Nuffnang Advertisement

Friday, August 30, 2013

Kisah dolu2



Ramai lah email mintak aku citekan tentang kehidupan aku dolu2 masa kawin. Macam mana aku harungi hidup...pergghh ini kalau majalah 3 baca konpem aku kena panggil interview...hahaha. Bak kata Filla aku ni dah lah pelupa pekak pulak tu...siot kau kan kalau bagi peluang ngata aku bukan main nko ya. Siap kau tunggu giliran kau nanti.

Tak banyak yang aku ingat...tapi janji bila baca jangan ngumpat kata riak lah....reka cite lah....ini semua benar belaka ya. Aku kawin ngan En Win masa umur aku 25 tahun dan waktu tu En Win 28 tahun. Tiga bulan selepas berkawin aku mengandung. Kedudukan kewangan pada waktu tu tak berapa bagus...aku tinggal dengan inlaw sebab kalau duduk rumah sendiri rasanya tak cukup kot nak tampung kehidupan. Kenderaan waktu tu motor jer...scooter itupun beli second hand. Gaji waktu tu kalau tak silap aku RM1300 ...tolak duit makan, duit tambang bus, duit bagi mak dan abah, bayar hutang credit card, duit ASB rasanya balance tinggal dalam RM150.00 kot. En Win pulak kena bayar benda lain dan balance pun tinggal nyawa2 ikan. Pernah sekali tu kalau tak silap usia kandungan aku 8 bulan duit dalam poket tinggal puluh2 ringgit jer tapi waktu tu kena buat check up kat hospital....risau jgn cakap lah tapi aku ngan En Win cuba diam kan diri....nak pinjam kat orang malu takut orang mengata "tulah nak mengandung tapi duit tak ada". Tapikan Allah tu sentiasa ada...sedang aku jalan2 ngan En Win kitaorang terjumpa wallet dan dalam wallet tu ada RM130.00. Tengok kiri kanan tak ada orang...ic pun tak ada cuma wallet dan duit jer. En Win ambik duit tu terus bawak aku gi check up...korang tahu tak bil klinik tu sama dengan duit yang aku jumpa tadi RM130.00....Ya Allah tak terkata aku...syukur alhamdullilah.

Nasib kitaorang sama walaupun selepas melahirkan anak...waktu tak terfikir langsung nak cari kerja tambahan. Tapi orang kata rezeki anak sentiasa ada....lepas melahirkan Yaya En Win di naikkan pangkat dan kehidupan kami sedikit berubah. Dari motor kami dah mampu pakai kancil. 2 tahun selepas tu hidup kami merundung kembali sebab selepas melahirkan anak banyak duit nak digunakan...mungkin jugak waktu tu aku tak pandai nak buat budget...apa yang orang beli semua aku nak belikan untuk Yaya...by end of the day sampai keta kena tarik sebab tak bayar 3 bulan...beli susu Yaya pun kena jimat2 kan duit....tertekan sangat...setiap hari bergaduh pasal duit tak cukup...duduk pulak dengan inlaw rasa malu sesangat sebab tak dapat membantu diorang. Aku pulak kena membantu mak ngan abah sbb waktu tu adik2 aku masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Stress sangat....time makan aku cuma mampu beli roti...kawan2 tanya cakap diet. Kalau ingat kan balik rasa macam nak menangis meraung. Kami tak pernah bercuti...itupun sekali jer waktu Yaya umur setahun aku bawak gi Genting Highland. Mungkin waktu tu aku ngan En Win masih muda dan masih belum matang.... jalan belum terbuka lagi untuk kami. Tapi pengalaman banyak mengajar kami.

Dalam susah2 aku disahkan mengandung anak kedua....aku berhenti kerja sbb dapat offer bukak butik pengantin. Tapi perniagaan tak maju dan butik terpaksa ditutup sewaktu usia kandungan aku mencecah 7 bulan. Ini bermakna cuma En Win jer bekerja pada waktu itu.....korang bayangkan dengan aku mengandung, kena tanggung Yaya, perbelanjaan hospital. Orang lain mengandung cantik2 jer pakai baju....aku seluar lusuh duduk kat rumah. Apa yang MIL aku sediakan itulah aku makan...tak terbalas rasanya budi keluarga inlaw aku. En Win masih berusia gigih.

