Nuffnang Advertisement

Thursday, March 6, 2014

Kawan jadi Lawan


Aku rasa ramai kot yang dah tahu pasal hal aku turun naik mahkamah lately ni. Wah! ayat dah macam artis popular..hahaha. Tahun ni jer ada dua kes....kedua2 kes ada lah berpunca sbb terlalu percaya kan kawan. Aku tak boleh terangkan secara detail apa yang berlaku di mahkamah...kang tersalah cakap mampus aku kena heret lagi masuk mahkamah. Cuma yang aku boleh tulis kat sini aku nak beri korang nasihat dan jadikan pengajaran tentang kes aku ni. Ok mula dengan kes pertama 

Pinjaman Wang

Amount tak payah lah aku kasi tau kat sini yang pasti banyak giler...aku pun tak tahu macam mana aku laki bini boleh bagi duit tu tanpa berfikir panjang...kawan susah nak mulakan perniagaan...janji akan bayar balik...kalau ada untung dalam perniagaan dapatlah kitaorang sikit jugak...kawan ni tunjuklah segala profile company...sistem perjalanan syarikat, macam mana keuntungan tu nanti boleh dapat...ok aku faham sbb aku pernah susah...ok dia nak berniaga kita tolonglah. Aku pun serahkan duit yang dia mintak...tak ada black and white dari lawyer..sebab kawan kan surat biasa jer tulis tangan jumlah dia pinjam dia sign surat tu aku pun sain. Bulan pertama sampai bulan kelima alhamdullilah company tu dapat pulangan yang hebat..so semakin percaya lah aku laki bini...dia mintak tambah modal lagi..aku tak teragak bagi lagi...rasa macam kena pukau pun ada..aku turut jer bila dia mintak...pinjaman kedua pun aku buat surat sendiri...dia sain aku sain. Sampai satu tahap tu tiba dia laki bini senyap macam tu...call tak angkat, message tak jawab, email tak balas. Aku ngan En Win tekad pergi rumah diorang...akhirnya diorang mengaku perniagaan tak berapa mendapat keuntungan. Aku ngan En Win cuba faham situasi diorang..iyalah setiap perniagaan ada turun naik kan...bagi dia peluang. Hampir setahun ok dia tak bayar hutang...tak cakap tak call pun...still bersikap positif. Sampai lah bila aku ternampak dia pakai kereta mewah. Pergi sekali lagi kerumah diorang..kau faham tak tahap marah aku..mula2 pinjam sanggup duduk rumah aku dua tiga pagi tapi bila nak kutip hutang aku pulak macam peminta sedekah. Dipendek kan cerita dia tak dapat bayar hutang aku dengan alasan duit tak ada...duit tak ada tapi rumah blh renovate..boleh pakai.kereta mewah...lepas tu buat aku macam orang yang kau tak pernah kenal. Nasib aku baik walaupun surat perjanjian aku tulis tangan jer...tapi aku sempat buat stamping. Bawak kes ni ke mahkamah...lawan punya lawan...aku menang dia berjanji akan bayar secara bulanan. Ok lah dari tak dapat apa2 bayar sikit2 pun tak apa lah. Bertahun jugak lah nak tunggu hutang tu selesai. 

Moral of the story : Walaupun RM1000 kawan korang nak pinjam makesure ada surat hitam putih...cakap2 mulut ni jangan percaya. Sebelum dapat janji mengunung tinggi...selepas dapat bayang pun tak nampak. Aku kesian bagi lah peluang berniaga tapi kesian aku ni tak dibalas dengan kejujuran. 


Kes Kedua

Kes Kontraktor rumah...aku kalah dalam kes ni sebab tak ada surat hitam putih.

