Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 30, 2013

Makan tetap no.1

Aku sekeluarga memang suka makan...dalam kepala ni tak ada benda yang aku fikir....mesti pasal makan. Kitaorang sanggup keluar rumah 80 laki semata2 nak cari makanan. Kadang2 aku boleh nampak muka guard tu menyampah sbb kena turun naik kan palang tu 80 kali...muahahaha.

Mulut kitaorang akan berhenti mengunyah pada pukul 1.30 pagi jer. Giler tak...tapi itulah keluarga aku. Bayangkan keluar rumah pukul 12.00 malam semata2 nak cari nasi lemak dan ayam goreng panas. Makan tak pandang kiri kanan...tapi bila tengok pinggan licin baru menyesal tapi tangan tengah gosok2 perut tanda puas hati...macam mana tu bak kata pepatah "tangisan dalam kegembiraan".

Mak aku dari dulu cop aku muka asyik kebuluran...sampai hati mak tuduh anak mu begitu. Tapi mmg betulkan asal balik rumah mak aku mesti tempat aku tuju dulu meja makan..laju2 jer bukak tudung saji lepas tu cari nasi. Sikit aku tak pedulikan En Win dan anak2 kat luar...pandai2 lah nanti mak aku hidangkan air nanti....muahahaha...jahat tak? Walaupun mak aku kadang2 cuma masak sup ikan merah jer itu pun aku boleh bantai nasi 2 pinggan....dah tahap kenyang sampai tak boleh sendawa baru aku keluar cari laki aku. "Pa u nak makan tak"......tau2 kepala aku kena ketuk jer dari belakang "kau makan tadi bukan ingat laki kau kan....dah mak dah hidangkan". Ala...En Win kalau balik rumah mak dia pun dia buat bodoh jer kat aku....sekarang rasakan....muahahaha.



Iklan sekejap tunjuk muka Somi dan anak.



Bila aku pakai spek ni...baru aku perasan muka aku sama ngan Yaya. Sama giler...cara dia senyum pun sama...takut aku....hahahaha. Muka sama takpe...tapi perangai jahat mak nko ni jgn di ikut...pening kepala bapak kau nanti.

Tapi kan yang paling sama giler suara Yaya...sebijik dowh....nak pulak waktu dia tengah marah adik..kadang2 aku sendiri tanjat sbb intonasi dan lengok suara sebijik suara aku...hahahaha.

Jom2 kita jalan2 cari makan!!


Sabtu bekpes dimsum dah jadi acara wajib. Bantai makan kadang2 sampai 15 set. Satu set ada 3 biji cuba korang kira...hahaha. Aku tanak kira sbb nampak sangat kuat makan.


Dulukan aku ingat lagi waktu En Win punya birthday dia request nak makan nasi ayam...tapi sedih sbb bini tak tahu masak. Sekarang cakap jer bila nak makan...I is terror....hahahaha.

Rupanya senang giler nak masak nasi ayam....cewah giler eksyen kau ya! aku dulu tengok resepi nasi ayam jer gerun sbb banyak bahan digunakan rupanya senang jer sekarang boleh masak sambil pejam mata jer hahaha #larisambillibasrambut#.

Jangan hina ayam aku...bukan hangus tapi terlebih kicap....aku tak kisah nak puji jugak ayam tu mmg sedap giler aku masak. Seekor licin anak beranak jer makan...sendiri masak sendiri cakap sedap. Hak aku lah kan...perap ayam ngan kicap pekat, kicap cair lepas tu letak madu....mehmehmeh terangkat kelazatannya....hahaha En Win sampai jilat pinggan (itu tifu).


Tak ingat bila...kat La Boca Pavillion. Italian food...bila makan kat sini teringat Rome. Bila lah dapat ke sana lagi kan.


Nachos, yang bulat macam roti tu sebenarnya pizza, garlic bread...dessert tak ingat nama tapi TERBAIK!!

Japanese Food, Cozy Corner, Italian Food.

