala korang pun dah bosan asyik gambar Kak Ton jer kan.

First nak cerita pasal diet2 ni. Ramai pulak blogger update cite nak diet ni. Aku pulak sekarang ni macam tak ada mood pulak berdiet...zumba dah lama tak pergi bukan sebab malas tapi masa tak mengizinkan. Cewah! alasan tak agak2 padahal dulu boleh jer kan. Serius! ini kisah benar waktu aku start berzumba mmg kalau balik berzumba mesti bergaduh dengan En Win. Balik kerja kelam kabut masak lepas tu tinggalkan anak2 dengan En Win suruh dia uruskan budak2. Zumba 2 kali seminggu. Bila balik dari berzumba badan aku dah letih dan mood pun kelaut. Nanti aku terbaring jer depan tv tak nak bercakap apa2...bila anak2 mintak itu ini aku dah start marah2. Aku marah sebab perut lapar control tak nak makan..kalau makan pun cuma salad jer. Rasa macam tak enjoy jer life aku. Masuk 2 bulan agaknya En Win tak boleh tahan terus sound aku "Ma i rasa u tak payah lah berzumba ni kalau nak mengamuk jer kerja u"...hahaha setepek Kak Ton kena. Aku mmg dari remaja tak boleh lambat makan nanti aku boleh naik angin...kalau nak berjalan jauh siap bawak bekal takut lapar tengah jalan dan aku rasa aku perlu makan sebab aku akan lemah kalau tak makan nasi. Perut aku dah terbiasa dan aku tak boleh tune otak ni jangan makan. Dapat pulak suami yang kuat makan mmg bertambah susah lah. Aku banyak gunakan tenaga..bangun seawal pagi dan dapat berehat hanya 10 ker 11 malam jer. Kalau aku tak makan atau control makan aku rasa lutut aku boleh bergoyang...hahaha. Risau mmg lah risau badan kengkawan selim melim kau peha besar nak mampos...camna tu. Jogging pun dah tak mampu..matilah. Berkobar2 sekejap lepas back to normal. Ini semua salah En Win dia tak nak bagi motavasi kat bini dia...dia suka aku gemuk agaknya jadi boleh join club perut ke depan. Biarlah dulu kan..kang nampak filla kurus bersemangat lah aku balik.

Cite kedua pasal Peej...aku pun turut bersedih bila bapak Peej sakit. Bapak peej ada iras2 bapak aku sama jer kepala licin jer tak ada rambut...saiz badan pun sama. So bila nampak bapak Peej aku terkenangkan bapak aku. Tetiba aku jadi risau pulak kesihatan kedua orang tua aku. Takpe Peej mungkin ini ujian kau...harap2 banyak bersabar setiap dugaan ada hikmahNya. Buat masa luangkan masa bersama dengan diorang ya.

Cite ketiga pasal anak2...hahahaha. Tak habis2 aku kan masalah negara bebenor. Sekarang ni tengah sibuk cari Inspire Camp untuk cuti sekolah ni. Nak bagi Yaya dengar motivasi sikit...aku rasa aku tak dapat membantu dari segi motivate2 ni bagi orang yang professional buat. Aku nak dia ada keyakinan diri, dapat tips2 pelajaran dari pakar2 motivasi, tips pengurusan masa yang betul, mengatasi stress, menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat dan faham pengorbana kedua ibu bapa. Rasanya aku dah jumpa tempat yang sesuai. Harap semua yang aku aturkan berjaya..bukan senang nak pujuk dia sebab kami tak pernah berpisah dan tinggalkan Yaya sendiri. 

Aku kena bersiap sedia dari sekarang sebab anak2 aku semakin membesar..bukan saja anak2 yang perlu di motivasi aku sendiri kena cari pakar untuk motivate diri aku. Kita pun bukan sentiasa betul nak menuju kearah kebaikan bukan perkara yang mudah kena buat perlahan lahan. Dah mula menabung untuk anak2 jugak..paksa diri untuk masukkan simpanan untuk anak2..insurance semua dah ambik. Banyak benda aku kena mula kan dari sekarang walaupun agak terlambat kesedaran aku ni. Saya insan yang lemah...hahaha. Berat tanggungjawab jadi ibu bapa ni...bukan senang nak aturkan semuanya dan tak semua benda yang kita rancang akan menjadi. Takpe yang penting kita usaha. 

Nak berdepan dengan anak2 yang semakin membesar pun bukan perkara yang senang..tak macam dulu2 kita boleh terima apa yang mak kita cakapkan..paling kuat pun melawan dalam hati jer. Tapi konsep ni nak tak pakai untuk budak2 zaman sekarang, sekarang kita kena banyak berlembut dan cuba fahami perasaan diorang. Aku ni dah lama jenis mak2 dulu kala...nak cuba jadi  mak moden adalah kesukaran bagi aku. Ok2 i cuba ya...haha


Ok! itu jer nak cite...sebenarnya banyak lagi nak borak tapi masa tak mengizinkan. Nanti sambung lagi yek!! 

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ok kak elly nanti kita sambung lagi...

Nurzakiah Hanum said...

NANTI SAMBUNG K

nor hayati abdul halim said...

panjang bebelan akak..tpi xpaxyati suka baca =)

Namee Roslan said...

Kak elly! Nice to see u semalam..hehe..mana ada kak elly gemok..kurus je. Peha kecik. Kak filla pun sama. Hehe.

Zaki Wazir said...

Assalamualaikum kak..sy suka baca blog akak..sambung lagi kak..
hihihi

minat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
thanks ^_^

Yang Bersinar said...

zaman dah berubah
we as kids need our mum to understand and get along with us

salam berjalan blog mhehe

http://harinumunirah.blogspot.com/

~RaudhahRiduan~ said...

hi sis elly,

sy rasa sis leh try kursus motivasi alihan pelajar (map) oleh doktor tengku asmadi. mak bapak pun kene motivasi gak dlm kursus tu..heheheh..tp ni y lama sy pergi dulu la tahun 2000..xtau la sekarang nye silibus dh tukar ke ape..masa tu sy g berulang je kursus motivasi tu..tak dok hostel..sis leh try.. :)