Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 22, 2014

Barangan Rumah


Apa nak jadi pemalas bebenor Kak Ton sekarang ni nak up entry. Gambar melambak mood nak menulis belum datang lagi...kang aku tepek gambar jer tanpa sebarang ulasan mau Kak Ton di kejam bertubi2 di FB...hahahaha. Korang kalau bagi peluang mmg suka jer kutuk Kak Ton...Popo lah...Mak Long. Sorry ya Kak Ton cuma terima panggilan glamer jer ..panggilan tak glamer Kak Ton tak layan. Ingat ya!! jgn kau ikut sangat urusetia garang tu dia memang suka jer mengahasut korang....hahahaha

Dari minggu lepas Kak Ton dalam mood mencantikan rumah...mula lah buka magazine, cari kat internet barang yang comel2 untuk hiasan rumah. Ini semua ikut tabiat nenek aku dulu2...3 bulan lagi nak raya kena beli carpet baru, pinggan baru dan cat rumah. Kalau tak beli nanti Raya tak meriah...gitu pesanan nenek aku. Harus lah Kak Ton terikut2 sebab dari kecik sambil belasan tahun Kak Ton diheret untuk bersama2 membeli carpet dan pinggan. Kalau tak ada duit nak beli buat susunan perabot bagi lain sikit...langsir belakang tukar kedepan yang depan tukar kebelakang ok..janji ada nampak pembaharuan.



Last week gi Ikea..mmg terjebak lah beli benda2 yang tak masuk dalam senarai. Satu kelemahan Kak Ton tak boleh nampak bekas contoh macam Tupperware atau bakul mesti laju jer tangan nak capai. Padahal dah melambak bekas kat rumah tapi tetap nak beli. Especially bekas yang clear tu kalau letak barang senang nak nampak...jadi tak susah bila mencari barang nanti. 



Contoh macam ni lah...kan senang nak cari barang. 



kemas jer nampak kalau ada bekas macam ni...tempat sudu semua Kak Ton masuk kan dalam bekas asing2 ikut kategori..sedap jer mata memandang. Aku tak suka barang2 kalau simpan dalam box atau beg2 kecil sebab tak nampak isi dalam..lebih senang masuk dalam bakul terbuka atau bekas clear macam ni. Kalau tak jumpa jugak barang yang dicari tak tahu lah Kak Ton nak letak bekas macam mana lagi. Anak2 pun Kak Ton dah ajar cara2 nak simpan barang jgn main suka2 sepah sana sini. Aku dah siap belikan dua tiga bekas pepandai lah korang asing2 kan barang nanti.



Kalau gi Ikea tempat paberet Kak Ton bahagian kain langsir...amboi dah tua sangat ni...hahaha. Tapi selalunya instead buat kain langsir Kak Ton jadikan lapik meja atau kusyen cover baru nampak kelainan sikit table cloth Kak Ton. Kang kalau beli kat Parkson dah sama jer nanti. No...No...No kelainan kena ada ya...amboi over sangat ni macam rumah nko jer cantikan. Matilah korang jeling2 Kak Ton depan computer ni...Hahaha



OMG! cantik nyer tak menahan rasanya. Tengah pikir2 nak beli ke tak nak sebab Kak Ton dah asingkan duit nak beli handbeg tetiba nampak pinggan rama2 ni. Dada siap berombak2 bila nampak pinggan ni. Serius aku mmg tak boleh tahan kalau lalu tempat2 pinggan. En Win mmg cukup berbula...tu sebab aku suka merayap sensorang. Tapi agak bahaya kalau merayap seseorang sebab duit akan keluar tanpa disedari dan membeli mengikut nafsu hantu. Tak caya...



Ini lah akibatnya bila jenjalan seorang diri...konsep tahun ini retro dan penuh dengan warna warni seperti kehidupan Kak Ton...hahahaha. Aku rasa kaum ibu mesti faham bagaimana puas nya kalau dapat membeli sesuatu yg diingikan...bila dah susun barang2 yang dibeli nanti sambil lalu sambil pandang lepas tu tersengih2 walaupun dah ulang alik dekat 30 kali...betul tak?? ker aku jer macam tu...hahaha




Frame ni dah lama buat tapi mood mengantung baru datang. Lepas dah gantung hidung kembang2 gembira. 



Sekarang Kak Ton tengah usha2 nak buat laundry room...eh! bukan2 nak mencantikan laundry room lepas tu nak buat cabinet ...bagi teratur sikit bila letak bekas2 sabun nanti. Tengah compare2 harga cari yang murah2. Sabtu lepas gi ngan En Win usha kilang2 buat cabinet...sanggup gi kilang terus asal dapat harga berbaloi.



