Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 24, 2013

Kita jumpa balik next year ya....

Yeeeehaaaaa.....hari ni last day aku bekerja. Esok dah start bercuti ngan suami.....aaauuuwww tak sabar...hahaha. Ini kalau Peej ngan Filla baca baca mesti bagi jelingan maut kat aku...hahaha. Anak2 sila berperangai baik dirumah nen ya....jgn menyusahkan nen...kesian nen penat jaga atuk. Nak minum ker makan ker gi ambik sendiri...jgn nganda2 nak suruh nen ambik kan. Mama gi tak lama...tapi kan Mama dapat jenjalan ngan Papa...peluk2 pinggang papa....dapat kiss2 pipi papa...papa boleh suap mama makan....hahahahah suka2. Mesti berbulu jer anak aku kalau aku kacau2 macam ni..diorang mana boleh kalau aku rapat ngan En Win ada jer gangguan kalau aku nak bermanja2.  Kadang2 kalau jalan kat Mall berebut2 nak pegang tangan...duduk kat wayang pun boleh jadi pergaduhan. Aku mmg tak akan kalah punya...berani En Win tak pegang tangan aku....hahahaha.

Cepat giler masa berlalu kan....dah hujung tahun.... Apa yang sudah aku capai untuk diri sendiri, untuk anak2 dan suami, untuk ibu bapa dan yang paling penting untuk company kami. Rutin aku sama macam sebelumnya...rasanya tiada perubahan...cuma tahun ni agak mencabar sebab company baru nak membangun. Kehidupan aku lebih ceria dari tahun lalu. Tahun lalu ujian yang aku hadapi suami isteri terlalu berat sehingga kami putus harapan...perkara itu biar lah hanya aku dan suami sahaja yang tahu. Pengalaman banyak mematangkan aku. Tahun ni saja ada 2 kes aku dikehendaki berada di Mahkamah...satu pasal hal rumah (kes saman menyaman contractor) ...satu lagi kes saman dengan orang berhutang dengan aku. So far semuanya berjalan dengan jalan...cuma bila membabitkan lawyer banyak duit yang digunakan...hmmmmm lumrah hidup yang terpaksa kami hadapi. Seperti yang aku katakana tadi pengalaman banyak memantang kami. Alhamdullilah kami sentiasa support each other.
 
Kami masih merangkak2 dan berjinak2 dalam dunia perniagaan yang tak pernah kami terpikir untuk ceburi. Bidang Movers dan transportation lari dari bidang kami sebelumnya . Ya sangat berbeza dari berniaga baju dulu sekarang dah berniaga lorry...hahaha. Kalau fikir balik memang kerja giler. Alhamdullilah dari sorang pekerja sekarang kami dah ada 5 orang pekerja dan tahun hadapan kami akan ambil lagi 3 orang pekerja. Lorry pun dah semakin bertambah dari 3 lorry sekarang nak tambah lagi 2 lorry. Begitu juga dengan warehouse...dari satu warehouse sekarang kami dah ada 3 warehouse. Syukur alhamdullilah....terima kasih kat reader jugak yang banyak support company kami. Bukan satu perkara yang mudah dan senang...kerja tak tentu masa...kadang2 kalau tak cukup orang dengan En Win sekali akan jadi kelindan or pemandu lorry. Masalah staff...masalah kewangan...masalah kerosakan..tak pernah habis.
 
Anak2 dah semakin membesar...kena banyak buat pantauan. Tahun ni En Win suruh aku lebihkan masa untuk anak company biar dia yang handle. Itu kata dia lah...esok2 kalau ada masalah dengan aku2 terbabit sekali. Target aku nak berhenti kerja pada usia 40 tahun....tinggal beberapa tahun jer lagi. Nak tumpukan masa dengan anak2...berharap sangat impian aku yang satu ni tercapai. Letih rasanya bekerja dengan orang ni....rutin sama sepanjang masa. Itupun kalau company aku oklah...kalau tak ok kerja lah aku sampai pencen.
 
