Nuffnang Advertisement

Thursday, February 28, 2013

Moody...

Hari ni mood ada sedikit kelaut...masuk opis terus merempan sorang2 dalam bilik. Tutup pintu bilik menung depan computer lepas tu mata layu2 macam nak tidur.  Ntah apa yang aku moody pun tak tahu. Mungkin terlalu penat kot...kerja tak pernah habis. Bila bebel2 manja ngan En Win nanti dia bebel kat aku balik..."yang u kerja teruk2 tu siapa suruh". "I kerja untuk keluarga kita darling (sambil air mata berkumpul di kelopak (itu tifu)"...hahaha.

Tengah moody2 ni tetiba teringat zaman kanak2 dulu....bahagia jer aku rahsia dunia ni. Tak payah fikir tentang masalah, pasal duit, pasal nak bayar hutang dan macam2 lah. Tahu2 bangun pagi mak dah sediakan sarapan (zaman belum bersekolah lagi lah), lepas tu main, makan tengahari, main lagi, tidur, minum petang sambil tengok Oshin, main kat padang, makan malam, tgk drama opah lepas tu baru tidur. See...tak ada masalah pun nak fikir...cuma susah hati je kalau hujan lebat sbb tak boleh main kat luar.

Bila masuk alam persekolahan dah mula masalah kecil datang...itupun sbb exam jer takut gagal...lepas tu takut report card kena baling keluar rumah yang lain still boleh seronok2 lagi. Bila masuk sekolah menengah pulak dah start masuk alam percintaan...gaduh2, majuk2, masalah duit mula datang sbb nak keluar ngan kawan2. Start gaduh2 kawan tak puas hati, boipren kena curi, risau boipren tak call...hahaha itu dah consider masalah berat sampai nak hantuk kepala kat dinding.

Alam pekerjaan...beban masalah semakin besar sbb dah pandai guna credit card, ambik loan kereta, dah pandai bergaya beli alat make up, beli baju cantik2, makan tempat mahal...punca masalah apa lagi duit lah kan!! Emmm...selalu terover budget, gaji RM1000 perbelanjaan RM1500.00 camno tu..

Masuk pulak alam perkawinan....sebelum kawin orang tua selalu berpesan "kau dah pikir masak2 nak kawin ni...berat tanggungjawab kau nanti". Tengah hangat bercinta mana ada fikir masalah mendatang..semua benda nampak cantik...semua benda bau wangi. Setahun...dua tahun masuk 3 tahun masalah mula datang...kita nak kehidupan yang lebih selesa...pinjaman bank semakin banyak, rumah, kereta, personal loan, bil api, bil air semua kena bayar...kerja kena lebih kuat. Anak dah 2...lagi berat tanggung jawab nak bayar sekolah, tuisyen, duit belanja...itu belum masuk cuti2 malaysia.

Kadang2 buat aku terfikir mana datang kekuatan aku laki bini cari duit untuk semua tu ...giler pandai kitaorang pusing2 duit utk cukupkan tiap2 bulan...hahaha. Bila badan jadi letih mulalah fikir yang bukan2 ...tambahan kerja semakin banyak ini lah jadinya moody tak tentu pasal. Aku terlalu busy sampai anak aku yang filla jaga pun...eh!...hahahaha. Anak Filla yang baru lahir pun tak sempat lawat. Sorry laling Filla.

Hari ni muka masam tanpa sebab secara tiba2...rasa macam tak nak borak ngan sesiapa ...rehat kan kepala....minum kopi panas mengadap computer lepas tu luahkan perasaan kat korang....sila lah dengar ya bebelan aku.

Bila aku masam orang keliling jadi pelik...sbb aku suka gelak...aku suka bercakap. So bila aku senyap En Win jadi risau...call 80 kali tanya kenapa aku senyap, kenapa aku tak gelak (boleh ker tanya soalan macam tu), kawan2 terkedu tak berani tanya aku. Kalau aku tutup pintu bilik diaorang jeling2 jer aku dari luar. Tapi selalunya moody aku tak lama...korang letak asam pedas depan mata aku...settle lah moody aku nanti. Ok nak gi cari asam pedas...

Terima kasih sbb layan tulisan merapu aku hari ni....

Tuesday, February 26, 2013

Guangzhou Trip utk bulan APRIL!!

Ada beberapa jer lagi kekosongan seat utk Guangzhou trip bulan April. Bagi sesiapa yang cari barang utk berniaga di Hari Raya bulan ni adalah masa sesuai utk membeli secara borong di Guangzhou. Untuk pengetahuan korang aku ngan Filla dah cari barang dari bulan satu lagi sbb senang kerja nanti. Barang dah sampai boleh siap2 buat label, fikirkan marketing dan price. Barang dah order kalau tak ada stock boleh tunggu sbb banyak masa lagi... tak payah risau kalau kastam lambat buat clearance janji bila nak jual benda dah ada depan mata.

