Nuffnang Advertisement

Thursday, May 30, 2013

Vitamin - Shaklee

*48 hours sticky post*
*please scroll down for new entry*

Aku ni mmg pemalas giler bila nak makan vitamin atau ubat. Tapi bila aku dah makan aku susah nak berhenti. Selagi badan aku tak sakit atau simpton2 penyakit tu tak ada aku mmg payah sikit nak pergi beli atau mencari vitamin. Bila usia dah meningkat remaja dewasa ni badan dah tak sekuat dulu. Kalau dulu aku menari tanpa berhenti tapi sekarang setakat 1 lagu jer boleh bertahan kat dance floor....selebihnya goyangkan badan sambil duduk jer lah nampak sangat ketahanan diri dah kurang. Tak bolehlah aku nak eksyen kat budak2 remaja lagi...hahaha.

Aku ni mmg dari dulu tak minum susu...especially susu segar yang warna putih tu. Kalau ada perisa chocolate boleh lah lagi masuk tekak tapi itupun ikut mood. Waktu bersalin nak habiskan segelas susu segar macam nak pergi berperang...tapi berperang ngan perasaan jer lah. Siap tutup hidung lepas tu ada serbuk milo satu sudu kat tepi aku. Masuk jer susu tu kat tekak aku cepat2 aku masuk kan serbuk milo. En Win mmg angin kalau tengok cara aku minum susu. Punyalah dia nak baby sihat sanggup dia tunggu aku sampaikan habis segelas...venchii!!

Now aku boleh rasakan badan aku tak cukup calsium...bila gosok gigi jer berdarah...tak sanggup aku tulang reput awal2 sangat...kang En Win peluk tau2 rapuh berkecai tulang aku. So lelaju tanya pendapat kawan dan check vitamin2 mana yang bagus. Setelah diteliti dan survey aku mengambil keputusan memilih Vitamin dari keluarkan Shaklee. Alhamdullilah dah 2 bulan aku makan...so far so good gigi pun dah tak berdarah lagi.



Rutin harian selepas bekpes...4 biji setiap pagi



Calsium, Magnesium, Vitamin D dan banyak lagi...



Aku mmg rekeman kat korang semua...mari lah sediakan payung sebelum hujan. Aku tak sangguh tetiba jalan tulang tercicir....hahaha.

Sekarang tengah usha vitamin2 yang lain pulak!!


Vitamin untuk kulit sihat
Ramai dikalangan kita manghadapi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak, kulit muka tak sekata, kulit gatal dan banyak lagi. Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.


Vitamin E Shaklee


·         Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan  penuaan sel yang 
          disebabkan oleh radikal bebas.
·         Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
·         Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
·         Anti oksidan.
·         Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
·         Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
·         Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
·         Menyelesaikan masalah kelesuan.
·         Mengurangkan risiko parut yang besar.
·         Merendahkan kadar kolesterol.
·         Membantu mencegah kanser.
·         Merendahkan risiko katarak.



Gla Complex Shaklee

·         Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
·         Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
·         Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
·         Membantu dalam menangani menopause
·         Menguatkan kuku dan rambut
·         Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
·         Membantu menangai ekzema
·         Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
·         Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
·         Menguatkan imuniti tubuh
·         Memperlahankan proses penuaan
·         Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
·         Mengawal kencing manis dan darah tinggi
·         Mengawal kolesterol
·         Untuk fungsi saraf




ESP

·         ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
·         ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
·         Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu
          dengan lebih cepat dan banyak
·         ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi
          anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
 ·        Bagi ibu-ibu mengandung, ESPmembantu perkembangan fetus dan memastikan 
          kesihatan ibu di tahap optimum
·         Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi
          menganjalkan kembali payudara yang kendur
·         Cepat kenyang dan membantudalam pegurusan berat badan.
·         Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat
          kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati

 

Sesiapa nak kekal jelita dan hendak mengekalkan kesihatan apa kata kita mula dari sekarang :-


Untuk Info dan Order:

Nor Hafizah Mohd Zabir
Shaklee Independent Distributor

Facebook :Nour Fieza

WhatsApp / SMS : 012 3549 179




Wednesday, May 29, 2013

Novel...

