Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 26, 2013

Tokyo - Day 1 Tokyo Tower, Hard Rock dan Asakusa

Moshi....Moshi
 
Rindu lah tu...asyik komen jer bila nak up entry...terasa diri dihargai...hahahaha. Ok korang dah siap sedia nak baca entry ni...agak panjang sikit entry aku kali....nak bagi details sikit pasal perjalanan di Tokyo kerana perjalanan kali ni agak complicated sikit sebab turun naik train. So aku harap siapa yang nak pergi Tokyo kalau ikut itinerary aku ni InsyAllah tak akan sesat.
 
 
 
Amboi kasut tak agak2...padahal melecet2 kaki aku sampai kembung keluar air. Tapi nak bergaya kan sakit pun sakit lah "beauty is pain"...giler
 
Sebelum tu nak cite sikit kenapa aku memilih Tokyo untuk percutian kali ni. Aku memang rancang nak bawak anak aku gi Disneyland....bila dah survey2 Disneyland yang terbaik dan tercantik adalah di Tokyo plus aku banyak dengar cite pasal Tokyo tempat pelancongan yang sangat cantik untuk dilawati. So aku dah siap buat budget setahun sebelum sampai kat sini. Tiap2 hari mengadap tengok promotion AirAsia dan Alhamdulilah aku dapat book ticket dengan harga yang amat2 berpatutan.
 
 
 
Korang jangan ingat aku kaya sampai boleh beli ticket Flat Bed ni ya. Ini semua harga promotion...aku dapat beli harga tiket ke Tokyo RM1,045 (return). Bila korang dah book nanti AirAsia akan offer sama ada korang nak tambah duit untuk Flat Bed atau tidak tapi subject on availability. Seorang kena buat penambahan sebanyak RM300.00 (return). 4 jam sebelum bertolak AirAsia akan email untuk memberitahu samada korang dapat seat Flat Bed atau tidak...kalau flat bed hari tu penuh duit korang akan dikembalikan. Macam kes aku...waktu pergi kami berjaya mendapatkan Flat Bed tapi waktu balik nando....so duit dikembali selepas 5 hari waktu bekerja.
 
 
 
Untuk perjalanan jauh...Flat Bed ni sangat2 selesa. Anak aku bantai tidur dari pergi sampai lah ke Tokyo tak bangun2
 
 
 
Amboi eksyen nko ya Bang...bila aku berjaya dapatkan Flat Bed ni bukan main En Win tunjuk thumb up kat aku...laki aku ni bila nak bertolak malam tu baru sibuk2 nak tanya itinerary....baru sibuk2 nak check internet tempat yang menarik...dia kalau tak buat aku angin tak sah.
 
Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam. Aku bertolak pukul 2.40 pm dan sampai 10.30 pm.
 
 
 
Waktu Tokyo cepat 1 jam. Kalau kita di Malaysia pukul 10 malam diorang dah pukul 11 malam. After 10pm bus transfer untuk ke Hotel dah tak ada..so terpaksa cari Teksi mahal nak mampus...berdesing telinga aku laki bini dengar harga teksi. Kalau aku berdua jer pergi mau aku tidur jer kat Airport ni sampai esok pagi tapi mengenangkan ada anak2 bersama terpaksa lah berkorban jugak. Dari Airport ke Hotel yang perjalanan tak sampai pun setengah jam RM400.00...giler2
 
 
 
bagi sesiapa yang sampai awal....korang boleh terus ke information counter untuk dapatkan information pasal bus or train untuk korang naiki nanti.
 
 
 
Kitaorang terpaksa ambik Van malam tu untuk ke hotel.
 
 
 
Aku duduk di Hilton Tokyo Bay. Dekat dengan Disneyland...dan dekat dengan Train Station.
 
 
 
Aku ambik bilik yang ada 4 katil terus....senang tak terpisah ngan anak2. Harga RM1,200.00 semalam. Korang jangan terperanjat harga bilik hotel di Tokyo ni mmg mahal melainkan kalau korang sewa apartment. Tapi agak jauh dari town.
 
Untuk melancong korang kena pandai buat budget...utk percutian kali ni En Win bayar duit hotel dan aku bayar flight....duit Disneyland...duit makan....dan lain2 memang aku dah buat budget awal2 dan kami bahagikan kepada dua.
 