Selepas melahirkan anak kedua....kehidupan kami amat susah....korang tahu tak aku berpantang cuma 30 hari jer....dengan badan yang tak berapa kuat lagi aku gagahkan mencari kerja...alhamdullilah aku diterima menjadi temporary secretary di company aku bekerja sekarang. Pergi kerja dengan masih barut diperut dan berstokin. Perggg...giler kehidupan aku dulu. Pa u ingat tak....hidup kita susahkan!!

Setelah puas bersabar Allah telah tunjukan jalan kepada kami...En Win pulak dapat offer bekerja di Brunei demi kesenangan keluarga aku terpaksa berpisah dengan En Win selama setahun. Rindu jangan cakap lah...tapi kami sekeluarga terpaksa bertahan. Yaya selalu deman kerinduan. Aku pula telah diterima sebagai permanent staff kat company yang aku bekerja sekarang ni. Alhamdullilah kehidupan semakin selesa dan dapat tinggal dirumah sendiri. Setahun En Win bekerja di Brunei tapi disebabkan kerinduan yang tak dapat dibendung En Win pulang demi keluarga dan disinilah bermulanya semangat kami untuk berniaga. Siang malam bekerja tanpa berhenti....belum lagi pengalaman kami di Negeri China....tak mampu naik teksi terpaksa naik motor tapi duduk berasingan...kalau lah orang bawak aku lari...pengsan aku.Jatuh bangun dalam perniagaan ditipu itu part yang lain aku citekan nanti. Siang aku bekerja malam tolong En Win berniaga. Dugaan aku waktu tu hanya tuhan jer tahu. Penat jangan cakap lah.....tapi tgk muka anak2 semangat tu datang. Dari peniaga kami menjadi pemborong. Dari meniaga di Down town kami mampu membuka 3 kedai di Sungei Wang. Tapi itu cite dulu sekarang kami dah tak berniaga baju lagi kami cuba cari kehidupan yang lebih selesa ....langkah kami semakin luas atas bantuan rakan2.

Aku tak tahu macam mana nak akhiri cite ni sebab terlalu banyak dugaan yang kami lalui. Tapi alhamdullilah semangat kami masih kuat dan kami masih gigih bekerja. Aku masih membantu En Win menjalankan perniagaan transportation dan aku harap kami akan berjaya. Kehidupan aku semakin selesa sekarang....aku dah boleh bercuti ketempat2 yang aku inginkan....aku dapat membantu emak, abah dan keluarga inlaw. Syukur Alhamdullilah.

Thursday, August 29, 2013

Doakan semua selamat ya....

Rasa lama bebenor tak update blog...padahal baru 2 hari jer pun. Blog ni dah sebati jer dalam jiwa aku bila tak update rasa lain bebenor. Rasa macam kekurangan seuatu...cewah!!
 
Minggu ni aku memang sangat2 busy. Yaya tengah exam week, En Win outstation baru semalam balik...jadi banyak benda aku kena handle. Lagipun dah hujung bulan banyak benda kena bayar so terlari sana sini lah sikit.
 
FIL aku AKA bapak En Win tak berapa sihat minggu ni. Seminggu lepas raya FIL aku kena demam panas....tak lalu makan....bagi nasi dua suap jer dia makan...cuba bagi roti makan secubit jer.  Bila tak makan tenaga tak ada...badan lemah....mata tak lalu nak bukak. Risau sangat...korang tau lah orang tua2 mana nak pergi hospital...pujuk lah macam manapun dia keras jer badan tak bagi kita angkat. Panggil doctor datang rumah dia kata father in law aku terlalu lemah sebab tak makan terpaksa gak bawak gi hospital...sugar level dah naik tinggi...jantung pun ada problem sikit. Ya Allah risau kita orang sekeluarga waktu dengar tu.
 
Makin hari makin teruk keadaan FIL aku....dari makan tak nak makan langsung...panggil nama pun dia tak menyahut lagi...so decide panggil ambulan datang rumah....bawak juga dia gi hospital. Tak boleh nak biarkan dan tak boleh sangat nak dengar cakap dia lagi.
 
 
 
First time ambulan datang rumah....hati rasa sayu lah pulak.
 
 
 
Terpaksa jugak bawak gi hospital walaupun tahu orang tua2 ni mana suka duduk hospital takut sangat dengan jarum. Bukan orang tu jer aku pun takut ya.  Asal nurse datang jer hati aku dah debar2.
 
 
 
Diorang terus check sugar level FIL aku...very2 high 31.5 (tinggi sesangat). Rupanya selama ni bila bagi bapak mertua aku makan ubat dia buang bawah katil. MIL aku kena duduk depan dia baru FIL aku makan
 
 
 
Takpe ya Pa demi kebaikan you.
 