Senang hidup aku bila cuti sekolah dah bermula...tak yah kelam kelibut nak masak, bangun tak yah pepagi sangat, tak yah memberus baju sekolah yang hampir nipis aku kerjakan. Selalunya bila cuti sekolah aku dan En Win akan memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada anak2. Boleh main Ipad, tidur lambat dan baca buku cerita...tapi still ada tuisyen dan Class muzik.

Bila budak2 bebas aku pun bebas sekali tak adalah terkejar sana sini...aku pun boleh baca novel yang dah lama aku tinggalkan. Aku mmg suka membaca...tapi lebih kepada novel sebab itu aku selalu emosi. Aku boleh gelak secara tetiba dan boleh menangis melalak. En Win mmg cukup tak faham dengan perangai aku novel punya pasal aku menjadi moody nak pulak cite yang aku baca tentang kecurangan atau penderaan kepada isteri dan kekasih...hahahaha.

Aku kalau start baca novel satu kerja pun aku tak buat...sebabkan nak tahu pasal penghujung cite tu... Berak pun aku bawak novel tu...memalam sanggup duduk kat hall sorang2 sbb nak habiskan buku tu. Dulu waktu mula2 En Win nak tackle aku hampir setiap minggu dia hadiahkan aku novel...tapi sekarang nando ya. Kutuk aku lagi adalah..."Ma u dah tua lah nak baca kisah2 cinta ni...baik u beli buku masakan". Ewah3...banyak kau punya tua kan... test tengok malam larat ker tak larat....muahahahaha.

Aku kalau cari novel suka tentang percintaan remaja....kisah lelaki kaya yang sombong tetiba jatuh hati dengan seorang gadis disebabkan kebaikan gadis itu dia terpikat...cewah! lepas tu aku perasan perempuan dalam novel tu aku. Tu yang boleh buat aku senyum sorang2...hahaha Harus perempuan yang dalam novel tu aku imagine sangat jelita...macam aku....haktuiii!!!

Last week habis jer class muzik aku bawak budak2 gi Popular book store...lantak lah korang nak pilih buku apa pun...asal jangan kau ganggu mak kau yang tengah pilih buku percintaan....aaaaauuuwww!!.



Dapat sambar 2 buku haritu. So far satu buku aku dah habis baca Yes Boss! tapi cite dia agak kureng sikit. Romantika dalam cite ni tak banyak sangat...so aku tak boleh nak imagine sangat...hahaha. Novel Dah Jodoh hari Sabtu ni baru aku nak start baca. Disebabkan aku nak habiskan cite YES Boss ni aku bawak lah ke opis tengah baca bila bunyi pintu boss aku jer aku cepat2 campak bawah meja...sudahnya aku simpan balik dalam beg sbb boss aku asyik interkom jer.


Ini buku pilihan adik....ok approved!!

Turn Yaya pulak tunjuk buku yang dia pilih




OMG!! Cinta FB....hampir gugur jantung aku. Motif darjah 4 beli buku cinta. Ni yang aku susah hati ni...nampak sangat anak aku dah membesar dah pandai pilih buku2 remaja. Aku tak boleh terima hakikat lagi Yaya dah besar...bila dia pilih buku2 macam ni aku jadi emo...Why darling Why???. Boleh tak kalau aku suruh dia simpan balik...bila aku tanya En Win dia suruh biarkan tapi kita tetap kena pantau aktiviti Yaya. Kang kalau kongkong sangat dia buat dalam senyap lagi parah. Jadi kena bersikap terbuka walaupun dalam hati aku tak terbuka langsung.

Aku kalau dia duduk senyap jer dalam bilik nanti aku sergah...terjah jer bilik dia...takut dia berchatting or tengok gambar2 terlarang. So far ok lagi. Susah hati betul anak dah besar ni. Aku dah start rotan...hahaha garangkan. Tak kemas bilik, baju bersepah, meja berhabuk mmg zass kat kaki tu. Part2 mengajar anak En Win tak boleh masuk campur sekarang sebab diorang dah membesar so dari sekarang kena bagi didikan yang tegas sikit.



Next week kitaorang nak bercuti...marilah cari apa yang perlu...seperti biasa kalau nak bercuti kena ada sepasang baju baru... baru lah semangat cuti tu membuak2. Jom anak2....En Win sila bersiap sedia ada 3 permintaan gadis yang harus dilayan....muahahahaha!

