Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 27, 2013

Keek

Saya tidak akan membuat rayuan...saya redha dengan ketidak setujuan anda. Saya tak marah atau sedih Saya tetap akan menjalankan tugas isteri seperti biasa. Baik tak...baik tak!!. Cuma yang saya minta jgn ceroboh blog saya lagi ini salah dari segi undang2 blogger sedunia. Jgn suka published komen sendiri ...hahaha. Takpe Pa...takpe!!

Lupakan kisah semalam...walaupun lukanya pedih.

Eh! korang dah ada Keek tak? Siapa yang tak ada cepat2 download blh kita pollow each others. Bagi yg tak tahu Keek tu bintang apa... meh aku explain. Kalau Instragram korang blh share gambar kan tapi Keek pulak korang blh share video sendiri ala2 macam you tube tu tapi cuma 36 saat jer blh record. Lepas korang dah record boleh lah published kat Keek. Kalau korang pollow i...berpeluang lah dengar suara I menyanyi....hahahahaha. I akan membuat persembahan tanpa segan silu bersama suami dan anak2. Eh! suami?? itu kita ketepikan dulu...hahaha. I ingat nak buat kutipan lah utk beli handbeg...kalau korang rasa suara I sedap boleh lah bank in RM10.00 ke acct I...ok tak? hahaha

Jangan nak berangan macm artis...itu pun bila bercakap suara aku bukan main halus lepas tu gigil2. Bukan masuk bertanding pun cuma record aktiviti sendiri pun muka aku dah rasa kebas bila tekan butang record. Takpe permulaan mmg macam tu...bagi aku sebulan jer lagi mmg muntah darah lah korang tgk video aku syok sendiri. Nak pulak kalau korang like lagi lah banyak video nanti...hahaha

Apa tu lagi jom kita KEEK!!


Jangan lupa pollow I...

Tuesday, March 26, 2013

Kepada Isteri ku yang disayangi,

Setelah di teliti permohonan mu, duka cita maklumkan tidak dapat di luluskan atas beberapa faktor yg tidak dapat saya huraikan melalui ayat atau kata kata.

Saya, ingin mengucapkan terima kasih, kerana telah cuba sedaya upaya terhadap permohonan tersebut. Sila cuba tahun berikutnya.
Akhir kata saya dapat juga masuk kedalam blog mu, dan published benda post ini.

Kepada Kerengga kurus, sila block isteri saya dari menjenguk blog saudari...handbag dia terlalu banyak, hingga pakaian saya di halau ke alamari anak anak saya.....

Terima Kasih

Ketua Pengurusan Kredit
Mohamad Yazwin Irfan (Suami Mu)

Surat utk suami tercinta...


Untuk suami yang sangat ku cintai!!

Isterimu sekali lagi tidak keruan kerana sudah terlihat handbeg yang disukai. Jangan salah kan I tetapi salah kan kepada si penjual beg Si kerengga kurus kerana telah menunjukan beg2 yang boleh mengoyahkan iman I. Tujuan i menulis warkah ini kerana I tidak berani bersemuka dengan u dan meminta kebenaran utk membeli beg yang super gojes ini. Fahami lah perasan isteri mu ini yang sedang di dalam kegelisahan. Tidur semakin tak lena kerana asyik teringat kan beg ini...

Izinkan lah isterimu membelinya...u tak payah bayar semua...kita share 50-50..hahaha. Kalau u bersetuju dengan pantas SMS I dan dengan sepantas kilat jugak I akan SMS kerengga kurus. Ia i mengaku i dah ada banyak handbeg tapi beg yang satu ini sangat istimewa utk I. Anggaplah ini hadiah annibesari kita walaupun tarikhnya lama lagi....I akan simpan dan akan memakainya waktu annibesari nanti. Ini janji I kalau u bersetuju. Fikirankan lah sayang...kebahagian isterimu.

Jawapan dari mu akan ku tunggu dengan penuh kesabaran...

Sekian warkah dari isteri mu yang selalu menyayangi dirimu



I nak colour Fuchsia Pink ya...


Monday, March 25, 2013

Grand Lexis ntah kali ke berapa..