 
 
Alhamdullilah dah nampak semakin segar...sugar level pun dah boleh control. Tapi bila dia sedar habis kitaorang sekeluarga dijeling nya sebab pandai2 bawak dia masuk ward. Semua muka selamba badak jer buat tak tahu. FIL bising2 kitaorang diamkan jer..adik ipar aku siap kena warning "siap kau aku keluar nanti"....hahahaha habis lah kau Shira.
 
Semoga Papa cepat semua ya....
 

Monday, August 26, 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang - Tegar


Korang pernah tak dengar lagu budak kecik ni. First time aku dengar lagu ni aku suka sangat dengan melodi plus dia punya lirik best giler. Tapi puas aku cari siapa penyanyi lagu ni. Tak dapat2....bila aku tanya En Win "Pa u pernah dengar lagu satu budak ni" aku buat bunyi2 melodi tu...En Win tak tahu langsung ok "U nyanyi lagu apa ni...bunyi macam lagu India jer" kuang ajar cakap aku nyanyi lagu India susah payah aku keluarkan bunyi dia kutuk aku pulak.
 
Sampailah malam tadi...tengah baring2 aku dengar Adik tengah nyanyi lagu budak tu...melompat aku dari atas katil terus bergelek...(hahaha itu tifu). Ni aku attached keek anak aku waktu tengah nyanyi. En Win beriya bagi arahan bila kena nyanyi bila kena stop. Tapi yang menghairan kan aku lagi bila pulak anak aku dengar radio lagu Indon ni.
 
Korang dengar dulu anak aku nyanyi...kang habis dengar aku bagi lirik sekali kat korang...hahaha.
 
 

 
 
 

Aug 25, 2013 | Part2.... by ellyirfan on Keek.com
 
 
 
Kenapa aku suka sangat lagu....lagu ni mengisahkan seorang anak kecik yang dulunya pegemis tapi sekarang dah jadi kaya raya...disebabkan Allah menganugerahkan dia suara emas. See rezeki orang tetiba boleh melonjat naik. Jangan pandang hina orang tu miskin atau susah kita tak tahu yang satu hari orang tu akan lebih berjaya dari kita.
 
Aku mula2 kawin dengan En Win susah giler ok....sekarang pun tak lah senang sangat tapi cukup lah duit tu untuk tanggung kami sekeluarga...alhamdullilah. Dulu bila kita orang dapat gaji hujung bulan...duit habis bayar hutang. En Win balance tinggal RM150.00 aku tinggal RM50.00. Pertengahan bulan duit dah tak ada...nak mintak mak bapak malu...so tahan tekak jer lah. Pernah waktu tu aku mengandungkan Yaya teringin sangat nak makan roti canai....tak silap aku waktu dalam poket En Win cuma tinggal RM1.50. En Win tak sampai hati sebab waktu tu aku mengandung...pergi kedai Mamak order Roti Canai dan air kosong itupun aku dah happy. Benda2 macam ni buat aku dengan En Win lebih bersemangat...siang malam bekerja untuk kehidupan yang lebih selesa. Rezeki tu ada cuma kita kena usahakan....so bila dengar lagu budak ni aku mmg terkenang zaman aku ngan En Win susah dulu. Dugaan kitaorang jangan cakaplah....macam2...kereta kena tarik, nak beli susu anak pun aku kena menabung...sumpah aku tak tipu...itulah lah kehidupan aku dulu. Mak bapak aku mmg tak tahu aku susah dulu. Tak berani aku nak mengadu...jatuh pulak maruah laki aku nanti. Terima kasih gaks kat family in law aku bagi kitaorang duduk serumah waktu tu jadi beban tu tak lah terasa sangat .  Syukur sangat Allah bagi aku rezeki sekarang ni. Jadi pada sesiapa yang rasa korang susah korang kena tahu ada orang lebih susah lagi jadi kena banyak2 bersabar. Itulah pengalaman yang paling berharga untuk kami berdua...so bila hidup dah berubah kami akan sentiasa ingat waktu susah kami....Syukur ya Allah.
 
Jom kita tengok lirik budak kecik Tegar ni
 
Ku yang dulu bukanlah ku sekarang
dulu ditendang sekarang ku disayang
dulu dulu dulu ku menderita
serang aku bahagia
 
Cita2 ku menjadi orang kaya
dulu ku susah sekarang Alhamdullilah
bersyukur pada maha kuasa
memberi jalan untukmu semua
 
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
mengejar cita2 paling mulia
membantu keluarga dirumah
 
Sekolah dulu ku tak punya biaya
terpaksa ku harus mencari nafkah
tetapi aku tak berputus asa
pasti kuasa yang memberi jalannya.
 

