Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 24, 2013

Kita jumpa balik next year ya....

Yeeeehaaaaa.....hari ni last day aku bekerja. Esok dah start bercuti ngan suami.....aaauuuwww tak sabar...hahaha. Ini kalau Peej ngan Filla baca baca mesti bagi jelingan maut kat aku...hahaha. Anak2 sila berperangai baik dirumah nen ya....jgn menyusahkan nen...kesian nen penat jaga atuk. Nak minum ker makan ker gi ambik sendiri...jgn nganda2 nak suruh nen ambik kan. Mama gi tak lama...tapi kan Mama dapat jenjalan ngan Papa...peluk2 pinggang papa....dapat kiss2 pipi papa...papa boleh suap mama makan....hahahahah suka2. Mesti berbulu jer anak aku kalau aku kacau2 macam ni..diorang mana boleh kalau aku rapat ngan En Win ada jer gangguan kalau aku nak bermanja2.  Kadang2 kalau jalan kat Mall berebut2 nak pegang tangan...duduk kat wayang pun boleh jadi pergaduhan. Aku mmg tak akan kalah punya...berani En Win tak pegang tangan aku....hahahaha.

Cepat giler masa berlalu kan....dah hujung tahun.... Apa yang sudah aku capai untuk diri sendiri, untuk anak2 dan suami, untuk ibu bapa dan yang paling penting untuk company kami. Rutin aku sama macam sebelumnya...rasanya tiada perubahan...cuma tahun ni agak mencabar sebab company baru nak membangun. Kehidupan aku lebih ceria dari tahun lalu. Tahun lalu ujian yang aku hadapi suami isteri terlalu berat sehingga kami putus harapan...perkara itu biar lah hanya aku dan suami sahaja yang tahu. Pengalaman banyak mematangkan aku. Tahun ni saja ada 2 kes aku dikehendaki berada di Mahkamah...satu pasal hal rumah (kes saman menyaman contractor) ...satu lagi kes saman dengan orang berhutang dengan aku. So far semuanya berjalan dengan jalan...cuma bila membabitkan lawyer banyak duit yang digunakan...hmmmmm lumrah hidup yang terpaksa kami hadapi. Seperti yang aku katakana tadi pengalaman banyak memantang kami. Alhamdullilah kami sentiasa support each other.
 
Kami masih merangkak2 dan berjinak2 dalam dunia perniagaan yang tak pernah kami terpikir untuk ceburi. Bidang Movers dan transportation lari dari bidang kami sebelumnya . Ya sangat berbeza dari berniaga baju dulu sekarang dah berniaga lorry...hahaha. Kalau fikir balik memang kerja giler. Alhamdullilah dari sorang pekerja sekarang kami dah ada 5 orang pekerja dan tahun hadapan kami akan ambil lagi 3 orang pekerja. Lorry pun dah semakin bertambah dari 3 lorry sekarang nak tambah lagi 2 lorry. Begitu juga dengan warehouse...dari satu warehouse sekarang kami dah ada 3 warehouse. Syukur alhamdullilah....terima kasih kat reader jugak yang banyak support company kami. Bukan satu perkara yang mudah dan senang...kerja tak tentu masa...kadang2 kalau tak cukup orang dengan En Win sekali akan jadi kelindan or pemandu lorry. Masalah staff...masalah kewangan...masalah kerosakan..tak pernah habis.
 
Anak2 dah semakin membesar...kena banyak buat pantauan. Tahun ni En Win suruh aku lebihkan masa untuk anak company biar dia yang handle. Itu kata dia lah...esok2 kalau ada masalah dengan aku2 terbabit sekali. Target aku nak berhenti kerja pada usia 40 tahun....tinggal beberapa tahun jer lagi. Nak tumpukan masa dengan anak2...berharap sangat impian aku yang satu ni tercapai. Letih rasanya bekerja dengan orang ni....rutin sama sepanjang masa. Itupun kalau company aku oklah...kalau tak ok kerja lah aku sampai pencen.
 
Perancangan tahun depan...ingat nak slow down sikit...nak kumpul duit banyak2....Yaya pun tak lama lagi nak UPSR. Nak tumpukan lebih kat company....no more bercuti ker overseas dalam masa 2 tahun ni...no more handbeg...Eh!....hahaha. Barangan rumah pun nak stop beli. Guna apa yang ada dulu. Nak lebihkan masa untuk diri sendiri....kalau boleh nak join pastry class....nak join zumba class (itu cita2 aku lah). Nak lebih bergaya dari dulu....nak cantik kan diri...nak selalu gi facial...nak selalu make up bila keluar rumah...lepas tu nak selalu gi saloon gulung2 kan rambut...hahaha. Itu kerja giler kalau dapat buat pun aku rasa 3 bulan sekali...takpe atleast ada dalam perancangan tahun depan.
 
Untuk bisnes online Tsugoi yang dah lama senyap...InsyaAllah aku ngan Filla akan bangkit semula. Maklumlah masing2 ada anak...masa sangat terhad. Kami akan cuba mengeluarkan produk terbaru. Hope korang boleh support ya.
 
Untuk anak2...aku dah sediakan aktiviti dan jadual tahun hadapan. Jangan nak mengelat exam besar dah nak dekat...honeymoon year untuk tahun ni dah berlalu. No more ponteng class...Piano class...tuisyen class...dan dance class tengah menanti. Hope kita sama2 boleh support each other. Lagi 2 tahun kita honeymoon balik ya.
 
Oklah korang "Happy New Year" hope segala yang aku impian dan rancangkan tahun hadapan dapat dilaksanakan.
 
See u Next Year..... 
 
 
 
 

3 comments:

Irfa said...

selamat bercuti elly
mesti rindu nak baca celoteh ko nanti.apapun suka baca kisah kehidupan ko ni,wpun x tercapai utk diri sendiri, tumpang happy bila baca dan mendtgkan inspirasi,apa ayat tah, aku pun x paham.huhu

Mass said...

Happy new year Elly...selamat berhanimun....:)

Filla said...

eh ada lagi percutian tahun depan.. hahahahah.. percutian kita lah yangggggg....