Nuffnang Advertisement

Thursday, January 9, 2014

Bali Day 2

Terima kasih lah korang sebab membantu menyelesaikan masalah negara aku hadapi semalam....sekarang ni dah tak guna explorer guna Chrome pulak...cewah bijak sikit dah sekarang. Level dah ada up sikit. Maka boleh lah aku meneruskan penceritaan tour di Bali.

Dah lama aku ngan En Win tak buat perangai bangun lambat...rasanya dah lama aku tinggalkan perangai malas bangun pagi. Hari kedua aku dengan En Win bantai tidur sampai pukul 11 pagi...ini kang mesti ada orang hantar email kat aku tak sembahyang subuh ker...hahaha. Suka korang ya cari jer kesalahan aku...agama, politik adalah benda yang sangat2 sensitif...tak perlu kita mencari kesalahan atau aib orang lain semata2 nak menunjukan yang kita baik dan perihatin. Jangan 'baca' orang 'baca' diri kita dulu sebelum kita mencari kesalahan orang lain. Kenapa aku emo...sebab waktu aku di Bali aku terima email mengutuk life aku dengan En Win...mulanya aku nak share email budak tu untuk korang baca..betapa sakitnya hati aku bila membaca tapi aku kan dah berjanji nak menjadi lebih baik...so aku telan jer lah...kalau aku tunjuk berbakul2 nanti dia kena kutuk pulak. Orang macam ni sebenarnya ada satu penyakit yang dipanggil 'dengki' kita jangan memandang rendah kepada seseorang sedangkan tanpa kita sedari mungkin orang yang kita hina itu jauh lebih baik dari kita. Jangan jaga tepi kain jaga kain sendiri je lah kan senang...nampak koyak kain tu cepat2 tampal..maaf kalau ayat aku ni agak pedas...Peace Yo!

Sambung balik cite tadi..kitaorang  tidur sampai pukul 11 pagi...aku tolak kaki En Win...En Win tolak kaki aku suruh mandi dulu...perut lapar tapi mata tetap pejam...ini mesti pasal urutan semalam terlampau sedap jadi badan rasa selesa bebenor bila tidur. Bangun jugak lah sebab perut dah berbunyi2.

Waktu jalan  masuk atau keluar hotel aku ada nampak satu kedai rambut Hair Braiding ni...ala2 rambut kunta kinte tu. Dah lama niat nak buat tapi tak kesampaian...kali ni lantak lah aku nak buat jugak...En Win berbulu jer dengan aku...dah lah lapar aku sibuk gaks nak buat rambut kunta kinte ni...biar arr orang nak merasa remaja. Baru lah hip hop...Ice2 Baby!! hahaha Serius korang bila rambut dah siap terus rasa nak nyanyi RAP.



RM30.00 



Korang tgk mulut aku membebel dengan orang Bali tu...ntah apa2 aku cakap...cuba berbahasa Indon...Last2 En Win tak tahan dia sound aku

 "cakap melayu jer Ma...teruk bebenor i tgk u bercakap...tak sedap langsung" Nyampah...suka aku lah. Orang tu tak cakap apa pun dia yang sakit hati.



Tadaaaa...hahaha. Merasa gaks aku walaupun umur dah nak hujung 30an hati aku tetap remaja...Yo Yo Yo  my man!



Bangga wei dapat buat...hahaha. Tapi kan benda ni ketat bebenor...macam berat jer kepala...dah lah bali ni panas..kepala aku dah pening...nak cakap ngan En Win takut. 

"Ma u jangan bukak rambut ni sampai balik nanti"

Dah giler agaknya...kang romen busuk rambut camne..hahaha. Dia tak tahu aku malam kang nak bukak..tak tahan aku ngan rambut ni pening dibuatnya. Ya...akak nak tua tak larat rambut kunta kinte ni lama2 kat kepala...hahaha.