Open House yang Ketiga

Fuyoo giler melampau ni buat open house berkali2....hahaha. Aku mmg dah jadi giler sebab penat mengemas tapi puas hati dapat berjumpa dengan kengkawan dan kaum keluarga. Open House Sabtu lepas khas untuk keluarga, kengkawan aku dan En Win punya Pekerja. InsyaAllah kalau diizinkan tinggal satu lagi open house minggu depan...itupun kalau aku larat. Ini macam dah tak larat jer...haha. Patah pinggang aku mop satu rumah....belum lagi membasuh pinggan mangkuk.
 
Tapi kepuasan jangan cakap lah sebab kali ni semua tetamu aku dapat ramah mesra dan yang paling penting aku dapat makan berkali2. Sepatutnya open House ni bermula dari pukul 1.00 tengahari sampai kul 3 jer...tapi terlajak sampai kul 9 malam. Alhamdullilah....tetamu datang tak henti2...dan lauk yang aku order nasib baik cukup.
 
 
Aku: Mak orang nak buat open house Sabtu ni mak tolong masakan ayam sambal boleh
 
Mak: Pandai kau yer...kau jemput aku datang...tapi aku yang kena masak
 
Hahaha....Macam mana tu???Tak kisah janji menu meletupkan. Aku dah start busy dari hari Jumaat lagi...pergi pasar beli ayam dan bahan2 memasak. Aku dah siap2 basuh ayam, cili dah potong, bawang dah mesin baru serahkan kat mak....jadi kurang lah bebelan sikit sebab tinggal masak jer tak payah buat apa2. Bijak tak??? Muahahaha. Menu lain order jelah...aku cuma masak nasi dan rebus telur masin jer...hahaha.
 
 
 
Pukul 12.30pm makanan semua dah siap terhidang...so tinggal tunggu tetamu datang jer. Kita bergambar dulu....3 dara yang menunggu tetamu....aaaaauuuww
 
 
 
Air oren siap dihidangkan
 
 
 
Ulam2. Sambal belacan yang sedap melampau
 
 
 
Ayam Sambal dari Ibu tercinta.
 
 
 
Kari Ikan
 
 
 
Ikan Cencaru sambal Petai
 
 
 
Sayur Campur
 
 
 
Kerabu Mangga
 
 
 
Dessert - Pengat Pisang
 
 
 
Ala lupa laks nak tangkap gambar telur masin aku yang sedap giler tu...semua orang puji ok aku pandai rebus telur masin....hahaha
 
 
 
Tetamu yang mula2 sampai adalah pekerja En Win. Maklumlah umah boss semua datang mengikut masa...hahaha. By the way aku mmg respect giler pekerja En Win yang tudung pink tu. Nama dia Intan.....yang sedang makan tu semua anak dia...baik2 jer makan...yang aku rasa macam wow dia boleh handle semua anak dia tanpa batuan sesiapa ok....suami dia tak dapat datang ada kerja tapi dia relax jer...badan lah kecik. Kalau aku dah jadi pompuan giler agaknya anak reramai...tak pun aku tak keluar rumah sebab tak boleh handle anak2 aku.
 
 
 
Radie dan Ben. Kau Nampak tak muka aku kena pegang budak kecik....tension jer kan....hahaha. Aku pegang 15 minit semantara Filla makan....tapi Filla makan bukan ambik masak 15 minit ya tapi berbelas2 minit. Agak2 aku tak larat bagi kat mak aku suruh jaga pulak....konon2 macam busy lah....hahaha
 
 
 
Filla lagi senang baringkan terus budak tecik ni kat Sofa...bagus gaks idea tu.
 
 
 
Waktu bergambar nampak sangat suka kan kanak2...hahaha. Jgn tertipu ya!!
 
 
 
Aku, Filla and Peej
 
 
 
Filla ada event dan Peej nak kena pergi rumah lain pulak. So diorang tak boleh lepak lelama kat rumah aku.
 
 
 
Model Tsugoi pun ada...aaaaauuuwww
 
 
 
Anak Jepun mana terlepas ni!!
 