Gambar asam pedas tu kat Cozy Corner Great Eastern Mall...lunch time sempat lari singgah kat sini. Bayangkan office aku kat Damansara tapi sanggup makan kat Ampang..giler tak tahap kebuluran aku. Eh! bukan aku sorang jer kawan aku pun sama. Janji ada makanan sedap kitaorang akan sampai. Aku dengan kawan aku Liza mmg penggila asam pedas....pernah sekali tu kitaorang pergi sampai ke Bagan Lalang cari Asam pedas...dapat makan baru puas hati.

Waktu ni dating ngan En Win makan kat Concorde Hotel...ingat nak makan steamboat tapi steamboat start pukul 11 jer...jadi terpaksa makan buffet. Terpaksa katanya...padahal suka jer


Takde kerja sementara tunggu En Win beli Mc Donald...makan lagi...hahaha


Monday, April 29, 2013

Guangzhou Business Trip - April Month (Day 3)

Sorry lah lembab pulak aku nak habiskan entry business trip ni...maklumlah pilihan raya dah nak dekat...aku kena pancing undi kalau tak menang orang persalahkan aku....muahahaha. Tapi betul lah aku sibuk sbb pilihan raya tak caya tanya PM.

Hari ketiga...semangat peserta masih membara untuk meneruskan perjuangan mencari pengalaman di tempat orang. Sebelum ketempat borong kita bekpes dulu mee buatan sendiri (halal) restaurant bertempat di depan hotel sahaja


Selesai bekpes peserta di bawa ketempat borong beg yang pelbagi grade...dari grade A sampai ke grade C. Pelbagai2 jenis beg boleh didapati di sini...beg travel, beg shopping, beg dinner, beg sekolah dan bermacam2 jenis beg lagi.

Selain itu peserta juga dibawa ketempat borong stokin


Hari ketiga ialah hari di mana peserta diberi pelepasan utk mencari barangan sendiri dan pergi ketempat2 yang mereka inginkan. Selama 2 hari kita telah melatih peserta bagaimana cara utk berdepan dengan supplier, bagaimana cara utk order barang dan bagaimana cara payment dibuat. Jika peserta mengalami kesukaran peserta boleh menghubungi kami untuk meminta bantuan. So far alhamdullilah...semua peserta tidak mempunyai masalah berdepan dengan supplier di China.

Ada yang pergi ketempat borong kain, ke tempat borong jean, borong pakaian wanita, borong kasut ...lega rasanya mereka dapat lakukan sendiri tanpa perlu merujuk kami. InyaAllah next trip ke China mereka dapat pergi dengan sendiri tanpa perlu bantuan kami. Inilah tujuan Trip Tsugoi membantu peserta sehingga berjaya.



Tempat borong beg.


Tempat borong pakaian wanita. Mmg tidak dinafikan tempat borong di sini agak sibuk...korang bayangkan lah satu dunia datang ke sini untuk mencari barang berniaga...so redha je lah kalau korang ditolak2.


Waktu ni aku dengan En Win cari pakaian wanita utk dibawa pulang....untuk buat jualan borong. Test market sbb banyak permintaan. Alhamdullilah banyak baju dah sold out. Click Baju Borong Tsugoi untuk pembelian borong dan retail. So ada juga peserta mengikut aku dengan En Win ketempat borong pakaian wanita ni.


Cuba korang tgk berapa ramainya manusia disini. Semua mempunyai tujuan yang sama.


Malam ni aku dan En Win berangkat pulang. Aku cuma boleh temankan peserta sehingga hari ketiga sahaja. Selebihnya En Joe akan meneruskan trip ini hingga hari yang terakhir.

Pada hari ke empat peserta sekali lagi di berikan peluang utk mencari barangan perniagaan mereka sendiri sehingga petang. Pada waktu malamnya pula peserta diajar proses packing dan pembungkusan untuk dihantar ke tempat kargo.

Hari terakhir iatu hari kelima semua peserta akan berkumpul di lobby pada pukul 7 am pagi untuk check out dan sekali lagi mereka diajar menaiki bus utk ke Airport.

Note: Sesiapa yang ingin mengikut trip kami bolehlah clik Business Trip Guangzhou untuk more info. Untuk trip bulan Mei telah pun penuh...so sesiapa yang nak join trip bulan 6 masih terbuka lagi untuk pendaftaran  tetapi hanya tinggal 4 seat sahaja....cepat2 sebelum terlambat.

