Nuffnang Advertisement

Thursday, January 31, 2013

Teman Sehidup Semati...

Hahaha...layan lah emo aku dua tiga hari ni...tajuk entry bukan main hebat....sayu jer bunyi kan.

Aku ni jenis cepat stress...masalah kecil pun aku boleh pikir sampai seharian. Tetapi aku tak suka share masalah aku dengan orang. Depan orang aku ceria jer macam tak ada masalah dan aku tak suka orang tahu aku ada masalah. Cuma En Win jer tempat aku mengadu. Rasa selesa jer kongsi dengan suami...kalau aku cite masalah bodoh pun disorang jer gelak. Cuba kalau cite kat kawan2 mmg jadi bahan umpatan kan "Apa lah Si Elly masalah kecik pun nak kecoh".

Tahun ni 11 tahun aku berkawin dengan En Win tak pernah sekali pun aku atau En Win mengadu hal rumah tangga kami kat family. Rasa macam malu tak blh handle keluarga sendiri. Macam mana gaduh besar sekali pun kat rumah...makan tetap bersama...tidur tetap pegang tangan. Bertekak ni bagai nak rak...keluar jer bilik buat mcm tak ada apa2 berlaku....sendiri pujuk hati masing2. Kalau sesiapa salah mengaku jer kan tak payah nak ego sangat kata laki bini.

Sejak En Win decide berhenti kerja dan berniaga....aku pulak decide bekerja sambil berniaga kehidupan telah bertukar menjadi super busy. Penat jangan cakap lah...tapi untuk kesenangan keluarga kena korban masa bersama. Sekarang lagi busy sbb En Win dah buka company Transportation (Lorry). Handle segala permindahan dan pengangkutan (itu nanti2 aku cite ya). Lagi lah masa bersama kami terhad. Malam selalunya kami akan berkumpul makan...pukul 9 malam jer En Win sibuk ngan paper work aku sibuk ngan sibuk melayan budak2. En Win akan akan sibuk mengadap computer sampai 2 atau 3 pagi. Kesian laki I...

Alhamdullilah we alwiz support each others. En Win ni jenis suka bercerita dan aku kena jadi pendengar yang baik. Sambil buat kerja mulut kang membebel cite pasal masalah pekerja, masalah enjin lorry, masalah customer...aku angguk kan jer lah bukan aku paham pun pasal lorry ni sangat.

Hujung minggu selalunya bila budak2 dah tidur aku ngan En Win akan keluar berdua...lepak minum mamak, tgk live and borak2 dari hati ke hati...cewah!!. Apa nak buat, apa yang tak puas hati, kongsi berita gembira, kongsi berita sedih, kongsi segalanya. Kita kena bercomunicate kalau kau pendam aku pun pendam sampai bila hidup nak ceria.

"Pa i dah tak larat lah buat kerja rumah...nak ambik maid boleh"

"Kalau rasa mampu bayar...ambiklah. Tapi i tak selesa kalau ada orang lain kat rumah"

Maknanya apa...jawapan nya tak suka. So jgnlah pulak nko marah2 so cuba fikir cara lain...ambik maid yang datang pagi balik petang...aku happy dia pun happy. Dulu mula2 kawin asal gaduh merajuk masuk bilik sekarang kalau gaduh rasa tak payah gaduhlah buat bazir air liur jer kan...betul tak??



Sabtu lepas gi tgk live band dekat Rum Jungle Bukit Bintang...ceria2 kan diri...goyang2 kan badan rasa hilang stress dan penat bekerja selama seminggu. Kami mmg suka menari satu terapi minda aku rasa....hahaha. Kau pusing aku pusing kau gelek aku gelek. Kitaorang mmg enjoy music siapa kata dah kawin dah ada anak tak boleh enjoy...boleh jer tapi make sure dengan laki korang lah ya. Tapi bukan lah tiap2 minggu 3 bulan sekali kami akan keluar utk enjoy kan diri. Selebihnya dengan anak2.



Our 2nd paberet. Foot and body massage. Sebulan sekali mesti aku ngan En Win akan luangkan masa utk picit2 badan ni.  Manja kan diri dapat jugak rehatkan badan.