 
 
Kawan Sekolah adik pun datang
 
 
 
My Family
 
 
 
Family
 
 
 
Mak in the house AKA Master Chef Ayam Sambal
 
 
 
Kengkawan En Win. Yang tutup muka tu korang tak yah  tanya siapa...dia ingat dia glamer sangat kot aku nak snap gambar dia. Tak yah lah Lang....kau tutup muka tak ada masa aku nak pujuk2....tutup lah nko.
 
 
 
Waktu ni dah pukul 9.00 malam. Tetamu masih datang....jemput2 kata open house mmg rumah open sampai kul 12 malam.
 
Sorry gambar tak banyak kali ni tuan rumah busy...maklum lah....Puan Sri lah katakana....muahaha.
 
 

Friday, August 23, 2013

Wangi-wangian

Nasib baik akak kau ni tak merajuk lelama....merajuk ngada2 jer itupun setelah En Win cium ubun2 kepala aku bagi panas kat kepala ni keluar....berkepul2 jugak lah asap keluar tanda betapa sentapnya akak....ialah akak punya blog tapi akak yang dipertikaikan. Tapi tak kesah lah akak sentap pun waktu tu jer sengaja buat gempak sebab nak tengok ramai tak peminat akak pujuk....haktui....hahahaha. Thanks korang bagi kata2 semangat....bila akak baca terus teruja nak up entry 13 kali sehari...hahaha.
 
Panggilan akak ni nampak tetua bebenor lah pulak...apa kata korang panggil Sis Elly sedap sikit telinga ni. Tak kisahlah kan Sis Elly pun bukan suka melazer orang Sis Elly cuma suka up entry bodoh2 jer...jadi yang baca pun samalah kan....hahahaha. Ampun2 gurau jer....senjaga nak hidupkan susanan ceria supaya bila Sis Elly baca balik penulisan sendiri....Sis Elly boleh gelak terguling2.
 
Sudah2 tak boleh tahan aku ber"Sis" ni....back to normal macam hiprokrit benar aku rasa. Korang suka tak Wangi-wangian. Merstilah suka kan...mana ada orang suka busuk....giler soalan tak berasas langsung. Tapi aku rasa aku lagi giler kot sebab aku extra suka wangian diwaktu malam. Ini bukan unsur2 sex ya ....aku mmg suka wangian diwaktu malam sebabnya bagi aku bila badan kita letih bila mandi kita menggunakan bodywash yang Wangi....syampu yang Wangi macam boleh jadi segar bertenaga balik. Korang rasa tak macam tu...ker aku jer.,...sebab bila aku tanya kengkawan kat opis ni diaorang kata memalam tak boleh Wangi sangat nanti boleh pening....hahaha. Tak kisah lah kan!! aku suka jer....bila tidur sebelah suami konpiden jer....hahaha unsur sex lah jugak tu kan!! hahaha bodoh
 
Rutin aku selalunya selepas mandi aku dah start pasang Wangi-wangian didalam bilik lepas tu pasang aircond bagi bau meresap sikit keseluruhan bilik. Wangian pilihan tentunya lavender sebab boleh lapangkan otak yang berserabut ni dan merelaxkan jiwa. Jadi tidur pun lena jer..tak caya cubalah.
 
 
 
Bodywash....aku bukan bukak satu2 ya.....memang aku letak sekali 3 botal dalam bilik air. Nanti aku boleh pilih mana2 wangian bodywash aku nak pakai hari tu. Dulu aku suka beli bodywash kat Body Shop sekali bila cuba bodywash kat Victoria's Secret terus jatuh hati. Sekarang tengah promotion RM129.00 untuk 3 botol ni.
 
 
 
 
Dah selesai pakai baju aku suka sembur lavender perfume ni kat badan...bau dia segar giler....sedap nak mampus. Fresh sesangat. Aku pun pelik kat diri sendiri...orang suka pakai wangian waktu siang aku suka pakai wangian waktu malam....entah lah macam best jer memalam Wangi. Siang aku pakailah perfume tapi seteruja wangian aku pakai diwaktu malam.Rasa bila letih berkemas, memasak...lepas tu mandi dengan bau2an yang Wangi, bilik Wangi, badan Wangi feeling dia macam best jer...hahaha.
 
 
 
Yang ni khas aku pakai pada malam khamis jer....eh! Hahaha...tapi betul lah bila pakai perfume ni  macam stim jer....Matilah. Tapi serius bau dia macam ada ransangan tertentu....bagi akulah ya...bagi korang aku tak tahulah.
 