Perancangan tahun depan...ingat nak slow down sikit...nak kumpul duit banyak2....Yaya pun tak lama lagi nak UPSR. Nak tumpukan lebih kat company....no more bercuti ker overseas dalam masa 2 tahun ni...no more handbeg...Eh!....hahaha. Barangan rumah pun nak stop beli. Guna apa yang ada dulu. Nak lebihkan masa untuk diri sendiri....kalau boleh nak join pastry class....nak join zumba class (itu cita2 aku lah). Nak lebih bergaya dari dulu....nak cantik kan diri...nak selalu gi facial...nak selalu make up bila keluar rumah...lepas tu nak selalu gi saloon gulung2 kan rambut...hahaha. Itu kerja giler kalau dapat buat pun aku rasa 3 bulan sekali...takpe atleast ada dalam perancangan tahun depan.
 
Untuk bisnes online Tsugoi yang dah lama senyap...InsyaAllah aku ngan Filla akan bangkit semula. Maklumlah masing2 ada anak...masa sangat terhad. Kami akan cuba mengeluarkan produk terbaru. Hope korang boleh support ya.
 
Untuk anak2...aku dah sediakan aktiviti dan jadual tahun hadapan. Jangan nak mengelat exam besar dah nak dekat...honeymoon year untuk tahun ni dah berlalu. No more ponteng class...Piano class...tuisyen class...dan dance class tengah menanti. Hope kita sama2 boleh support each other. Lagi 2 tahun kita honeymoon balik ya.
 
Oklah korang "Happy New Year" hope segala yang aku impian dan rancangkan tahun hadapan dapat dilaksanakan.
 
See u Next Year..... 
 
 
 
 

Monday, December 23, 2013

Curcuma Mangga Cure (CMC) - Penawar Resdung No.1


*scroll down for new entry*

Dah cuba macam2 Produk Kecantikan? Dari yang famous meletop-letop sampai laa yang dijual kat pasar malam.. TAPI TAAKK Jugak Berkesan! Masih Membiak Jerawat dan Jeragat! Nak Tau Kenapa?Ok. Ini BUKAN iklan produk KECANTIKAN. Anda Harus Ambil Tahu! Sebenarnya yang anda gunakan tersebut hanyalah bersifat luaran. 'Ibu'nya masih belum anda lawan iaitu RESDUNG. Ya.... inilah sebenarnya punca kepada masalah lain terutamanya kulit. Saya TIDAK mengatakan RESDUNG adalah 'the only' punca masalah jerawat tetapi ia adalah penyumbang terbesar. Dan juga harus difahami tidak semua yang tumbuh melata di muka anda adalah jerawat. Ianya mungkin NANAH yang berpunca dari resdung! 




"Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini."


Sudah faham gejala dan AKIBATNYA jika tidak segera merawat RESDUNG anda? Izinkan saya memperkenalkan LAWAN SEBENAR bagi masalah RESDUNG anda!
Tadaaa......Ini lah dia Produk terbaru keluaran Anak Syarikat Raffelina tu selepas Produk sebelum ini iaitu Cillia! Sape yang tak kenal dgn Felinna Beauty kan!! Kali ini Rafellina Beauty mengorak langkah dengan produk Penawar Resdung No. 1!




CURCUMA MANGGA CURE, merupakan pil yang dihasilkan dari KUNYIT PUTIH dan beberapa herba semulajadi lain. Kunyit putih ini telah lama digunakan di Indonesia sama ada di dalam kosmetik atau perubatan, jadi tidak hairanlah penduduk-penduduknya berkulit MULUS dan GEBU.. Anda mungkin tahu kebanyakan jamu-jamu di Malaysia adalah asalnya dari Indonesia, sebab itu 'ibu-ibunya' kekal cantik walaupun telah berusia. Mereka amat-amat mementingkan kesihatan dan kecantikan. Kini rahsia mereka sudah pun terbongkar melalui Curcuma Mangga Cure... Bukan sahaja dapat merawat resdung malah pelbagai lagi penyakit seperti kanser, kegatalan, dan lain-lain. 
CMCure diperbuat daripada bahan utama iaitu KUNYIT PUTIH.



APA ITU KUNYIT PUTIH?
Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi jahe dan berwarna kuning muda (krem). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan bubuk, warnanya tetap kuning muda (krem).
Meski demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma Mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser. 



