Nuffnang Advertisement

Thursday, February 13, 2014

Kain Sari


Korang aku dah beli kain untuk buat baju kurung raya. Nak cakap aku giler lah tu...tak menyempat...hahaha. Aku mmg suka beli awal2...so bulan 4 dah boleh hantar jahit...sementara tengah ada budget baik aku beli awal2. Kang nak dekat2 puasa duit banyak nak guna. Selalu baju kurung aku dan anak2 mmg aku uruskan..termasuk baju En Win pun tapi En Win punya beli yang dah siap jer. Tahun ni teringin nak pakai kain Sari...gigih aku ngan Liza gi ke Klang cari Kain Sari. Kenapa Klang?? sebab kat sini banyak pilihan dan harga sangat berpatutan. Nasib baik aku ada geng satu kepala yang suka beli kain awal2 gaks. 

Kalau korang rasa Klang tu jauh boleh jer gi kat Tengku Abdul Rahmat (Jalan TAR) or Brickfield. Nak cari kain sari ni ambik masa sikit...korang kena tgk pelan2 sebab semua colour menarik. 



Kawan aku cakap pagi raya kena bling2..kena glamer2...hahahaha.  Sari kalau beli untung sbb dia bagi 6 meter. So boleh buat 2 pasang baju anak.  Macam2 ada...Chiffon Sari lah, Cotton Sari lah. Kalau korang tgk2 macam tu mmg tak nampak kecantikan sari tu...korang kena bukak dan acu kan kat badan so boleh tgk bling2 yang menarik. Pernah beli kain Chiffon yang batu2 ni kat Gulatis harga dekat RM350.00 untuk 4 meter. Kain sari ni 6 meter tak silap aku RM180.00 jer.

Tapi kalau korang tak suka bling kat tepi tu...rasa macam over sangat...tak yah guna ambik bahagian tengah jer. Actually sebab kain sari ni 6 meter korang boleh buat jubah or balance kain boleh jer buat tudung.



Bagi yang tak suka bling2 korang boleh pilih jenis sari yang macam ni. Kain sari ni tak silap aku baru RM150.00 utk 6 meter....itu belum bagi diskaun lagi.

Aku ngan Liza kitaorang tak kisah kalau beli kain yang sama...sbb apa yang dipegang semua cantik...aku part belek2 kain ni malas sikit dia yang rajin bukak2 kain ni...bila dia kata cantik jer aku ambik...hahaha. Kain yang kat atas ni diambik warna biru aku ambik warna hijau. Senang tak yah pening2. Kau tgk gambar kat belakang habis kedai tu kitaorang kerjakan...nampak cantik kitaorang suruh bukak...hujung2 tak beli pun...hahaha



Yang putih ni Filla kata buat baju nikah cantik...tapi aku kan suka glamer kita pakai untuk raya jer lah...hahaha. Kata Che Ta.



Ok kain  ni dalam gambar tak berapa menarik tapi kat luar colour turquoise ni mmg cantik bangat...sesuai dipakai untuk ke pejabat. Aku jarang beli kain baju kurung...sesekali borong...beli untuk office wear sekali.  



Settled anak punya 2 pasang...Kak Ton punya 4 pasang. Puas hati harga sangat2 berbaloi. Disebabkan beli banyak kain kitaorang dapat periuk  percuma...kau mampu beli kain dapat periuk...hahahaha.

19 comments:

mama jariss said...

lawak kak elly ni... beli kain dapat periuk..mesti periuk yg color oren tu ek? kih.kih.kih

IdaShazana said...

excited ni. tak jauh dari rumah, lepas kerja nak merambu ke sana la. hhaaaaa... jeles punya pasal

peej said...

mesti orang tu tau kau suka masak.
sebab tu dia bagi free periuk. hahaha

Irfa said...

mmber kat opis ada jual,original from india lagi.tp sbb aku xleh pakai kain jenis mcm ni..mmg tak tanyalah reganya bpe.(jenis berpeluh takleh pakai kain sari,huhu) nanti bau semerbak.

beli sari dpt periuk.
tu periuk tanah @ stainless steel?
hehe

Mimy Hamid said...

elly kalau kat KL tu kat madras eh...nak beli gak la ..ok terpengaruh

azrena sahadon said...

Haha..ayat last lawak....free periuk...ngekek aku gelak..

AIN said...

nak tgk periuk kak..hahaha

Filla said...

gila apa beli kain dpt periuk.. ko over kan.. takpe.. nanti aku nak bling2 lawan ko.. kita tengok siapa lagi meriah.. hahah

sarah said...

Sarah dah 2tahun berkain sari. Buat untuk pergi kenduri. Kasi meriah haha. Cantikkan kak. Murah pulak. Suka-suka sometime ada bagi lining percuma

sarah said...

Sarah dah 2tahun berkain sari. Cantikkan meriah sgt selalu beli banyak2 terus untuk pergi kenduri kahwin kawan-kawan

Nieda ramly said...

mow ..meriah raya kak ton

A.I said...

beli kain dpt piuk? lawak giler beb! aku x mampu. kahhhhhhhhh

Fieda Redzuan said...

kak elly kite pon beli kain sari kat klang jugak kengkonon nak buat baju nikah. jimat kos tak payah beadings. haha!

annapeje said...

Sempoi dpt periuk betambah rajin la masak kari ke dal ker hahaha

Wanie Hazwani said...

kat klang..kedai mana satu? nk dpt periuk free gak.. hehehe berderet kedai kain kt klang tu....

Siti Farah Aiman said...

hai saya stdent blja kat india. saya menjual kain saree from india. mmg kualiti tip top. nk bli borong pun boleh. bleh tgk instagram sarees_station or whatsapp no +919766980807.

Qarin Iqbal said...

Assalamualikum kak ^^ kain sari mmng cantik . kalau ade yg berminat nk beli sari yg sama tp harga lebih murah boleh whatsapp saya 011 23 2829 78. Harga yg saya tawarkan lebih murah sbb saya xperlu kos overhead. TQ semua akak cantik

Kain Saree Raya dari India said...

Kami menjual sari pelbagai jenis dan pelbagai corak.Sila lawati facebook page kami untuk maklumat lanjut
https://www.facebook.com/KainSareeRayaIndia

mas yana said...

dah dekat sangat ni klang... nak pi mencarik la.. tq for entry kak elly :)