Tajuk ada sedikit berlagak...padahal baru pergi 3 - 4 kali dah tak boleh kira...hahahaha. Suka jer bagi korang angin.

2 bulan kebelakangan ni aku dengan En Win mmg terlalu busy. Weekday sibuk dengan kerja dan anak2. Weekend pulak macam2 benda kena buat. Dari pagi sambil ke malam kerja tak pernah habis. Ada jer hal..itu pun kadang2 curi masa utk lepak ngan anak2. Macam ni lah nasib kalau laki kerja sendiri...kena bertungkus lumus sikit...kalau tak kerja kuat macam mana pulak nak bayar sewa office dan gaji pekerja. So aku kena sekali turun padang bantu En Win. Buat masa sekarang tak mampu lagi nak ambik banyak2 staff admin.

Sampailah last week aku jatuh sakit....badan dah  tak kuat lagi. So aku cakap ngan En Win aku nak berehat cuti sekolah ni...bawak anak2 jalan. Sekejap pun jadik lah. Aku nak membuta...aku nak bangun lewat. Ini tiap2 hari bangun pukul 6 pagi...rasa dah tak larat badan ni. Aku nak makan banyak2 lepas tu membuta sepanjang hari.


Kenapa aku pilih tempat yang sama?

* Sbb pilihan anak2
* sbb kat rumah tak ada swimming pool...bila ambik bilik yang ada swimming pool terasa macam orang kaya sekejap
* I sangat pemalu nak mandi depan orang ramai
* Anak2 boleh berendam 80 jam..aku pulak blh membuta
* PD tempat yang paling dekat



Kitaorang bertolak Jumaat malam lepas habis kerja...kalau check in hari Sabtu rasa macam rushing pulak lepas tu pukul 2 baru blh masuk bilik...bila pulak aku nak membuta. Takpe bayar lebih sikit so hari Sabtu blh berehat dengan aman seharian.



Yaya demam pulak...mungkin berjangkit dengan aku kot. Entah lately ni ada manja terlebih sikit dengan aku. Memalam datang tahu2 tidur sebelah aku jer berpeluk2.

Kali ni aku tak ada nak tunjuk2 gambar bilik or aktiviti...sbb mmg tak ada aktiviti pun. Aku ngan En Win seharian tidur...anak2 pun ikut sekali tidur. Mandi pun sekejap2...lepas tu sambung balik tidur. Waktu aku pack baju pun semua stok seluar pendek jer tak ada beriya2 pun pakai dress or seluar jeans.

So kali ni aku kasi korang tgk gambar makanan jer lah ya...



Kangkung belacan


Asam Sotong



Butter Prawn



Hari Sabtu kitaorang bantai tidur sampai kul 11 pagi. Sedap giler rasa macam tak nak bangun jer. First time kitaorang tak join buffet breakfast kat hotel. Kalau tak pukul 8 pagi aku En Win dah terpacak kat restaurant hotel.

Itupun bangun sbb perut dah berkeroncong...paksa gak diri bangun utk cari makanan. Nasib baik ada lagi nasik lemak kat gerai depan hotel tu. Heaven...minuman pulak ngan kopi o...perggghhh bahagianya hidup



Dah kenyang baru kitaorang bermandi-manda. Itu pun tak lama sebab Yaya tak berapa sihat.



Cute jer aku tgk En Win Hair Dryer rambut anak perempuan dia. Risau sangat anak nanti kena selsema.
"Pa lepas ni I pulak ya....I nak buat curl2 bahagian hujung"

Hahaha...ambik kau kena jelingan maut.



Berehat lah nak!!



Mmg aku jadi "Mem" besar hari tu. En Win yang uruskan anak2...suap kan makan, bagi ubat...aku membongkang tengok tv. Kejam tak? mana kejam sekali sekali kan...apa salah nyaaaaaaaa



Kitaorang tidur sampai terlajak mkn tengahari...petang baru sibuk keluar cari makanan.

Mee Bandung satu!!!

Lepas tu balik hotel berendam lagi ngan anak2.



Malam keluar balik cari makanan. Itu jer lah kerja kitaorang. Makan, mandi, tidur.



Lee Chee Kang


Sate for Kiddos!!


