Nuffnang Advertisement

Monday, January 13, 2014

Tanggungjawab...

Tahun baru maknanya tanggungjawab pun dah baru tanggungjawab tak pernah berkurangan makin bertambah lagi adalah kan. FIL aku sekarang semakin tak sihat asyik keluar masuk hospital jer...makan pun dah tak lalu...apa yang kitaorang boleh buat just support each other especially kat MIL aku. Jaga orang sakit ni bukan mudah ya...letih badan2 ni. Kalau dulu bila waktu sekolah dah bermula aku akan hantar anak2 rumah inlaw tapi sekarang tak sampai hati rasanya nak tambah beban MIL aku. Walaupun anak dah besar...diorang boleh pakai baju sendiri....tapi rasanya terbeban lah jugak. Nak pulak budak2 ni kalau duduk ngan nenek lagi mengada2.

Aku ngan En Win decide amik maid yang datang kul 8.00 pagi balik kul 6.00 ptg. Experience maid yang boleh memasak, mengemas dan pandai melayan anak2. Fuh! merasa jadi mem besar sekejap. Sampai panties aku pun dia gosok. Balik rumah tgk fridge berkilat jer...tangga cermin bersih jer...botol kicap pun dia lap...hahaha. Sukanye2. Mmg lah suka semua benda dah tak yah buat kan....tapi aku ambik untuk bulan ni jer lah...sementara bapak mertua aku tak sihat...kalau back to normal tak ada lah aku pakai maid lagi. Tapi kan naluri hati aku macam nak pakai selama2nya tapi takut nak cakap dengan En Win sebab dia mmg tak suka maid dari dulu. Ada gaks hint2 kata "best kan Pa ada maid...dapat i berehat"...tapi dia buat tak dengar jer. Takpe pujukan akan dilakukan setiap hari.

Waktu nak decide ambik maid ni pun bergaduh2 aku ngan En Win...kena pujuk elok2...kata kesian kat Mak..terkejar2 nanti nak siapkan makan semua. En Win kata boleh ambik sementara tapi ada syarat dia tak boleh memasak langsung..."I tak nak anak2 i makan air tangan maid"...amboi suci sangat tekak laki aku  ni. Disebabkan aku nak jugak2 ambik maid jadi terima lah syarat En Win. Maka bermula lah new rutin. Pukul 10 malam terpaksa lah aku masuk kedapur sekali lagi masak satu jenis lauk yang berkuah... siap potong2 kan ayam letak kunyit nak garam masuk dalam fridge. Esok maid tu tinggal panaskan jer lauk tu dan goreng ayam untuk adik makan sebelum pergi sekolah dan Yaya makan bila balik sekolah. Aku bukan rajin ya...tapi lebih kepada tanggungjawab. Kesian budak2 aku kat office sedap makan nasi campur nanti diorang kena makan goreng2 jer. Balik kerja nanti kalau ada lebih kuah tu aku panaskan balik dan buat tambahkan lauk...goreng sayur atau masak sambal. Maknanya sekarang dua kali masak lah. Patutnya kalau rajin aku bangun pepagi masak...tapi sebab pentingkan tidur aku lebih prefer masak malam.

Baju sekolah anak2 aku dah siap letak awal2 atas katil...mudah sikit kerja maid tu nanti. Anak2 dari kecik tak pernah ada maid kesian diorang rasa pelik bila makan ada orang lain hidangkan. Aku balik je mengadu cakap tak suka maid. "mama..yaya naik tangga pun dia pimpin tangan Yaya" Hahaha. "Mama maid tu nak suap adik makan..adik kan dah besar". Ok2 nanti mama cakap ngan bibik ya. Tapi nak buat macam manakan terpaksa lah jugak kalau tak siapa aku nak harapkan.

Bila dah senang sikit tak payah nak buat kerja rumah cuci baju semua dapatlah aku monitor kerja sekolah budak2 ni...badan pun kurang letih. Cuma otak jer agak letih sebab maknanya tanggungan dah bertambah. Hari2 dok bincang ngan En Win macam mana nak majukan perniagaan. Kalau aku jer bertungkus lumus dengan En Win tapi staff tak support tak leh jalan gaks. Pening...kadang2 sampai sakit jantung nak maintain kan company ni. Orang luar bukan tahu pun kesulitan yang kitaorang hadapi...kalau tak kuat berniaga ni baik kerja makan gaji jer lah...cukup bulan cucuk ambik gaji kat ATM.

Aku jenis berdisplin bila balik En Win mengadu pasal staff mula lah aku stress. En Win boss yang sangat baik dan memahami...aku lain sikit cepat melenting dan panas baran. Semua orang ada masalah anak, ada masalah keluarga, ada masalah kewangan tapi semua benda boleh dibawak berbincang...jika kita rasa ada tanggungjawab segala masalah boleh diselesaikan. Korang rajin....korang workhard...company maju...gaji pun boleh naik kan...senang tak yang pening2. Boss lagi pening nak pikir pasal rolling duit ni...kalau tak cukup kena keluar pocket money sendiri untuk cover mana yang tak cukup. Ok jangan stress2 hidup kena ceria...wake up....mari kita berusaha lebih gigih lagi dan pandang kedepan. Amboi ayat!!





8 comments:

julie said...

bole share contact for daily maid?

Norma NML said...

akak suka dgn semangat Elly..even org selalu ckp u macam2..u still strong as a wife, a mother & DIL as well...good luck :-)

honey bedazzled said...

nak ty mana dpt maid datang hari tu. nakkkk

kardina73 said...

salam kak,
saya mmg dulu lg nk carik daily maid ni.. tp saya rasa area perlis ngan sungai petani mmg susah nk dpt.. sehari berapa byrn tu kak?

kardina73 said...

salam kak,
saya mmg nk guna daily maid dari dulu
tp rasanya di perlis atau sungai petani mmg tak ada..
berapa byrn per day?

meera said...

Hye kak elly.. where can i get daytime maid ye? Hw bout payment, reasonable x?

Azlina Ariff said...

Salam Kak Elly,
Bole bg info mcm mna nk dptkan daily maid? Area Shah Alam.
Thanks.

Frisya said...

Salam kak elly,

Boleh tak bagi info mcm mana nak dapat daily maid tu?

Brp u bayar monthly?

Would appreciate if you could email me at frisya_mohdfisal@yahoo.com