Ini rumah pertama kami...of course aku dengan En Win nak yang terbaik. Duit hasil titik peluh kami berdua. Setiap orang ada konsep rumah idaman...so aku ngan En Win decide cari professional Interior Design dan Kontraktor. Ini pun kawan jugaklah...terlalu percaya bagi dia uruskan semua. Permulaan semua berjalan dengan lancar...aku puas hati..adalah sikit komplain tapi dapat diuruskan. Disebabkan aku happy dengan kerja diorang aku tambah lagi duit untuk buat toilet pulak. Bila rumah siap hampir 90% aku pun datang melawat sekali lagi...ok kat sini pergaduhan bermula...bukan lah bergaduh tapi berbincang sebab kawan kan...ada beberapa perkara yang aku tak puas hati...banyak kerosakan... banyak komplain yang aku buat tapi tiada apa tindakan. Kesalahan aku bermula disini..aku komplain secara verbal...tak terfikir pun nak buat secara bertulis. Ialah kawan kan...fikir bila cakap dia faham lah. Sampai lah aku ngan En Win tak tahan dan stop kan payment terakhir. ID tadi tetap berdiam diri..aku tak tahu knp dia berdegil tak nak betul kan rumah aku. sehingga habis contract selama 6 bulan...tup2 surah mahkamah sampai. Aku tak ada bukti menyatakan complain dibuat...sebab semua dibuat cara verbal dan sms. Boleh pulak phone hilang...sms semua tak dapat dikesan lagi. Sekali lagi kesilapan kami berdua terlalu percaya kan kawan akhirnya kawan makan kawan. Sampai sekarang aku tak tahu motif sebenarnya knp tak nak baiki kerosakan rumah aku. Nasi dah jadi bubur...tak apa lah kali ni kau menang..ambik duit yang sepatutnya aku bayar walaupun keadaan rumah aku masih rosak teruk. Cuma aku nak cakap kat sini aku tak ada niat langsung nak menipu ataupun lari dari bayar duit renovation..of course bila aku dah sain contract itu tandanya aku ada duit untuk membayar...kata kawan bukan tak boleh bawak berbincang tapi kau pilih jalan heret kitaorang masuk mahkamah. Takpe apa bukan rezeki aku dengan En Win kot...ambiklah duit tu...rumah aku mmg renovate utk bagi dinding retak seribu..sengaja biarkan grill berkarat...seni kan!!! 

Moral of the story: Apa2 complain yang korang lakukan makesure ada hitam putih...makesure dia sign complain korang tu. Walaupun aku ada bukti gambar rumah rosak tapi tidak dilayan sebab aku tak letak tarikh kat camera tu. Takpe mungkin aku tak ada rezeki kali ni...tapi ingat kat sini senanglah kat sana esok jawablah ya...tak baik aniaya orang.

Dua pengajaran yang paling berharga buat aku dengan En Win...terlalu percayakan orang...orang ambik kesempatan atas kelemahan kami berdua. Tak semua orang nak kawan dengan kita dengan ikhlas dan jujur. Macam tu jugak dalam dunia perniagaan hari ni kau baik esok2 kau tikam aku dari belakang. Serik...no more bagi muka...especially yang bersangkut dengan duit atau barang makesure ada hitam putih. No more kau kawan aku so aku percaya jer lah. Kau nak berniaga boleh tapi cari lah duit sendiri...penpadai lah korang buat loan. Rumah ni nanti ada rezeki aku buatlah balik..biarlah dinding retak seribu ni jadi salah satu kenangan dan pengajaran yang paling berharga buat kami berdua.

Alhamdullilah tuhan bagi kami rezeki dan mungkin ini adalah salah satu ujian untuk kami...kami redha!!

14 comments:

Mama Safiy Arfan said...

Kes pnjm duit.sy kne sebijik mcm sis..bg pinjam 10k...sy siap buatkn dia pinjaman sb dia kata dh bleklist..kawan baik katenye so percayelh..bt srt taip je.xde p mati setem bgai pon sb xthu cara dlu.just sign2 jer.last2 dorg lari mcm tu je ad lg wang yg dorg x pulangkn...xthulh hidup dorg cmne skrg.mmg skt at gile..huhuhu..

Zaft HardFever said...

Bab duit nie memang boleh buat gaduh. Tapi tue lah kan, kadang-kadang kita niat nak tolong kawan, nak support dia. Tapi, kebaikan kita orang tak hargai.

Noted to myself..everything kena ada hitam putih..

Norma NML said...

Betul tu Elly..kdg2 kawan yg terlalu baik dgn kita boleh jadi musuh..be strong dgn segala ujian kerana Allah menguji kita mengikut kemampuan kita..:-)

Irfa said...

oh gitu kisahnya
baru paham
takpelah, mgkin rezki korang kat tpt lain, mrk yg aniaya pun x senang mana kot

Cikna said...