Adik


Mee Hailam


Sup Sayur


Balik sambung lagi makan KFC...beli 12 ketul makan dalam bilik. Licin!!



Esok sambung lepak Kopi Bin...sampai rumah sambung tidur lagi. Puas hati aku dapat membuta berkali2.

Huaaaaaa....hari ni rutin seperti biasa balik!!


Friday, March 22, 2013

Rindu dengan Tsugoi Team!!



Bila tengok balik gambar Tsugoi team rasa rindu sesangat kat diorang. Since Filla bersalin segala photoshoot dan meeting direhatkan sebentar kita bagi peluang dekat adik Filla berehat sambil menjaga baby yang baru lahir. Habis jer pantang nanti InsyaAllah new projek akan menyusul.

April ni aku dengan En Win akan follow Business Trip ke Guangzhou. Alhamdullilah sambutan yang kami terima sangat menggalakkan dan kami Tsugoi team berjanji akan beri yang terbaik utk anda semua. Beri segala tips dan pertolongan utk group ini nanti. Peluang masih terbuka utk bulan seterusnya kepada sesiapa yang minat berniaga. Sila click disini Business trip ke Guangzhou!!

Meh la...aku perkenalkan Tsugoi team yang bekerja keras selama ini.

 

Tuan Belog!!
Jacket Cardigan Still Available. Interested please clik Jacket Cardigan


Filla

Kimono only red colour still available. Interested clik Tsugoi Kimono

Aku ngan Filla selalunya akan seat dan berbincang utk projek2 terbaru yang perlu kami keluarkan. Dari pembelian kain, budget, design, marketing dan penghantaraan semua kami akan lakukan bersama. Gaduh jangan cakap lah..."kau degil ya Ly tak nak dengar cakap aku"..."Filla kau dengar cakap aku dulu"..hahaha.
Kalau pasal duit mmg kami tak pandai kira. Kena ulang 10 kali baru faham...baru kiraan menjadi betul.

So far aku ngan Filla tak ada masalah...kalau tak puas hati kami akan cakap terus terang tak ada simpan dalam hati. Kau salah aku sound...kau betul aku puji.




Segala urusan IT akan diserahkan kepada Pak Radie.

Filla: Ly kau sound Radie sikit apa yang lembab sangat nak masuk kan gambar

Elly: Aku takut Filla laki kau garang

Korang jgn tak tak tahu Pak Radie muka jer brutal tapi kelakar nko...kalau kenakan orang no 1.



En Win handle kalau nak cari barang kat China. Dia akan uruskan dari A to Z. Tempat, penghantaraan, payment semua kitaorang serahkan kat En Win. Aku ngan Filla akan pilih dan order dan selebihnya En Win akan uruskan dengan orang kat sana.


 

Cameraman. Pak Sutan....husband Moon.

Lemah lembut jer macam Moon jugak. The best cameraman..muka aku yang tak cute pun boleh jadi macam superstar. Efek giler hebat. Pujian dari sudut hati ya bukan membodek.


 

Our shawl agent. Miss Moon.

Sangat2 mudah bekerja dengan Moon di tahu tugas yang diberikan. Tahu2 shawl laku jer. We lap u ketat2 Moon!

Alhamdullilah Tsugoi menpunyai team yang sangat bertanggungjawab dengan tugas masing2. Hope korang support bussiness kami. InsyaAllah Tsugoi akan beri yang terbaik. Tunggu our New Projek Ya....


Thursday, March 21, 2013

Konsert Gegar Lagenda!!

Dua hari tuan belog sakit...maka terpaksa lah berehat di atas katil sambil memandang laptop dengan penuh kesayuan...muahaha.

Sabtu lepas aku sekeluarga dengan semangat rock pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan Konsert Gegar Lagenda. Korang nampak jer aku ni macam wanita melayu terakhir kan tapi sebenarnya didalam hati aku masih mempunyai jiwa rock. Ingat lagi waktu sekolah pakai kain senteng, beg selempang hijau, rambut jambul kerenting, lepas tu ada ekor cicak kat belakang. Kalau takut cikgu nampak ekor cicak tu cepat2 selit tepi telinga...muahahaha.