Ladang Kunyit Terbesar





KAJIAN DAN PENCARIAN
Umum di Malaysia hanya mengenali kunyit yang berwarna kuning Jingga dan kebanyakkan digunakan dalam masakan dan perubatan. Namun, penemuan Syarikat ini terhadap penggunaan Kunyit Putih masih sangat kurang dan masih tidak ada kajian mengenainya di sini. Menurut kajian yang telah dibuat oleh seorang doktor di Jakarta Selatan (Puskesmas di Kulon Progo) mendapati kandungan dalam kunyit tersebut mengandungi Tianin, Amilum, Kurkumin, Minyak Atsiri, Gula, Saponin, Damar, Flavonoid, dan Protin Toksis. Mereka telah menbuat ujikaji secara farmakologi dan toksikologi pada binatang. Keberkesanannya telah dilihat sendiri oleh doktor tersebut yang menghidap kanser payudara yang hanya dijangka hidup dalam 2 bulan.

Di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kunyit Putih biasanya digunakan untuk menurunkan suhu demam, sedangkan di Dayak untuk mengubati batuk darah dan keracunan makanan. Bagi wanita yang sedang menjalani masa nifas, Kunyit Putih berperanan sebagai pembersih rahim. Kunyit Putih juga boleh dikunyah sebagai pengurang bau nafas. Rebusannya bisa mengubati sakit gigi, pencernaan dan angin dalam badan.
Dengan kandungan aktif yang dimilikinya, Kunyit Putih dapat membantu untuk menyembuhkan Kanser dan Tumor, Gastrik, Buasir, Radang Kerongkong, Radang hati, Bronkhitis, Tonsil, Kesakitan Haid,Keputihan, Jerawat, Bisul, Diabetes, dan Asma, Darah Tinggi, Strok, Sakit Jantung, Asid Perut, serta menurunkan Kolesterol.
MENGAPA KUNYIT PUTIIH?
Syarikat ini memilih untuk menghasilkan kapsul kunyit putih adalah bagi merawat kanser yang mana umum mengetahui kanser mencatatkan peratusan yang tertinggi di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, terdapat banyak jenis perubatan yang dicipta bagi merawat kanser tetapi tidak semuanya berkesan. Penemuan ini ternyata membawa khasiat yang sangat bagus untuk merawat kanser dan yang paling terbaik adalah ianya bukan sahaja dikhususkan untuk merawat kanser tetapi kandungan khasiat kunyit putih itu sendiri dapat merawat penyakit lain seperti: 
  • membantu menyembuhkan masuk angin, dan sakit perut
  • menghilangkan kulit lebam akibat luka
  • menyembuhkan penyakit kanser
  • membantu menyembuhkan penyakit tumor
  • mencegah kerosakan sistem rahim, membantu mengurangi berat badan (sangat bagus bagi anda yang sedang diet)
  • menyembuhkan asma dan sesak nafas
  • mampu menghentikan pendarahan, sebagai sumber antioksidan alami
  • membantu merangsang produksi sel darah merah, menyegarkan kulit dan menyihatkan badan secara alami
  • mengurangkan resdung dan bau mulut yang berpunca darinya.
Ooooo...patutlah CMCure ini dah semakin ramai peminatnya dan semakin mendapat perhatian! disebabkan oleh kandungan khasiat yang terdapat di dalam setiap biji CMCure.....kalo nak tahu lagi, CMCure ini terdapat di dalam 2 packaging iaitu utk percubaan (Trial Pek) & Full Pack!





Jangan risau yer, CMCure ini lengkap dgn kelulusan KKM & JAKIM.




Nak tengok testimoni tak? Dah ramai sgt yg berpuas hati dgn CMCure nih, sampai yg sanggup datang kt rumah utk amik stok CMCure nih sebab x sabar setelah melihat begitu ramai testimoni yg telah berjaya mengubati penyakit mereka masing-masing!





Tak Bersih dah!!



Jerawat dan buasir pun boleh baik




Alhamdulillah...
Tadaaaa.....dapat menjadi Stokis Selangor/Putrajaya dgn bermula diri sebagai ejen kecil-kecilan....


So, dengan ini, kami lancarkan kempen besar-besaran utk mencari ejen dan pengedar  bagi produk CMCure ini diseluruh negara bagi memebantu permintaan yg sangat tinggi ketika ini. Dgn modal serendah RM300, anda boleh menjadi ejen! TETAPII....bermula hari ini dan sehingga 31/12/2013, ada syarat special utk menjadi ejen kami....hantarkan permohonan anda ke myzarabeauty@gmail.com atau korang boleh jugak sms/whatsapp kat no ni 013-3310016 dan bagitahu kami nak jadi ejen....





