Nuffnang Advertisement

Monday, February 3, 2014

Dangdut....



Amboi Kak Ton...nampak sangat dah tuo...hahahah. Korang nak baca tak tapi baca jer jangan nak kutuk2 aku...ini pengalaman berharga ni aku nak share khas untuk korang...hahahaha


Cite dia macam ni...hari Khamis lepas aku balik Melaka. Budak2 tak ikut dapat lah aku berhoneymoon dengan En Win sekali lagi. Asal dapat tidur berdua jer honeymoon sian sangat laki bini ni kan. Biasa lah kalau kat rumah susah sikit dapat berdua2an kalau tengok TV dalam bilik mesti penuh satu katil...takpe itu lain kali aku cite...Eh!


Tujuan gi Melaka...celebrate anniversary Mak ngan Abah. Cite anniversary ni pun aku akan up kat entry yang lain. Sekarang nak cite pasal Dangdut...Kahkahkahah. Function habis malam tu dalam kul 12 malam...lepas tu semua balik kerumah masing2. Aku ngan En Win tak rasa nak balik hotel lagi malam tu..katil boleh tunggu...hahaha. Ronda Melaka town bersama dengan seorang saudara dari Melaka. Singgah jap lepak minum kopi kat satu kedai betul2 berdepan dengan tempat Dangdut.


Aku pandang En Win...En Win pandang aku. Eh! jom cuba masuk dangdut. Memang kerja giler aku rasa...selalu lepak tgk live band...ini dah beralih arah ke dangdut pulak. Kalau cakap jer pasal dangdut aku mesti teringat cite kat TV...orang tuo menari2 dengan perempuan GRO lepas tu ada Mama San yang jaga GRO ni...kalau nak menari dengan GRO kena bayar baru korang boleh menari. Jadi aku boleh bayangkan benda yang sama akan terjadi kat dalam tu. Waktu nak masuk tu berdebar2 lah jugak...ialah selalu lepak tempat anak2 muda...kali cuba dah lihat tempat orang tua dewasa pulak.


Ok tempat sama seperti disco...gelap...lampu kelip2...cuma orang2 yang datang kesini lebih berusia. Lagu melayu dan indon yang berentak dangdut. Aku tak berapa minat tapi layan jer lah. Disini permerhatian aku bermula...GRO bersepah2 menanti pelanggan...serius semua cantik2 dan bertubuh langsing. Waktu ni aku dah semakin rapat dengan En Win. Kalau gi clubbing rasa bimbang tu kurang sebab anak2 muda semua buat hal masing2...dah selalu mereka akan pergi dengan pasangan dan teman2. Tapi berlainan dengan dangdut diorang akan ada rasa iri hati kalau ada lelaki masuk dengan pasangan. Serius korang GRO semua pasang badan ada jugak GRO yang sudah berusia tapi tetap vogue dengan pakaian dan make up yang meletup.


Now baru lah aku tahu kenapa ada yang sanggup bercerai berai kerana seorang GRO. Itu belum lagi korang nampak orang yang sama usia dengan bapak aku nari dekat dance floor. Gelek sakan korang. Serius aku jadi sakit hati dan menyampah. Yupe aku mengaku aku suka dengar music tapi aku tak suka environment kat sini...tengok keadaan sekeliling...orang2 tua bermanja dengan budak2 muda...hati aku tiba2 terbakar...terkenangkan isteri2 yang menunggu kepulangan suami dirumah. Kenapa mesti mencari hiburan diluar...sudah jemukah dengan bini dirumah...yang selalu menjaga makanan, pakaian dan anak2 dirumah. Aku mmg tak boleh terima keadaan ni.


Terus aku pandang muka En Win...En Win tahu aku tak selesa. Aku mmg sporting tapi bila masuk dangdut ni aku jadi sangat sensitive dan sedih bila melihat keadaan sekeliling. Rasa jijik dengan orang tuo yang kemaruk bercinta dengan anak muda. Pakcik ooi kesian bini dirumah....


Nasihat aku kepada kaum wanita berhati2 lah jika suami korang kerap keluar malam...serius GRO kat Dangdut ni semua mengoda dan jelita. Ikut kemana laki korang pergi ya...jangan ada perkataan malas nak bergaya dan make up. Kadang2 suami ni suka sangat tinggalkan isteri dirumah dengan alasan  anak tak ada siapa jaga. Bergaya lah untuk suami anda.....jangan malas ya korang. Berikan kasih sayang yang secukupnya walaupun kita dah berusia jangan malu untuk bermanja. Peringatan untuk diri aku jugak. Satu pengalaman yang berharga buat diri aku.


8 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tq atas ingatan akak...

Irfa said...
This comment has been removed by the author.
maaria manurin said...

Salah peribahasa tu.terbalik

aliya mansor said...

hahahah..kak, kita rasa kita tau akak pergi dangdut mana..LOL...dulu masa study kat sana,pernah buat kerja gila ajak kawan masuk,tak sampai setengah jam keluar balik..sambil gelak2, sebab tengok orang tua menari kalah sehati berdansa, pastu mak ayam dalam tu menjeling kat kitorang,yela..dorang ayam tua..hahahah..so rasa saingan lah tu kot..padahal pergi nak tengok ada apa dalam tu je

mamaliza said...

ermmm dah lumrah dunia kan...
sedihhhh tgk keadaan mcm ni...
x pernah pergi.. tapi tahu melalui bacaan....thanx elly

Filla said...

hahaha.. aku kena buang lah seluar pasar malam printed rimau tu? ok start hari ni aku pon nak berseksi2 sikit kat umah.. hahahah

Irfa said...

hahaha,tq maaria
laju nak komen, tak perasan peribahasa tunggang langgang ;)
i dah delete pun,hihi

nifalnin... said...

thanks kak elly share pengalaman masuk dangdut..

n thanks jugak bg nasihat utk kami isteri2 n mak2 budak ni...