"Sila pastikan anak anda tidak membaca blog ini"...hahaha
 
 
 
Day perfume. Selalunya aku akan pasang pewangi ni bila aku berada kat rumah disiang hari. Contoh macam hari cuti2...bila aku nak tidur petang sekejap aku akan pasang....bau  perfume ni segar jer....Wangian ni ada bermacam2 pilihan....untuk relax....untuk pening...untuk sakit2 badan korang boleh pilih mana yang sesuai untuk kegunaan korang. Pilihan utama aku adalah wangian yang relax kan minda.
 
 
 
Ini wangian untuk digunakan pada waktu malam. Lamp Berger. Korang masuk kan wangian tu kat dalam botol lepas tu nyalakan api lebih kurang dalam 10 minit....lepas tu korang padamkan api tu dan Wangian akan keluar....walawei ini lagi sedap giler...bau dia lembut jer....bila bau mata jadi sayu2 jer nak tidur...esok bangun mesti fresh...sebab tidur korang akan nyenyak giler.
 
Ini lah kegilaan aku....sekarang aku tengah cari wangian untuk disemburkan kat kat pillow and blanket....tapi En Win kata to much lah pulak kan...ok2 kita tunggu giler tu datang baru aku beli.
 
 

Thursday, August 22, 2013

Susah nak puas kan kehendak orang ni!

Aku tulis blog ni tujuan utama adalah untuk simpanan dan kenangan2 buat diri aku sendiri. Manalah tahu esok dah tua aku nyanyuk jadi bila bukak blog sendiri dapatlah pulihkan ingatan aku sikit. Oooo aku pernah pergi tempat ni.....oooo aku pernah kerja kat sini.....oooo ini rupanya muka aku muda2 dulu...cun jugak yek...hahaha.

Jadi kalau korang pun suka dengan penulisan aku ini merupakan satu bonus lah jugak sebab korang minat dengan penulisan aku...jadi aku macam bangga lah sebab terror bebenor aku menulis sampai korang suka kan...hahaha. Padahal banyak mengarut dari cite fakta.

Dalam blog aku ni aku suka share benda2 yang berlaku di sekeliling aku. Masa bersama keluarga, masa bersama kawan2, share tempat2 pelancongan, share pasal  makanan dan macam2 lagi dan selalu nyer aku akan selitkan lawak2 bodoh bagi blog ni nampak cute...cewah padahal mmg bodoh pun lawak aku...hahaha. Inilah hiburan aku di masa lapang...tulis dan gelak terguling2 dengan penulisan aku sendiri. Kenkadang sendiri tulis sendiri baca sampai 80 kali. Tapi ada aku kesah sebab inilah dairi kehidupan aku.

Kalau aku sedih aku mengadu, kalau aku gembira pun aku mengadu...kalau boleh semua benda aku nak share ngan korang sebab aku dapat rasakan korang adalah pendengar dan pembaca yang baik. Apa yang aku tulis semuanya tulus dan ikhlas dari hati aku sendiri...tak ada tokok tambah...apa yang berlaku itulah yang aku akan gambarkan. Tapi kenkadang yang menjadi salah faham sbb penulisan itu sendiri...ialah blog kena pandai guna ayat2 merapu barulah power katanya.

Bila aku menulis aku tak boleh puaskan hati semua orang. Ada yang menyampah dengan cara penulisan aku dan ada yang boleh gelak terbahak2 dan ada juga boleh meraung menangis dengar aduan aku menjadi maid...hahaha. Tapi ini lah...inilah cara penulisan aku...kalau rasa penulisan aku bodoh dan penuh dengan kepura-puraan just tutup and delete dari list korang. Bagi yang suka teruskan kan membaca ya.

Life is simple....sesuatu benda jangan ambik terlalu serius....blog aku ni blog suka2 jer...baca untuk masa lapang....tak pernah ada niat untuk mengutuk atau memerli orang. Kalau korang rasa aku ada buat benda2 yang menguris perasaan korang aku minta maaf. Aku cuma ingin berkongsi kegembiraan dan kesedihan aku jer dalam blog ni. Tak pernah terlintas nak melaga-lagakan orang atau membuat orang lain bermusuh.

Susah nak puaskan hati orang...kenkandang kita tulis atau share benda yang kita suka...tapi orang fikir kita berlagak pulak...kita share kebahagiaan....ada orang yang sakit hati doakan keruntuhan pulak. Alahai....poning. Blog sendiri tapi jadi takut pulak nak menulis....camne tu!

Malas arr macam ni!! I merajuk tau.....



Monday, August 19, 2013

Saudara Melaka datang beraya...

