Nuffnang Advertisement

Monday, February 10, 2014

Ayah dan Mak Anniversary


Siapa yang dah lama follow blog aku mesti dah tahu pasal keluarga aku di Melaka ni. Jangan keliru ini bukan annivesary abah dan mak aku tapi annivesary keluarag di Melaka yang aku dah biasa panggil mereka dengan panggilan Ayah dan Mak. Aku dah anggap mereka seperti ayah dan mak aku...rapat sejak aku berkawin dengan En Win. Sebuah keluarga yang happening dan kami mmg rapat dengan semua saudara.

Jarang dapat jumpa keluaraga yang rapat sebegini...semua bersatu padu...hahaha. Dengan one call semua akan datang berkumpul walaupun dari KL tak terkecuali aku juga Aku dibesarkan dibandar sesekali balik kampung mmg seronok. Korang ingat tak aku cite pasal dangdut...hahaha selepas majlis annivesary ni lah.

Majlis pada hari Khamis sehari sebelum Tahun Baru Cina. Esok cuti tu yang dapat tidur semalam di Melaka. Anak2 tak ikut sebab Yaya ada pemilihan bola jaring petang tu. Majlis diorang buat kat karaoke...sengaja nak cari kelainan sikit boleh nyanyi2 sambil makan. Kak Ton jer tak sporting malam tu...kak ton takut bila nyanyi pengsan orang keliling disebabkan kemerduan suara kak ton...hahahaha.




Berkumpul lah kami pada malan itu



Aku with saudara2 di Melaka



Orang Melaka ni cara percakapan diorang ada sedikit kasar...mulut2 aku terasa gaks...lelama lantak korang lah...janji aku faham. "Apa kena kau ni bodoh bebenor" kau mampu baru kenal dah dibodoh2 kan...hahaha.



Mak...comel2....Hahahaha. Terror masak ni cakap jer nak makan apa hujung jari jer..tak ada hal punya lah . Waktu gi Bangkok ngan Mak haritu dia perhati jer lauk2 yang dihidangan...dengan rasa jer mak boleh tahu bahan apa diorang gunakan. Ambik bila balik seminggu anak dia makan lauk Thailand...hahahaha.




Us...malam tu booked 2 bilik karaoke. Lantak lah korang nak menyanyi



Ada cake & pulut




Anniversary yang ke 27 tahun. Alhamdulllilah....mereka kekal romantik. Selalu gi Honeymoon berdua. Mana ada ayah disitu ada mak...jarang mereka berpisah. Mak sentiasa di sisi...so sweet. Anak2 semua dah besar...dulu mak dan ayah berniaga utk menampung keluarga sekarang bila anak2 dah besar time utk mereka berehat pulak. Kalau dengar cite mak dulu bagi aku satu kekuatan...terpaksa tinggalkan anak2 dirumah untuk berniaga...lunch nanti lari balik utk bagi anak2 makan...dah settled semua pergi balik berniaga di canteen. Walaupun anak masih kecil waktu tu tapi mereka pandai berdikari. Sekarang ilmu perniagaan diturun kepada anak2 dan menantu. Ada yang berniaga roti canai...kuih muih...mertabak dan macam2 lagi.



Ayah seorang bekas polis...habis jer tugas ayah akan membantu mak berniaga...kadang2 jual nasi lemak di balai utk menambahkan pendapatan. Selain berniaga di canteen mereka juga pernah berniaga di pasar malam dan gerai2 ditepi2 jalan. Tapi Alhamdullilah dengan berkat kesabaran mereka hari ni mereka hidup senang dan penuh dengan kegembiraan.



Amboi...dah pandai buat mulut depan camera.

Ayah rajin berjalan...korang bayangkan tahun lepas mereka berdua jelajah thailand dengan menaiki kereta. Ke Hatyai, krabi dan phuket. Kalau suruh En Win drive mmg tak sampai lah aku. Best giler kan...

Bukan ke Thailand jer...kang tgk Fb dah sampai  cameron lah...singapore lah...Johor lah. Terror diorang berdua ni.



Sebelum Majlis bermula Ayah bagi sikit ucapkan untuk isteri dan anak2 tersayang. Kitaorang saudara2 mendoakan agar ayah dan mak akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Dulu tgk borak2 ngan ayah..masih teringat2 sampai sekarang apa yang ayah cakapkan "Ayah kalau mak kau tak ada rasa diri ni kosong..ayah tak boleh hidup tanpa mak disisi" OMG sweetnya.



Anak dan menantu dan sekarang dah ada 2 orang cucu.



Ok start ngan potong pulut dulu



Kalau korang follow 'keek' aku boleh tgk betapa meriah nya malam tu. 



Kebahagian dan kegembiraan sebuah keluarga bila anak2 sentiasa berada disisi. Wang dan harta tiada bandingan nya...kasih sayang satu2 nya harta yang paling berharga di dunia ini.



Smile



Tuan Belog



Nyanyian dimulakan dengan pasangan anniversary



Apa lagi lagu P.Ramlee dengan Saloma lah



everybody let's enjoy



Siap menari tu...hahahhaa



Ewah....orang melaka kalau tak pandai menari bukan orang melaka lah namanya tu. I orang KL tu yang tertunduk malu...hahaha



Anak siapa lah ni??? hahahaha



Laki den pun nyanyi.

Majlis bermula pukul 8.30 malam dan berakhir pukul 12.00 malam. Mmg meriah. Nak pecah karaoke korang buat ya.



Us!!!


Me dan Mak



Me with Murni dan Karim.


No comments: