Nuffnang Advertisement

Thursday, January 16, 2014

Perjumpaan bini2 ku Gangster


Gangster lah sangat...depan suami memasing takut....hahahaha. Kitaorang selalu berwhatapp jer itu yang kalau dapat berjumpa macam teruja sesangat sampai tak leh tidur malam..itu Filla aku ok jer...hahahaha.



Di dahulukan dengan gambar tuan belog silang kaki hari ni. Ini kalau laki aku ada IG mati aku dia kutuk berbakul2 "Perasan cantik lah tu"..."Of course i kan Che Ta sekarang". Che Ta versi gemuk...tak kesah kang kurus sangat peluk tulang jer kang #naksedapkanhatisendiri

Giler susah nak jadi Che Ta...asal nak keluar rumah jer sekarang kalau muka tak make up jer terus teringat muka Che Ta yang jelita.. laju2 duduk depan cermin letak pipi merah...sat gi nak gi cari bulu mata dengan koset baru ramping kan....hahahaha



Actually anak aku ngan Filla sekarang masuk tuition centre yang sama setiap hari Sabtu. Berlajar English.

Anak aku ada masalah kalau bercakap English...konpiden level tak ada langsung...padahal menyanyi lagu omputih bukan main kuat suara korang ya. Konpiden level tu ikut aku lah...waktu aku kecik2 pun bukan berani nak berckp slang2 omputih ni...kang ntah kemana2  aku melalut...lantak paham tak paham janji aku sampaikan...hahaha. Bila bercakap jer tunduk tak berani pandang muka orang buatnya dia kerut kening waktu aku cakap omputih...terus muka aku kebas hahahaha. OH MY ENGLISH!! I go to school by bus...hahahaha ingat lagi ayat ni.

Tapi bila dah bekerja ni ada lah berani sikit...kena lah berani...waktu tu kerja kat Hotel hari2 mengadap mat salih...hendak tak dak kena gaks bercakap omputih.

Adik...mula2 aku ingat dia tak ada masalah dengan Bahasa English..result ok...nyanyi omputih boleh tahan. Sampai lah aku perasan bila dia buat karangan...dia suka2 hentam tulis his dgn her. Dia faham tapi nak buat ayat tak pandai. Cikgu kat sekolah kalau mengajar bukan dia tumpu kat sorang2 paham tak paham korang kena gak paham. Jadi terpaksa lah aku join tuition centre ni..bagi extra class sikit untuk Adik.



Yaya aku tak ada masalah sebab dia dari kecik memang suka membaca buku cerita omputih ni...so far result ok...tapi dia minat sangat nak join aku masuk kan jugak.

One thing good pasal Tuition Centre ni Cikgu diorang ada yang Mat Salih...so korang kena berbahasa English...kena bercakap sampai cikgu tu faham. Tak boleh cakap melayu langsung kat sini.

Class 3 jam...so macam2 aktiviti diorang sediakan...berlakon lah, menyanyi lah, kuiz semua ada. Mula2 ingat nak register masuk British Council tapi dah penuh lah pulak...takpe class ni pun bagus



Amboi semua duduk depan...Syabas. 

Start jer class apa lagi aku ngan Filla berjalan lah...ambik Peej dulu kat rumah mak dia...seperti biasa aku jadi driver...lepas tu masing2 mulut tak ada insurance kutuk cara driving aku...dia tak tahu aku ni drive terror nak mampus dah sampai ke Singapore tau...aku drive sorang2 jer. Korang tak berani kan!!



Dah kurus kau Filla...suka lah tu aku puji. Aku tak boleh tak  makan...nanti aku lemah...especially nasi kena makan. Mana sedap makan lauk tak makan nasi.



Cuma Peej jer faham aku...sebab dia pun suka makan memalam macam aku gaks...hahaha. Kita gi Zumba bukan nak kuruskan Peej cuma nak keluarkan peluh jer..suami kita kan suka orang yang debab2 ni...ahaks!