Tuesday, May 28, 2013

Pekerja zaman sekarang!!

Aku kalau En Win ajak keluar minum malam2....aku dah tahu ni mesti ada masalah. En Win ni nampak jer garang tapi kalau ada masalah laju2 jer luahan perasaan kat aku. Tak semua lelaki suka luahkan perasaan atau masalah kat isteri tapi En Win orang yang sangat manja....apa2 masalah mesti cari aku. Bila dah duduk kedai mamak dia akan luahkan segalannya.



Kalau dia tak dapat marah staff dia akan call aku and marah2 aku kenapa staff dia buat perangai. So aku dah masak sangat dengan perangai En Win..... tadah jer telinga dengar dia mengadu atau marah2. Dalam perniagaan stress kadang2 over the limit so aku tak boleh cepat melatah kalau dia balik muka bonyok aku akan biarkan dia tidur dulu and bila bangun slowly aku akan tanya.



Lately ni staff buat banyak masalah ...sorry lah kalau aku kutuk budak2 melayu zaman sekarang. Sometimes kita bagi peluang diorang bekerja sbb kita nak bantu bangsa kita sendiri...tapi diorang tak pernah  hargai. Tak pernah ada rasa nak baiki diri. Aku dulu dapat jer kerja esok dah fikir nak bangun pukul berapa, dah tahu berapa duit kena sediakan setiap hari, dah gosok baju awal2....tapi budak sekarang terlalu manja. Kerja lebih masa sikit esok tak larat bangun, ada masalah jer tak datang kerja, susah bangun pagi, bila call tak angkat2. Laki aku pulak risau takut apa2 terjadi sampaikan nak diorang datang bekerja sanggup call suruh pekerja dia bangun dan remind kerja apa kena buat. Aku pulak yang angin....mana tanggungjawab korang sebagai pekerja....ada masalah besar macam mana pun korang kena ada tanggungjawab terhadap company sebab korang terima gaji setiap bulan. Benda2 remeh macam ni buat kitaorang stress. Puas dah nasihat dengarnyer 2 hari jer lepas tu buat perangai balik. En Win dan aku mmg suka bagi peluang kat budak2 belajar dan perbaiki diri sebab dulu kitaorang nak sampai tahap macam ni susah jangan cakaplah menangis dalam hati jer tiap2 malam fikir macam mana nak bayar hutang dan settledkan bil tertunggak . Usia semakin lanjut orang luar cuma blh bagi nasihat tapi korang kena lah berusaha. Ini tak larat jer tak yah pergi kerja...nak orang jer faham situasi korang tapi korang pernah faham ker kedudukan syarikat. Pelik aku budak2 melayu sekarang baik lelaki atau perempuan semua sama perangai PEMALAS!!



Belum lagi driver lorry memanjang jer terlajak tidur, tak angkat phone, tak hantar barang customer. Sakit tak jantung korang dengar...kesian aku tengok En Win stress menjawab dengan customer. So aku rasa benda ni semua menggangu perjalanan company kami. Semalam kitaorang ambik keputusan buang semua pekerja. Rasa dah fade up nak bagi diorang peluang lagi. Diorang nak kita faham masalah diorang tapi diorang tak pernah fikir macam mana company nak bergerak maju bila korang semua buat masalah.



Pergggghhh rasa lega...selega2 nya bila semua dah tak ada. Release kepala otak aku dengan En Win. Sekarang cuma 3 orang jer bekerja kat company...kitaorang akan ambik staff baru. No more bagi2 muka kali ni...silap jer aku bagi warning. Tak ada masa nak berlembut lagi. Buat pening kepala jer...baik dengan orang tapi orang tak hargai pun. Malas dah nak berlembut...kalau rasa tak nak kerja korang boleh berhenti jangan susahkan kehidupan orang lain. Zaman sekarang pekerjaan bukan senang nak dapat...apa tah lagi kalau korang tak ada kelulusan pelajaran tinggi...jadi bila orang bagi peluang buat elok2. Bukan susah pun bangun pukul 8.00 pagi pukul 5.00 petang korang dah boleh balik. Lepas tu nak tidur ker, nak merayap ker pergilah tak ada orang nak kacau atau halang. Janji kerja semua siap. Tolong lah bangkit dari dunia angan2, dunia pemalas, dunia malas nak bangun pagi tak ada siapa yang boleh mengubahnya kecuali diri korang sendiri. Kalau rasa nak maju berubahlah wahai bangsaku..........