Oohh...harga CMCure ni berapa yer?
TRIAL PACK – 30 BIJI
RM 45 (SM) , RM 50 (SS)
**FREE POSTAGE**
(SS) + RM5 postage
PROMO FULL PACK – 60 BIJI tengah berlangsung sekarang sehingga 1/1/2014 :
1 botol Full Pack RM75 FreePostage
2 Botol Full Pack RM140 FreePostage!
Untuk keterangan lebih lanjut boleh lah visit website saya


Sunway Lagoon

 
Sabtu lepas bawak anak2 gi Sunway Lagoon...bagi upah kat diorang sebelum aku ngan En Win gi Honeymoon minggu ni...aaaauuuwww eksyen kan....hahahaha. Esok hari terakhir aku akan up entry...kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan. Aku ngan En Win nak berehat...rutin tahunan aku setiap tahun laki bini nak bercinta2 setelah penat membanting tulang.
 
Bila anak dah besar ni tetiba rasa lain pulak bila nak tinggalkan diorang....diorang dah besar senang sangat bila bawak berjalan....tapi nak buat macam mana masa berdua2an kadang2 perlu ada. Nak lepak sampai 2 hingga 3 pagi pun tak ada hal....boleh lah jalan peluk2 pinggang...pimpim2 tangan...lentuk2 kepala kat bahu...hahaha. Kang bawak anak2...mesti kena halang. Baru kiss sikit budak2 tu dah terjerit2...hahaha.
 
Hari Sabtu sebelum gi Sunway Lagoon singgah jap kat Raju Petaling Jaya (Belakang sekolah La Salle PJ), Nak komplen sikit pasal restaurant Raju ni. Kalau dulu sebut pasal nasi daun pisang mesti terbayang Restaurant Raju ni...the best...mmg tempat lepak kitaorang muda2 dulu.
 
 
 
Tapi sekarang....service teruk giler. Duduk adalah dekat 15 minit terjerit panggil waiter...diaorang buat macam tak nampak jer.  Bila ambik order muka pelayan macam taik masam nak mampus. Aku ngan En Win dah angin satu badan.
 
 
 
Aku order nasi daun pisang...ayam dan sotong goreng. 1/2 jam tunggu macam ni jer rupa nasik aku...ayam dengan sotong tak sampai2. Bila tanya...boleh marah2 cakap suruh sabar...sabar kebenda...sah2 orang tak ramai apa yang lambat sangat.
 
 
 
Roti canai..hantar macam tu jer...kuah pun tak bagi. Korang jangan datang sini tau...tak bagus langsung Raju ni sekarang. Kalau ingat balik rasa nak tampar2 jer pelayan tu.
 
Selesai makan kat Raju yang service tak bagus tu...baru kita orang bertolak ke Sunway Lagoon.
 
 
 
 
Ni satu lagi nak complain....apa yang mahal giler Sunway Lagoon sekarang ni. RM90 adult...Children RM65.00 cuba kau bayangkan kalau  korang ada 3 anak campur mak bapak lagi dah dekat RM400.00 cuma nak masuk Sunway lagoon jer. Dulu ada gaks sampai malam korang boleh berendam...ni pukul 5 ptg semua kena balik dah. Mainan Indoor pun bukan banyak sangat pun...pendapat aku harga ni mmg tak berbaloi. Baik orang duduk hotel berendam kat pool hotel...siap boleh tidur lagi kat tilam empuk. Nasib baik aku dah janji ngan budak2 kalau tak baik aku gi PD jer hari tu.
 
 
 
Aku rasa orang tak ada pilihan...ini jer pun tempat yang best kat KL ni.
 
 
 
Masih sama seperti dulu...tak ada pun mainan yang baru.
 
 
 
Budak2 mana tahu apa2 pun...Nampak air jer gembira. Eh! bukan budak2 jer bapak budak pun over gembira.
 
 
 
Kuda pusing2 ni tak mendapat sambutan...hahaha
 
 
 
Tak takut pun
 
 
 
Hari tu aku tak mandi...badan tak berapa sihat lagi...kerja aku menjaga beg, sediakan makanan, menjaga towel dan menangkap gambar. En Win yang melayan budak2...aku lepak2 sambil baca novel...aaaauuwww omputih sangat.
 
