Nuffnang Advertisement

Tuesday, October 8, 2013

Ameera's Birthday

Semalam genap usia adik 8 tahun....Happy Birthday darling....be a good dotter and make papa, mama, danea and whole family proud of you...Amin.
 
Rutin macam biasa hari Ahad kitaorang dah tertunggu2 detik 12 malam....bukan esok tak boleh wished birthday....nak jugak kul 12 malam. Sampai nenek dia pun tak tidur nak wished punya pasal. Aku sejak dah pegang title maid sexy ni...eh! hahaha....pukul 11 malam jer mulut aku nak menguap besar....lepas tu mata sayup2.... Laki aku dah jeling2 tak kasi aku tidur
 
En Win: Ma...jom ikut I keluar jap nak cari cake utk Ameera tiup malam nanti
 
(waktu dia cakap tu dah pukul 10.30pm)
 
Aku: Tak yah lah pa....I dah order Cake untuk besok....hari ni kiss2 je lah
 
En Win: Ah...u mmg tak sayang anak....kalau u tak nak pergi  biar I cari sorang2.
 
Eh! tak beli cake pun dituduh tak sayang anak ker??? padahal aku dah prepare cake lagi cun untuk esok. Lantak kau lah bang....memalam buta ni mana nak cari cake. Tapi kan ntah mana dia jumpa.... ada pulak orang jual cake memalam.ni
 
Aku: Pa...mana u dapat cake memalam ni
 
En Win: Nak seribu daya....
 
Eh! nak angin pulak...hahahaha...
 
 
Asal usul nama Ameera Danii
 
Anak pertama aku nama Danea Irfan. Actually Irfan tu family name....sepatutnya adik punya nama Ameera Irfan. Lepas adik dilahirkan kitaorang tak decide lagi nak letak nama apa...dekat 3 hari jugak lah pikir2 nama nak bagi. Aku suruh letak nama Damia....En Win tak setuju.....waktu ni aku start dah angin....bila dia tak setuju cadangan aku.....bila dia suggest nama pulak harus aku pun tak setuju....tu yang sampai 3 hari tak dapat nama lagi. Second suggestion aku bagi nama Danii pulak. Kakak Danea...Adik pulak Danii...kan best.....ini pun En Win tak setuju juga
 
Last2 Atuk dia suggest Ameera.....disebabkan En Win rasa serba salah dengan aku... terus waktu daftar dia letak Ameera Danii...Ya Danii nama yang aku pilih tadi. Disebabkan dah ada Danii so tak ada lah Irfan tu. Takan nak letak Ameera Danii Irfan dah panjang bebenor lah pulak.
 
Tak kisah nama apa pun janji makna dia baik....tapi nama Damia sedapkan....ish3
 
 
 
Tepat 12 malam dengan bangganya En Win keluarkan cake one slice dari Fridge....maka terjerit2 lah kami memalam buta menyanyi lagu birthday. Habis jer nyanyi seperti biasa telefon berdering2 dari atuk...nen....auntie Shira dan Uncle Dikcy.
 
Holloh3...cepatnya masa berlalu dah 8 tahun anak mama. Makin kuat merajuk sekarang...tak boleh marah sikit laju bebenor mengeluarkan air mata....dulu2 adalah pujuk2. Ini asyik  nak merajuk jer tak kuasa aku nak pujuk banyak2 kali...hahaha.
 
Aku dah masak bebenor dengan perangai Ameera ni...kalau dia tengah merajuk jangan dipujuk sebab semakin dipujuk semakin mengada-ngada nanti. Dari nangis pelan kalau kau pujuk tetiba boleh jadi macam hysteria nanti. Kalau dia merajuk memang aku buat bodoh jer...lantak lah nak tutup pintu kuat2 ker....nak nyorok bawak katil ker....nanti kan bila dia tengok aku tak datang pujuk...dia akan baik sendiri secara tetiba...lepas aku tengok mood dia dah ok baru aku hug2 buat tenik ni.
 
Budak tenik ni penjelas dan pendengki ya....tak boleh tengok kakak dia punya barang. Apa yang kakak nak...dia akan makesure dapatkan benda yang sama. Suka membully...kakak kena ikut jer apa dia cakap...kalau tak buat apa yang disuruh...siap nanti rahsia bocor. Amboi...pandai gertak2 orang. Yang kakak pun satu dah tahu adik tak boleh simpan rahsia lagi mau share.
 
 
 
Surprise Birthday Cake. Minat sangat kat Greyson Chance...terpaksa lah order cake yang ada gambar mamat salleh. Kalau lah dulu ada cake macam ni mmg aku pilih gambar Razif Ismail...hahahaha. Korang kenal tak penyanyi tu??? hahahahah cun kan...muka jambu habis.
 
This year...tetiba adik punya permintaan nak buat birthday party ajak kengkawan datang kat rumah. Aku dah lah pemalas nak masak...lepas tu nak kena tiup2 belon pulak tu. Tapi kalau tak buat tak sampai hati pulak....sebab sepanjang dia lahir tak pernah dia request nak buat birthday party siap nak suruh aku panggil clown dengan magician...amboi ini sudah lebih.....ingat kau anak Menteri ker dik.
 
Aku dengan En Win tengah usaha...tengok lah buat kat Mc Donald ker....KFC Ker....macam2 hal budak ni...tak buat kang kesian pulak...permintaan yang jarang berlaku....selalunya hadiah pun dah cukup. Kali ni tak nak hadiah tapi nak birthday party....adoi
 
 
 
Disebabkan FIL aku tak sihat so kitaorang buat makan2 kat rumah jer lah...itu pun aku beli jer nasi beriani. Boleh lah FIL aku join sekali. Kalau aku makan kat luar kesian pulak MIL nanti tak dapat join sebab kena jaga FIL aku. So makan jer kat rumah semua orang blh join.
 
 
 
Adik dapat angpow dari Atuk dan Nen
 
 
 
Cute jer muka adik bila nampak cake Greyson Chance depan mata. Terloncat2...suka
 
 
 
Anything for you darling...u happy....mama lagi happy
 
 
 
Us
 
 
 
Auntie Shira and Uncle Dicky
 
 
 
Adik n Nen
 
 
Happy Birthday Darling Ameera...
 
 

8 comments:

MAMALOVEYOU said...

Hepiy Birthday Danii...
mu dotter name Damia :D

mrs kayrul said...

cantiknya kek tue...rasa sayang nak makan klu dah cantik macam tue...

happy birthday ameera danii

mama leen said...

yaya cantik macam kak elly.. adik pun comel macam en win

aida said...

hepi bufday.. elly anak sy nama damia sambut bufday semalam jugak 7 oktober..bufday yg ke 5... semoga ameera jadi anak yg solehah...

Irfa said...

lawa kek :)
happy bday
moga jd anak solehah berjaya dunia akhirat

Malinda said...

Happy besday ameera...cantik kek pandai ko pilih elly tentu happy je anak dpt kek somel camtu....

Anonymous said...

terpaksa google sape razif ismail hahahah

farhani said...

amboihhh kek..kelass..