Cikna ade jugak member mcmni Masa nak pinjam lembutb gigi dr lidah bila dh dapat kita lak dia buat cam peminta sedekah... Tolong naikkan gaji CIKGU spya dia blh bayar balik hutang Cikna....!!!

ain syafieqa said...

betul tu..abah selalu pesan,nak buat apa2 mesti ada hitam putih sekarang ni

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog kak elly, baru-baru ni saya ada buat blog harap kak elly boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Suwaibah YS said...

Kak Elly ,
yang kes satu tu, perangai org tu mcm ex boss saya, sejak kahwin lain dgn perempuan lagi muda, habis semua duit company dia kaut, buat renovate rumah, beli keta BMW, beli mewah kete tuk bini.. sampai hutang Along, Along dtg serang pejabat..duit gaji lmbt byr.. sikap camni la macamane nak maju.. company byk duit, pergi tala tang peribadi..sib baik saya dh berambus dah.. huhu

wanna said...

Salam kak elly,

wah 1st time nak komen nie.hahaha

saya nak cerita pengalaman ja. serius saya pon ada pengalaman macam nie.

asal kawan. tapi boleh jadi lawan sebab dia hutang kita tapi tak mau bayaq.

saya jenis yg segan nak minta hutang kita dekat org.. padahal tue hak kita kan..

tapi org yang berhutang nie boleh buat kering, entah bila nak bayaq hutang, bukan lah banyak pon 1k ++ ja.

saya kata kalau tak mampu bulan2 bayaq 50 pon tak pa, janji ada usaha nak byaq. haram kak, mmg tak bayaq, selang 5-6 bulan baru bayaq.

tue pon lepas dah bagi macam2 sms. kadang tak faham org mcm nie..

upload makan tempat mahai2 boleh, beli barang macam2 boleh, hutang takat 50 henggit sebulan pon payah..

eh mcm panjang plak komen..hahah itu jelah saya nak kongsi..

lepas nie mmg dah serik nak bagi pinjam.. org yg pinjam bahagia, kita yang bagi pinjam nie merana.

strawberi said...

sy kena bab kontraktor...takde pengalaman kan..umah first..yg bijak sgt..pi google je..jupe kontraktor melayu...ckp mmg konpiden abih...renovate nak caj murah je 30k...suh kami byk sume..sblm kije start,..cam kena pukau lak..bg duit..dia wat kije sket..larik..ngan bangla n indon wat kije dia tak byr...takde guna nak cari..sbb xde hitam putih pun..cuma kami report polis sbb dia sms ugut kitorg..

anggap xde rezeki..carik kontraktor yg byr sket2..ikut progress kije...mmg dugaan btol

ayien78 said...

Reminds me when i first meet up wth u..dua tiga kali jumpa...u bg i duit dgn jumlah yg giler byk... Pinjam jd modal...but seriusly... Elly..u sgt baik...walaupun kita x ler kenal rapat sgt..but u trust people just like that... Nasib baik we olls mmg baik kekeke...thanks elly..jasamu di kenang...

adibah ishak said...

Hi elly, Silalah lawat blog saya sekiranya ada masalah undang undang...saya tak charge....ikhlas berkongsi pengalaman sebagai bekas peguam...

adibahashak@blogsport.com / Kak Adib Ratu Longchamp

Nadya Zahid said...

Hye Kak..ksian akak..skang ni mmg kawan2 pon dah xleh nak percaya...
bab contractor pon sy ade kne gak...contractor tu buat umah xkemas..pecahkan kipas la mcm2....janji nak dtgrepair..tp skang batang hidung pon xnampak...

mohd amirul said...

saya pon ada jgk kes mcm 2..pjm duit nk melabur dlm projek mmg la xbyk 3k dia ckp blh la untung 200 dlm 3minggu..nmpk mcm untung dlm 3mggu dh 200 tp tggu dkt 2bulan jgk br nk dpt..okay xp pas2 duit 3k still xbg sb nk bwk ke projek yg lain tp dpt2 projek diam je xbgtau dh pkai untung brp pon xbgtau dh dkt setahun.masih xdpt..tp mcm situasi akak la..konon xd duit xdpt payment lg..tp tgk sakan je brjln g singapore shoppg lagi..rumah baru beli nk masuk umah baru beli furniture bagai..gazibo bagai..pasang api pasang air..tgkap pintu nk psang jeriji bagai..mn la dtg duit..yg hutang mmbr ni dr thn lps..xsetel2 lg..rs nk tembak org je haish