Lepas settled buat rambut terus gi makan. Kat Bali ni kena berhati2 sikit banyak jual vavi...kalau nak lebih selamat cari makanan minang islam. Sebab kebanyakan kedai semua ada vavi. Sila berhati2



En Win tak nak makan..dia cakap nak cari Fast Food...ok kunta kinte makan dulu. Pilih Soto..rupa2nya soto dia makan ngan nasi..eh! pelik..kat soto tu ada meehoon lepas tu makan ngan nasi..macam mana yek. Tapi belasah jer lah...



Ada gaks kawan aku yang pergi Bali kasitau Bali tengah musim hujan...aku macam ala hujan susah sikit nak berjalan. Tapi nasib aku baik 4 hari kat sana cuma sekali jer hujan.



Hari ni aktiviti bebas...tak ambik tour. Round2 sekitar Bali jer.



Suasana di waktu siang. Cuci mata tengok semua omputih bersantai2.



Makin gelap lah laki aku jalan tengah panas ni



Puas berjalan...kita sewa motor pulak. Kalau tak silap aku RM15.00 sehari. Murah giler kan. Tapi aku tak suka helmet tu busuk...angin jer En Win mulut aku bebel2 pasal helmet ni "yang u gi cium tu buat apa..bodoh" Eh! kau bodoh kan aku...ya lah nanti rambut kunta kinte i busuk...kalau rambut i busuk malam kang i nak bukak...hahaha (apa macam bagus tak alasan aku)



Walaupun helmet busuk aka tetap kemho



Cuci2 mata...tak nak shopping dulu. Kita tengok2 jer dulu



Singgah Kuta Beach



Aku suka pantai...tapi aku tak suka mandi kat Pantai. Aku lebih prefer air terjun...eh! air terjun pun tak suka...takut batul licin nanti jatuh. 



Laki Den



Tuan belog



Omputih mmg suka datang sini utk surfing. Kebanyakan dari Australia. Mmg kiri kanan depan belakang omputih jer kat sini. 



Apa lah best surfing ni yek...lari2 kejar ombak lepas tu naik atas papan tu...lepas tu kalau jatuh kejar ombak tu balik. Mesti lah best kan orang kampung macam aku pandai main teng2 jer . Mainan atas  air tak suka...atas tanah jer aku suka...hahaha



Awak pulak tergelak2 tgk orang jatuh. Aku tahu mata dia melilau tgk omputih pakai bikini tu.





Ok...settled pergi beach jalan tempat lain pulak





En Win dah kelaparan waktu ni...kat kuta area ni banyak sikit makanan fast food berbanding dengan daerah legian. Kat legian banyak restaurant yang mengarut2...tak sedap pulak tu. So aku cadangkan siapa yang datang berdua sewa jer motor...so korang boleh round2 cari  makanan halal.



ok...approved!



Sila2....



Selain handbag...aku juga penggila Sunglasses..mana2 tempat aku pergi mesti aku rembat satu sunglasses bawak balik. Ingat nak buat jualan murah nanti...nak let go sunglasses yang tak pakai...yang tak pakai langsung pun ada. nanti kalau aku senang aku buat yek.



Ok cun!! Eh sendiri cakap cun..hahaha.



Betul tak aku cakap tadi..kuta mmg banyak tempat2 makanan fast food



Coffee Bean



Belakang En Win tu...itulah pintu gerbang nak masuk Kuta Beach



Amboi Kunta Kinte jalan rambut terbang2



Aku park motor kat Kuta Beach itu yang kena patah balik. Kat area pantai ni ramai lah orang berniaga...macam2 ada. Baju, makanan, massage semua lah ada



Budak kecik ni nak lawan aku agaknya...dia pun nak buar rambut kunta kinte ni.



Jangan massage kat sini tak best langsung...aku pernah cuba dulu. Setakat pegang2 dia charge korang nanti RM20.00



Jom kita naik Speda. 

Aku ada satu habit bila naik kenderaan mata aku akan tgk meter minyak dulu. Tak kisah lah kereta aku atau kereta orang lain. Kalau ada lagi minyak aku akan bersikap cool...tapi kalau minyak tu hujung2 nyawa aku cepat panik lepas tu aku akan jadi tension..En Win dia tahu perangai aku cepat panik pasal minyak ni2...tapi dia sikit pun tak peduli...kalau pakai keta aku sengaja dia biar kan kering kontang...nanti sambil bawak keta mata aku pandang jer meter minyak nak pulak kalau jem lagi aku pucat.



