Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 22, 2014

Studio 8 - Zumba


Amboi sejak dua menjak nak jadi Rozita Che Wan gigih aku bersenam kan...hahaha. Eh! aku bergurau jer tau korang ni bukan boleh aku cakap over sikit ada jer cebik2 depan screen computer ni kang...aku nampak korang jebik2 sambil jeling kan...hahahaha.

Kalau di beri pilihan berlari atas Treadmill atau menari  aku lebih prefer menari2 ni. Kalau guna alat2 mesin ni aku cepat boring. Aku lebih suka class yang fun2 nak pulak diorang pasang lagu best2 walaupun aku tahu aku menari macam kayu tapi aku tetap rasa hebat....tetap rasa Jlo....hahahaha.

Dari tahun lepas aku cari kelas Zumba dengan Cardio ni tapi tak jumpa kat area kawasan rumah aku. Lagipun tahun lepas masa tak mengizinkan dan waktu tu tak rasa diri tu gemuk sangat jadi acuh tak acuh jer lah...haha. Bila seluar kerja dah tak muat baru aku sibuk google dengan penuh gigih.



Google punya google terjumpa website studio 8. Cantik sangat lah dekat area2 kawasan rumah aku Setiawangsa. Harga sangat2 berpatutan...harga dan schedule aku terangkan kan kat bawah nanti...harap bersabar bagi tuan belog tayang muka dulu.



Laki aku siap geleng kepala tengok aku bersiap...dengan jam beg bagai....botol air jer tak dapat nak beli lagi pakai anak punya. Sekarang pantang nampak kedai sukan nak singgah jer. Baru lah semangat kan pakai lawa sampai bersenam...tak over kan. Kasut kalau boleh nak tukar2 colour tapi En Win tak kasi dia kata aku melampau...jeles lah tu.




So far aku dah join Zumba Music dengan Kickboxing. Cardio belum lagi. Giler menari 1 jam tanpa berhenti...terkeluar2 lidah aku. Tapi giler nak berhenti malu lah aku...kata Jlo...haktuiii. Dah lama badan tak berpeluh asyik duduk kat aircond ni baru ringan sikit rasa badan....sekarang sebelum tidur pun dah kurang berangan letak jer kepala terus berdengkur lantak lah En Win cakap sorang2. Dulu dia buat aku sekarang turn aku pulak.



Majoriti melayu dalam kelas ni....cuma aku tak berapa kenal lagi dengan diorang tak boleh nak tunjuk sikap lawak lagi. Korang tau lah aku kan suka ketawa...bila tak dapat ikut step jer aku gelak sorang2 yang lain serius jer terus aku tertunduk malu.



Semalam first time aku join class kickboxing....best giler peluh meleleh2...serius best sangat. Walapun aku lembik waktu menumbuk dan  berapa kali cikgu tu ajuk2 cara aku menumbuk tapi tak ada hal lah.... lagi 2 minggu tengok terror tak terror.....hahaha. Waktu menendang dengan badan2 aku sekali terpelanting. Orang semua tak bergerak waktu menendang aku jer yang terhuyung hayang. Kahkahakah...gelak untuk diri sendiri.



Hebat peluh menitik2...semua bahagian keluar peluh...kau mampu!!



Zumba Team



Ok meh aku terangkan fees Studio 8 ni.



Korang nampak tak timetable kat atas tu....ada zumba class....kickboxing....Yoga dan Aero Dance. Semua class ni korang boleh join dengan hanya membayar RM100.00 sebulan. Murah kan!! semua class tau korang boleh join...hebat sangat kan. Instructor semua bepengalaman.

Alamat dan no telefon ada kat schedule tu...siapa yang duduk area Setiawangsa...meh  lah join. Dari duduk rumah baik menari kan...come! Come! kita sama2 bersenam dan amal kan kehidupan yang sihat. Amboi! hahahaha


8 comments:

Jan@Afzan said...

caiyok kak!

semoga dapat pakai jeans lama..all the best :D

Eta said...

will join u ely... in feb.. anto anak ngaji sekali kat baghdadi.. hehehe.. see u...
(hahaha first time comment)

MISS DIVA said...

EH?? MURAH NYE. MESTI BEST KAN? I PUN SUKA DANCING2 GTU..AUWWWW

eriqueetiqaz said...

mcm bes je...mampu jd RCW ni klo selalu bt...



jemput singgah
eriqueetiqaz.blogspot.com

Lina said...

Nal join jugak la...feb ni start..c u there

Lina said...

Will join u in feb...c u there

Daves Tanjung said...

Org laki boleh join sekali ke ??

harnmoi said...

hi nak tanya laki boleh join ker?