Aku tak cakap....kami bagus...kami sempurna. Kami masih mencari keserasian. Tipu kalau aku kata tak pernah bergaduh tapi kami cuba control agak masalah tu tak berpanjang. Bila perkawinan sudah terikat jangan sekali2 cuba robohkan....sebesar mana dosa dan kesalahan yang dilakukan jgn terus menghukum cuba bagi peluang kedua. Fikir anak2 fikir kebahagian yang kita pernah kecapi. Dalam rumahtangga sesekali ombak besar akan melanda. Akak nak bagi nasihat fikir sebelum membuat keputusan. Takut dengar kes penceraian anak2 muda zaman sekarang.

Alhamdullilah beri jodoh terbaik utk aku...dan aku kena berpegang kena amanah ini. Moga kekal hingga ke akhir hayat...amin.

 Dialah teman sehidup semati aku...


Wednesday, January 30, 2013

Apa salah aku.....cewah!!

Kadang2 tak faham aku orang yang suka mengata hal orang...semua yang kau pandang ada jer bahan umpatan. Kalau tak suka jangan pandang jangan baca tak ada sakit hati sakit mata. Aku tulis blog mmg syok sendiri...suka jer nak tulis benda2 bodoh....kalau rasa nak baca teruskan...kalau tak suka tutup jangan baca hati korang pun tak sakit. Ini bila baca komen...bantai aku kaw2. Tapi tak berani pulak letak nama.

Pelik lah manusia ni kalau tak suka tapi itulah kau bukak dan baca tiap2 hari...lepas tu tenung lama2 cuba cari kesalahan. Aku beli beg mahal2 guna duit aku sendiri...tepek kat blog nak share dengan pengemar beg boleh beli sama2...tapi kalau kau rasa aku riak nak tunjuk kekayaan terpulanglah kau nak rasa apa pun. Cuba sikap tu positif sikit jgn fikir benda tak elok jer.

Pergi melancong negara omputih boleh pulak....knp tak gi Mekah?? Uissshhh kau cakap pasal aku kau dah pergi ker? Kalau dah pergi Alhamdullilah. Kau doa2 kan lah untuk aku pulak supaya sampai kesana satu hari nanti. Tak payah kutuk2 ckp aku bodoh labur duit bagi kat negara omputih.... pergi negara omputih mesti tak sembahyang lah tu. Fuh! giler mulut jahat kau ni ya.

Buat entry China nak tunjuk diri tu berjaya. Niat aku baik nak share ilmu sama2. Itupun kena kutuk gaks...hahahaha. Kau nak apa sebenarnya...apa yang tak puas hati sangat cepat cite kat aku...apa yang aku dah buat salah sampai benci sesangat kat aku ni.

Ada tu lagi kelakar...aku tulis resolution 2013 nak gi Disneyland Tokyo pun kau kutuk aku ckp aku macam hebat sangat....dah mmg itu target aku...aku tulis lah. Tahun ni Resolution saya nak gi Melaka jer sbb takut kau kutuk jadi terpaksalah aku hiprokrit tapi aku rasa kalau tulis macam ni pun kena kutuk kot...sengaja lah nak rendah diri....hahaha Reso aku sukahati aku lah.

Pergi Europe bawak anak masuk church....itu tempat sejarah ok!! yang penting niat kita ada ker kau nampak aku sembah berhala kat church tu....sekadar melawat jer dah sampai harus aku pergi tempat2 sejarah macam tu. Komen kau tu macam dengki jer...hahahaha

Aku tak usik orang pun pernah ker aku up entry mengata pasal orang. Semua pasal diri aku, keluarga, kawan2 dan perniagaan. Kesian En Win sampai dia pun kena kutuk tak ada agama. Sebenarnya benda ni dah lama aku pendam...tapi semakin aku berdiam naik kepala pulak.

Blog aku ni sesiapa pun boleh baca...tapi kalau korang rasa penulisan aku bodoh, riak, macam nak tunjuk bagus, nak tunjuk hebat....tak payahlah baca korang pun tak sakit hati. Tapi kalau korang rasa suka jer baca boleh hilangkan stress....sila bayar penat tau tulis ni....hahahahaha.

Tak suka lah musuh2, gaduh2, benci2 ni bukan dapat apa pun....aku pun tak tahu kenapa kau nak marah2 kenapa nak kutuk2. Tak moh ya....tak elok perangai macam tu. Kalau aku salah tulis atau kau rasa tak selesa dengan penulisan aku....aku mintak maaf tapi tegur dengan cara yang elok tak payah sumpah2...maki2. Tanjat Maimon bila baca...hahaha tak mo ya !!