 
Day 1
 
Tokyo Tower
 
 
Kalau korang duduk dekat Hilton Bay Tokyo jgn risau diorang menyediakan transfer 15 minit sekali untuk ke main station...perjalanan dalam 10 minit jer
 
 
 
Station yang berhampiran dengan hotel kitaorang adalah Maihama Station
 
 
 
Nasib aku sangat baik....ada seorang reader yang sangat baik hati bantu aku senarai tempat2 yang menarik utk dilawati dan train apa yang perlu kami naiki...aku rasa kalau tanpa bantuan reader ni aku mmg sesat kat sini...mmg tak keluar berjalan lah jawabnya.....kalau KL  cuma tukar 2 train pun aku dah pening...korang bayangkan kat sini dia ada lima train yang berlainan.
 
 
 
Machine Tiket
 
 
Agak2 kalau korang pergi sendiri boleh faham tak??? Giler complicated kan. Jangan ingat korang nak pergi kesesuatu tempat cuma naik satu train jer ya....kadang2 tempat dekat pun dekat 3 train korang kena tukar. Bertabah jer dengan system pengangkutan kat sini. Memang pengangkutan utama kat sini menggunkan Train. Takpe satu pengalamam yang seronok ditempat orang.
 
 
 
Tempat yang pertama kami lawati hari itu Tokyo Tower
 
Maihama Station - Shin Kiba (Y24)
- JR Keiyo Line
- Train toward Tokyo (7 min 2 stop ) - Yen 150 (RM4.50 seorang)
 
************
 
Shin Kiba (Y24) _ Tsukishima (Y21)
- Yurakucho Lina
- Train towards Kawagoeshi - Platform 2,  Yen 160 (8 minit, 3 stop)
 
*************
 
Tsukishima (Y21) - Akabanebashi (E21) - Tokyo Tower
- Toei Oedo Line
- Train towards Hikarigaoko via Daimon - Platform 2, Yen 210 (12 min, 5 stops)
-Exit cari signage Tokyo Tower
- Keluar Station akan nampak Tokyo Tower kat depan
- cross jalan menghala ke Eneos Station
-Make sure Eneos kat sebelah kiri and jalan straight ke Tokyo Tower (Tokyo tower sebelah kiri)
 
 
 
 
Kalau korang tak faham boleh jer gi dekat counter buat pertanyaan. One thing good about rakyat Jepun diorang ni very helpful.....sangat2 sopan santun. Aku kan jalan laju asyik terlanggar orang kiri kanan....walaupun aku yang salah melanggar diorang tapi bukan main diorang yang tunduk mintak maaf.
 
 
 
Korang boleh jer beli ticket one day...boleh gi kemana-mana dengan menggunakan ticket tu. Tapi entah macam mana aku  boleh terlupa pasal benda penting ni...jadi setiap kali nak naik train aku terpaksa beli tiket dan harga agak mahal.
 
 
 
Aku dah prepare semua...kali ni tugas laki aku bawak kitaorang turun naik train...aku kalau part map dan baca2 ni mmg lembab. Walaupun ada jawapan depan mata tapi tetap bodoh jugak...hahaha
 
 
 
Melawa pandai lah....hahahaha
 
 
 
Alhamdullilah berjaya sampai tempai yang pertama
 
 
 
Cantik sangat2 kota Tokyo ni....bersih rasa macam boleh guling2 jer kat atas jalan raya. Memang tak jumpa langsung peminta sedekah kat sini...semua rakyat diorang bekerja. Aku mmg pilih waktu sejuk supaya sedap sikit nak berjalan
 
 
 
Tokyo Tower
 
Aku tak berapa ingat rasanya nak naik Tokyo Tower ni dalam RM30.00 seorang. Tapi tak dapat naik sampai keatas ada kerosakan sikit....takpe naik separuh pun dah nampak seluruh Tokyo.
 
 
 
Cantik dan Bersih...time bekerja korang cuma  blh nampak dua tiga ketul kereta jer yang ada atas jalan raya.
 