Monday, May 27, 2013

BBQ

Sabtu lepas aku dengan En Win buat BBQ kat rumah. Tak jemput ramai cuma kengkawan sekolah En Win, inlaw aku dan Filla jer...Hahaha. Seketul jer kawan aku. Bukan tak nak jemput kengkawan aku cuma aku tak reti jemput reramai nanti tak terlayan. Pengajaran dari Hari Raya open house hari tu punyalah ramai aku jemput hujung2 sorang pun aku tak layan. Aku berdiri jer tengok orang datang. Tak tahu nak layan mana satu. Aku salam2... senyum2 lepas tu aku sibuk kehulur kehilir tanpa arah tujuan...bengong!!. Insyaallah next... turn aku jemput kawan2 sekolah pulak. Kali ni kita bagi peluang En Win bergelak sakan.

Tapi tak ada hal kengkawan sekolah En Win pun aku dah lama kenal...ialah kan geng satu bas sekolah. Kadang2 diorang buli aku lebih teruk dari diorang buli En Win..."aku rasa nak suruh win cari bini lain dah lama sangat muka yang sama jer...kitaorang pun naik fade up tengok kau ni Ly"....kurang ajar tak lepas tu gelak terbahak2....bahabi betul!! tapi ada aku kesah....muahahahaha.



Jemputan tak sampai pun 15 orang so cukup lah 2 table. BBQ sepatutunya mula pukul 6.30 petang tapi korang tahulah jantan2 mana boleh ikut masa...ikut suka hati mak bapak diorang jer kan...hujung2 pukul 8.00 baru sampai.  Memasing aku dah arahkan bawak satu makanan. Kau mampu jemput orang lepas tu paksa bawak makanan sendiri...hahaha. Berani kau bersuara mmg aku kutuk kedekut tahi hidung masin nanti.



Ini aku sediakan...salad, mashed patato and Lasagna. Berpeluh ketiak aku masak....hahahaha itu tifu aku cuma tahu order jer. Nak masak2 aku malas aku banyak benda kena handle...hantar budak2 tuisyen, hantar baju dobi, kemas rumah, beli barang2 utk BBQ...ini bukan alasan ini kenyataan....muahaha. Aku kalau sediakan benda2 kat atas ni mesti En Win terperanjat giler dan aku tak akan join BBQ ni sebab keletihan memotong sayur dan memotong kentang. Jadi jangan mengambil risiko cepat2 telefon dan order sahaja...Muahaha!!



Daging T-Bone katanya


Udang


Ayam!!


Ayam ni Alang yang bawak. Alang ni bila aku suruh bawak makanan mmg ada cuak sikit sbb diakan orang yang tak ada perasaan... otak asyik fikir pekerjaan jer benda lain semua dia anggap remeh so aku ada sikit keraguaan disitu. Hari Rabu laki aku dah start call remind kan dia pasal ayam jgn lupa marinade ayam.

En Win: Lang! kau jangan lupa bawak ayam Sabtu ni

Alang: Ini Alang lah!! semalam aku dah marinade tau

En Win: Apa pasal kau marinade awal2

Alang: Kau mana tahu lagi lama lah sedap dow!!

Ok takpe2 aku percaya kau kali ni. Hari Sabtu korang tahu tak apa terjadi dia cuma beli ayam yang dah marinade kat tesco lepas tu ayam cuma 15 ketul jer sbb dah habis dijual. 15 ketul untuk 15 orang bagus seorang makan seketul. Lepas tu takut nak keluar kereta sbb rasa bersalah.. Tapi ayam tu mmg sedap sbb Kim's marinade balik bagi tambah perisa...kalau harapkan Alang...nando!!

Alang: Aku mana tahu kau jemput ramai, ingat kau jemput 4 orang jer!!

Masuk akal tak jawapan dia...4 orang maknanya aku ngan En Win....dia dengan Kim. Habis anak2 aku pandang jer!! alasan tak diterima mari reramai kita kutuk. Hambek kau!!



