Nuffnang Advertisement

Thursday, March 20, 2014

Anak Ketiga



Amboi korang baca jer tajuk entry aku terus kepala ligat berfikr..Yaya..Adik...anak ketiga??? Eh! Kak Elly pregnant ker?? betul tak...tahu sangat lah korang ni...hahahaha. Big NO...Kak Ton masih mencuba dan masih berusaha keras..ada rezeki insyaAllah...En Win sila gigih bekerja ya...hahahahaha.

Tak lah aku nak share korang pasal ciri2 anak ketiga...tajuk kena lah gempak bagi korang debar2 sikit....korang kan suka buat spekulasi...hahahahaha. Kak Ton anak ketiga...bila dapat email cite pasal ciri anak ketiga aku tersengih2 macam banyak betul persamaan...yang elok sama lah..yang tak elok tu mmg bukan sifat aku lah...hahaha.

Fakta tentang anak ketiga


1. Punya perangai paling pelik antara semua sibling

Ini korang kena interview mak aku sebabnya aku tak perasan langsung aku ni pelik...tapi kecik2 dulu kalau mak aku marah ni mesti keluar ayat macam ni "kau ni Elly cuba lah jadi perangai macam orang sikit...mak pun tak tahu kau ikut perangai siapa lah ni..sakit jantung mak ni kau buat". Hahaha
Yang aku cuma ingat kecik2 aku suka cakap sorang2 lepas tu gelak terbahak2 sampai air mata terkeluar..nanti kak long aku tanya kenapa kau gelak...aku jawab balik "Entah"...pelik ker tu korang.


2. Sensitive and easy to cry

Ini tak payah cakap lah...aku mmg ratu air mata. Suka nangis...gembira nangis, berita sedih lagi super nangis. Nangis yang tersebak2 yang macam tak cukup nafas tu padahal tgk cite hindustan jer.


3. Keras Kepala

Ini adalah sikit...aku keras kepala tapi senang di pujuk. Katalah aku nak sesuatu benda tapi tak dapat..dalam hati walaupun apa terjadi aku mesti dapatkan benda tu...tapi bila En Win pujuk belikan aku barang lain..mesti aku ok punya janji  kena belikan aku something utk mengaburi mata aku. Eh! macam materialistic jer kan...hahaha 


4. Don't care other people talk about her

Betul...kalau aku tahu korang mengumpat pasal aku...aku akan mengamuk tapi sekejap jer. Lantak lah cakap lah dah perangai aku macam tu takan aku nak berpura2 baik depan orang. Aku jenis malas nak ambik pusing kau cakap lah mulut korang yang penat...orang yang selalu cakap pasal orang ni sebenarnya dia jeles kalau boleh di nak jadi macam orang yang dia umpat tu tapi tak dapat...itu yang kecewa lalu mengumpat...hahaha


5. Clumsy and careless

Betul....careless tu no satu lah dalam senarai. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni...contoh yang selalu terjadi...aku nak type something...tetiba otak aku fikir benda lain..nanti tangan aku laju jer type benda yang aku fikirkan tu...benda yang aku type tu tak ada kena mengena dengan benda yang aku sepatutnya type..lepas tu tanpa baca balik aku hantar kat boss...lepas tu boss marah..lepas tu aku nangis. Korang faham tak apa yang aku nak terangkan...tak faham tak apa...malas nak explain nanti korang buat aku pening...hahaha.

Clumsy...hahahaha. Ya aku mmg selalu clumsy hidup tak tentu arah jer...kelam kabut jer. En Win selalu pening.."ma u relax boleh tak yang kelam kabut sangat ni kenapa..bawak bertenang sikit boleh tak?"  Eh! suka hati lah...nak clumsy ker apa...i mmg suka buat2 kelam kabut baru lah hidup best...hahaha


6.  Muka bajet garang tapi sebenarnya cute

Cute tu betul...hahahaha...bajet garang pun betul. Suka buat muka macam tak takut langsung dengan orang..padahal hati aku kecik sebenarnya...penakut ya Rabbi. Contoh terdekat bila aku bergaduh dengan En Win nanti mulut aku terjungkit2 membebel muka aku mmg bajet garang lah waktu tu...tapi bila En Win pandang mata dia start jer kecik aku dah debar2..terus buat2 merajuk lari dalam bilik.