 
 
Tak sampai 1/2 jam sampai kat Sunway Lagoon tetiba hujan turun lebat giler...frust giler anak2 aku sebab tak dapat main roller coaster....rugi bebenor rasanya.
 
 
 
Ada lah dekat satu jam tunggu hujan berhenti...waktu tu dah dekat pukul 2 petang. Korang nak ngumpat sikit pasal India kat belakang tu...hahahaha. Maklumlah kan tengah bercinta...tengah hujan pulak tu...mula2 duduk peluk jer lepas tu gurau geletek2 cucuk pinggang makwe dia...tengok2 aku pusing sekali lagi awek tu dah duduk atas riba sampai kiss2...amboi over kau ya. Anak aku pula yang tersengih2...hahaha.
 
 
 
 
Hujan  still renyai2 lagi...En Win decide redah jer...tukar baju budak2 ni...kesian aku tengok tak tahu duduk diam...8 kali asyik jenguk langit jer. Mama paham benor perasaan korang sebab mama dulu pun macam tu jugak.
 
 
 
Cuma ada perubahan part gelongsor...diorang ada perbanyakan sikit
 
 
 
Ini lah benda yang paling latest kat Sunway lagoon ni yang orang sibuk katakana "Vuvuzela" anak aku suka lah...kalau aku jangan harap nak naik...benda2 yang boleh bagi tekanan kat pundi kencing mmg tak lah aku naik. Nasib baik hari tu aku demam..kalau tak mmg kena paksa lah dengan En Win.
 
 
 
 
 
 
 
En Win mmg rajin melayan anak2...ini mmg aku puji lah...dia boleh jer berendam dengan budak2 tu berjam2... gembira jer bergurau senda. Aku tersenggih2 jer kat tempat duduk tu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuba korang tengok muka En Win...gembira jer kan...hahaha
 
 
 
 
 
 
 
Mandilah korang puas2....
 
 
 
 
 
 
 
Lepas berendam dekat 2 jam baru tau rasa lapar...ini kerja aku lah beratur beli semua...dah siap kang panggil jer naik makan.
 
 
 
Sambung main lagi...adalah dekat 5 kali diorang naik vivuzela ni.
 
 
 
Berani korang ya...
 
 
 
Next gelongor carpet ni pulak...naik 8 kali ya. Malas aku nak layan...mula2 ada gaks lambai2 tangan. masuk 3 kali aku buat dek jer lah.
 
 
 
Siapa yang over...anak ker bapak korang rasa....hahahah
 
 
 
 
 
 
 
Ok itu jer nak cite pasal sunway lagoon. Esok kalau rajin aku tulis lagi ya...kalau tak rajin ini last entry aku sampai tahun depan...bye2 korang.
 
 
 

Thursday, December 19, 2013

Demam...

 
2 hari tak berupdate blog aku ni...mesti korang tertanya2 kan....hahaha. Tetap perasan retis...suka hati aku lah kan...nak perasan jadi apa kan...aku kan suka rasa glamer bagi korang rasa nak muntah...hahaha. Aku gurau2 jer saja nak bagi hati sendiri gembira..kalau korang nak tumpang senyum sila lah....hahaha.
 
Rasanya dah lama tak deman...kalau deman yang biasa tu telan padanol...settled. Tapi dari Isnin hari tu badan dah rasa lain macam...ini laki aku punya pasal lah dia lah pembawa virus kat rumah ni. Hari Ahad En Win dah start batuk2, selsema plus demam....dia kan manja asal demam jer merengek nak aku sediakan ubat bagai...tidur nak aku pegang tangan...nyampah tau. Macam mana tak berjangkit kalau muka dia hala kat aku jer....tgk2 Isnin tu dia sihat segar bugar aku yang lembik kat tepi. Gagahkan diri gaks gi kerja Isnin tu....malam badan aku dah start mengigil2..telan air liur dah macam telan duri aku rasa. Sempat gaks gi kerja hari Selasa pagi tu settled apa2 yang patut...tunjuk muka demam kat boss baru boleh chow. Boss aku ni kalau tak tgk muka secretary dia sakit...nanti dia kata aku tipu demam...hahaha...kalau aku call dari rumah kata aku demam...boleh dgr suara dia tak puas hati...so kena gagahkan kan datang dan tunjuk MC baru dia percaya. Now bila aku dah ada pekerja sendiri baru aku tahu perasaan boss...benci kat orang yang suka MC2 ni.
 