Kalau dulu setiap tahun aku buat open house...lepas tu jemput reramai datang. Kesudahanya sorang tetamu pun aku tak dapat melayan sebab sibuk kehulur kehilir. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sibuk kan...lepas tu satu makanan pun aku tak sempat makan...kesudahanya laki bini lepas open house makan kat kedai...hahaha. Ini belum lagi jadi artis ataupun wakil rakyat...kalau tidak mau aku buat kat padang lepas tu aku ngan En Win duduk atas pentas macam pengantin...siapa nak salam dan duit raya sila naik ke pentas...cewah....hahaha.
 
So tahun ni buat jugak open house tapi ikut kumpulan. Kumpulan 1 - jiran tertangga (dah selesasi), Kumpulan 2 - Saudara mara ( dah selesai), Kumpulan 3 - Keluarga (belum) dan terakhir Kumpulan 4 - Kengkawan (belum). Barulah seronok boleh borak2 lepak lelama sikit. Budget pun dapat dikurang kan...haha itu yang penting. Ni kalau panggil reramai kos khemah dan kerusi meja jer nak dekat RM2000.00 melampau betul harga khemah sekarang itu belum lagi request ropol2 kat khemah. So tahun ni makan dalam rumah...sejuk pun sejuk kan.
 
Sabtu lepas turn saudara dari Melaka datang...meriah sangat adalah dekat 30 orang kalau campur dengan keluarga aku. So perempuan pemalas macam aku mmg tak sanggup ya nak masak untuk 30 orang jadi kita angkat phone order je lah. Tuan rumah cuma buat air dan potong buah jer...pinggan pun guna plastic jer...sebab maid dah balik Indon....lutut pun hampir tercabut. Kalau dulu En Win tak reti kalau orang reramai datang rumah...dia macam "Eh! kenapa ramai sangat keluarga u...kan dah jumpa hari tu"...."Bang sekali lagi diulang ya ini namaya kunjungan balas". Tapi sekarang dia pulak yang lebih2 24 jam jam asyik called kawan ajak datang...maklumlah bini dia kan rajin dan pandai masak pulak tu....muahahahah.
 
 
 
Awal pagi dah penuhkan kuih raya dalam balang. Asal aku isi jer En Win dengan anak2 habiskan. So bila dah habis kuih dalam balang sengaja aku tak isi. Pagi tu bila aku isi aku dah sound jangan makan ya...kang tak ada kuih bila orang datang beraya nanti.
 
 
 
Disebabkan tetamu datang waktu petang jer....menu hari tu Mee Kari Nyonya dan Bread Pudding.
 
Tapi aku dari dulu memang suka jamu orang datang rumah. "Pesan atuk aku dulu...kalau orang datang rumah dah kita sediakan makanan untuk tetamu...insyaAllah rezeki kita tak akan putus". Jadi jangan kedekut ya....hahaha.
 
 
 
Yummy!!
 
 
Bahan2 untuk diletakan dalam Mee
 
 
 
Ada Mee and Mee hoon
 
 
 
Disebabkan ramai so aku sediakan buffet jugak
 
 
 
Sila2
 
 
Memang sedap giler catering ni masak
 
 
 
Bila ramai2 rasa benar kemeriahan nya
 
 
 
Bahan dalam kuah banyak giler, ada tauhu dan fish ball...bagus makcik nanti saya order lagi
 
 
 
Yaya yang boleh diharap setelah hari tu aku buat amukan....sekarang nak suruh basuh pinggan pun tak yah jerit2.
 
 
 
Cute giler budak ni....senyum jer....bully lah macam mana pun dia senyum jer...haha
 
 
 
Lepak2 dari pukul 4.00 petang sampai kul 7.00 malam baru diorang balik. Terima kasih saudara2 yang sudi datang.
 
Next menu apa pulak ya.....
 

Friday, August 16, 2013

Raya ketiga dan keempat 2013

Sebenarnya kan aku dah malas nak cite pasal raya...bukan sahaja malas tapi wayar kat otak aku dah banyak terputus jadi aku lupa apa yang berlaku dihari raya. Aku punya tahap lupa mmg teruk ya...kenkadang aku nak bagi otak aku ni berfungsi sikit....aku duduk diam2 cuba ingatkan baju apa aku pakai semalam. See very bad kan lupa baju apa yang pakai semalam....takut wei buatnya aku lupa siapa suami aku...meloncat kegembiraan lah En Win.... hahaha
 