Hidup kena ceria kalau asyik nak mengutuk nak marah tak best tak tak elok muka tu nanti. Buat apa pening2 cari pasal ngan orang. Bukan dapat apa2 pun sekadar hati jer puas sebenarnya aku rasa tambah sakit hati lagi adalah. Tak payah lah baca perangai orang kita kaji diri kita sendiri aku dah cukup baik ker nak betulkan orang. Tegur tak salah tapi kena lah dengan cara nyer bukan main belasah jer.

Belajar terima hakikat...belajar terima kenyataan...selalunya orang benci dan marah ni bukan apa dia tak boleh terima hakikat kehidupan orang tu lebih bagus dan sempurna dari dia so cuba untuk cari negative side orang tu biar dia nampak elok dan orang tu nampak buruk.

Aku suka tengok orang berjaya, orang jelita, orang bahagia....aku akan cuba dekati orang2 berjaya dlm hidup ni supaya dapat tips yang boleh aku gunakan utk diri aku nanti...kalau org berjaya tu aku kutuk.... korang rasa rugi tak? dia tetap berjaya tapi aku berdendam marah tak tentu pasal...giler kan perangai macam tu.

Jadilah tak yah lah marah2 rasa tak suka jgn baca....rasa benci jgn tengok...kau tak payah komen aku pun tak payah baca. Senang citekan. Dah 2013 ni ubah2 lah perangai tu....buang tanggapan negative dalam hati tu...cuci bagi bersih hati tu ya....

I tak marah sekadar nasihat jer...

STOCK BLOUSE HAMPIR HABIS

Matilah promote muka sendiri lagi....muntah hijau lah korang!! Sian lah wei...dulu2 nak jadi retis cita2 tak tercapai...bila dapat gambar macam ni bagga tu...hahahaha




SNAKE PRINT BLOUSE

Tinggal 2 helai je.... minat sila email tsugoi12@gmail.com



WHITE BLOUSE

Tinggal 1 helai je.... minat sila email tsugoi12@gmail.com



BLUE BLACK

Tinggal 4 helai je.... minat sila email tsugoi12@gmail.com


Terima kasih bebanyak kepada repeat customer yang sudi membeli. Kepada sesiapa yang  belum dapat kan lagi Blouse Tsugoi...cepat2 sebelum terlambat.


Code : Pastel Green - Sold Out

Happy Shopping!!!


Masak

Aku ni kalau nak masak ikut mood...kalau mood rajin aku datang sebelum masuk office kul 7.30 pagi aku dah gi pasar Taman Tun. Lepas tu seminggu makan kat rumah balik rumah bukan main kelentung kelentang masak  kat dapur. TAPI bila datang mood malas aku pukul 4pm jer aku call laki aku :-

"Pa lauk kat rumah dah tak ada"....."Pa hari ni banyak kerja tak larat nak masak"..."Pa kepala pening"...."Pa hari ni biar i belanja makan ya". Kadang2 En Win buat tak layan jer alasan aku "Takpe u masak satu lauk pun i makan"....."u goreng mee je lah"....."Kalau lauk tak ada u singgah Giant beli gaks".

Kadang tu awal2 dah set kat kepala hari ni malas masak... ingat nak beli jer lauk kat kedai tapi bila sampai rumah tak sampai hati pulak bila teringatkan budak2....belum masuk rumah diorg dah jerit kat luar "mama masak apa hari ni?".

Bangun seawal 6pagi...kerja sampai 5.30 ptg. Sampai rumah kul 6pm itu pun kalau tak jem terus tukar uniform masak....lepas masak nak kena cuci periuk, mop dapur, basuh itu ini. Lepas makan kena kemas lagi...sambung lagi basuh baju sekolah....settled semua baru mandi. Lepas mandi tgk pulak budak2 punya homework...settled. Lepas tu sambung prepare baju sekolah utk esok...masuk siap2 dlm kereta. Hmmm...kerja mmg x habis2 kan.  Bila masa nak tengok TV...tak ada ok!!! Kalau makan kedai kan senang order...makan...bayar tak lah letih sangat kan!! Tapi tak boleh selalu ok not good.

Semalam mood pemalas masak datang balik....call En Win bagi alasan sakit kepala....muahahaha tapi betul sakit kepala tak tifu tau. "Ok ma hari ni u rehat biar i masak"...wah! tanjat boboi. "Thank you pa". Amboi bukan main manja kau ya....ber thank you bagai.