Aku membesar dengan lagu rock tahun 90an...asal naik motor jer dengan En Win mesti berduet lagu XPDC..."hati yang membara mengikutkan kata apa...jawapan disini...semangat kita hilang" ingat tak lagu ni giler rock kan. Bersungguh2 aku nyanyi atas motor ngan En Win..lepas dia nyanyi serangkap aku pulak sambung...nak efek keluar suara serak aku kasi teran2 sikit...muahahah kau mampu!!



Teruja jgn cakap lah...semua penyanyi2 otai pulak tu... Rock zaman 90an

Saleem, Zamani, Ali Terra Rosa, Rahmat Mega dan Aris Ariwatan. Fuyoo dengar nama jer dah meremang bulu roma aku. Sengaja aku bawak budak2 kasi jiwa rock sikit dalam badan tu.



Puas aku pikir baju apa nak pakai utk menampakan rock...cari jacket jean boleh tak jumpa pulak...belasah jer lah janji kita Rock malam ni.

Banyak2 penyanyi malam tu aku paling minat Saleem dengan Zamani Kurus...hahaha. Eh! termengumpat pulak...hahaha. Walaupun kurus suara power tu " Ku sangkakan panas berpanjangan...rupanya gerimis, rupanya geremis mengundanga aaaaa, dalam tak sedar ku kebasahan". Leleh wa cakap lu.



En Win peminat tegar Aris Ariwatan. Pernah masuk pertandingan nyanyi lagu mamat ni...hebat nko dapat tempat ke-2 diantara bank2. "Kusingkap kenangan dulu, sewaktu kasih berputik, ku gengam jari tanganmu, kau tunduk sembunyikan wajah" . Apa lagi bila Aris nyanyi lagu ni aku dengar suara En Win lebih kuat dari suara penyanyi...tapi I ok jer sbb suara laki I mmg power...hahahaha.



Aku cari jugak kemeja kotak2 tapi tak ada dalam almari...kena beli ni senang utk tgk konsert rock. Ada kena mengena ker baju kotak2 ngan konsert rock.



Rock OOOO


Sebelum tu kita makan dulu...kang tak ada semangat pulak nak menyanyi!!



Fuyoo...peminat tak ada gigi. Bukan main kau ya dik



Mmg sangat2 berpuas hati. Lagu2 yang dinyanyikan semua lagu hit 90an. Suara sebijik macam kat radio. Berbaloi aku bayar duit tiket. Aku ambik seat 7 dari depan..mmg nampak clear muka penyanyi. The best part kedudukan tempat aku betul tgh2 stage.

Waktu Rahmat Mega tgh nyanyi tiba2 dia bukak Spek mata hitam lepas tu dia senyum kat aku.

En Win: Ma...mesti dia ingat u ni ex wife dia "Anina Ahmad B"

Diamlah!!!


Waktu ni nak hujung2 semua dah tak boleh tahan...berdiri nyanyi sama2 lagu Kamelia!!

Nak ngumpat sikit...muahahaha. Sebelah tempat aku duduk ni ada 2 orang couple ala2 poyo...bukain main pakai coat bagai...waktu semua penonton sibuk bersorak, menjerit nyanyi sama2 dengan artis dia dua orang control giler diam jer...goyang kaki pun tidak. Tiba2 bila Saleem nyanyi lagi "Suci dalam Debu" ...tanjat aku dia meloncat dari tempat duduk..nyanyi terjerit2. Oh...rupanya peminat Saleem...hahaha.



Waktu Aris tgh buat persembahan nyanyi lagu Permaidani mamat ni macam tertunduk2...lepas tu nyanyi tersekat-sekat macam lupa lirik

Aku: Kenapa pa dia lalok ya

En Win: Ma ini lagu sedih...lagu ketuhanan mestilah dia sebak. 

Hahaha...iyalah lagu ketuhanan..bodoh betul lah aku ni!!





Dari awal hingga akhir konsert mmg enjoy giler...non stop selama 3 jam. Semua lagu aku ngan En Win join nyanyi...anak2 pun nyanyi ikut lirik kat screen. Pengujung konsert semua bangun bersorak bersama2....giler best!! nyanyi lagu Kamelia...BEST! BEST! BEST!.

Hidup ROCK....hidup Artis 90an.

