Nuffnang Advertisement

Monday, January 20, 2014

Preloved


Sejak Filla dengan Peej tunjuk barang Preloved yang diorang beli kat aku terus soalan bertubi2 bila aku nak buat jualan kat blog. Macam ni aku sebenarnya dah lama nak buat jualan tapi selalu berubah fikiran...kejap nak kejap tak nak. Kejap aku rasa nak let go tapi bila aku susun handbeg dan wallet sayang pulak nak jual..haha

Hari Peej dengan Filla datang minggu lepas tetiba rasa nak jual...budak2 tu tahu perangai aku buruk siku sikit...terus laju2 ambik simpan dalam paper bag. Lepas tu bila diorang tunjuk kat IG lama aku pandang barang aku tu sambil telan air liur...hahahaha. Nanti lah kalau tetiba meroyan aku datang aku jual ek! itupun dah dapat warning dengan budak dua orang tu suruh tunjuk kat dia dulu baru boleh buat jualan...boleh yek macam tu...

Aku suka beg dan aku pengumpul beg. Aku cepat teruja bila nampak beg walaupun aku tahu kenkadang membazir tapi aku tak boleh control hobby ni...cuma lately ni aku aku dapat bertahan sikit. Aku kurangkan tengok gambar2 beg...kalau pergi shopping mall aku jalan lelaju tak pandang tempat yang jual beg. Ia aku rasa mmg dah melampau sangat perangai aku ni. 

Bila ada orang  persoal kan kenapa nak kena beli beg designer yang harganya agak mahal...lebih baik beli beg fake yang sama kualiti bukan kah itu satu kerugian? Jawapan aku TIDAK...ini pendapat aku ya aku beli untuk kepuasan....aku beli bukan untuk bersaing ataupun menunjuk2. Aku beli sebab aku aku minat jadi aku akan berusaha kumpul duit dan bila tercapai aku dapat rasakan satu kepuasan dan itu juga salah satu reward untuk diri aku sendiri setelah penat bekerja. 

Salah ker pakai beg fake? Tak salah mula2 berjinak dengan beg designer aku pun tak mampu nak beli yang mahal....aku pun pernah beli beg fake...tapi kepuasan tak ada disitu aku rasa macam aku tipu diri sendiri dan lebih kearah menunjuk2 "orang ada aku pun ada....orang bukan tahu aku pakai fake pun". Tapi kalau korang rasa itu jer yang korang mampu beli silakan...tiada siapa yang akan pertikaikan..korang nak pakai apa pun tak ada siapa yang melarang. Cuma pendapat aku beli ikut kemampuan tapi bukan untuk menunjuk atau bersaing. Korang jangan salah faham bukan aku cakap beg murah2 aku tak pandang kalau design yang cantik aku sambar jer cuma kalau ada duit lebih dan mampu miliki benda yang mahal why not...untuk kepuasan. Tapi jangan sampai melampau2 sebab itu adalah perangai buruk aku dimasa lampau tapi sekarang kalau boleh aku cuba kurangkan.

First korang kena tahu apa tujuan korang membeli handbeg....adakah kerana minat, terikut2 trend terkini , terlalu gilerkan beg designer ataupun lebih ke arah bersaing. Aku jatuh dalam kategori minat..giler ker apa minat barang mahal? Tak semua barang aku beli yang baru....agak2 tak mampu ada jugak aku beli yang preloved yang masih bagus kualitinya....bila aku minat aku akan bekerja lebih keras...simpan selagi yang boleh...buat kerja part time yang boleh mendatangkan keuntung jadi beli aku dapat beli yang dihajati ia memberi aku satu kepuasan dan konpiden bila memakainya. Aku tak tahu perasaan orang lain tapi itu lah perasaan aku bila dapat sesuatu yang aku inginkan...bangga terhadap diri sendiri dan reward untuk diri yang penat bekerja.

Kitaorang ada group whatapp utk pengila beg...so kalau dah puas pakai beg yang kitaorang beli rasa nak jual balik...so kitaorang akan tanya each other...kau jual kau punya kat aku...barang aku aku jual kat kau pulak begitu lah kaedahnya...jadi semua jenama dapat merasa.

Original atau Fake terpulang kat diri masing2...tak ada siapa melarang atau memaksa. Kita punya pilihan untuk membeli kalau korang rasa beli beg original satu pembaziran...jangan beli tapi jangan pertikaian orang yang mampu beli beg original. Jangan salahkan peniaga yang menjual barang2 fake kerana dia tahu ada golongan yang ingin memakai barang2 berjenama tetapi tidak mampu...tapi jangan pulak sampai berlagak. Sendiri beli...sendiri tahu...sendiri tutup mulut lah ya. Lain orang lain caranya ya dak!!




Beg idaman buat masa ini

12 comments:

Lynn Hamzah said...

perghhh...cantiknya...

peej said...

menarik entry kau ni dan aku sokong.
macam aku, suka tengok orang pakai tapi tau diri sendiri tak sanggup nak keluarkan duit hanya untuk handbag. baik aku beli benda aku suka, n lebih salurkan ke tempat-tempat lain.

thanks to u jual preloved mampu milik. merasa iolls pakai designer handbag. jalan sambil kembang2 hidung. huhu.

bagi aku pun terpulang orang nak pakai fake ke ori. tapi tang yang pakai fake tapi gaya n cakap taknak kalah macam pakai ori memang poyo

Irfa said...

betul tu, beli designer beg utk kepuasan diri sendiri dan kalau mampu apa salahnya
tak mampu buat cara tak mampu ;)

NenetPenne (NP) said...

i agreed with you la elly..
mcm i, i lebih suka pada original bukan barang fake... sebab beli ori memberi kepuasan..
kalau tak mampu pakai designer bag, pakailah bag brand biasa asalkan bukan fake..
yang masalahnya pakai fake tapi dia punya kecoh mcm pakai yang ori.. siap insta semua bagai tapi bila cek price, RM99 ...adehhhh

IdaShazana said...

cantik

tapi masih tak sanggup nak berhabis untuk handbag. pakai je yang sedap di pandangan mata sendiri

pinky said...

sokong kak elly... sy jns tak suka jgk brg fake... so if nak pakai yg ori..bl yg sekufu nga kita... buat ms skrg sy cuma sekufu dgn charles n kieth n padini... huhuhu...

Wanie Warniee said...

teringgin tp x mampu :(

Byzura Mj (By) said...

yeah setuju!

La Cocca Di Papa' said...

Haah... i pun x minat barang fake...

Filla said...

betul tu kak elly.. adik filla sokong! hahah.. bagi aku, terpulang lah kannn.. yang penting jgn poyo nak berlagak.. dan yang penting jgn buat-buat tak menunjuk tapi sebenarnya menunjuk.. gittew... ikut kemampuan dan yang penting pilihlah ikut taste sendiri.. tapi kalau preloved dari ko, aku ok je.. sebab taste ko selalunya kelessss gitu.. sebab tu orang aku SUKA TIRU.. muahahah.. jangan marah elly.. nanti kena jual...

Siti Sarah M Daud said...

Salam. Sy ada mj little

Siti Sarah M Daud said...

Sy ada mj little stam preloved kaler black. Agknye ada org nk tak? Leh wassap sy at 0123623051 for more info