Contoh2 laundry room



Mata dah rambang tak tahu design mana yang cantik...cantikan korang kemas jer nampak teratur jer bekas2 sabun tu.



Ini pn cantik ada bakul2 kat tepi boleh letak towel dengan kain2 lap...amboi angan2. hahahaha



Ni pun simple tak yah cabinet korang boleh beli rak tu kat Ikea lepas tu pasang sendiri...lepas tu beli bakul dengan bekas cantik2 susan kat rak tu. Eh! botol letak pin baju tu pun menarik kan korang!!



Kak Ton agak tertarik dengan design ni...tapi nak usha lagi kang menyesal pulak. 



Huaaaaaaaa ni pun sweet jugak.



Ok...bakul ni kena masuk kan dalam list.



Cantik sangat...suka3. Eh! kenapa korang yang senyum2..haha




Hanging chair...nak letak kat living room atas. Dah usha harga kat sini mahal...whatapp gambar ni kat China mintak tolong diorang carikan..lagi murah kot kalau beli kat sana.

Ini yang menyampah kalau datang penyakit tetiba nak cantik kan rumah...ada jer benda nak beli. Tak boleh jadi ni kena beringat2 jugak..sekarang barang semua dah mahal...kalau boleh cari yang murah2 tak semestinya murah tu tak cantik...betul tak korang!! kalau tak caya cuba gi Nilai 3 melambak barang lawa2 kan korang.




20 comments:

Nurzakiah Hanum said...

CANTIKNYA FRAME

permatabiru said...

mcm best je laundry design tu..suka suka..

Chekgu Azrine said...

bila saya yg tengok saya plak yang over teruja..hhahaha..suka jugak nak memncantikkan rumah tapi fulus tak tebal..hahaha

Irfa said...

bilik dobi lawa gitu, konfem ada yang tido dalam bilik dobi pasni
hahaha

stichares said...

kak elly kalo hanging chair tu murah kat china, roger2 la kami.. mana tau kami nak order jugak. boleh jadi bulk order and dapt lagi murah..huhuuhuhuh...

stichares said...

kak elly kalo hanging chair tu murah kat china, roger2 la kami.. mana tau kami nak order jugak. boleh jadi bulk order and dapt lagi murah..huhuuhuhuh...

juliana said...

Kak ton frame tu beli kat mana???

Diana Fairuz said...

kak elly, frame tue sgt kreatif..buat cmner yer..kongsi sikit..

Diana Fairuz said...

Kak elly, cantiklar frame, kreatif sgt. nak buat cmner tue..kongsi sikit

diyana said...

arghh..sy minat nk mencantikkan rumah..cuma fulus xbyk cm kak ton ngee..akak share la kilang cabinet mne yg akak pegi tu.sy berminat lah..plzz :)

Lynn Hamzah said...

alamak...cantiknya kak...tp ruang utk laundry kat rumah saya terhad...tak boleh buat mcm tu...

~ Z a N n A ~ said...

bagus laa ko kak...time kasih igtkan lagi 3 bulan nak puasa...ok kene kemas rumah aku ni...hikss tq kak

anna hashim said...

kak elly, member opis sayabaru je beli buai kerusi tu kt area ampang waterfront..RM800 skali ngan cushion....

Elly said...

@juliana @diana - Frame tu buat kat Wangsa Walk tapi rasanya kedai tu dah tutup sebab waktu nak ambik hari tu diorang tgh pack2 barang

Ibu Siti said...

Kak Elly, kalau hanging chair tu MURAH beli kat China, beli la lebih sket...kitorang nak jugak...hehe..buat installment plan bagi kitorang bayar sikit2.. :)

Zaihasra Zahra said...

mmg tersangat2 puas hati kalau dapat cantikkan rumah..hehehe..tp itula..kalau mood tgh rajin tu, mmg menjadi la..kalau mood mls dtg, jwbnyer lantokkk je la..hehehe

herlyna said...

As salam...that hanging chair tu mmg menarik...brape RM, rasa macam nak gak :) oppps btw, i' m silent reader of you tapi hanging chair tu buat I terkedu jab.,,.if ada warna putih lagi cantik....fm my eyes :)

Cik Puan Eka said...

pinggan rerama tu memang lawa kakton. hehehe

dan tabiat dah susun lalu 30 kali tu, saye pun same hahahhahaaha

aneezjaafar said...

Assalamualaikum..
Salam singgah dan terus follow. nice entry.. suka susun-sun ni. kalau dapat laudry mcm kt gmbr tu, lepak kt laudry je pun i sangguh. haa over-

Sheila Mutalib said...

Klau g ikea, confirm rambang mata. Tengok idea diorg deko rmh, rasa mcm nk beli same..