Buatlah konsert lagi aku pasti datang!!!

Monday, March 18, 2013

Hobby Kiddos!!

Yaya dan adik mmg rapat so hobby pun sama...apa yang kakak buat mesti adik ngikut macam tu jugak sebaliknya. Selain menyanyi, menari dan membuat you tube diorang berdua ni minat melukis. Setiap kali pergi Giant mesti kena beli colour pencil..aku sampai dah tak terkata. Tengok jer diorang masukkan colour pencil dalam bakul.  Lantak lah asal kan korang senyap tak buat sepah buat lah apa korang nak buat. Menjaga budak berdua ni tak susah...cuma waktu mengajar jer aku jadi tarzan yang lain diorang boleh handle sendiri. Gaduh tu mmg selalu lah...bila aku tunjuk rotan jer dua2 senyap.

Kalau aku nampak diorang tutup pintu bilik itu maknanya diorang tengah buat you tube...so aku tak boleh bercakap or buat bising.  Ramai juga yang tgk video you tube tanya macam mana anak2 aku blh speaking london bukan main hebat lagi...hahaha aku pun tak tahu diorang seterror itu. 

Seawal umur diorang dua tahun setiap minggu aku akan belikan buku english utk diorang baca dan sampai sekarang aku masih praktik kan benda yang sama. Kalau diorang tak faham sesuatu perkataan diorang sendiri check dekat computer dan aku akan pastikan diorang baca buku yang aku belikan.

Aku jarang sekat minat diorang...buat lah apa yang korang suka asalkan tak langgar peraturan. Macam hari tu aku check you tube nampak Yaya nyanyi tapi pakai baju nampak pusat...so aku panggil dan nasihatkan Yaya keburukan yang akan terjadi kalau berpakaian macam ni...makesura dia faham AND u better delete gambar tu.

Kalau bulan tu ada ujian dan diaorang dapat score markah yang aku targetkan sebagai ganjaran aku beli lah CD  or mainan yang diorang suka...sbb aku tahu diorang pun need some space utk berehat. Takan nak belajar 24 jam kan . Weekday no ipad, no painting after school homework done baru blh tgk tv kalau nak tgk ipad pun aku bg 1/2 jam jer...but weekend aku bagi diorang kebebasan... buatlah apa yang korang suka...aku tak akan kacau or membebel. So time tulah melambak2 video you tube yang diorang buat dan kerja aku akan tolong updatekan hari2. 



Kalau dah penat berjoget dan menari ini yang diorang akan lakukan...buka ipad dan melukis pulak.



Cuba dapatkan idea dari you tube



Nak reka aksesori katanya..



Design baju


Antara design2 baju yang diorang buat. Aku pun tak pandai melukis macam ni so bila tgk anak2 pandai buat terus teruja.

Aku  mmg mengaku banyak berhabis duit utk beli barang dan permintaan anak2. TAPI aku gembira dapat lihat hasil dan kreativiti anak2. Aku dengan En Win mmg sentiasa support minat anak2 asalkan jgn membazir. Korang mintak sesuatu... papa n mama akan belikan tapi makesure ia berbaloi dengan duit yang kami keluarkan. Tapi jgn lah sampai melampau  sesuka hati jer nak mintak..ada budget jugak utk diorang. Kadang2 kena tunggu dua tiga bulan jugak baru kitaorang belikan.

Yaya n Ameera..Mama n Papa alwiz support both of you. Jgn takut dan malu2 nak mencuba. Buat apa sahaja yang korang rasa betul dan minat asal kan tidak melanggar peraturan....ok!! 



Thursday, March 14, 2013

Sabar je lah...

Ada lah dekat setengah tahun aku tak jumpa 'Geng Rainforest'. Ini semua sbb Hazel pepandai berhenti kerja...kan tak boleh notty sbb memasing busy. Kalau dulu satu office asal jumpa ada jer plan jahat. En Win ngan laki hazelmmg  cukup takut betul kalau tgk kitaorng berbincang....tak dapat pergi jauh keluar malam pun jadilah.

Jumaat lepas akhirnya berjaya berjumpa setelah buat temujanji hampir 130 kali. Asal whatapp jer

Hazel: Kak rinduuuuu arrrrr

Aku: Aku pun nok!!!

lepas tu senyap jer...bangang betul.




