Nuffnang Advertisement

Friday, October 25, 2013

Apa sudah jadi ni.....

Ayoyo...apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia ni. Sana sini berita kes bunuh....nyawa manusia dah macam tak ada nilai. Tak tergamak rasanya nak baca kes bunuh2 ni...kesian dengan orang2 yang tak bersalah tup2 kena bunuh.

Kes Satu

Kes budak wanita berusia 15 tahun tu dibunuh teman lelaki yang berusia 23 tahun. Diletakkan didalam beg dan dicampakan. Paling scary ibu mangsa kenal siapa pembunuh anaknya. Aku rasa tak payah lah aku cerita details pasal kes itu....aku rasa semua orang dah tahu kot apa yang terjadi. Kadang2 buat aku terpikir orang yang dekat dengan kitanya sebenarnya ada lah musuh kita....hmmmmm. Zaman sekarang susah nak percayakan orang....kita tak tahu apa niat tersirat dan tersurat seseorang itu. Dulu2 kan cita2 aku nak jadi lawyer...aku selalu nak bantu orang yang bersalah. Aku selalu nak tahu sebab dan kenapa dia ambik tindakan macam tu. Korang jangan salah sangka aku sokong pembunuh pulak....korang ni bukan betul tak boleh salah cakap sikit.....ini pendapat aku jer sebab aku suka pikir yang terlebih2 over. Tapi disebabkan aku terlalu bijak tu yang cita2 tak tercapai...hahaha.

Tak ada satu orang pun yang suka jadi pembunuh. Selalu nya pembunuh ini akan melakukan bila waktu terdesak atau setan mengusai diri. Tapi diorang tetap lah bersalah sebab membunuh orang. Cuma kadang2 aku terpikir apa ada dalam perasaan si pembunuh waktu tu. Itu yang selalu terjadinya bunuh tanpa niat...disebabkan terlampau mengikut kata nafsu maka berakhir lah dengan pembunuhan. Otak manusia ni selalu nak ambik pendekatan yang cepat dan mudah. Cara yang paling cepat adalah dengan membunuh tapi adakah itu jalan terbaik??  Kadang2 bila tengok muka pembunuh kat TV tu rasa geram rasa nak tampar2 jer....sebab buat si mangsa tanpa belas kesian....tapi kita kena pikir dari sudut yang lain kenapa dia ambik tindakan macam tu. Ini lah kerja hakim dan lawyer untuk mencari kebenaran. Kita orang luar hanya mampu melihat dan mendoakan kebenaran yang sebenarnya timbul. Jangan cepat menuding jari. Ingat ajal dan maut di tangan tuhan.

Takut lah wei....macam dah tak selamat dunia sekarang. Bunuh.....rogol.....merompak dah macam satu permainan. Macam mana lah agak perasaan ibu mangsa....anak yang dikandung 9 bulan dibunuh dengan tragis sekali. Orang luar sibuk pertikaikan kenapa ibu mangsa membenarkan anaknya berjumpa lelaki itu??? sekali lagi aku dah ingatkan kita jgn cepat menghukum seseorang itu sebab kita sendiri tidak tahu cerita sebaliknya. Hanya apa yang boleh kita ambik dari kes ini adalah satu pengajaran yang berharga. Contoh macam kes Arwah Nurin yang benarkan anak2nya pergi ke pasar seorang diri....jgn kita salahkan keluarga dia pulak....tapi kita ambik pengajaran dari kes itu.