Waktu sewa motor tu aku dah nampak minyak dah nak habis mulut aku dah bebel2...dia selama jer round2 sekitar Bali "boleh lagi lah Ma"..."U isi gaks minyak kalau tak I tak nak naik"

Hahaha..pasal minyak motor pun nak gaduh...cam gini lah orang tua berhoneymoon. Kat Bali ni tak banyak stesen minyak..tapi minyak yang jual dalam botol2 ni melambak lah. Harga aku dah lupa...sorry!!



Baru aku lega...



Dah round2...dah kenyang...apa lagi massage lah. 2 jam body massage...korang tengok mata En Win sampai sembab2 sbb tidur...sedap bebenor agaknya.

"Saya nak bilik untuk dua orang...untuk suami saya bagi tukang urut lelaki ya"

Hahahaha..berbulu En Win dengar aku bagi arahan kat orang tu. Jangan nak mengada2 tukang urut pompuan..no lain2 bilik ya.



Dekat dengan tempat massage tu ada travel agent yang tepi2 jalan tu...so book untuk esok punya tour. Satu hari RM180 untuk van, petrol semua lah. Ok lah RM180 untuk kita berdua jer tak yah kongsi2 dengan orang lain. 



Ni nama agent tu.

The Explorer
Jalan Legian , No. 61 Kuta
Tel: +62-361 8556552

Kat Bali melambak agent2 macam ni...kadang2 bila korang sampai Bali nanti ada jer orang tanya korang pasal tour ni. So tak perlu risau.



Next kita ker Jimbaran...antara salah satu tempat yg terkenal di Bali. Makan sambil tgk Sunset katanya. 

Beranikan diri...redah naik motor..tanya sana sini akhirnya berjaya sampai. Kalau naik teksi agak mahal...so alang2 dah ada motor redah jer lah. Rupanya dekat giler tak sampai 15 minit dari legian.



Suasana tempat makan di Jimbaran



Us


Jagung bakar



Tengah menunggu Sunset








Kitaorang ambik package seorang 150 rupiah...sedap giler wei. Semua binatang laut ada kat pinggan ni.



Apa kena kau bang!!



En Win ni tetiba datang romantik dia...kadang2 sampai aku pun jadi pelik. Kejap2 kang cium pipi...kejap kang tenung muka aku cakap I love U. Tapi kan aku suka sebenarnya....aaauuuwww.



Cantik kan!!




Nak complain sikit. Jimbaran tak sama macam aku pergi dulu. Dulu pantai bersih..now agak kotor dan anjing kurap banyak giler...korang tengah makan selamba jer lalu lalang belakang korang. Kayu2 kat tepi pantai ni pun diorang tak bersihkan...mencacatkan pemandangan pantai dan bahaya untuk kanak2.








Waktu lepak2 kat sini dah berjanji...next time kalau datang Bali nak bawak anak2 pulak...mesti2!



Kitaorang malas nak tunggu orang yang nyanyi2 tepi pantai tu. Dah selalu dgr...chow sebelum malam.

Tapi sebelum balik sebelum gelap sempat lah jalan2 tepi pantai. Tiba2 En Win pandang muka aku dan kiss dahi aku..."U tahu tak I sayang sangat kat u". See betul tak aku cakap...korang kena gi Honeymoon berdua kalau tak jangan harap laki aku nak keluarkan ayat2 romantik ni. "I love u so much Pa"

Aku mmg suka adegan2 romantik ni...tak sia2 aku berangan dalam tidur..hahaha.



On the way balik nampak ada factory outlet buat sale..ok jom singgah kita rembat kasut sukan pulak.



