Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 6, 2013

Visa oh Visa

Aku tengah stress ni...tapi disebabkan cinta yang amat mendalam kat korang semua aku berbesar hati lah nak share stress yang aku hadapi ni ngan korang...hahaha.
 
Cite dia macam ni sebelum aku book gi Tokyo hari tu aku dah survey semua benda dari flight ticket accommodation, cari tempat2 menarik semua aku buat sorang ya....En Win mmg tak ada masuk dalam senarai membantu pun...sebab dia akan memeningkan kepala aku. Baik aku buat diam2...kang aku tanya itu ini dia tension aku lagi tension baik aku jangan tanya...itu semua tak ada hal bagi aku yang penting bila aku suruh hulur duit silalah hulur dengan senyuman.
 
Bulan August hari tu Government dah istihar tidak perlu buat visa jika hendak ke Jepun. Aku kalau benda2 penting macam ni aku mmg risau sikit....terus call travel agent dapat confirmation sekali lagi. Dalam bijak2 aku ada jugak bodohnya...patutnya aku call kedutaan terus ini pepandai call travel agent kan....memang masak lah nasib aku jadinya.
 
Lagi seminggu aku dah nak berangkat tapi hati aku macam tak sedap jer....macam ada jer tak kena...pack barang2 pun aku rasa tak sedap hati...walaupun passport semua aku dah sediakan. Isnin lepas aku cuba call untuk confirm kan sekali lagi mengenai visa....kali ni aku cuba call terus kedutaan untuk dapatkan kepastian kembali.......jeng3 disini lah masalah bermula.......
 
HANYA PASSPORT BARU SAHAJA TIDAK PERLU MENGGUNAKAN VISA (yang renew pada tahun 2011 keatas). PASSPORT LAMA STILL KENA APPLY VISA.
 
Aku dah mengigil waktu ni....apply visa mengambil masa 4 hari bekerja...itupun kalau document lengkap. Document yang perlu disediakan Flight Details, Company Letter, Bank Statement, Married Certificate, Itinerary dan macam2 lagi...nko ingat sempat tak aku nak prepare semua tu dengan kat office ni melambak kerja kena buat....mau boss aku menjerit nanti....TAKUT WEI!!
 
Nasib aku  baik ada jalan penyelesaian kedua....iaitu buat passport baru yang ada chip card didalam passport.  Hari tu jugak aku rushing balik rumah ambik passport terus gi Immigration Wangsa Maju...settled ambik gambar semua...sekali bila beratur nombor pulak habis...ya pukul 10 pagi nombor dah habis....giler ramai orang ya. Pecut pulak gi Immigration Jalan Duta pun nombor  habis jugak...aku tak putus asa gi pulak yang dekat Kelana Jaya kat situ pun nombor giliran dah habis...lama2 aku nangis kat tepi toilet sebab frust dan letih. Nasib baik lagi den datang kalau tidak mau meroyan aku kat situ...hahahah...very the emo.
 
Lepas En Win pujuk2...baru aku lega sikit decide pergi hari Rabu pagi. Satu perangai buruk aku...kalau ada benda penting aku  kalau boleh nak selesaikan hari tu jugak...aku tak suka risau lelama. Tapi nak buat macam mana kan Rabu pun rabu lah. Hari ni pukul 6.45 pagi aku dah terpacak depan pintu Immigration.......kalau nombor habis gaks aku ingat nak melompat atas kerusi...bagi diorang terkecut sikit....hahahaha.
 
 
Cuba korang tengok gambar kat bawah ni!!!
 
 
 
 
 
Pukul 6.45 pagi orang dah ramai giler....line beratur dah macam ular sawa....aku dapat nombor yang 53. Aku rasa orang yang dapat nombor 1 tu mesti dia beratur pukul 5.30 pagi tadi...ayoooo gila ramai.
 