Wednesday, April 24, 2013

BAJU BORONG FROM TSUGOI!!

Kita stop sekejap entry Business Trip sebab nak bagi laluan kat korang semua untuk beli baju borong from Tsugoi. Banyak jugak aku received email yang  berminat nak gi Guangzhou tapi modal tak cukup sbb perbelanjaan ke sana agak besar. Ada juga yang mintak aku tolong belikan barang utk diorang. Mintak maaf sangat2 bukan tak nak tolong tapi masa tak mengizinkan...dengan bawa orang lagi...dengan nak cari barang untuk Tsugoi lagi....mmg tak cukup masa.

Sebelum aku berangkat hari tu discuss ngan Filla pasal permintaan reader yang nak berniaga tapi tak ada modal nak kesana...lepas perbincangan dilakukan dan ini lah jalan terbaik yang Tsugoi dapat bantu korang semua.

JUALAN BAJU BORONG untuk anda yang minat berniaga. Korang juga boleh beli sehelai-sehelai. Syarat untuk mendapatkan harga borong pembelian ada lah 6 HELAI KEATAS. Pakaian yang dibeli boleh campur design dan size sehingga menjadi 6 helai. HARGA SANGAT2 MURAH!

Apa tunggu lagi....korang boleh mencuba berniaga secara online mulai sekarang!! Cuba dulu secara kecil-kecilan kalau ada keberanian dan ada feedback yang bagus korang boleh teruskan perniagaan online ni.

Harga yang diletakkan dalam gambar ini adalah harga untuk belian sehelai...untuk harga borong nanti aku explain ya!!



Left: Cover Up Baby Blue,  Right: Cover Up Green


Left: Cover Up Electric Blue,  Right: Cover Up Orange


Left: Cover Up Grey,  Right: Cover Up Pink

Untuk 6 design cover up kat atas tu.. semua cun-cun.. dan boleh dipelbagaikan.. nak pakai melintang boleh.. menegak boleh.. dan nak dijadikan shawl pon boleh.. sebab dia berlubang ditengah.. ikut lah creativiti memasing ok. Beli jangan tak beli.. nak beli borong harga ialah harga runtuh! sila beli lebih.. 



Left: Love Blouse (Black),  Right: Love Blouse (Pink)

*Free Size*


Left: Chain (Pink),  Right: Chain (Blue)

*Free Size*

Left: Chain (Gold),  Right: Chain (Orange)

*Free Size*


Left: Small Dots (White),  Right: Small Dots (Brown)

Walaupun free size tapi sangat selesa untuk badan bersaiz besar. Kain sangat lembut dan selesa. Kembang dibahgian ketiak.


Small Dots (Blue), Right: Small Dots (Brown)

*Free Size*


Left: Casual Blouse (Orange),  Right: Casual Blouse (Peach)

*Free Size*



Left: Checkered Blouse (Red),  Right: Checkered Blouse (Green)

Baju ini juga selesa untuk badan bersaiz besar. Kain sangat lembut dan selesa. Ukuran besar dibahagian ketiak.



Left: Floral Blouse (Brown),  Right: Floral Blouse (Blue)

*Free Size*



Left: Smart Pink,  Right: Smart Green




Left: Floral Blouse (Pink),  Right: Stripe Blouse




Sleeveless Yellow / White Jacket

Untuk WHITE JACKET ada ukuran ya

Measurement when laid flat:
Size: M
Lenghth: 25 inch
Waist: 15 inch
Shoulder: 12 inch

Size: L
Lenghth: 26 1/2 inch
Waist: 15 1/2 inch
Shoulder: 12 1/2 inch



Left: Layer Jacket (Black),  Right: Layer Jacket (White)

Dua jacket kat atas ni sesuai untuk gi office dan jalan-jalan.. pakai dengan long black skirt untuk ke pejabat pon cantik.. sebab nampak formal, smart dan feminin...