 
 
 
Gambar ni Yaya snap letak kat IG..lepas tu ramai kutuk kata tidur pun nak control cun...vavi korang kan....hahaha. Akak bila2 pun cun...Haktuiiiii...matilah kena kutuk lepas ni...kahkahkahakah. Yaya nak tunjuk prihatin tangkap gambar mama dia sakit...dia tak tahu mama dia orang tgh tunggu jer nak kutuk2 manja...tapi aku ok jer...kutuk lah akak senyum gembira jer.
 
Elok jugak aku deman...dapat sikit badan ni berehat....kalau tidak aku macam lipas kudung asyik bergerak jer...baru duduk sekejap ada jer benda aku terfikir nak buat....tengah2 tgk tv nanti mata aku terpandang cadar...pikir bila last tukar..bila dah start tukar cadar habis sekali 3 bilik aku tukar...mmg tak berehat lah jawabnya. Jadi waktu demam ni lah aku dapt tidur lama sikit. 
 
Dah pesan awal2 dekat En Win jaga budak2 aku nak tidur...bagi diorang makan siap2...belikan aku bubur Mcdonald nanti aku bangun boleh terus makan. Ya En Win mmg pandai jaga budak2..tapi dia tetap meyusahkan hidup aku...baju sampai 3 bakul aku kena cuci. Mana tak nyer...pagi budak2 lepas mandi dah siap pakai baju...bila dia jak budak2 keluar makan tengahari tukar baju lagi....petang ajak main playground tukar baju lagi...malam tukar baju lagi nak gi dinner...balik dinner tukar baju tidur pulak lagi...korang kira berapa kali salin. Kalau aku...korang pakai lah baju tu dari pagi sampai petang...tak ada ngada2 nak tukar.
 
Itu belum lagi dapur berselerak...segala pinggan periuk  semua keluarkan padahal nak masak maggi jer. Semalam petang baru ringan rasa badan...bila bangun jer mengucap panjang aku tengok keadaan rumah...tapi malas nak bebel redha jer lah...atleast dia jaga anak2. Kita orang perempuan ni agaknya mmg tak boleh sakit...habis telangkup rumah ni aku rasa kalau sakit seminggu. Dah settled kemas ajak En Win makan luar teringin nak ambik angina luar...2 hari membuta jer kerja aku...bangun untuk kencing dan makan jer.
 
 
 
En Win ajak makan Korean Food kat Solaris
 
 
 
Mr Dark Fried Rice.
 
 
 
Dia ada macam2 set...aku ambik set untuk 2 orang yang ada mee dan nasi. Ada juga diorang sediakan set untuk vegetarian
 
 
 
Diorang akan goreng makanan tu depan korang nanti...sedap panas2 bila makan. Tak berapa pedas...so budak2 pun boleh makan. Simple jer diaorang goreng ayam yang siap dirempahkan lepas tu letak sedikit minyak dan sayuran.
 
 
 
Teruja sekejap
 
 
 
Me n Yaya
 
 
 
Sungguh menyelerakan
 
 
 
Mula2 goreng mee dulu...ala2 maggi goreng.
 
 
 
Gaulkan dengan bahan2 tadi
 
 
 
Boleh tahan sedap...kalau makan ramai lagi best sebab blh berebut2
 
 
 
Meh lah datang cuba kat Solaris korang google nama restaurant yang aku bagi tadi
 
 
 
Dah settled makan mee...next nasi pulak...make sure korang jangan makan ayam dan sayuran tu sampai habis tinggalkan balance2 untuk senang diorang goreng nasi pulak.
 
 
 
Bagi yang suka letak cheese kat nasi...korang boleh suruh digoreng sekali cheese tu...bg yang tak suka boleh jer ckp tak yah letak. Aku cepat muak sikit kalau letak cheese...tapi En Win suka aku diam kan jer lah.
 
 
 
Tadaaaa...food dia boleh  tahan kalau korang nak kelainan boleh datang dan cuba