Nasib baik kawan lagi sorang bawak makanan banyak


Orang bersalah kena bakar ayam sampai habis walaupun hanya 15 ketul...muahahaha


Orang lelaki mmg macam ni yek...tak ambik serius benda2 macam ni walaupun acara santai. Baju belang tu nama dia Mamat bawak udang tapi tak marinade lagi...hahaha. Rempah semua dah tersedia tapi sampai rumah aku yang tolong gaulkan.

Mamat: Ly... dalam plastic tu ada udang lagi satu tupperware ada rempah dia aku dah blend...kau gaul kan jer lah...aku tak sempat buat kat rumah tadi.

Sempoi jer jawapan kan...hahaha. Mamat ni bini dia dah meninggal jap lagi aku story pasal bini ya...sedih nko!!


Pukul 8.30pm baru start bakar...sementara menunggu makan mashed patato ngan salad dulu ya!!


Ini lah kawan seketul aku...hahaha. Disebabkan semua tak ready jadi Filla pun kena turun padang gaulkan udang. Tapi fun lah kan...bising2....kutuk2...bakar sama2.



Ok meh aku cite pasal kawan En Win yang pakai baju belang tu. Lepas habis form 5 tak silap aku mamat ni dia bergaduh dan merajuk ngan family so merantau lah sampai ke Naratiwat, Thailand. Bila dah bekerja kat sana maka bertemu jodoh pun dengan orang sana. Hampir 10 tahun dia tak balik ke Malaysia bertemu keluarga dan kawan2. Sampailah pada tahun 2010 wife dia telah meninggal dunia disebabkan terkena BOM di Golok. Aku ngan Filla bila dengar cite tu memasing mulut ternganga tak percaya.

Aku: Macam mana boleh kena Bom

Mamat: Dia pergi pasar...orang letak bom kat motor...nasib tak baik bini saya lalu kat tepi bom tu berkecai badan dia.

Mengucap aku ngan Filla. Lepas kejadian tu dia ambik keputusan pulang ke Malaysia dan sekarang dah menjadi peniaga daging yang sangat2 berjaya. So sesiapa yang berkenanan sila lah email kat aku...muahaha.

Sejak dia dah bekerja kat pasar ni hidup aku senang...Mamat nak daging sekilo batang pinang...lepas tu mintak tolong budak2 kau beli kan Ikan dengan Udang sekali...wah gitu bagi arahan harus dapat harga murah kan!!



Sambil bakar sampai gelak terguling2...Alang kalau bersuara mmg sakit perut aku tahan gelak.



Cite zaman sekolah...cite macam mana tackle awek...cite pasal gaduh2 berebut awek!! mmg seronok giler



Ini jer lah jemputan aku malam tu!!


InsyaAllah nak buat lagi sebelum bulan puasa ...seronok sekali sekala berjumpa macam ni.


adik


yaya and Shira


Sahabat baik...aku kalau En Win lambat balik pasal 2 orang ni lah...ntah apa yang borak lelama pun aku tak tahu. Asal call jer tengah meeting projek...tak ada mana meeting projek...jgn nak menipu yek!!



Yang pakai topi tu nama dia Wan. Dia lah orang tengah waktu aku bercinta ngan En Win...hahaha. Tolong sampaikan janji temu dan pukul berapa nak jumpa kat PJ old town....hahaha bila cite2 balik malu dow...betapa gediknya aku dulu majuk2 kat bus stand. Sekali lagi jadi bahan kutukan...Alang tu kalau kutuk aku bukan dia peduli mak mertua aku ada kat situ pun!


Diorang lepak kat rumah aku sampai pukul 3.30 pagi...rasa nak terburai isi perut aku denganr kisah silam diorang. Seronok sangat...nanti kita buat BBQ lagi ya!!


Thursday, May 23, 2013

Tun M in d house!!

Orang nak tanyang Keek...aku pun sibuk nak ikut jugak baru gempak ikut zaman IT....walaupun aku tak berapa IT sangat tapi kalau ada Keek ni kira terror lah...hahaha.

Selasa baru2 ni aku agak sibuk sikit sbb kena arrange boss aku punya lunch dengan Tun. Korang nampak tak aku tulis nama siapa tu...Tun!!! Tun Mahathir bekas perdana menteri Malaysia. Giler bangga aku...hahaha!! Ada business talk sikit dengan penguasaha dari Indonesia. Kerja aku kena pastikan book tempat makan yang selesa dan pastikan makanan bersih dan sedap.

