Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 12, 2014

Basikal


Aku kalau tengah buat sesuatu benda jangan lah korang kacau...contoh sekarang ni tgh giler bersukan tak boleh langsung lalu kedai sukan mesti nak singgah membeli..kalau tak beli pun dapat tengok pun jadilah. Jangan lah pulak kata Kak Ton eksyen atau berlagak..Kak Ton bukan menunjuk2 dah perangai aku macam tu nak buat macam mana...takan beli tapi tipu cakap tak beli....hahaha. Suka tau tuduh2 cakap aku eksyen. Suka jer melaram bila nak berzumba..tak ada lah melaram giler2 aku jer syok sendiri nampak cantik jer tersenyum puas hati...giler. Tu hari lepak makan kat GE dengan Filla dan Peej...lepas makan sempat gaks singgah kedai sukan lepas tu kan aku paksa2 peej beli  tapi diorang buat tak tahu jer kat aku...si Filla yang garang tu siap jerit2 depan kedai tu suruh aku cepat...nyampah tau. 

Dulu kecik2 adik beradik aku kan ramai...jadi nak mintak bapak aku belikan memang tak ada lah. Kau bayangkan kalau beli satu nanti semua nak naik....harus kakak aku yang menguasai jer basikal tu nanti. Jadi aku rasa bapak aku ambik keputusan tak yah beli kot....dari dia dengar anak2 bergaduh setiap hari baik duit tu dia beli makanan...agaknya lah kot aku ni kan suka memandai2 macam terror bebenor baca otak orang...hahahaha.

So setiap petang masa banyak dihabiskan dengan main galah panjang, teng2 dan tubuhkan kumpulan tari menari...sabtu atau ahad main kawin2...aku lah pengantin perempuan dan aku jugaklah mak andam. Tapi bila ada jiran lalu lalang bawak basikal BMX tu sakit gaks lah hati aku...ialah sambil bawak sambil kau jongket2 kan tayar tu depan muka aku. Tapi aku kan kan pandai bodek...kalau nak join main kawin2 kena bagi aku naik basikal dulu 3 round...hahahaha.

Tak pernah bawak basikal lepas tu ada hati mintak bawak  3 round...bukan kayuh aku tolak jer dengan kaki..itupun dah tersenyum bangga. Tapi semangat budak2 kan kuat...cuba dan cuba walaupun banyak kali langgar pasu bunga nenek aku...jatuh longkang sampai lutut dan siku berdarah2 tapi semangat tu tetap kuat nak belajar naik basikal...tak sampai 3 hari aku dah terror ya....bosan giler jiran aku tu sbb asyik aku nak pinjam basikal...upahnya nko boleh join aku main teng2 atau kawin2...hahahaha.

Last aku naik basikal tak silap aku darjah 6...lepas tu aku dah tak pegang langsung almost 25 tahun. Tup2 sejak gila bersukan ni aku nak beli basikal pulak...En Win macam pelik. "I tak rasa u tau naik basikal...u kan miskin dulu mana ada duit nak beli basikal" Vavi kan mulut laki aku. 



Biarrrr aaaaaaa...pandai ker tak pandai aku nak beli gaks...jom pa kita cari basikal...budget dalam RM300.00 kebawah. Macam nak mampus En Win gelak kan aku harga basikal budak2 dapat RM300.00 orang besar nando ya harga macam tu. Ya ker?? Aku tak percaya...serious 3 tempat aku gi semua harga macam bangang melampau...ada satu basikal tu aku tgk sampai RM18,000.00...eh! apa yang bapak mahal sangat ni. Tertelan airliur aku..."Bang basikal harga bawah RM500.00 ada"...."Harga bawah RM500 ada tapi tu budak2 punya kak"...pitam!! Round punya round jumpa satu kedai ni kat taman tun...after diskaun dia boleh bagi aku RM800.00. Harga tak masuk akal setakat aku nak round2 kat taman rumah jer pun...tapi En Win tak sampai hati dia kata aku bagi jer berapa budget yang aku ada yang lain dia tambah....hahaha bagus2. Tapi kalau ni hadiah harijadi I tak mau ya...kahkahakah. Ini hadiah sempena pandai masak i terima...haktui pandai lah sangat masak tu.

Ok..usha2 dulu colour apa nak...lepas tu budak basikal tu ajar cara macam mana nak guna gear....mampus basikal sekarang ada gear....utk naik bukit turun bukit lah. Aku ni dah 25 tahun tak naik basikal sekarang lagi mau cite pasal gear...memang aku dengar jer lah...agak2 bosan aku suruh En Win dengar. Ok settled bayar maka berangkut lah basikal untuk dibawa pulang...berbunga lah hati kak ton sebab dah ada basikal sendiri diusia hujung 30an...hahahaha. Jgn harap anak2 jiran boleh pinjam...hahahahahah.