Dalam perniagaan ni kita kena sentiasa berfikir kedepan...jgnlah lagi sebulan nak berniaga korang baru sibuk2 nak beli. Pengantaran barang dari Guangzhou ke Malaysia mengambil masa 2 minggu. Kalau ada masalah dengan kastam kena tunggu lagi seminggu. Kat situ jer masa dah terbuang...dlm sebulan baru barang berada ditangan. So sesiapa yang nak berniaga selalu kena fikir 2 atau 3 bulan kehadapan.

Selalu ramai yang takut dan tak berani utk mengeluarkan modal atau takut kegagalan kerana ini semua melibatkan wang ringgit. Aku faham bukan senang nak cari duit zaman sekarang. Tapi dalam perniagaan korang kena berani...setiap perniagaan mesti ada risiko yang korang kena hadapi. Mana ada perniagaan terus untung ribu2...slowly dapat pulangan modal dan keuntungan sedikit itupun dah kira bagus...dari situ korang dapat tahu cara bagaimana berniaga dengan betul. Pengalaman sangatlah penting utk seseorang itu maju. Dah maju sikit korang boleh start buat pinjaman dekat Tekun banyak kan lagi barang perniagaan.

Berniaga ni korang kena rajin, markerting kena bagus....insyaAllah kalau rajin adalah rezeki yang korang dapat nanti. Aku mmg dari dulu suka tengok anak2 muda berniaga. Aku suka orang yang kuat semangat. Kalau tak berani terduduk kalau tak berani bersedih  kalau tak suka mengeluh jangan berniaga ya. Berniaga ni mmg memeningkan kepala tetapi sekali korang berjaya insyaAllah rezeki akan bertambah dan semakin bertambah. Percayalah permulaan jer korang menghadapi kesusahan...bila dah mahir nanti korang akan jadi teruja...kalau boleh semua benda korang nak jual nanti...hahaha. Jom kita tambah rezeki keluarga!!!

JADI SESIPA YANG BERMINAT SILA CLIK LINK GUANGZHOU UTK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT. TARIKH TUTUP UTK PENDAFTARAN TRIP BULAN APRIL ADALAH JUMAAT INI 1 MARCH 2013.
 
 
Sebarang pertanyaan boleh emai kepada saya ellychina77@gmail.com .
 
CEPAT2 SEBELUM TERLAMBAT!!

Wedding...Melaka (Day 2)

Majlis Bersanding....majlis yang ditunggu kami semua. Dan hari Sabtu lepas genap lah umur aku ehem2...jgn nak ngada risik2 umur aku...cukup aku katakan aku dah dewasa dan hati masih muda...aaauuuww.

Utk persandingan tema kami hari ini adalah PINK. Cantik dan sweet...thumb up sekali lagi kepada ibu pengantin kerana pandai memilih colour. Aku kalau pakai warna pink mmg terselah ayu nya....hahahaha.


Malam yang ditunggu oleh kami semua.

Ingat lagi waktu aku bersanding 11 tahun yang lepas...kat rumah ni lah jugak. Aku kan orang KL mana lah tahu pasal joget lambak ni semua...utk memulakan acara joget lambak pengantin kena menari dulu diikuti oleh ibu bapa pengantin . Malu giler korang...dah lah aku tak berapa kenal sangat sedara waktu tu lagi dipaksa nari depan orang ramai. Bontot jer bergoyang badan kaku...dah mcm Mr Bean aku rasa.  



Diorang bukan flower girl...sengaja jer aku beli dress nampak sikit kelainan. Dah 2 hari pakai baju kurung hari ni pakai seksi sikit.



Over laki I..


Kenapa gambar aku ni berpaling menunjuk bontot...sebab kalau aku pandang depan korang nampak perut buncit ku....hahaha. I tak rela di kutuk!! sedar diri dalam bergambar adalah sangat penting. Pandai2 cover mana yang patut.



Family Photo...sayang mak tak ada waktu ni. Busy bebenor waktu tu. Nak cari utk bergambar pun susah.


With pengantin!!


Faster2 candid


Hebat kan...ada live band. Meriah sangat...tetamu sporting giler siap datang menyumbang kan lagu...hahaha!


Seawal pukul 11 pagi tetamu dah mula datang. Mmg ramai sampai malam ok...still lagi ada orang datang. Berbeza dengan orang bandar kalau buat majlis kat hotel or dewan majlis start kul 12 tenghari.... pukul 3 petang dah selesai majlis.

Sampai sakit lah kaki mak bapak pengantin layan tetamu. Jemputan hari tu dalam 1500 orang. Hahaha...hambek! mmg ramai giler tak henti2 orang datang dan Alhamdullilah lauk semuanya cukup...berlebih lagi adalah.