7. Suka bergelak dengan kawan dan family walaupun hati tengah bersedih

Betul sangat...aku mmg suka bergelak...gelak yang sampai perut sakit tu..gelak sampai terduduk2 tak boleh bangun. Reka cite no satu...reka cite yang tak masuk akal langsung lepas tu sendiri gelak terbahak2 kalau kawan turut gelak kira lawak aku berjaya...lagi lah gembira...hahaha. Serius walaupun aku tengah bersedih tapi aku masih mampu bergelak...korang tak akan tahu sebenarnya aku tengah hadapi masalah negara. See baik kan anak nombor tiga...sweeeeettttt sangat.


8. Tidak suka dibandingkan

Aku tak suka banding2kan diri aku dengan orang lain dan korang jangan cuba2 nak bandingkan aku dengan sipolan...sipolan. Memang aku sentap 30 hari. Kenapa nak bandingkan aku dengan orang lain sah2 aku lagi terror...hahaha (gurau jer). "Aku rasa orang tu lagi sesuai pakai baju ni...kau pakai tak sesuai" mmg korang dapat jelingan maut lah dari aku...I don't like ya...


9. Waktu muda agak menyusahkan tapi paling berbakti bila dewasa

Ya aku mengaku waktu muda aku mmg menyusahkan mak bapak aku...aku selalu buat diorang pening kepala dan sakit jantung..perangai tak senonoh..tapi tak pernah sambil conteng arang kat muka diorang. Aku nakal2 cute jer. Tapi bila dah besar dan berkawin dah ada kesedaran sivik aku mmg sentiasa membantu keluarga. Mak..Abah dan keluarga adalah keutamaan aku.


10. Tak suka cite masalah dengan orang lain

Kawan2 selalunya selesa bila berjumpa dan berkongsi masalah dengan aku...tak dinafikan ramai yang datang dan menceritakan masalah sebab aku suka mendengar dan akan sentiasa memberi pandangan positif. Contoh macam sipolan ni datang cite masalah rumah tangga suami jurang...suami buat itu ini...saya dah tak sanggup..sampai nak bercerai pun ada. Seboleh2nya aku akan nasihatkan dia supaya berfikir positif..ingat anak2..ingat Allah..itu semua ujian Allah aku jarang join sekali kemarahkan yang dia lemparkan dekat suami...orang tengah marah sebaik2 kita dengar jangan sekali2 kita yang buat keputusan untuk mereka..Eh! dah macam Cik Sri Siantan pulak...haha

Tapi bila aku ada masalah aku tidak suka berkongsi atau bercerita dengan orang lain...aku cuma selesa bercerita dengan suami sendiri. Aku tak nak orang nampak kelemahan aku...aku nak orang nampak aku sentiasa bahagia dan ceria.


11. Manja 

Ya aku memang suka dimanja...aku suka berkepit jer dengan En Win..kalau tengok TV nanti pelan2 aku datang duduk bawak ketiak, baring atas peha, kiss2 dahi En Win..tidur malam suka rapat2...jln kena pimpim tangan...peluk pinggang...hahahaha mesti orang rasa nak muntah kan. Tapi itu lah diri aku sebenarnya...mak aku selalu perli "kau ni kenapa asyik mengesel ngan laki jer" . Ishh mak aku ni mulut tak ada insurance lansung sentap Kak Ton tau...



Ada banyak lagi sebenarnya tapi Kak Ton malas nak ulas...banyak sangat kebaikan anak ketiga ni...hahahaha





10 comments:

liza♥aufa said...

kak elly, nanti saya nak ambik tips yang ni

11. Manja

hahahah manja 2..

mamaliza said...

1 jer yg sama clumsy ;)

whiteapple said...

Hai, nice blog ^_^. Sama la saya pun anak ke 3...mcm ada persamaan la. hihi

Nurzakiah Hanum said...

suka baca blog sis

siti said...

patutla hbsd i senang menangis sbb dia pun anak ke 3!! bahahahaha

Syazwan Che Deraman said...

hahaha..

kelakarjugak baca,
knowing this blog from nuffnang.
tahniah.

Dana Anuar said...

samaaaaaaaaa! suka gila bila baca, tepat dan padat. wah! gitu. HAHA

Dana Anuar said...
This comment has been removed by the author.
noor aqhmar said...

Kak elly . kita pon anak no3 juga . apa yang akk tulis sama dengan diri saya . saya pon ini jenis kelam kabut kan and saya saya sorang yang ta suka cerita masalah saya dekat org hahahha :)

hamiza suzlin said...

Ha!Ha!Luv ur style k.elly....I pun anak ke 3