 
 
Banyak2 benda aku paling teruja adalak toilet di Tokyo...BERSIH sangat. Lepas tu kalau musim sejuk korang duduk siapa ada heater kat bontot tu. Lepas tu nak cuci bontot tekan2 jer...nak air slow ker...air laju ker...pilih jer. Suka lah....hahahaha
 
 
 
Us di Tokyo Tower
 
 
 
Merry Christmas....hahahaha
 
 
 
Kiddos
 
 
 
ok settled kita tuju tempat kedua pulak
 
 
 
Holloh3...cutenya
 
 
Lepak2 kat bawah Tokyo Tower cantik sangat permandangan kat sini
 
 
 
 
 
 
 
 
Hard Rock Café
 
 
 
Perjalanan diteruskan ke Hard Café
 
Akabanebashi (E21) - Roponggi (E23)
- Toei Oedo Line for Roponggi - Platform 2, Yen 170 (4 minit, 2 stop)
- Exit 3 - Near to Roponggi crossing
- keluar ambik kanan Nampak jalan besar (Gaien Higasgi Street ke kana
- Straight sampai jumpa Mc Donald ( tengah renovate) sebelah kanan
- sebelah Mc Donald ada jedai 100 yen
- Hard Rock belakang Mc D
 
 
 
Berjaya sampai gaks....
 
 
 
Beli untuk diri sendiri dulu...kalau ada lebih budget datang balik beli untuk kengkawan pulak
 
 
 
En Win
 
 
Berehat makan Sushi. Harga makanan kat Tokyo ni mmg mahal. Sejemput nasi dengan lauk pun dah kos RM30.00. Nasib baik bekalan aku banyak...so malam mmg tak makan luar makan apa yang aku  bawak dari Malaysia. Alhamdullilah waktu lalu kat kastam diorang tak check pun beg aku...selamat makanan aku. Cuma aku tak dapat masak nasi kat sini...periuk nasi aku 300 voltan....tapi kat sini cuma guna 100 voltan...4 jam masak nasik tak masak2. Sudahnya makan roti dan maggi mee...nasib baik aku bawak serunding, mushroom soup lah, kari daging. sambal tumis  sedap gaks cicah2 ngan roti.
 
Sushi kat sini pun tak sama dengan sushi kat Malaysia...Teppanyaki tak ada ya.
 
 
 
Asal makan jer check harga...mahal2...hahaha
 
 
 
Pakaian seragam sekolah budak2 di Jepun. Beg semua sama ya...siap pakai topi ...kecik2 dah naik train...konpiden jer...cuba kalau lepaskan anak aku ntah mana2 dia turun nanti.
 
 
Asakusa
 
 
Perjalanan diteruskan ke Asakusa
 
Dari Hard Rock
 
Roponggi (E23) - Daimon (E20)
- Toei Oedo line for Daimon - Platform 1, Yen 170 ( 7 mins, 3 stop)
 
****************
 
Daimom (E20) - Asakusa (A18)
- Toei Asakusa Line for Oshiage - Platform 2, Yen 210 (15 mins, 9 stops)
- Cari Signage yang ada gambar Temple
- Exit Station ke kanan sampai Nampak jalan besar pastu amik kiri
- nanti Nampak orang yang pakai baju biru putih tarik macam lanca
- cross jalan nampak big lantern
 
 
 
on the way dah gi Temple (Nakamise Street - Tourist Spot)
 
 
 
Ta daaaaa....
 
 
 
Banyak barang makanan dan accessories menarik kat sini...pandang boleh lah beli jangan...mahal ooi.  
 
 
Yaya
 
 
Yen 4500 dalam RM136.00 hanya untuk sepasang selipar Jepun
 
 
 
Tangkap gambar free....hahahaha
 
 
 
Jumpa lagi gadis Jepun
 
 
 
Temple
 
 
Big Lanten
 
 
 
Actually ada 2 tempat lagi yang patut kami lawati....disebabkan kitaorang lembab dan waktu ni dah lapar dan malam...jadi terpaksa berangkat pulang...rasanya hari terakhir ada masa sikit boleh kot repeat tempat yang x sempat pergi tadi. Kat sini pukul 5 petang dan gelap gelita dan kebanyakan bazaar tutup pukul 6 petang.
  