Sebelum berjumpa budak berdua ni haruslah aku mintak kebenaran suami kan....walaupun I notty I tetap isteri mithali....haktuiii.

Aku: Darling...petang ni I balik lambat ya nak jumpa Hazel ngan Siti dekat the Curve

En Win: Pukul brp balik?

Aku: Tak tentu lagi sbb nak lepak2 dgr music. U jaga budak2 ya...bagi diorang makan dan tolong tgk kan homework

En Win: Ok..jgn balik lambat sangat, jgn nak buat plan mengarut gi tempat jauh2

Aku: Ya..ya




Tadi bukan main janji ngan suami bersungguh2. Bila lepak jer bertiga cite dah jadi lain...kitaorang akan ke Phuket bulan 5 ni. Flight semua dah check tinggal nak clik jer...hahahaha.

Tengah memikirkan macam mana cara utk memujuk suami memasing....takut lah. Dulukan En Win sporting tapi sejak dua menjak ni aku tgk...jeles dia ada sedikit menggunung tinggi. Hazel...tolong mak nok macam mana nak cakap ni. Hati meronta2 nak lepak ngan kengkawan.

Macam mana nak pujuk ni korang!! I tak jahat tau cuma notty cute2 jer. I sedar diri I isteri orang cuma nak lepak ngan kengkawan jer sbb dah lama tak seronok2 macam remaja. Nyampah tau En Win ni tetiba jer nak jeles...I lap u lah Pa walau dimana pun berada...u tetap dihati I. Tu lah Hazel kau dah jelita sangat tu yang hubby aku gerun.

Hazel tu pun bukan betul sangat...entah2 pun tak lepas jugak...hahahah. Kita tunggu bagaimana hasilnya nanti.

Lepas gelak terguling2 macam tempat tu kitaorang punya dalam pukul 10.00 malam semua kena balik sebab amaran telephone berdering2. Kiss pipi kiri kanan dan masing memberi kata semangat agar plan yang dirancang berjaya.

Sampai jer rumah dalam pukul 10.30 pm...badan mmg letih giler sbb dari pukul 6 pagi dah keluar rumah. So ingat balik nak mandi lepas tu terus tidur. Tapi kan korang En Win mmg pendengki.....

En Win: Ma...I dah book midnight show kul 12.50 malam. Tadi u dah keluar ngan kawan u kan lepas ni kita keluar sekeluarga pulak.

Tak terkata aku...dengki kan sengaja lah tu nak balas dendam...kang kalau aku cakap tak nak tarik muka lah pulak. Dia tahu aku letih tapi sengaja nak bully aku...nyampah tau

Aku: Ok darling...



Pukul 12.50 malam ya...bukan main korang bereben bagai.



 
Muka keletihan tapi terpaksa redha sbb takut dituduh lebihkan kawan2 dari keluarga sendiri. Mulut En Win laser mcm taik...kalau tak ikut dikeji nya aku nanti



Akhirnya aku tak dapat menipu diri sendiri lagi...cite start 15 minit lepas tu mata aku tak dapat dibendung lagi. Akhirnya aku jatuh jua....membuta lah aku sampai tamat cite kat wayang tu...hahaha. Bangun2 cite dah habis jelingan maut dari anak2 dan en somi...diamkan aje janji aku ada disisi diorang kan. Inilah isteri mithali namanya....muahahaha

Sehingga hari ni masih belum ada kekuatan lagi meminta kebenaran dari En Win.




Monday, March 11, 2013

Vitamin utk anak2...

Aku mengaku aku bukan ibu yang perihatin pasal vitamin2 ni. Setakat Susu segar, vitagen dan sayur2an adalah aku paksa budak2 ni makan tapi beli vitamin ni mmg tak ada lah. Dulu ada lah beli Appeton sekejap sebab tgk budak2 ni kurus bebenor itupun sekejap aku bagi sekejap tidak....sbb tak biasa tu yang asyik lupa jer.
 