Aku kena bercomunicate dengan Tun M punya boduguard ...pukul berapa Tun sampai...ikut arah mana so senang kitaorang nak sambut Tun nanti. Aku juga kena bercomunicate dengan orang hotel tentang persediaan tempat dan makanan. Tak lah susah sangat aku buat2 jer kelam kabut jadi semua orang pun akan kelam kabut termasuk boss aku....hahahaha.

Lunch bermula pukul 1.30 pm...aku kena pergi awal dalam pukul 12.00 tengahari untuk pastikan semuanya ok...bila semua benda dah ok dan laporan kat boss telah dilakukan barulah boleh berkeek....untuk menunjukan betapa eksyen nya aku dapat jumpa Tun...hahahaha.







May 21, 2013 | Tun M in d house! by ellyirfan on Keek.com



Nampak tak korang...aku tak berani nak video kan dekat2...protokol kena ikut...walaupun hati aku melonjat2 nak pergi kat Tun salam dan peluk sekuat hati tanda terima kasih aku kat dia. Tapi aku masih boleh berfikiran waras....hanya senyum dan lambai dari jauh yang dapat aku lakukan!!





Sebelah Tun M tu lah boss aku Tan Sri Rahmat...waktu ni aku laju2 snap walaupun jantung debar2. Aku tak join diorang lunch tapi aku kena stand by dekat2 dengan boss aku so senang dia nak signal kalau nak suruh buat apa2.




Lepas borak2 lebih kurang dalam 10 minit boss aku dah signal suruh diorang start ambik order. "Baik Boss". Mata aku ni bukan sibuk tengok boss aku tapi tengok muka Tun M...macam rasa tenang jer. Suka lah...rasa bangga sangat dapat arrange lunch untuk Tun walaupun kecik jer pertolongan aku cuma arrangekan tempat tapi aku tetap bangga. Tak dapat bayangkan kalau aku duduk satu meja kat situ sambil borak2 dengan Tun...rasa 3 malam kot aku tak dapat lelap kan mata. Hahaha






Menu kitaorang hari tu..Stater Bread n butter. Sedap nak mampus walaupun hanya bread sahaja.



Asparagus Soup.

Lupa pulak bagi tahu...lunch hari tu bertempat di Mandarin Oriental,




Tak mampu nak tersenyum walaupun hati sangat gembira




Abang Mazli...bodyguard Tun M. Aku dengan abang mazli boleh lah katakan rapat jugak....sbb kalau nak tahu apa2 info pasal jadual Tun M aku kena refer dengan Abang Mazli. Waktu duduk sebelah Abang Mazli haritu banyak lah rahsia aku dapat korek pasal Tun...tapi bukan pasal politik ya...pasal keluarga dan kegemaran Tun M di masa lapang.




Puan Liza...cantik dah bertudung sekarang...ayu jer.



Wagyu Beef....walawei sedap nak mampus. Juicy giler bila masuk dalam mulut...yummy!!! Waktu beef ni sampai aku eh mana makanan lain...takan bayar mahal2 seketul daging jer....hahaha. Nampak sangat kampung disitu...rupanya side order diaorang asingkan  




Side order utk makan dengan beef



Dessert....holloh 3 biji jer...macam ni makanan orang2 kaya ya!! semua sikit2...kalau anak aku tak cukup dessert ni







Sambil makan2 diorang kat dalam borak2 sambil discuss pasal perniagaan untuk dapatkan pendapat dan pandangan dari Tun M. Perniagaan diantara penguasaha Malaysia dan Indonesia. Lunch selesai dalam pukul 3pm...alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar!!

 

Wednesday, May 22, 2013

Suka tengok telatah orang bercinta...

Actually aku banyak gambar makanan nak riak kat korang tapi macam kesian pulak kat korang kena telan air liur nak pulak kalau ibu mengandung kang leleh2 air liur baby nanti bila keluar sbb kan gambar aku....hahaha. Semua tu alasan aku jer...malas aku nak download gambar lepas tu nak letak watermark lagi...hari ni mood tak ada nak download2 ni...jadi meh la borak2 kosong jer.