Selesai urusan pukul 11.30 pagi....5 jam ya aku bertapa kat sana....giler betul lah. Tapi apa pun semua dah selesai...alhamdullilah!! Fuh baru boleh berak dengan tenang...ini pun dah dua hari tak berak punya lah risau sampai taik pun tak nak keluar....hahahaha
 
 
 
 
 
Nampak tak perbezaan yang lama dan baru.....korang nampak tak macam ada petak kecik tu...giler penting kotak kecik tu...pasal kotak kecik tu lah aku stress berhari2....ok lah tuan belog nak makan....tuan belog beredar dulu.
 

16 comments:

Anonymous said...

kak elly lain kali kalau nak buat passport, lari pegi putrajaya. sekejap je siap. trust me.

strawberi said...

oh..ade cip yer..bln dpn baru nk renew..hehe

Mya said...

kak elly kenapa tak pegi yang kat sentul tu.
situ bukak sampai malam..

~I AM SHOPAHOLIC~ said...

pergi kat putrajaya less than 2 hrs boleh siap kak elly... selaluuuu nya la :D

Anonymous said...

Betul kata mya...len kali pegi utc sentul...bukak smpi mlm...yg penting org xde...paling lama tunggu turn 10 min...imigresen ada...jpj ada..jab pendaftaran ada...

Intan ~ Nur Azlina said...

passport biometric je tak perlu buat, kalau passport lama perlu buat visa :-)

FnF Centre said...

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

Anonymous said...

Haha sama dgn adik saya! Kitorang nak pegi jumaat ni. Bila cek pasport dia ahad lepas rupanya pasport lama. So isnin dia cuti pegi buat pasport kt ptjy. Ramai sgt, nk byr pun kena beratur 3 jam! Server immigration down so x leh buat online. Terpaksa lah buat manual. Tp hari ni kt ptjy x ramai org.

Btw kalau pasport lama, nk apply visa x la leceh mcm dulu, just kena ada pasport ori, application form n gambar. Sijil kawen ke pengesahan keje ke hape x payah dah. Approve pun 2 hari je.

See u in tokyo elly! Kalau terserempak la :)

Anonymous said...

Ha haha...nak terburai perut aku ketawakan ko elly....mmg la stress giler! Betul anonymous no 1 tu, putrajaya jer...senang! Take it easy elly, life iis too short, stress skrg dah jd top five killer! Kalo asben n kids byk cekadak sgt, bg sedikit lesson, supaya dia org next time lebih menghargai effort you yg bukan sedikit tu....anyway, nikmatilah hidup kita yg x pnjg sgt ni dgn cara yg Allah redhai....selamat bercuti!

Vulgarian said...

Kat kajang pun kejap je buat aritu. Yang lama sikit kena tunggu pun nak collect je. Tapi tu pun tak lebih sejam.

awliya said...

pegi jer dekat UTC.Sentul. dulu pon kita nk nangis jgk sbb g Wangsa Maju mcm org gilee ramai. systemdown lg. sekali lari g sentul. setel.

awliya said...

yup. UTC sentul. luas giler. org pon xsesak mcm wangsa maju. dulu 2 hari tersandar kat wangsa maju tapi xsetel2. g Sentul setel.

Fiza Abdul Rahman said...

kenapa kak elly x up kat FB masalah kak elly ini? kalu buat kajang cepat dan pantas...pukul 800 dtg pun still dpt no. huhuhu

Anonymous said...

Salam kak.

fyi, nak buat japan visa, cuma amik masa 2 hari je. kami perlu passport, gmbr n form je. yg document2 yg akak ckp tu, tu prosedur lama. hihihi..

apa2 pun, dh sette hal visa tu kan... slmt bercuti!!

Fazleyatul Aini said...

tempat kak elly takde UTC ke. UTC kejap je kak. saya pon nak p Jepun bulan 12. Buat kat UTC Melaka ni. Tunggu dalam sejam passport dah siap

mrs kayrul said...

mujur la sempat ye kak..klu tak nangis tengok gambar tokyo je la...hehehe...jgn marah kak..