Kes kedua

Kes pembunuhan seorang pekerja Affin Ambank Bank. Ditembak dikepala dan meninggal serta merta. Aku rasa semua dah tgk video pembunuhan tu. Korang rasa kenapa pembunuh mengambil tindakan macam tu??? kenapa dia mencuri???. Mungkin dia tiada niat pembunuh dia hanya ingin mencuri...dia nak tembak bagi menakut2kan pegawai bank tapi tertembak kepala simanga....MUNGKIN ya. Aku sebagai orang luar hanya mampu berpikir dan memberi pendapat sahaja tapi biarlah pihak polis dan pihak penghakiman menentukan ya....seperti apa yang aku cakapkan tadi bila setan mengusai pikiran tindakan bodoh akan dilakukan. Ya Allah ini lah penting peranan ibu bapa mendidik anak2 dari kecil. Ibu bapa mana yang inginkan anak menjadi pembunuh. Kenapa pembunuh itu mencuri??? macam2 cara lain boleh dilakukan untuk mencari rezeki....TAPI mungkin keadaan sekeliling yang mendesak. Kita tak tahu apa yang sipembunuh sendiri pikirkan....jadi sekali lagi kita semua doakan agar kebenaran itu timbul. Tapi apa juga alasan membunuh itu satu kesalahan besar...jangan sekali2 kita ada niat ke arah tu. Kesian dengan orang yang tidak bersalah....keluarga, saudara mara dan teman rapat si mangsa akan turut sama menderita.

Cuma apa yang nak aku sampaikan disini....pikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Kita bukan hanya menyusahkan diri kita...tapi kita menyusahkan hati seluruh rakyat Malaysia. Semua masalah ada penyelesaian nya. Peranan ibu bapa dan masyarakat sangat penting....bantu membantu dan kerjasama sangat2 penting buat masa ni. Janganlah korang nampak sesuatu yang mencurigakan korang buat tak tahu jer dengan alasan tak nak masuk campur. Zaman sekarang kita kena jadi busy body nampak sesuatu mencurigakan cepat bertindak....bertindak dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Marilah sama2 kita sedekah Al Fatihah untuk simangsa agar rohnya dicucuri Rahmat.

Nak share dengan korang doa2 yang aku dapat dari internet.


DOA KESELAMATAN ELAK BUNUH DAN ROGOL

1) Ertinya : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang jahat”
 
 
2) Ertinya : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”
 
 
Fadhilat Doa & Hadis
Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa (1) tersebut maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.”
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa (2) sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)
 
 

 

8 comments:

Adam's said...

1 lagi kes kak, kes 3 pembunuhan tikam dekat LRT Gombak & LRT Taman Melati 2 org maut. baru jadi semalam, mak aih. dah tahap kronik dh Malaysia nih. bunuh2 dah jadi normal, ya allah mintak jauh la benda2 ni jadi kat kite.

Norma NML said...

Tu la Elly..sedih bila dgr kat mana2 pun ada aje jenayah...tinggalnya kita kena byk meminta dan berdoa pd DIA..semoga kita dan kelurga dilindungi dr kejahatan manusia yg rakus ni..

pinky said...

kak...ambank...

Mimy Hamid said...

TQ elly share doa...AL Fatihah...semalam kes tikam perut org lak...nauzubillah

Farra said...

yer...dan pada saya walaupun si mati itu kakak schoolmate saya dalam hati rasa hiba sangat x sangka rupa2nya orang yg pernah dekat dengan kita...apapun berdoa agar dijauhkan dari segala bentuk ancaman atau kecelakaan mcm tu bagi kita semua InsyaAllah Amin...

Farra said...

Sedih kan...tambah2 lagi si mati itu adalah kakak schoolmate saya dulu..rupa2nya orang yg pernah juga dekat dengan diri kita...semoga kita semua dihindarkan kecelakaan dan kemalangan spt itu...InsyaAllah amin.

EZAN IDMA said...

alfatihah

zara zain said...

ermmm..i pun mcm u gak..Elly..
i tringin nk tahu nape manusia yg brgelar ''pembunuh'' ni mbunuh..
apa perasaan die tika tu..kosong..?benci..?atau apa..

nape die blh jd mcm tu..bg i..stiap yg brlaku pasti ada pencetus pd perbuatannye..hurmmm..takut dunia kita skrg..!!!!