Aku kalau keluar jenjalan ngan En Win dan anak2...aku memang suka menyibuk pandang2 keliling tengok sytle rambut, tengok pakaian, tengok kasut yang orang luar pakai. TAPI yang paling aku suka tengok  telatah perangai orang bercinta. Lepas dah tengok sah akan jadi bahan umpatan aku ngan En Win...hahaha. Laki bini sama jer perangai tak elok.

Bercinta lah katakan..mulut comot sikit lelaju jer kesatkan...hahaha

Tak main pegang2 tangan ni peluk pinggang terus...barulah best

kalau naik eskalator dia punya peluk macam takut bebeor kekasih hati jatuh

Makan sikit2 je lebih kepada sentuh2 pipi...lentok2 kepala dan senyum2 cute

Bukan lah kata aku dengki atau jeles tapi suka jer tengok sbb orang yang sedang bercinta ni kehangatan cinta dia membuak2 tak peduli dengan orang lain sbb bagi diorang dunia ni hanya mereka berdua sahaja. Jangan lah tipu korang pun pernah buat semua ni masa bercinta dulukan dan pernah mengalami perasaan macam ni kan. Akulah pasangan yang paling romantis, yang paling bahagia tiada siapa dapat menandingi kebahagian kami...betul tak....hahaha jgn nak senyum.

Itu yang sampai terjadi buang emak kerana sanggup bersama kekasih...kekasih lah ratu hatiku. Tahulah tu kan aku mengumpat pasal artis mana...baca blog Beautiful Nara lah tu...hahaha.

Sekarang baru aku tahu kenapa orang tua dulu2 atau orang yang dah berkawin menyampah betul tengok perangai budak2 yang sedang bercinta yang peluk2 maut ni walaupun mereka dulu pernah mengalami perasaan tu dan pernah berperangai macam tu. Jawapan nya senang sbb aku rasa jawapan orang yang sudah berkawin bunyinya akan sama...."waktu bercinta lain tengok lah dah kawin nanti peluk tak 24 jam, sempat tak korang nak gesel2 pipi, sempat tak nak merajuk2"....hahahaha. Sebab selalunya fokus orang yang bekawin  ni dah jadi lain sayang didalam hati tunjuk bila perlu sahaja yang lebih penting macam mana nak kukuhkan kewangan keluarga dan anak2. Jadi nak duduk2 atas riba ni...nak genggam tangan waktu makan ni...tunggulah hari2 istimewa ya. Kalau buat pun sebulan sekali kot...hahaha.

Romantik orang dah kawin ni lain sikit..kalau sebelum kawin suka tunjuk2 kasih sayang depan orang tapi bila nak kawin jadi segan pulak...nak cium pipi bini pun tengok kiri kanan...hahaha. Laki aku tak malu...aku yang malu...hahaha. Orang dah kawin ni lebih selesa manja dalam bilik....nak peluk atau manja pun bila jalan berdua atau holiday berdua. Nak tunjuk berkasih sayang depan orang tua tak kot. Tapi depan anak2 kita perlu tunjuk kan kasih sayang suami isteri untuk jadikan contoh bila diorang berkawin nanti. Jgn sesekali bergaduh terjerit depan anak. Aku kalau bergaduh ngan En Win lebih kepada jelingan mata atau sms sbb nak mengamuk2 atau jerit2 takut anak dengar. Jadi kena tahan perasaan marah...paling kuat pun aku melalak dalam bilik air. Nak merajuk lelama pun tak boleh sebab aku kena bercakap dengan En Win...so pepandai lah pujuk hati sendiri...malam dah tidur sesama baik lah tu...hahaha.



 

Tuesday, May 21, 2013

Tsugoi Phtoshoot & makan2..

Kelas tajuk kan...main hentam jer janji ada tajuk ada maksud kan...hahahaha. Ahad lepas Tsugoi team kembali busy dengan photoshoot tapi model bukan aku ngan filla tetapi anak2 tsugoi team...tak merasa lah nak cekak2 pinggang bawah pokok...tak merasa lah kali ni perasan model. Aku kan kalau camera hala jer kat muka aku rasa debar2 lepas tu rasa macam glamer sangat...hahaha.