Measurement when laid flat:

Size: S
Lenghth: 24.5 inch
Waist:  14.5 inch
Shoulder: 11.5 inch


Size: M
Lenghth: 25 inch
Waist: 15 inch
Shoulder: 12 inch

Size: L
Lenghth: 26.5 inch
Waist: 15.5 inch
Shoulder: 12.5 inch

*************************

Buat masa ni...ini sahaja yang aku sempat beli.  Hanya Jacket sahaja yang ada size.. yang lain-lain semua free size..sesiapa berminat untuk beli kurang dari 6 helai.. atau sehelai je.. (Free Postage) ..berminat? boleh email 

Filla:

Email: tsugoi12@gmail.com


Untuk yang berminat nak beli borong untuk collection sendiri, atau beli borong untuk berniaga.. boleh email Elly untuk harga borong.... untuk beli borong dan pos ada charges untuk pos yer.. nak jimat gi collect sendiri kat Elly.. sila email 

Elly:

Email: ellyirfan@gmail.com


Tuesday, April 23, 2013

Guangzhou Business Trip - April Month (Day 2)

Tarik nafas panjang2.....hembus balik.....dan tarik sekali lagi....dan hembus perlahan2.....hahaha

Meh lah kita sambung balik cerita perjalanan kami pada  hari kedua di Guangzhou. Seawal 10 pagi semua sudah berkumpul di Hotel Lobby...cuma seorang peserta tak muncul2 terpaksalah En Win ketuk bilik takut ada apa2 hal terjadi...rupanya dia tertidur. Selalu kalau kat rumah ada orang kejut ni bila pergi sorang itu yang tak bangun2. So pesan kat dia tak yah mandi cuci muka jer...hahaha! yang bestnya dia ikut jer arahan aku...aku siap cakap takpe kat sini sejuk badan tak berpeluh so tak yah mandi orang tak perasan cuma aku ngan En Win jer tahu. Tak sampai lima minit dia turun dengan muka segar...muahaha. Rahsia anda disimpan jangan risau. Nur Munirah...itu laki hang....hahaha.



Sebelum menruskan perjalanan kita take picture dulu...untuk kenangan di hari tua...muahaha

Abaikan rambut aku yang macam perempuan giler tu...jacket tu aku beli sbb terpengaruh dengan gambar Rita Rudaini tapi bila aku pakai tak nampak langsung kejelitaan nya. Ok! stop merepek meh kita sambung cite balik..


Hotel tempat kami tinggal sangat2 strategik...dekat dengan bus station, dekat dengan train, dekat dengan masjid, tempat makanan halal dan paling penting sangat dekat dengan tempat borong. So pagi ni itenarary kita ke tempat borong kain...jom kita belajar naik train pulak.


Dari hotel ketempat Subway cuma 10 minit jer. En Joe tengah bagi penerangan macam mana cara nak naik train dan pergi ke tempat2 borong. Mula2 agak konpius sikit sbb bukan naik satu train saja kita kena bertukar2 train untuk kesatu tempat....tapi bila dah cuba rupanya senang giler.


Sessi soal jawab!!


Kita belajar pulak macam mana nak guna mesin ni....kang salah tekan pergi rumah urut pulak ...macam mana tu. Suka lah korang kan!!


Suasana di dalam Subway....sangat2 bersih!


Mengunakan sistem yang sama seperti LRT di Malaysia. Suka korang ya!!


Kalau korang pandai baca map ni mmg tak sesat...cari tempat mana korang nak pergi. Colour merah tu tanda trend tu bergerak dan dekat situ jugak ada arahan mana nak berhenti untuk pertukaran train. Tak faham jugak tak tahu lah aku....cewah! mentang2 dah pandai eksyen aku.


Dalam Subway!!


Kalau korang masih tak faham sentiasa boleh refer map yang disediakan.


Sangat pantas dan cepat...tak sampat 15 minit dah sampai kat tempat borong kain. Ceria jer aku tengok muka budak2 perempuan.


Tak keruan korang ya...ni cantik....tu cantik. Ini buat baju kurung mesti lawa...ini buat tudung pun lawa. Cik adik ooi baru tengok luaran dalaman tak terokai lagi. Ok tempat yang kami bawa bukan saja untuk borong kain...tapi tempat borong butang, zip, manik dan semua peralatan untuk jahitan.