Sebenarnya waktu ni kepala aku dah pening sebab tocang kunta kinte ni ketat sangat..dasar jakun kan. En Win sibuk nak tengok2 tempat kitaorang duduk mula2 dulu. Waktu kitaorang gi tahun 2008 ingat lagi duit tak cukup...call mother in law suruh bank in duit. Makan waktu tu pun bercatu jer..share tak ada order sorang2. Rasa tak best sangat berjalan waktu. Tu yang repeat balik tahun 2010 balas dendam cari hotel yang betul2 berdepan dengan pantai Kuta..Mercure Hotel. Waktu ni baru best sebab duit dah ada kat tangan. 




Tengah ronda2 sekali hujan lebat...yes! ada alasan aku bukak rambut ni. Ok pa dah letih jom balik.

Esok sambung lagi...panjang sangat dah entry ni aku rasa.

15 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kenapa Pantai Jimbaran sampai dah ajdik macam tu sekarang?? Sayangnya...

memang sakitlah buat rambut kunta kinte tu... cemanalah selalu org negro boleh bertaham lama2 atas kepala, hahaha

Arora's said...

kak elly next time if g bercuti simpan cerita kelakar banyak sikit pastu auto publish.. xda la kami tunggu bila nak ada cerita baru hehe.. doakan kak elly n keluarga yg baik2 walaupun cara hidup menjadi bahan kutukan, namun kita doakan sesama..xyahla sakit hati ..kadang2 org yg tegur keterlaluan ni rasa diri dah hebat tp hati hitam. paling bagus ialah doakan baik2 pada semua org.sbb ramai yg berhijrah itu menjadi lebih sempurna cth diana amir, yatt, dulu dorang sexy mexy lps berubah dorang punya jaga aurat lebih dari kita yang sedia berhijab ni..

Kathy Rospin said...

sebenarnya gaya hidup kak elly ni, ramai je orang buat. cuma mereka orang2 biasa, bukan blogger. so bagi orang2 katak dibawah tempurung kompem la tengok kak elly punya lifestyle ni macam very the western. hehehee

mizajasni said...

kak elly. nanti nak kekal romantik dengan husband jugakla bila dah kahwin. mcm besttt je :P

Shrek Hijau said...

best laaa kak baca entry akk.. gelak+happy+suka... suka sangattt... moga yang baik2 saja untuk akk + famili...

mzbananaz76 said...

ek elehhhh jeles la tu nengok ko bahagia kann elly kann.. diri sdn silap2 melancong kat pulau pinang jer haha..

apapon jadilah org yg beriman hahaa jap jap nk solat zohor neh haha..walopon komen dua jenkal cite solat wajibbbbb bitau hahaha

Lyn Aziz-Rahman said...

Kelakar la baca citer elly ni, gelak sengsorang dibuatnye.. lol.. 😃

Effanina Mokhtar said...

Sis Elly...
wish u always happy.. jgn pedulikan org lain.. sbb dorang dengki x dpt apa yg org lain dpt.. kita doakan yg baik2 sudahlah..
best yer dpt gi BALI.. Insy, 1 day harap dpt pegi jugak.. bole dijadikan reference blog akk ni..
tq sbb share

nuui said...

Google Chrome power. Lepas ni boleh men-taip via handphone lak kak elly. baru best, atas katil pun leh update blog. :)

Romantic, semoga kekal till jannah. :)

-anne-

Irfa said...

best best best 6juta kali
mana butang like?

manisz said...

Elly, nk tnya.. if g Bali.. better area Kuta or Legian..
ai confius nk stay area mana..
ai suka mcm you tmpat yg happening and at same time walk distance to shopping and foods..
or better duk Kuta and mlm2 dekat jerk kan nk g happening kat Legian tmpat u pergi tu?
Tq Elly..

MISS DIVA said...

suka la rambut kunta kinte tu. nanti nak try la buat. hehehe

Unknown said...

Salam Kak Elly,
Nak tanya, apa nama gerai yg Kak Elly mkn masa kat jimbaran? TQ

Unknown said...

Kak Elly,

Nak tanya, apa nama gerai yg Kak Elly makan kat jimbaran..TQ

tiga lalat said...

Wah. Hee sungguh seronok tengok pemandangan suasana di Bali kan.