Aku ni terlalu banyak berfikir...contoh katalah kat office aku dah terpikir balik kang nak cuci baju, kemas rumah, basuh toilet....tapi bila sampai rumah badan aku letih jadi aku baring jap. TETAPI walaupun mata aku pejam otak aku masih berjalan "kena basuh baju, kemas rumah dan cuci toilet". Bila otak masih berjalan...walupun mata pejam tetapi korang tak lelap tidur....lepas tu pening....lepas tu mata letih. Bila dah letih apa yang En Win pesan pagi contoh bank in duit ker mmg aku akan lupa dan yang paling En Win angin bila dia borak aku pura2 angguk pada hal otak ke lain...masih fikir baju yang belum di basuh tadi. Korang faham tak apa yang aku cuba sampai kan....tak faham tak apa....biar aku tanggung sorang2...isshhh wayar korang pun dah putus agaknya...orang cite pun tak faham...hahaha.
 
Ini lah masalah pompuan banyak benor benda dah fikir....bil api, bil air tak sampai2 pun risau...haha. Sejak maid aku tak ada ni lagi lah aku busy...bila busy bertambah pelupa lah aku. Bayang kan dah dekat setahun tak cuci toilet sendiri, gosok baju, mop lantai...now semua kena buat sendiri. Tapi kan korang bila buat sendiri rasa macam puas hati lah pulak...baru tersedar selama ni maid aku bersihkan hanya yang boleh nampak pandangan mata jer...yang tersorok2 rupanya berhabuk ya...contoh bawah katil. Habuk tebal giler...tapi rasanya tak sanggup aku nak buat semua benda...."Pa cepatlah cari part time...cian bini u ni dah layu di tasik madu...kang tak dapat tunjuk kehebatan di malam jumaat u marah...eh" hahaha.
 
Melalut cite aku ni....ok Raya ketiga kejutkan budak2 awal pagi ajak gi bekpes...dah sebulan tak bekpes kat luar. Tempat pilihan nak gempak jer...tak pandang kedai mamak2....apa barang bekpes roti canai....kata bekpes kena lah makan macam omputih...makan sosej letak cili sos...hahaha.
 
 
 
Amboi eksyen korang yer...minum tea...gula nak letak sendiri. Yaya nak minum apa "Jasmine Tea". Berlagak korang ....kat rumah Teh Boh pun korang belasah.
 
 
 
Perempuan ni lagi berlagak...."English Breakfast please". Bergulung2 lidah nak menyebut...."Earl Grey Tea ya" Wah...bukan main Tea omputih tu....hahaha.
 
 
 
Ini lagi bapak berlagak....Coffee Latte and Pancake ya. Wah! bukan main pancake...over kau ya!!
 
 
 
Yaya
 
 
 
Aku punya...amboi sosej sampai dua...hahaha
 
Lepas dah bekpes melayan anak2 cari barang mainan. maklum lah orang ada duit raya...beli2 esok tak ada duit jgn bising2. Jgn nak ngada2 asyik tanya balance tinggal berapa. Asal aku keluar duit kat wallet jer "Mama ambik duit adik kan". Hello!! tak main lah curi2 duit anak....mama tak curi ya...mama ambik jer.
 
 
 
Sila2....pilih...mama tengok jer dari jauh ya.
 
 
 
Ini mmg dari 3 tahun lepas tak habis2 buku fashion design
 
 
 
Make up tutorial book. Anak pompuan camni lah ya.
 
 
 
Ini mama tak approved....dah melambak pen kat rumah...sila letak balik.
 
Ok sebelum ingatan hampir pupus pasal raya keempat...marilah kita cepat2 taip. Raya keempat dapat jemputan dari Filla...Abang dia ada buat open house. Memandang rumah aku dan Peej dekat area2 tu jugak so bolehlah singgah...lagipun tak kuasa aku nak masak2 bulan raya ni jadi bila dapat jemputan makan harus setuju taip DATANG.
 
 
 
Peej and Filla.
 
 
Us!!
 
 
Mana cukup tangkap sekali...haruslah berkali2.
 
Rumah Abang Filla cantik giler...ala2 resort.
 
Peej: kalau aku kaya aku nak buat rumah macam ni...tapi tak tahulah bila aku nak kaya macam ni...haha. Elly kau suka tak rumah ala2 resort macam ni.
 
Aku: Aku suka moden...resort2 ni....banyak kayu aku takut ada hantu.
 
Peej: Habis rumah moden tak ada hantu.
 
Hahaha...orang suka berangan mmg suka borak2 macam ni. "Duit den bertengkek2".