Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 9, 2013

Resepi Laksa Kedah

 
Amboi...orang lain buat Laksa siap pejam mata....aku baru terhegeh nak riak bagi resepi. Orang tak pandai masak macam ni lah gayanya....kira dapat buat laksa dah terror habis lah tu..riak sana sini nak menunjukan betapa bangga nya diri ni....hahaha. Hanya orang yang tak pandai masak macam aku jer faham maksud yang aku cuba sampaikan.
 
Aku mmg penggila laksa...tapi nak cuba buat tak berani. Entah apa yang buat aku tak berani pun aku tak tahu....aku selalu anngap orang yang pandai buat laksa ni kategori mak2. Lepas tu aku terpikir balik...aku mmg dah masuk ketegori mak2....jadi maknanya kena cuba buatlah. Tengok resepi kat internet hari2. Siap ada fail khas ya untuk salin resepi...tapi cuba belum tentu lagi.
 
Bila baca resepi Laksa Kedah....giler senang rupanya...cewah!! hahahaha. Disebabkan senang bebenor hati kembang kuncup lah nak cuba...nak riak ngan laki lah yang bini ni dah naik taraf chef2 sedunia...hahaha. Awal pagi Jumaat....zasss gi pasal cari ikan kembung atau ikan temenung....laksa beras...bunga Kantan dan Daun kesum. Ingat nak buat hari Sabtu busy lah pulak ok kita tukar hari ahad. Marilah kita sama2 menerokai Chef Elly di dapur.
 
Bahan2 yang diperlukan
 
* Sekilo ikan kembung (ikut suka lah korang nak buat banyak mana)
 
* 20 batang cili kering (kalau nak pedas letak lah lagi banyak)
 
* 4 ulas bawang besar - tengok2 lah kalau bawang tu kecil letak lah dalam 5 atau 6 ulas
 
* 1 - 2 batang bunga kantan
 
* Daun kesum
 
* Asam keping
 
* Belacan
 
* Garam
 
 
 
 
Bahan2 diatas. Bawang besar, cili kering dan belacan di blend. Bunga Kantan dihiris dan daun kesum agak2 lah nak letak berapa banyak.
 
 
 
 Mula2 rebus ikan kembung. Masa rebus ni jgn letak banyak air...agak2 ikan dah tenggelam tu cukup lah. Lepas tu masukkan sedekit garam dan asam keping. Waktu  ni aku guna satu sudu kecil garam dan 6 keping asam keping.
 
 
 
 Asingkan ikan dengan tulang. Letakkan bekas berbeza. Bila dah asingkan blend isi ikan tadi.
 
 
 
Tulang ikan pun kena blend jugak baru manisan dia tak hilang
 
 
 
Lepas blend tulang ikan tapis ya...kang ada pulak yang tercekik .
 
Air rebuskan tadi jangan dibuang...ia digunakan untuk proses buat laksa. Masuk kan ikan yang diblend tadi kedalam air rebusan. Dalam 10 minit boleh masuk kan bunga kantan, cili kering, bawang, belacan, daun kesum, garam dan asam keping (waktu ni aku letak 10 keping). Biar kan mendidih selama 20 minit. Kalau korang nak masam lagi boleh lah tambah asam keping. Kuah dah pekat....rasa dah sedap boleh lah diangkat
 
Sementara tunggu kuah laksa masak....boleh lah rebus laksa beras. Makesure didih kan air dulu baru masuk laksa. Kalau masuk terlalu awal takut di kembang dan lembik nanti. 
 
 
 
Bahan2 sampingan...kalau korang suka boleh tambah cili padi, bawang atau cili merah. Waktu ni aku terlupa beli otak udang (petis) dan bahan2 pun tak cukup.
 
 
 
Kuah yang siap dimasak
 
 
 
Tadaa...hahaha
 
Aku kalau makan laksa tak suka letak macam2. Laksa ngan kuah jer lepas tu letak telur setengah biji. Waktu ni debar2 nak hidangkan....hahaha. Bila En Win cakap sedap teus senyum tersipu malu. Terus bangga bungkus kan mak mertua...lepas tu cakap 80 kali "Pandai I masak kan Pa"...."Sedapnya I masak"...hahahah. Haruslah puji diri sendiri kan...baru lah adah semangat nak masak lagi
 
ok...minggu ni mood nak masak mee rebus pulak. Nanti kalau berjaya aku share...kalau tak up entry mananya tak berjaya lah ya...hahaha. Jgn nak mengada tanya2 pulak ya.....
 
 

8 comments:

Jueliza Jamani said...

wow.. terror tu.. mama i masak dia letak bnyak bawang merah.. pehtu nak sedap lagi letak cili padi skit.. baru kick.. heheheh...

Azziah Nawawi said...

syabas la kak.. saya suka gak laksa ni. org utara harus tau pasal laksa kedah kan? tapi tak penah try buat sendri pun sebab senang nak carik kat sini. hehehe. alasan ok dak? nak buat senang je tapi renyah sket la part ikan tu kan?

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nyumsss....ini mendatangkan idea untuk lunch hari ni :)

Anonymous said...

aduh terliuq lak kak elly tgk laksa ni...

NenetPenne (NP) said...

ya saya faham ..bila orang tak pandai masak, bila masak sesuatu pastu sedap dan menjadi memang akan meriak..yaaa saya pun salah sorang daripadanya... :)

yayang laling said...

huyoo..terer la kak elly masak.
caya lah.
kuah nampak pekat. yummy!
untung en.win.

Atie said...

saya org kedah..mmg pandai k.elly masak..sebijik menjadi tu:)

Anonymous said...

kuah pekat2....masam pedas , manis (bawang) balance... Dah jadik la tu!