Tahun ni baru ada sedikit kesedaran kat diri aku. Kesian pulak tengok budak2 ni semakin hari semakin banyak kerja yang diorang kena buat. Pepagi aku dah kejut diorg berangkut ke rumah inlaw. Pukul 12 tengahari dah ke sekolah. Balik buat homework sekolah, homework tuisyen. Kadang2 aku suruh diorang buat latihan piano. Belum lagi hujung minggu ada kelas tuisyen, kelas mengaji dan aktiviti lain. Badan semakin hari semakin membesar.
 
 Since 2 bulan lepas aku mencari vitamin yang sesuai utk anak2 agar diorang lebih bertenaga. Banyak kali jugak aku survey kat farmasi tapi semua macam sama jer utk tumbesaran. Tengah lepak2 kat luar piano class aku borak dengan sorang kakak ni...kagum tgk anak dia belajar macam2 alat muzik lepas satu kelas ke satu kelas...itu belum lagi art kelas n ballet kelas. Tapi tgk budak ni cergas jer...aku cuba2 tanya pasal pemakanan yang diberi...sampai ke soalan vitamin.
 
dan ini jawapanya..
 
 
 
Berina C - Plus Jus Sunnah utk IQ
 
Lepas kakak ni cerita pasal kebaikan Berina ni aku cuba order  satu kotak utk diberikan kat anak2 aku. Tiap2 malam aku beri diorang makan dan dalam masa seminggu aku boleh nampak keberkesanan Vitamin ni. Anak2 tak cepat letih, selera makan meningkat. Aku ni mmg susah sikit nak percaya sesuatu produk tapi Berina ni mmg menyakin kan aku. Lepas tu aku terus order utk 3 kotak sekaligus. Boleh dimakan kanak2 seawal 3 tahun.
 
 
 
Jus ni mengandungi 7 jenis herba sunnah kaya dengan Vitamin C utk kecerdasan otak dan membina IQ yang tinggi. Berfungsi utk
 
* Prebiotik
* Tenaga aktif
* Minda sihat cergas
* Kuat Daya Ingatan
* Sel Darah Sihat
* Immunasi Badan
* Nutrisi Semulajadi
 
Khasiat terdiri daripada
1. Estrak Saffron
2. Habatusauda
3. Kismis
4. Kismis
5. Madu
6. Buah Tin
7. Delima
8. Gam Arab
 
 
 
 Tak susah suruh budak2 makan ni sebab rasa dia sedap macam perisa rebena. 
 
 
Sepatunya Berina kena diberikan waktu pagi selepas sarapan tapi konpem kalau aku suruh nenek diorang bagi vitamin ni mmg jawabnya tak makan...so aku berikan budak2 ni waktu malam selepas dinner...berani tak makan  aku duduk depan sorang2 pastikan diorang makan vitamin ni. 
 
 

 
Tapi sekarang tak payah paksa habis jer makan malam diorang sendiri ambik vitamin tu. 

 
Aku tak berani nak rekomen kat korang kalau aku sendiri tak nampak hasilnya. Tapi alhamdullilah aku nampak daya ingatan diorang pun semakin meningkat. Dulu kalau aku suruh hafal kali 4 jap gi aku cuba tanya kali 3 yang minggu lepas dah hafal boleh lupa ok! menyirap tak darah korang. Diorang cuma ingat benda yang diajar minggu ni jer...pelajaran minggu lepas mmg x ingat langsung.
 
 
 
Bukan lah terus mendadak korang boleh nampak keberkesan vitamin ni aku pun cuba hampir 2 bulan slowly aku nampak perubahan anak2. Especially part kecerdasan.
 
 
 
So aku aku terpanggil nak share produk vitamin dengan reader semua yang ada sama masalah macam anak2 aku...sebab aku sekarang dah jadi dealer utk produk ni. So sesiapa yang berminat boleh lah order dengan aku.
 
BERINA C - PLUS JUS SUNNAH UNTUK IQ.
 
RM38.00 / 15 SACHET
(utk bulan pertama korang kena lah beri setiap hari dan utk bulan kedua korang boleh selang seli kan ambik vitamin ni)
 
Harga diatas tidak termasuk postage - RM7.00 utk semenanjung dan RM10.00 utk Sabah dan Sarawak.
 
 
Kalau berminat nak cuba utk diberikan utk anak anda boleh lah email