Photoshoot ngan budak2 ni bukan perkara senang ya...terlompat2 aku ngan Filla, terjerit2.... senyum2, pandang sini ...belum lagi kena bagi upah gula2....baru diorang ceria sikit. Really fun!! Tunggu produk terbaru kami ya!!! tak nak cite banyak2 bagi korang debar2 sikit...hahaha debar ker???



Seawal 11 pagi model semua di make up kan. Amani bila pakai lipstik mulut tak boleh tutup...sekejap2 sedut air liur...hahaha cute2.



Tunggu turn buat rambut



Sementara bibik Filla dandan kan rambut budak2 aku kena pegang bam2 ni. Mula2 eksyen lah aku lambung2 budak kecik ni...tak sampai 5 minit tangan aku dah lenguh...bila aku duduk kan... muka bam2 cam nak nangis...nak suruh lambung lagi lah tu...hahaha. Aku tengok memasing busy tak dapat aku nak pass bam2 ni kat orang lain....hahaha nak ngelat jer aku kan. Hujung2 terpaksa dukung bawak jalan2...baru senyap! Biasa dia tuuuuuu....



Pandai bibik Filla buat tojang lipan


Bapak2 tolong komen!!

Sampai takat tu je lah gambar kang bebanyak tak suprise nanti...kita tunggu je lah ya!!

Lepas photoshoot rushing balik sebab budak2 ada tuisyen. Buat revision sbb Monday exam...sampai pukul 6pm. Dah settled semua....En Win ajak keluar dinner bagi budak2 ceria sikit tak yah tension2. Over kan En Win pada hal exam pertengahan tahun jer...bila aku jerit kat budak2....bukan main dia sound aku balik "ma u jgn bagi diorang tension boleh tak...esok diorang nak exam"...oooo naik lemak lah macam tu bila exam langsung tak boleh marah....kalau seminggu exam seminggu lah aku kena jadi lemah lembut. Banyak cantik korang!! Tak ada makna ok...marah tetap marah!!



Malam tu dinner kat Wangsa Walk jer


Dua budak notty...eh En Win bukan budak tapi bapak budak yang perasan comel bila tangkap gambar jelirkan lidah.



Macam ni lah baru nampak remaja



Holloh3 hilang mata...



Aku sekarang bila tengok Yaya jer aku risau...nampak remaja sangat anak aku ni. Serius aku belum boleh terima hakikat lagi Yaya dah besar. En Win lagi over "walau macam mana baik result Yaya nanti...I tak kan bagi Yaya duduk asrama...biar dia membesar dan belajar depan mata I. After form 5 jer I lepaskan dia itupun x boleh jauh2" hahaha baru kau tahu susah jaga anak perempuan. Belum apa2 dah fikir jauh sampai kesitu.



Adik aku tak risau sangat sebab badan dia kecik so aku selalu anggap dia masih kanak2 lagi...hahaha



Dah makin tua kita kan Pa...anak2 dah besar...kena kerja lebih kuat lagi demi masa depan diorang!! Ini lah harta yang yang kita ada...nak tambah lagi rasanya dah tuo sangat kot!!



Bukak jer menu nampak labu ni...terus teruja sbb nampak nasi dalam labu...laju2 order tanpa selak page lain...lepas tu bila makan orang sedap tertelan air liur aku!!



En Win order yang ringan2 jer diet katanya....tak ada makna ok! makanan anak tak habis semua dia sapu



Share reramai



Adik punya!!



Yaya punya...dia memang peminat beef no 1



Makan lah ya esok kan nak exam...

Aku ingat gi makan2 je lah...En Win punya over tak nak bagi anak tension....continue pergi karaoke pulak....ishhh tak faham aku!! tapi best gaks boleh tumpang sekaki dah lama tak pegang mic ni...hahaha



Sekali diorang pilih lagu sampai 5...berjanggut nak tunggu turn aku!!



Suka korang ya!!

Mama n Papa doakan semoga Yaya dan adik dapat jawab semua soalan exam. Semoga terang hati anak2 mama bila jawab soalan. Mama yakin anak2 mama boleh lakukan.  Jangan jadi macam mama tak dapat jawab soalan jer laju2 baca Fatihah...ayat tu berhenti contoh kat C jadi C lah jawapan mama...hahaha.

Good Luck Laling!!