Sampai rumah dalam kul 9 malam...disebabkan En Win masih tak ada kepercayaan yang aku boleh berbasikal...disuruh aku kayuh malam2 tu jugak. Korang tau apa jadi aku mmg dah tak boleh bawak basikal...asal nak kayuh jer tak boleh balance...dah start kayuh pulak badan jadi senget....tapi skill berbasikal tu tetap ada walaupun En Win kutuk kaw2 aku tetap jer bersemangat..tak sampai 30 minute...wah! aku dah boleh kayuh dengan laju...suka3. Tapi gear tu aku tetap tak berani guna lagi.



Esok petangnya aku dah start berbasikal...eksyan tak nak round kat kawasan rumah tiada cabaran...nak naik bukit terus...nak biasa kan guna gear.



Tak sampai 3 round aku mengah....tiba2 rasa nak muntah...pitam kaki dah mengigil2. Ajak En Win balik...suruh dia kayuh basikal tu bawak balik...aku dah jalan terhuyung hayang macam perempuan mabok...hahaha

Balik rumah terus telentang kat lantai...mata berpinar...En Win panik ingat aku pengsan...hahaha. Dia ambik anggur dalam fridge sumbat mulut aku. Motif sumbat anggur???? hahaha panik lah tu. Baring dalam 10 minit baru aku ada tenaga balik...En Win pandang muka aku sambil geleng2 kepala.  Aku tahu apa dalam hati dia mesti tengah kutuk aku kaw2....tapi dia malas nak perli jer...hahahaha




Giler merah muka aku waktu ni...berpeluh2 satu badan...orang teruja mmg macam ni. Kesian aku tak pernah dapat basikal tu yang jakun sekejap. Rehat dalam 1/2 jam semangat aku datang balik...jom round2 kat kawasan rumah jer. Suami tersenyum kambing....lantak lah nak senyum harimau pun aku tak kisah.



Gaya tetap tak nak kalah...hahahhaha

"MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA"


19 comments:

liza♥aufa said...

terbaiklah kak elly. saya jangan ckp nek basikal nak bawak kete pon mengah haha

Mama Safiy Arfan said...

hehehehe...chaiyok2 kak

Capt Lalok said...

hahahaha,gaya nak menang aje ko,

elly,dulu masa motor aku kena curik,aku cycling pergi balik kerja dalam 5 km pergi balik 10km,hasilnya memang aku kurus,lps dapat motor,hasilnyer juga lumayan ..lemak diternak dgn baik,ni tgk ko semangat berbasikal,aku fikir nak pam tayar basikal aku petang kang..hehee

apapun all the best !

Cik Siti Hajar said...

kak... betul.. harga basikal mahal.. ni tgh mengumpul duit nak beli basikal jugak... hehehe

Filla said...

jom pasni dating bawak basikal.. leh kayuh sesama ;)

BIRU vs PINK said...

hahaha terkejut sgt tu. mana taknya terus nk naik bukit...rilek2 la dulu eh. slow2 nanti lama2 ok tu :)

Nurulhuda Abdul Latip said...

adoi tergelak-gelak baca ni tau, hehe

Fiza Abdul Rahman said...

salam kak,

org kata kalu berbasikal blh peha lebar.. that why org pompuan tak digalakkan berbasikal...

Effanina Mokhtar said...

lps ni sis... nak cuba sukan apa pulak.. hehe.. swimming x nak ke?
bole guna pelampung itik dlu.. :-)

strawberi said...

xsakit badan ke..1st day dh kayuh lama...patut start 10 minit je sehari..nt dah ok..br lama sket...sblm kayuh...warm up dlu kak elly...terkejut badan tu..mau demam...hehe

Jojet said...

akak, sy ketawa tebahak2 sambil pegang perut sbb perut mcm krem! mmg lawak la akak nih, klw kelaur sekali xtau la gelak sampai tekencing agaknya! syg akak =)

peej said...

gila mahal basikal. aku pun ingat basikal murah. haha.
atleast rm500 ke la kan.
ok tapi part anggur tu kelakar. patut tadi korang sembang aku tak paham tp biarkan je la.
ni dah baca baru paham. nasib tu kau.
aku kalau kena sumbat mesti aku cakap, eh sedap pulak. bak sini semua. lalu makan anggur dan taknak naik basikal lagi.

farrah said...

Kak Elly kat Subang USJ ada kedai basikal yang harga reasonable! Kalau baca forum ramai suggest beli kat situ. Saya pun beli situ jugak :)

Suraya said...

haha..kelaka la ko nie elly..

asma nuwa said...

akk...dah kurus dah akk....

Miss Brenito said...

anak2 daro tak menjelez ker??

ricca said...

salam perkenalan...ika mmg slalu jengah blog akak n suka sgt2 story akak...n mmg kalaka gak bila baca entery basikal ni...hehe...caiyok..caiyok kak...moga cpt terror ngan basikal...hehehe

Fieda Redzuan said...

hahahaha Kak Elly, gelak tahap nak pitam baca entri ni! Kelakar giler!

Takpe pasni mesti teror la tu.. Boleh kayuh basikal naik bukit dah

Mamaninasofia said...

Lawaklah Ka Elly ni....