So sweet...sempat tarik pengantin perempuan menari sebelum majlis bersanding bermula. Ini lah suasana yang aku nanti kan...kemeriahan, kasih sayang diantara keluarga dan kerjasama yang sangat rapat dapat dilihat diantara mereka. Love them so much!!



En Win diberi tugas menjaga duit. Kau duduk rapat sangat ngan laki aku tu kenapa Shira...nak curi duit kan utk beli baju....hahahaha



Pukul 2pm...pengantin diarak utk acara bersanding



Fuyoo....ada tarian piring lagi.

Sorry korang aku tak sempat tangkap gambar bersanding...waktu ni dah lapar giler! Tangan dah gigil2...sorry korang imagine lah sendiri ya...hahahaha



Po'i pekan...naik basikal.....tongah hari....tongah panessss. Apa dayoooo...motong gotah apa nak di kato!!

Amboi over kau Murni...mulut bukan main over nyanyi. Waktu ni pengantin turun padang join sekali bapak2 menyanyi. Aku back up kat belakang je lah...kang over teperanjat pulak kang.




Repeat balik lagu tadi... paksa pengantin menari pulak. Sekali lagi Murni (dua dari kanan) over acting...hahaha. Matilah dia maki  aku kang..apa2 hal ubat aku jgn lupa pos.

Meriah kan!!!

Yehaaa....dah malam!! aku dah praktis 2 minggu sebelum wedding. Tak mo dah menari macam Mr Bean. Samba, Tarian zapin, A go go....semua dalam tangan...cewah!!


Waktu ni pengantin diminta memberi ucapan utk para tetamu dan kata2 akhirnya dari pengantin lelaki yang aku masih ingat

"Rosnah selalu bertanya apa yang saya mahukan dalam hidup...dan jawabnya adalah saya mahu kan dia"

Kelasss kau Harun...ayat siapa kau pinjam ni!!

"Pa baik u cakap sekarang u nak apa dalam hidup"...bisik cepat.


Cake Cutting!!

Selepas selesai acara cake cutting...ada acara lain pulak sebelum joget lambak dimulakan....aaaaauuuwww malu lah nak cakap...hehehehe

Birthday celebration utk yang lahir bulan February....konpem nama aku ada kan!! Suka tau buat aku tersimpul malu.


Anak Ayah....Afiq lahir pada 24th February. The best part kita sambut sorang2 tak main ya celebrate 3 serentak. Setiap sorang ada lagu khas yang akan di nyanyikan diiringi band. Sweet giler....best giler...suka giler.

Sebelum aku lupa malam 22 Feb tepat pukul 12 malam...maknanya masuk 23rd Feb lah kan. En Win naik ke pentas diiring band sampai kan lagu khas utk aku "wonderful tonight"
Ini bukan menganda ya...tak tahu knp mlm tu aku jadi so sensitive...air mata aku tiba2 mengalir bila dengar lagu yang En Win sampaikan. Anak2 pulak datang hug aku waktu tu. Ya Allah...Alhamdulliah kau beri kebahagian kepada kami.

Orang pandang jer aku menangis!! aku tak over kan.



Ini lah kemeriahan keluarga kami di kampung


Happy Birthday Afiz...semoga diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah...amin


Gift from mak n ayah


My turn...


Eh! aku sorang jer gelak...nampak sangat over di situ. Orang lain biasa jer aku tengok...muahahaha


Waktu ni diorang tgh nyanyi kan lagu yang di reka khas utk aku. Kenangan terindah yang tak akan aku lupakan.


I love u Darling! (menanah lah telinga korang)


Oittt...sampai kembung pipi. Candle itu ada lah tipu itu bukan umur aku.


Dapat hadiah jugak..."Pa tepi sikit boleh tak...ini hadiah I ya"


Kiss2


Utk mak n ayah....thank you so much. Tak dapat luahkan dengan kata2...sayang both of u ketat2.

Next birthday girl tak sampai lagi...apa lagi kita menari dulu lah...



Pengantin start dulu lah ya....sila2



Slow dance...kau mampu.


Nak jugak!!!


Dah terror kan!! dulu agak malu sekarang pantang di ajak...hahahaha



En Win with kiddos!!



Ewah!!!


Nari jgn tak nari ya...gelek bang gelek


Sambung balik birthday party...Umi dari Singapore.

Very pretty!!


Happy Birthday Umi.


Thank you from 3 of us!!

Alhamdullilah selesai segala acara tepat pukul 12 malam. Kenangan yang paling terindah. Terima Kasih di ucapkan dari kami sekeluarga utk mak dan ayah.

