Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 15, 2014

Mg Mover - Cite pasal company lagi jgn boring yek...


Awal tahun hari tu....lepas balik dari bercuti di Bali aku ngan En Win duduk sesama dan berbincang apa yang boleh kitaorang lakukan untuk meningkatkan lagi perniagaan kami. Dalam Company ni En Win adalah ketua dia akan menguruskan semua benda...aku punya part pulak menjaga kewangan company. Aku kan masih bekerja jadi segala follow up hanya dapat dilakukan selepas office hour. Gaduh jangan cakaplah...masing2 nak menang. En Win sibuk nak itu ini...tambah itu ini...beli itu ini. Aku pulak tak faham...duit company kena jimat...jgn suka2 pakai. Dia pulak tak faham kena gaks keluarkan duit kalau tidak business tak jalan...aku pulak jawab jgn pakai duit bebanyak dulu guna apa yang ada..Fuh!! tiap2 hari gaduh benda yang sama...stress tau tak!!

Bertambah stress bila aku kena handle staff...Gaji...KWSP....Socso. Aku ni cepat melenting bila ada jer benda tak kena nanti aku angin satu badan. Of course bila jaga bahagian kewangan duit banyak keluar tapi Sales tak masuk mula lah telinga aku keluar asap yang jadi sasaran En Win lah. Bila dua2 penat bergaduh...En Win pandang aku...aku pandang En Win lepas tu gelak sampai terduduk2. Giler!!

Last Week Saturday...panggil staff duduk meeting. Staff baru 9 orang aku dah nak pecah kepala...nampak sangat tak kuat semangat...hahaha. Aku cuma takut aku terlepas cakap...kalau boleh aku nak bersikap professional tapi cuba korang tgk muka aku professional sangat ker?? Aku tahu ada staff yang baca blog aku...tapi terima jer lah kalau boss korang meroyan kat blog ni  ya...hahaha.

Alhamdullilah meeting berjalan dgn lancar...korang cakap apa yang tak puas hati...kita sebagai Management kena jugak dengar rintihan staff....ok dah habis cakap turn En Win pulak bercakap...Aku cuma selit2 apa yang patut. Tak susah sebenarnya kerja dengan aku or En Win...korang kerja workhard...bisnes ada untung korang pun dapatlah merasa sama2 nanti.

Sekarang tgh pikir nak buat business plan...nak fikir macam mana nak buat marketing yang boleh buat sales giler2. Boleh kalau nak capai target buat promotion besar2an. Tapi mana pulak nak cari duit kan... itu yang nak mintak bantuan korang kalau ada kenal org sokabar ker...majalah ker...TV ker yang boleh bantu anak melayu untuk kembangkan bisnes....ehem2 tolong ya korang.



Nampak tak Lori aku warna putih tu orang langgar lari..sampai terkopak pintu tu...nak claim insurance boleh tapi kena tunggu lama anggaran dalam 3 hingga 6 bulan kena tahan kat workshop...giler ker apa lori nak kena jalan....nak tak nak kena keluarkan pocket money sendiri. See benda2 macam ni korang kena bersedia...rasa tak tahan berniaga ni baik korang kerja jer lah.

Aku bukan merungut just nak share jer ngan korang kalau  nak berniaga laki bini make sure kena ada ketahanan mental dan fizikal. Gaduh2 pun laki kan kena gaks lah baik.

Sekarang tgh nak apply tender2 kerajaan...hope semua berjalan dengan lancar. Orang nak berniaga aku pun nak berniaga kan dah poning...hahaha. Sabar2 u can do it!



En Win sayang bebenor kat Lori dia...kang memalam ajak aku round2 sekitar opis takut kalau orang langgar lari lagi. Giler korang bukan sikit2 duit nak guna tu. Pepagi buta dah bangun hantar anak sekolah lepas tu gi kerja...lari sana sini cari bisnes...malam buat pulak paper work...kul 12 tgh sembang2 dia dah tidur berdengkur.

Aku pun penat gaks...penat bila dia suruh keluarkan duit...hahaha. Korang ingat senang2 ker aku nak bagi...bayangkan aku kena pandai rolling duit cukup bulan duit pekerja kena masuk....sewa office kena bayar (sekarang dah ada 2 office), Sewa warehouse, nak beli material, duit KWSP, duit Socso, duit overtime, duit telefon, duit parking...see2 pening ker tak pening. Tak cukup duit dalam account kena lah top up duit pocket sendiri. Job mmg lah ada tapi nak tunggu payment berjanggut ya. Itu yang staff buat perangai aku cepat melenting. 

Jangan lah korang nak tipu mula2 berniaga terus dapat untung...atleast 3 tahun baru boleh merasa kot duit tu...bukan awal tahun tak ada untung...ada tapi tak boleh pakai sbb kena rolling2 duit tu. Kesian En Win dia selalu orang terakhir aku bayar gaji...hahaha. Aku tak ada gaji langsung ya.

Tapi kenapa aku dengan En Win boleh bertahan...sebab kami suka dan enjoy dengan perniagaan yang kami lakukan...kami boleh nampak hasilnya...kalau kerja lebih rajin boleh pakai BMW...hahaha itu angan2 aku lah. Ntah aku ngan En Win mmg suka cabaran...cuba selagi boleh. Kalau tak boleh bertahan cari bidang lain pulak...jgn putus asa. Tapi rasanya tak kot...kali ni nak cuba sampai berjaya. 

Nak share ngan korang...gambar job yang kitaorang dapat minggu ni. Mintak2 dimurahkan lagi lah rezeki kami..



Delivery to Kastam, JPM, Hospital Serdang dan Hospital Kajang






Ini pulak Job permindahan












Feedback pun our customer





Kalau nak lihat aktiviti MG Movers setiap hari sila clik 

FB

Website


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Sales team kami di 
talian :-

En Win - 012-355 9085

Intan - 016 343 4057

Daeng - 012-642 4581

Email



So kalau ada dengar sedara mara yang nak pindah....or office korang nak pindah ker jangan lupa hubungi MG Movers ya. Just mentioned korang ni reader Elly in Wonderland....InsyaAllah diskaun akan diberikan.

Thanks Korang.....

4 comments:

Irfa said...

moga mg mover semakin berkembang
boleh lah aku sembang bgtau kengkawan, elly tu kawan blog aku
hahaha

Miss Moon said...

insyaallah ...moga makin berkembang n maju bisness korang .

meh sini banner aku letak kat blog aku ...mana tahu kebetulan ada org nak cari lory

mokjadeandell said...

wishing you and hubby the best in your business.Semoga bisness berkembang maju.Tahniah kerana berani menghadapi cabaran.

teringat makcik jatuh bangun kami selama 30 thn kerja sendiri.Apa yang tak dilalui..

Nurul Nadila said...

Salam Kak Elly, transportation to oversea macam Singapore ade buat jugak ke?