Bukan selalu terjadi. Tapi aku tetap letih bila En Win masak semua sudip, periuk dia keluar kan. Aku jugak yang kena kemas. Tapi aku diam kan jer lah...kang membebel dia tinggalkan semua benda kat situ siap nak jawab.


Keluar sekali 3 kicap....masak wantan mee katanya. Bila En Win masak aku kena duduk tepi kena bagi moral support...nyampah ngadakan.


Fish ball soup...pandai nyerrrrr


Relaks....potong sayur dgn gunting. Belasah jer lah.


Rebus Sayur...hebat u Pa.


Tadaa...lupa laks nak tangkat gambar. Meh! kita bagi tepukan gemuruh kat En Win sbb dia sanggup masak hari ni...demi isteri tercinta. Aaaauuuwww.

Lepas makan ada pesanan dari En Win...hahahaha

"Esok I pergi pasar Pudu beli lauk....tak ada alasan lauk tak ada ya"

Ayat Pedas nampak....letih tak Pa....letih kan mcm tu lah I rasa hari2.

Tapi sedap lah Wantan Mee U...esok buat lagi boleh....hahaha


Tuesday, January 29, 2013

Birthday Hajer n Fatema!!

Anak2 aku ni kalau pergi birthday party jer excited...sian korang dapat mak yang malas nak buat party utk anak2...hahaha. Bukan malas tapi pemalas....muahahaha. Entah tak tahu kenapa aku lebih suka celebrate birthday dengan keluarga terdekat jer...panggil adik beradik makan ramai2 lepas tu hantar makanan dengan cake kat sekolah. Anak aku asal balik birthday party jer merengek nak buat birthday party jugak...aku angguk kan jer bagi diaorang puas hati....jahatkan.

Selalunya 2 minggu sebelum birthday aku akan tanya dia nak cake design macam mana? Macam adik hari tu dia nak gambar penyanyi group omputih mana entah aku dah lupa...aku sediakan cake yang di nak, prepare party pack, order makanan lepas tu hantar kat sekolah. Mlm sebelum birthday tu selalunya kitaorang keluar berempat...esoknya baru celebrate ngan family aku n inlaw. Celebrate macam ni lebih senang kot budget pun tak besar.

Tapi kan...banyak2 birthday party yang aku pergi mmg tak boleh lawan party anak boss aku ni...giler seronok, makanan sedap, decoration cantik. Tiap2 tahun aku dan anak2 aku mesti tunggu jemputan birthday party diorang. Tahun ni theme party adalah butterfly....



Anak kedua boss aku....Siti Hajer. Cutekan skirt Tutu tu....anak aku dah merengek nak beli skirt yang sama. Hari tu nampak kat Bangsar Village...Ya Rabbi mahal ok mak kau ni tak mampu RM380.00 harga skirt tu.

"Oooo...mama beli beg mahal boleh pulak"

Diam lah!!!


Siti Fatema...Anak ketiga. Diorang celebrate berdua hari tu. Lahir bulan yang sama...January. Cute lah adik!!



Birthday Cake....hollo3 cutenya. Manalah anak aku tak teruja...aku tengok pun teruja sangat.

"Mama...Yaya nak macam ni jugak tau...nanti mama kumpul duit kita buat kat sini"

Bersungguh2 aku angguk....selagi tak angguk selagi tu dia asyik cakap. Bila aku aku angguk jer terus senyum sampai telinga...alahai cian anak mama.



Candy Bar..


Sime Darby Convention Centre.


ABC


Dessert





Lamb

Party start 10 am until 1pm. Aku biarkan budak2 main aku ngan En Win tak behent2i melantak...hahahaha. Dah macam buffet hotel semua makanan ada...harus kena cuba kan!!



Banyak games utk budak2 di sediakan. Face Painting, Magician, Drawing giler hebat party ni!



Beratur utk Face Painting



Drawing kat paper tu...so paper bag tu korang boleh guna utk isi candy .Very creative.



Games!!



Adik


Me n Liza. Sebelah tu anak lelaki Liza..Adam. Malu nak join sbb tak ada geng. Duduk lah sebelah mak nko tu dengarlah mak2 bergossip.


 

Yaya dah malas nak join sbb party ni ramai budak2 kecik dia jer yang paling tinggi kat situ. Tapi aku paksa gaks main...teman kan adik. Hujung2 aku tgk dia yang over atas pentas tu.