Kitaorang makan kat Amp Walk...Flora Cafe. Restaurant ni makanan dia ala2 Aseanna. Aku paling suka asam pedas kat sini...sedap giler!! 

Gambar atas tu...makanan Filla



Ni Peej punya. Laksa johor. Nampak macam sedap...bila tanya Peej "Sedap tak?"...ceria jer jawab sambil mulut muncung2 "sedapnyaaaaa"...hahaha



Aku order ni jer rojak buah share reramai.... sebelum hantar budak2 gi class aku dah masak tu yang makan kat rumah jer tadi. Lepas tu Filla nak angin sebab aku tak order macam diorang. Dia tu kalau tak marah aku tak sah. Lepas tu borak2 pasal umur...

Filla: Ly umur kau dah berapa

Elly: 37 tahun

Eeee...dah tua kau ya. Aku tampar kang mulut tu. Peej baik senyum jer...hahaha



Ubi kayu goreng...aku punya jugak. Sedapnya.



Tengah makan2...Anny pun sampai. Ini lagi over kampungnya...order ubi rebus cicah kelapa dengan sambal...hahaha. Muka omputih jiwa melayu macam aku gaks...eh! muka omputih ker aku...hahaha.

Borak2 cite pasal Raja Lawak Mega...aku, Anny, Peej gelak terbahak2...Filla diam sbb tak faham...Filla bengang dia pun nak bercite gaks pasal lawak...sian sorang pun tak faham.

Kahkahakahakah.


Note: Siapa yang tanya aku pasal daily maid tu aku mmg tak dapat bagi contact no sbb yang ni pun aku dapat secara kebetulan. Cuba korang call Agent maid kadang2 diorang ada sediakan daily maid ni. Sorry yek!

4 comments:

Norfatiza Azman said...

Hii Elly....

Katne ek tmpt tiusyen ni?sbb i pun tgh survey english class for my kids...btw suka baca ur writing...

Love, Iza

Elly said...

Norfatiza : u email nanti I kasi tau ellyirfan@gmail.com

Pius xtau said...

kak elly,

kalau kak elly nak pakai korset, saya cadangkan kak elly beli jenama Elysle Dx Lingerie.

http://picturefinding.blogspot.com/2014/01/mencari-model-untuk-pakai-dan-jadi.html

http://picturefinding.blogspot.com/2014/01/dx-lingerie-corset-bentuk-badan-ideal.html

kalau kak elly berminat nak pakai korset, kak elly research la dulu testimoni dia dekat internet. Buat research dengan jenama lain. Kalau nak fitting, free aja. dekat centre di K.L

Siti nurhaliza, stacy, emma maembong pun pakai jenama yg sama.

Saya silent reader kak elly, selalu tngok kak elly pergi oversea melancong.

Dekat sini, biasanya customer yg dah kurus akan jadi testimoni untuk jual pada orang lain. Jana income sampingan.

kak elly tak publish komen saya pun takpe.. saya tak hard feeling :)

cuma saya rasa kak elly ramai pembaca dekat sini, banyak peluang kak elly untuk jana income dengan hanya pakai korset dx ni dan sharing dengan pembaca kak elly.

Kalau kak elly berminat nak pakai korset dan jana income, kak elly boleh buat research dekat internet pasal Elken dan Elysle Dx Lingerie dekat internet.

Antara kelebihan bila kak elly capai targat jualan :

1) tabung perlancongan totally percuma.

2) tabung kereta (company elken bayar)

3) TAbung rumah. (company elken bayar)

kak elly boleh abaikan msg saya ni kalau kak elly tak suka.

Bai kak elly :) Kalau elly nak kutuk saya dekat blog kak elly pun saya tak kesah.. hehe..

Pius xtau said...

testimoni:

http://seriwalis.blogspot.com/2013/03/boleh-percaya-ke-elysyle-dx-lingerie.html