 
 
Gerai makan mmg banyak...tapi tak lalu aku makan beras kontot...mahal laks tu. Makan loti lorrrr
 
untuk balik ke Hotel
 
Dari Asakusa
 
Asakusa (A18) - Ningyocho (A14)
- Asakusa Line
- Trains towars Haneda Airport - Platform 1 (7 mins, 4 stop)
 
**************
 
Ningyocho (H13) - Hatchobori (H11)
-Hibya Line
-Train toward Nakamegura (4min, 2 stop)
 
Yen 260
 
**************
 
Hatchobori - Maihama Station
-JR Keiyo Line
-Train towards kaihinmakuhari / Soga - Yen 120 (14 mins, 5 stops)
 
 
 
 
Esok sambung  Day 2 - Disneyland
 

24 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya pon jenuh nak kumpul duit g jepun bulan depan ni kak elly. company trip. nak p sendiri tak mampu la jawabnya. tapi p hokkaido. sana plak musim sejuk. agent siap bagi dress code sebab suhu kat sana sangat2 sejuk. pengsan la nak membeli baju2 sejuk bagai, long john lagi. mintak napas rasa huhu

Anonymous said...

wah hebatlah kak elly boleh ingat semua tempat2 yg dilawati..tabik spring..xsabar nak tunggu entry seterusnya :)

Unknown said...

yeay......best2

Azziah Nawawi said...

yay!!
akhirnya kluar gak entry jepunggggggg.. hihihi

Irfa said...

gila mahal..huhu
tp bolehla pegi sekali seumur hidup

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Teringin nak pegi Tokyo.. cantik btl tempat depa.. ;)

strawberi said...

kt tokyo kan..mmg mahal..tp utk pengalaman..mmg seronok...kena bersedia awal2 la kalo nk gi sana...hehe

jimat kemain lg dorg eh..bg 100voltan je..sabo je la...hehe

yayang laling said...

koniciwa!

akhirnye..ader pon entry baru.
update lagi cecepat pasal disneyland pulak yer Puan elly.

Arigato hait hait!

ikafantasi said...

wah kak elly dah balik..sookaa

Filla said...

cepatlah kak elly... adik tak sabar nak tunggu next entry ;)

mami said...

Elly....rindu giler akak kat tokyo... at least you've refreshed the memory for me....huarghhh...

Qiara

Anonymous said...

skrg kat jepun dah masuk penghujung autumn... autumn dan spring paling best jalan2 kat sana sbb cuaca dia tak sejuk dan tak panas... pemandangan cantik2... kalu pergi time winter (terutamanya bln 1), boleh main snowboard atau ski. agak murah berbanding dgn negara2 bersalji lain... kebanyakan hotel2 kat jepun caj ikut kepala.. bukan ikut bilik... sbb tu harga hotel mahal terutama bagi family. kalu nak save budget, kena survey hotel2 yg caj per room, tp tak byk pilihan... tapi currency yen skrg agak jatuh/murah compared to year 2011-2012 (4 kali ganda).. alhamdulillah, kerana diberikan peluang dok kat jepun lebih kurang 5 tahun.. byk pengalaman manis masa kat sana... rindu nihon.

faraBella said...

Can't wait next entry

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cepat buat karangan Elly!!

Cutella said...

Nice place!

~~AzaLea~~ said...

wahh.. best giler!! entry akak wat saya mengimbau kenangan ke Jepun last year..

Cepat update okay...

Anonymous said...

Seronokkkk nyeeeee. Kat sana standard cost of living nye tinggi ek? Baru nak cadang nak buat student exchange kat sana :s

Ibu Siti said...

kak elly..saya nak tanya...kat sana boleh merokok sesuka hati tak? hehe...saya ni nak pegi tapi kalau tempat tu susah nak meroko kat public, masalah negara betul..suami saya xmo pegi lak...sbb En.Win tu perokok, tu yang nak tanya.. :)

Elly said...

Merokok tak boleh sesuka hati dia ada tempat dan kawasan disediakan...jgn risau ada banyak bilik merokok disediakan

Niera Mohamed said...

kak Elly...boot pink kak Elly tu cun sgt...beli kt mana ye?? mmg keras & sng melecet ek??

Niera Mohamed said...

kak Elly...nk tnya boot pink tu beli kt mana & price around brp RM ye...mmg cun gila...igt nk beli jgk..

Niera Mohamed said...

kak Elly...nk tnya boot pink tu beli kt mana & price around brp RM ye...mmg cun gila...igt nk beli jgk..

shazalyza mohammad said...

elly, nak tanya... flat bed upgrade tu u buat dgn optiontown ke? mmg dia confirmkan seat 4 hours before ye? kalo kita belum beli baggage lg, jenuh la kan kalo tak dpt pakej tu... last minute nak kena beli online.. ke better beli luggage dulu? incase tak dapat pakej tu.. apa pendapat u?

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com