Me n Fatema!!



Games




Mickey Mouse!! Tak boleh tahan rasa macam nak gigit jer muka budak ni!!



Oppa Gangnam  Dance!!


Settled party baru rasa lapar...."Papa adik nak buat party macam ni tau"...."Papa mmg nak buat mcm ni tapi mama tak bagi...duit tu dia kata nak beli handbeg"

Aku buat2 tak dengar...malas aku layan.


Gigit telinga kang!!!

Friday, January 25, 2013

Jom Shopping...Blouse by TSUGOI!!

*sticky post*
*scroll down for new entry*


Giler hebat ajak orang shopping. Cuba kalau tetiba orang ajak kau shopping mesti kau tak suka kan!! Tapi ada aku kesah...korang kena gak shopping baju Tsugoi sbb aku mmg suka jer paksa korang beli baju yang kitaorang keluarkan...hahahaha. Tak2 akak gurau jer..... meh lah cuci2 mata tengok2 kalau berkenan boleh lah beli....ahaks!! Tapi kalau boleh beli lah gaji kan tak lama lagi....hahahaha over2 nak jugak paksa...


Serius2 nanti Filla marah "Ly kau promote betul2 boleh tak?"...."baik boss" nasib baik kau ngandung  Filla. Takpe kau tunggu dah beranak esok tahu lah kau aku buat macam mana. Tiap2 kali nak modelkan baju baru aku jadi mangsa....tapi sebenarnya aku suka jer tapi buat2 macam tension, penat...hahaha giler tak suka jadi model berdiri depan camera tetiba rasa jelita. Itu pun Filla ugut nak letak gambar tak cantik....berani buruk kan aku!!! kang baju tak laku jgn salah kan I. Cukup2 meh cuci mata



 

SNAKE PRINT BLOUSE (ZARA Inspired)

Long Sleeve. Utk bertudung sila pakai long sleeve black inner sbb bahagian tangan ada design lubang2. Sesuai di pakai ke pejabat atau berjalan2 dengan biopren diwaktu petang. I ke dalam gambar ni tak percaya tau #jgnlempangaku#.



Material sangat selesa sesuai utk cuaca di Malaysia....hahahaha



Pasal pencil box aku bentuk kasut tu pun Filla nak marah. "Wei apa kasut letak atas meja ni"...."Pencil box Filla" kan betul tak aku ckp asyik nak marah jer...giler ker aku nak letak kasut atas meja. I ke dalam gambar tu....hahahaha



CODE : SNAKE PRINT BLOUSE

(Free Size - Fit M Size)

RM 55.00 (FREE POSTAGE)

Measurement when laid flat

Labuh Tangan: 25.5 Inci

Dada: 18.5 Inci



WHITE BLOUSE (ZARA Inspired)


Baju Blouse Putih ini sesuai digayakan ke Pejabat. Utk nampak lebih trendy blh juga digayakan dengan seluar bercolour. Design sama seperti Snake Print Blouse. Bagi yang bertudung long sleeve inner hitam atau mengikut colour yang bersesuai harus digunakan kerana design ditangan juga berlubang2.





CODE : WHITE BLOUSE

(Free Size - Fit M Size)

RM 55.00 (FREE POSTAGE)

Measurement when laid flat

Labuh Tangan: 25.5 Inci
Dada: 18.5 Inci




BLOUSE PASTEL GREEN

Serius giler muka aku kan. Diorang tak bagi aku senyum...over katanya. Terus muka aku nampak garang. Takpe2 model kena konpiden...haktuii!!. 

Design Blouse ini seperti peplum. Material yang digunakan sangat selesa. Boleh juga digayakan dengan kain 'A Line'. Ia juga boleh digayakan ke Majlis2 kerana potongan blouse ini agak sopan.



CODE : PASTEL GREEN

(Free Size - Fit M Size)

RM 50.00 (Free Postage)

Measurement when laid flat

Labuh Tangan: 25.5 Inci
Dada: 18 Inci



Perggghhh....dah lama aku idam2 kan gambar ala2 ahli korporat ni. Angin jer Filla kat aku pose ala2 manja macam ni...Hahaha. "Moon suka2 pandai kau tangkap gambar....macam ahli koporat berjaya tu"...hahaha lagi filla hembus nafas kuat2 tanda protes.

Sama seperti blouse diatas...tapi colour lebih gelap.