Bayangkan sepanjang2 ni tempat borong kain...sampai juling lah mata nak memilih.


Sila2 melawat tapak


Dah lah kawasan besar lepas tu 7 tingkat pulak tu. Memang pergi 10 kali pun belum tentu boleh habis berjalan.



So apa yang diorang buat...ambik contoh2 kain yang berkenan discuss bila balik hotel nanti. Hari ketiga baru start order barang!!

Good Job Moon!!


Selesai ke kawasan borong kain....time for Friday Prayer pulak. So peserta semua dibawa ke Masjid Merah di Guangzhou supaya peserta lelaki boleh solat Jumaat disana.


Kaum wanita boleh lah menjamu selera...sambil bertukar2 pandangan dan pendapat.

Suasana di persekitaran Masjid.


Masing2 dah mula rindu anak, isteri, boipren dan suami. Meh lah kita cari prepaid card.


Sempat!!! pantang aku halakan camera laju jer pose


Selesai solat Jumaat perjalanan diteruskan ketempat borong mainan, kasut, barangan rumah, accesories wanita dan elektronik. Bagi peluang utk diorang shopping utk diri sendiri jugak...hambek berbeg2 mainan untuk anak2.


Kiri, kanan, depan dan belakang tempat borong. So pilih jer mana tempat korang nak masuk. Harga mmg jauh lebih murah dari Jalan Kenanga.


Sementara menunggu diorang shopping aku bantai makan benda sampai 10 ekor. Giler sedap...oyster bakar atas oyster tu dia letak halia. Perggghhh! meleleh air dari huding aku keluar.
Bayangkan dari 10 pagi keluar hotel sampai 6 petang kami tak berhenti berjalan. Terokai tempat2 borong di Guangzhou....so sekarang masa utk berehat dan berhappy2. Kita naik cruise jom!!!


Aku kalau pergi China mmg kena beli botol air utk anak2. Tiap2 minggu botol air hilang...kalau tak hilang pecah. Tak faham aku. Satu lagi aku kena borong sepet rambut dan getah hitam. Asal balik sekolah jer campak...macam bapak dia cop duit. Korang pakailah getah cina satu 5 sen. Mmg aku beli berdozen2.


Aku dah pergi Guangzhou ni dekat 8 kali ada kot...tapi baru first time nak naik cruise ni. Cuba korang bayangkan betapa busy nya aku....cewah! hak tuiiii


Holloh3....gambar ni kitaorang paksa dia buat tangan bentuk love...malu sangat!! kitaorang tak kesah kak....kerja2 jugak berkasih boleh dimana2....cewah!!


Group Foto


Rasa penat berjalan dan penat bekerja serta merta hilang. Perasaan terharu, perasaan bangga kat diri sendiri tentu ada. Alhamdullilah rezeki yang Allah bagi ada dimana2 kita kena rajin mencari dan berdoa agar dapat permudahkan.


Bangga ngan korang semua berani sahut cabaran...berani merantau sampai ke negara China. Bangga dengan bangsa Melayu yang rajin bekerja. Semangat korang tinggi untuk menambahkan pendapatan keluarga. Waktu kapal ni bergerak masing2 melayan perasan. Masing2 mula bercerita tentang masa hadapan....Syabas!!!

Dari pihak Tsugoi sentisa doakan yang terbaik untuk anda semua. Kami akan bantu selagi termampu. Beri lah peluang dekat diri anda untuk mencuba. Atasi ketakutan...beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang anda pasti boleh melakukannya.


Cantik sangat!! Kitaorang dibawa keliling bandar Guangzhou. Masa yang diambil selama 1 jam 30 minit.


Restaurant jugak disediakan...sambil menikmati suasana boleh lah melantak jugak. Tapi tak halal ya.


Makan angin jer lah


Menara!!


Lepas dah berehat...kitaorang sambung lagi perjalanan ke tempah borong jubah. Sorry tak dapat nak share gambar sebab battery camera dah habis....day 2 habis dengan jayanya. Dari 10 pagi sampai 10 malam. Patah kaki aku....

Ok esok up entry day 3 pulak ya!!


Clik Guangzhou Business Trip for more info and registration for month of June.