Nuffnang Advertisement

Thursday, February 6, 2014

Dunia Artis...


Tajuk bukan main macam nak rebut jawatan wartawan hiburan jer....hahahaha. Ini kalau wartawan baca penulisan aku mesti dia ketuk2 meja tak boleh terima kenyataan...suka2. hahahahah....Berangan jer aku kan...siapa lah nak terima jadi wartawan kalau memanjang typo jer...lepas dah nampak typo pun malas nak tukar. Korang faham2 lah sendiri...betulkan lah sendiri ayat tu...tak kuasa aku nak check berkali2...lantaklah situ.

Aku ni jarang nak up entry pasal artis...itukan kerja wartawan...ahaks. Lagipun aku ada anak perempuan tak elok cite pasal orang...kang kondem giler2 tgk2 anak aku pun sama. Lebih baik aku jadi pemerhati jer..kalau nak gossip pun time bekpes pagi2...itu baru best bercakap sambil mulut muncung2. Ada jer tak kena ngan artis ni...aku sorang jer bagus...gitu lah kaedah nya kalau berborak. Semua orang salah kau jer betul..hahaha.

Tapi hari ni aku terpanggil nak komen pasal satu artis ni....rasa marah sangatlah memuncak...sia2 kalau jadi artis kalau otak tu korang letak kat lutut. Tuhan bagi akal untuk berfikir...jgn main sedap mulut jer kalau nak keluarkan sesuatu kenyataan...buruknya nanti datang kat kita balik.



Adoi...ini ex girlfriend kau dulu tu. Pernah susah dan senang sama2. Kenapa tak boleh redha dengan perpisahan...dia dah nak kawin terima lah kenyataan...dah tertulis itu bukan jodoh nko...terima jer lah.  Lagi satu yang kau pergi buruk2 dia tu kenapa...jatuh lah maruah dia...perempuan ni masih ada mak bapak. Kisah silam korang jangan lah diungkit...manusia berubah...itu kau kena lah terima. Kau sebarkan keburukan dia kat FB dengan Twitter....kau pijak maruah dia tapi apa yang kau dapat..kepuasan!! sampai bila kau puas...betul ker puas atau bertambah sakit hati sbb tindakan kau ni masih tak dapat halang perkawinan diorang. Aku bercakap bagi pihak wanita dan ibu2...hancur hati bila dapat tahu orang cerita keburukan anak kita. Walaupun jahat mana pun dia tetap anak kita...kita tetap akan terima. Tiada sesiapa yang boleh putuskan talian darah. Fikir lah sebelum buat sesuatu tindakan sebab benda ni mengaitkan banyak pihak.  Keluarga lelaki pun terbabit sekali menanggung malu. Aku bukan sebelah sesiapa...tapi ini adalah sekadar pandangan dari seorang wanita dan seorang ibu. Anak2 gadis diluar sana termasuk anak aku jugak fikir sebelum berbuat sesuat especially yang boleh menjatuhkan maruah keluarga...jangan conteng arang kat muka kedua ibu bapa kita....kesan dari perbuatan yang korang lakukan amat2 memedihkan.

Ini lah budak2 sekarang buat sesuatu pikir dulu keburukan....jangan pikir keseronokan. Risau aku...anak2 semakin membesar. Mak aku selalu pesan..."kau jangan sibuk nak betulkan anak orang...jaga anak kau tu dulu.". Betul sangat pesanan mak aku tu...ni aku tgk anak orang bukan main kau pandai cari kesalahan anak sendiri kau tutup2 kesalahan diorang. Dunia2!!


Nak share korang satu link yang sangat tepat kenyataanya

Wanita yang ada kisah silam...tapi bertaubat dan berubah jadi lebih baik boleh jadi wanita solehah. Dan wanita yang permulaan baik, tutup aurat, tidak semestinya akan terjaga sampai akhirnya. Semua bermula dalam diri. Yang di pandang bukan kisah silam atau kejahatan semalam. Tetapi siapa dia di masa sekarang. Yang ada kisah silam jangan dikeji, yang mulia di mata manusia, jangan selalu dipuji. Pengakhiran manusia di 'mata' Allah tiada siapa tahu.


Sorry Kak Ton teremo pulak hari ni


14 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

True akak..Sokong pendapat akak..Ntah apa2 je pelakon ni agak2 laa, yang dah lepas dahlah eh tetiba saya pun emo gak ni..

siti said...

AHHA kak terbeso lak hurup kihkih

ct pun perasan gak benda ni, geram pun ada. jenis apala jantans nih heh xpenah nmpk lagi la ex-ex buka aib ex sendiri. ni apa kes, xmalu betol. dia xtau yg bila 'kita bukak aib org, otomatik aib kita terbukak jgk...' haiii dunia2

IdaShazana said...

apa kes nak aibkan orang smp macam tu sekali

Beautikazoom said...

tu nk cari publisiti murahan...tp agak2 la kok ye nya pun...jgn smpai maruah org dipijak2...ni namanya bodoh bertingkek2!!! eh ahkak pun emo....

ibuhebat said...

Setuju.. Bila kita bukak aib orang, Allah akan buka aib kita pula. nau'zubillah..

nor hayati abdul halim said...

KAK..SYA SHARE AYAT LAST N BLOG AKAK KT FB SYA..SYA SUKA BCA BLOG AKAK
TERSUKAN BLOGGING OK =)

izatishop.blogspot.com

NenetPenne (NP) said...

sakit hati pulak i dengan jantan tu... dia nak malukan perempuan tu dalam masa yang sama dia pun dapat title jantan tak guna...

IzmaRusli I PREMIUM BEAUTIFUL said...

kak elly, mohon share ayat last tu.. TQ...

IzmaRusli I PREMIUM BEAUTIFUL said...

kak elly, mohon share ayat last tu yer.. true indeed..!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

satu jari dia menuding ke orang lain empat jari menuding dirinya sendiri... mungkin kalau benar tentang si gadis, dia telah bertaubat dan taubatnya telah diterima tapi diri sendiri??? Sendiri mahu ingatlah...

shyda said said...

si ammar tu mmg meroyan lepas putus ngan puteri sarah...tu yg segalanya nak di canang...

btw, kak elly, nak share yer ayat last tu..terima kasih daun keladi!

mamaliza said...

ya betul lebih baik kita jaga anak3 sendiri kan...

Irfa said...

adoila... mcm ni punya org pun ada

Daves Tanjung said...

Cilaka punya budak...lelaki ni anak haram kot..takde mak bapak yg mengaja dia sejak kecik, pasal tu lah perangai macam binatang... Minta Allah jauhkan hal begini dlm keluarga saya aminn...