Monday, February 25, 2013

Wedding....Melaka (Day 1)

Thank ya....kepada sesiapa yang wished birthday i Sabtu lepas. Itu pun setelah aku paksa korang...hahaha. nampaklah banyak sikit comment kat FB. Nampaklah lah macam banyak peminat...muahahaha. Aci ke macam tu...boleh jer kan!!

Aku dah cakap Aaron Aziz dengan aku mmg tak dapat dipisahkan...see birthday pun sama (23rd Feb)...jodoh kalau dah bersatu padu tak akan kemana...cewah!! Kau ado!!

Minggu lepas ada wedding kat Melaka...sepupu En Win. Pendapat aku lah kan macam mana gah nya perkawinan kat KL...macam mana meletup dan mahal nya kawin kat KL tapi aku rasa dekat kampung jugak happening. Kemeriahan tu tak dapat cari kat sini. Gotong royong masak memasak, buat pelamin sama2, hantaran tak payah tempah Pak Abu, bilik tidur di hias bersama....pendek kata semua buat sendiri sama2 mencurahkan idea. Belum lagi ada tarian, silat, joget lambak...mmg tabik spring seronok habis korang.



Hari pernikahan. Mak ngan Abah. Korang jgn konpius ya sbb aku terlalu rapat dengan family ni aku dah anggap diorang seperti parents aku. Pelamin ni bukan tempah ya...mak buat sendiri. Kelassss kan!! kalau kat KL tak ada makna ya...semua call and sewa jer. Jimat masa dan tenaga katanya.



Theme hari pernikahan Orange Colour. Ceria gitu....kalau kat bandar semua warna tanah...warna sweet tapi kat sikit nando ya...colour kena ceria. Kalau dulu baru kawin dengan En Win aku mmg gak sensitive bila datang sikit. Bahasa diorang agak kasar...aku buat kerja sikit dah kena sound "apa ke lembab bini kau ni ha...tak tahu buat kerjo ker" tanjat aku...hahahaha. Rupanya bahasa orang Melaka mmg macam tu agak kasar sedikit. Lama2 aku yang over ok!! kasar tak bertempat...muahahahaa.



Me n Mak.


Lelaki tak ada theme colour hari tu. Warna bebas!!



aaauuuwww..suka over2 kalau ada wedding!!



Kelasss kau Rosnah. Sweet kan pengantin ni. Mak Andam mak sendiri ok. Dari pelamin, hiasan bilik, hantaran dan make up semua dari air tangan mak. Anak perempuan tunggal lah kata kan...kesayangan keluarga. I also lap u lah!!



Waktu ni agak sedih...pertanyaan Ayah kepada anakanda tercinta "Rosnah sudikah kau berkawin dengan Harun" (dalam nada yang terlalu sebak). "Kalau kau sudi Ayah akan lepaskan kau nak". Aku dengan mak pengantin dah bertakung air kat mata tinggal kelip jer confirmed gugur. Bukan senang kan korang nak lepaskan tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada orang lain...kita besarkan dia...kita masak dengan perangai anak kita....mampu ker suami anak kita nanti menjaga bagaimana kita menjaga anak kita. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik kerana perkawinan ini direstu keluarga.



Ayah nikah kan sendiri. Dua kali lafaz....alhamdullilah mereka sah menjadi suami isteri.



Ini lah nyawa saya.



My family

"Rosnah dan Harun...Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hinggal akhir hayat. Kitaorang doakan semoga diberikan kebahagian yang berpanjangan". Amin



So sweet....



Batal air sembahyang...seutas rantai sebagai hadiah.



Mas Kawin!


Selamat Pengantin Baru


Family Pengantin Perempuan.



Us!!

Selesai Majlis Akad Nikah...malam tu pulak ada Majlis Berinai Besar



Pakaian Jawa


Pihak lelaki. Eh! macam mana anak aku blh jadi sebelah lelaki pulak ni..haha. Lupa nak cite korang yang membuatkan perkawinan ni  bertambah meriah sebab diorang ni sepupu itu yang bertambah kecoh. Siapa nak jadi wakil sebelah lelaki ni...siapa nak jadi wakil sebelah perempuan...hahaha. Itu yang anak aku suka2 jer nak berarak ikut pengantin.



Orang Melaka kalau tak ada bunga api untuk sambut pengantin tak sah.



Malam tu tak jemput ramai...cuma sedara terdekat jer. Tapi tetap meriah tetap kecoh.



Merenjis


Settled merenjis...settled makan. Apa lagi karaoke lah. Sporting giler abang pengantin menyanyi...bapak pengantin menari. Badan aku pun dah goyang2 ni cuba tak berani jer kedepan. Cuba kalau ada orang tarik mmg over lah aku kat tengah2 tu.

ok! esok bersanding lagi meriah nanti sambung lagi yek..