Boleh juga dipakai dengan jeans utk lebih trendy dan selesa.


CODE : BLUE BLACK

(Free Size - Fit M Size)

RM 50.00 (Free Postage)

Measurement when laid flat

Labuh Tangan: 25.5 Inci
Dada: 18 Inci


Ada yang berkenan di hati tak?? Stock kali  ni tak sebanyak cardigan kimono hari tu...so kita utama kepada sesiapa yang buat bayaran terlebih dahulu. Kalau berminat sila email ke



Sertakan

Code Baju:
Alamat:
Telephone No:

Happy Shopping!!

Tuesday, January 22, 2013

Aktiviti Hujung Minggu!!

Kadang2 bila hujung minggu rasa bosan pulak nak keluar...balik2 window shopping, tgk movie, karaoke, lepas tu lepak2 tak tentu hala. Jemu pulak buat aktiviti yang sama hujung minggu. Nak melalak kat karaoke En Win ngan anak2 semuanya nyanyi lagu latest...part aku semua lagu lama2....hahahaha korang tahu lah lagu lama kan jenis yang mendayu2 ....boring jer anak aku nak tunggu lagu aku habis. Mana lah aku tahu lagu baru dengar radio pun waktu pagi itupun sejam nak hafal lagu baru pun tak sempat.

Setiap kali gi karaoke aku pulak yg mengamuk2 tak tahu nak pilih lagu apa....En Win ngan budak2 lagu dah penuh kat screen. Bila aku menyanyi jer diorang berborak ech other kecik hati i tau...bila diorang nyanyi aku sokong jer sambil menari2 kat tengah tu...sungguh kejam korang kan.

Sabtu lepas rasa malas nak keluar duduk rumah jer kita main games reramai lagi seronok....kalau penat boleh bukak Fridge tuang air sendiri. Kalau lapar boleh masak maggi mee. Terjerit lah korang sampai anak tekak nak keluar tak ada siapa nak marah pun....kalau tension pun jiran sebelah tapi korang tak nampak pun dia mengamuk kan....hahahahah.




Twister.

Aku rasa ramai tahu pasal mainan ni kan....yang tak tahu meh aku tolong explain kan. Korang kena pusing jarum ni tengok dia berhenti kat mana...contoh dia berhenti kat Left Hand colour merah so korang kena letak tangan kiri kat bulatan merah lepas tu pusing lagi jarum tu dan ikut arahan seterusnya



So aku tukang pusing anak2 dan En Win kena ikut arahan...berpusing2 lah badan korang siapa terduduk atau terjatuh kira kalah ya



Permainan dimulakan En Win lawan Ameera. Cute jer....kaki adik pendek tak sampai nak letak kat colour hijau...so En Win menang utk pusingan pertama.



Perlawanan Suami Isteri...abaikan seluar tidur aku ya...ini lah rupanya pakaian aku bila tidur malam jumaat jer ada kelainan sikit....hahahahaha



Berpintal2 tangan aku...En Win main tipu saja dia silang2 kan badan dia kat aku. En Win menang sekali lagi!!



Kalah lawan dengan kalah...Adik dan Aku....Ishhh bukan main budak kecik ni ya jgn harap boleh menang!!



Cuba korang tengok tangan aku terkehel ok!! aku pun tak tahu apa yang aku cuba lakukan...aku kalah dengan budak kecik sbb kaki aku tak boleh pusing ke colour hijau....kemenangan berpihak kepada Ameera.


Yaya n En Win...utk menentukan siapa juara minggu ni...


Hahaha...lantaklah korang tertonggeng2 nak menang...En Win seperti biasa suka main taktik kotor sengaja silang2 kan badan dia supaya pihak lawan senang jatuh dan akhirnya...



Juara bertahan 2 minggu berturut2...kau tunggu aku praktis  hari2 sampai jadi juara selama setahun.



Dah tergelak2 macam nak mampus...dah bergaduh2 tanda tak puas hati dengan permainan En Win tadi boleh pulak sambung Monoply waktu ni dah pukul 12 malam....tetapi permainan tetap di teruskan..



En Win banker....aku sempat tangkap dia mencuri duit utk membeli hotel dan rumah...Hahahaha permainan di bubarkan tanda protes!!



Having so much fun....sekali sekali seronok gak lepak rumah camni. Minggu depan kita cari aktiviti lain pulak.

Itu jer i nak cerita hari ni...hahahaha