Nuffnang Advertisement

Tuesday, February 4, 2014

Diet


Amboi eksyen betul Kak Ton ni asyik cite pasal diet...Hahahaha. Korang ingat aku suka ker diet2 ni...dapat pulak laki yang kuat melantak tengah2 malam. Tiap2 malam bisik kat telinga aku ajak keluar makan...itu belum lagi tgh malam order mcdonald sengaja kunyah tepi telinga aku. Apa lah nasib dapat laki macam ni...orang suka bini diet dia tak suka.

Lepas balik dari dangdut haritu lagi tekanan hebat...tengok perempuan GRO ramping2...pakai cheongsam perut tak kembung pun. Aku nampak mata En Win menjeling kesitu jer...hahaha. Memang saingan lah budak2 tu baru 20an aku ni nak hujung 30an tak dapat lah nak berlawan.

Waktu pakai seluar kerja tak muat tu aku mmg tekad tak nak makan nasi waktu malam...siang aku kena ambik sbb takut tak ada tenaga kang lembik jer mengamuk pulak boss aku. Dia dah lah suara kuat tak pasal2 mati terkejut pulak nanti. Hari pertama start diet aku lembik...sebab dah biasa melantak 2 pinggan nasi dan makan balance kat pinggan anak2. Kul 10 kang repeat lagi supper...jadi mmg mengamuk jer lah aku malam tu sebab nak tahan lapar. Malam kedua tak berjaya sbb hasutan suami cemerlang malam tu. Malam ketiga aku tekad untuk bersabar dan diet hingga kehari ini.

Zumba, Kickboxing dan Cardio setiap minggu non stop. Hujung minggu aku jogging....berat aku sebelum diet 54KG tapi bila dah diet selama sebulan tak turun2 langsung angka 54KG tu...kenapa yek.  Tapi yang yang peliknya seluar aku semua dah muat balik...dulu pakai size L sekarang dah boleh pakai M atau S.  Ker machine timbang tu rosak...tak mungkin sebab aku guna timbang berlainan....arr lantak lah janji seluar muat kan...hahahaha.



Tuan Belog sekarang...amboi eksyen gi kedai sukan jer sekarang kan...hahahaha. Lengan ada sedikit susut... lemak perut belum pecah lagi masih buncit. Takpe kena gi selalu body toning.



Pagi semalam sengaja cuba seluar yang dulu bila aku try sanggup kat peha...sekarang dah muat balik. Teruja tu yang kemho terus eksyen kat IG. Bagi korang muntah darah sikit...hahahah

Nak share diet Kak Ton diwaktu malam



Aku kurang kan ambik minuman manis...hot lemon tea tanpa gula. 



Selalunya 1 jam sebelum gym aku makan Yogurt dan Pisang bagi tenaga sikit.



Salad dengan Japanese Dressing. Tak suka rasa nak hantuk kepala kat dinding...rasa macam kambing makan rumput....huaahuaaaa susahnya nak cantik.



Kalau lapar sangat aku akan makan spaghetti Aglio Olio itupun sebelum pukul 7 malam



Salad and salmon



After gym kalau terasa lembik makan dalam 5 keping biskut dan kopi dengan 1 sudu kecil gula.



Sup ketam

Korang ingat senang ker nak bertahan macam ni...ada gaks terbabas kadang2...melantak nasi lemak. Tak tahu lah sampai bila boleh bertahan...harap2 boleh lah sampai bila2. Aku ni kadang2 eksyen jer lebih kang seluar dah muat aku melantak balik...huaaaaaaa tak suka diet tapi nak cantik macam mana tu korang.

13 comments:

ieyka dinda said...

kak elly, saya ada baca kat web kevin zahri...

"This often happens to those yang mula giat aktif dengan latihan pemberat ataupun weight training yang mengalakkan pertumbuhan otot. Lagi-lagi apabila menggabungkan program dengan pemakanan yang baik, semanan cardio dan weight training.

…muscles are more dense, look better but because the are more dense, they carry more weight than fatty tissues…

Muscles are more dense, look better. Hence give you that slimmer and toned look. Tetapi because the are more dense, they carry more weight than fatty tissues. So your body weight tidak berubah kerana adanya otot baru. In my opinion, its not a certain weight that you should aim for but yang paling penting is that you are happy with the “new” you"

Jom kurus 1 Malaysia reramai :)

Aisyah said...

elly..akak kena amik iktibar tips elly ni..thanks for sharing..

Zareene Saifuddin said...

elly, japanese dressing tu brand apa and boleh beli kat mana ek?

shedevil said...

Kak, berat tak turun tu maybe sebab akak berexercise n ur body starting to burn fat & build muscles. tu sbb bdn da ada shape n tone cume berat menten sbb lemak da transfer jadik muscle.

:)

Irfa said...

perghhhhhhhhhhh kagum dgn ketabahan ko elly. aku ni..............(isi tempat kosong) lalallaa

Jojet said...

berat akak x turun sbb akak dah ade muscle!! dulu ada lemak sekarang dah ade muscle uolls!! great job!! sila la bertahan!! sy pon tgh menangis bila ddk ats penimbang nih..bru buka youtube camne nk kuruskan peha ngan perut!!! squat la pejadah la..semalam buat, harinih nak turun tangga hazab bebenor!!

cik allord said...

kak elly 54kg je..jelesnyaaa..nak ikut diet kak elly ni...

Effanina Mokhtar said...

Slm Sis...
sy dah 1bln bertahan 'no nasi'.. mula2 mmg susah.. langkah yg sy ambik. bkfst bw bekal, roti. lunch bw bekal mkn spegetti/makaroni. (jgn join kwn2 lunch) stay kat opis rest.
dinner mkn sup/mee suah/spegetti.
elakkan mkn yg berlemak.. so lelama kita akn terbiasa xmkn nasi & mkn sikit je. klu lapar jgk mkn biskut/oat biskut/buah. elok kn jus dlm kotak, buah sendiri.
insyaallah loss weight & yg psti husband kena sokong!
good luck sis

nuui said...

I agreed with Ieyka. Saya pun sama kakElly. Bergym beraerobic bagai. balik rumah timbang tetap 57kg.

Tapi seluar baju semua dah kembali saiz kecil. Takpe kak Elly. As long as baju sempit dulu dah buat. so jom kita lompat bintang. Yay!.

Nadila azhar said...

kak elly..cer amalkan diet atkins..xtiru 100% pun still leh kurangkan berat badan..

Byzura Mj (By) said...

depends on individu berat tak turun tu. sebab pembetukkan otot. so jangan risau. ada body yang turun berat badan..tp ada yang inch kurang berat maintain :)

ikafantasi said...

kak ko tak join sharifah sakinah nye fitness..mcm best je..hehe

Miss Volvo said...

akak ni kelakar la HAHAHHAHA