Nuffnang Advertisement

Monday, September 2, 2013

Home Tuition

Matilah tak habis2 ngadu....hahaha. Siapa suruh korang baca kan dah kena dengar luahan perasan. Tahun ni macam anje sikit....sikit2 nak ngadu. Tapi suka hati I lah kan!! Aku sorang jer ker kena bakar semangat korang...korang pun kena bakar jugak semangat aku.

Sebelum mengadu nak ucap Salam Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka (bila baca sila berdiri sambil angkat tangan yer...kalau boleh jerit sekali bagi semangat merdeka tu masuk dalam jiwa tu). Kalau boleh lepas sebut merdeka nyanyi sekali...ikut sekarang....Ini lah barisan kita (hahahaha). Bagus ikut cakap akak...sekarang boleh duduk dan sambung membaca luahan hati.

Hari Sabtu lepas aku ada up kat status FB pasal cari cikgu home tuition...alhamdullilah ramai yang membantu dan berjaya dapat Cikgu untuk Yaya tahun depan. Giler awal kan....aku mmg suka plan awal2....buatnya jadual cikgu tu penuh tahun hadapan siapa nak ajar anak aku. Aku ni dah sah2 bodoh mmg harapkan cikgu je lah... jadi oranng bodoh kena bijak mintak bantuan orang lain....settled. Tapi yang tak settled nyer mulut puaka yang tak habis2 nak salahkan perempuan bodoh ni iaitu aku....muahaha. Takut nak balas kat FB...email kat aku pasal Home Tuition ni.

1. Dah kaya sangat ker....siap ambik Cikgu mengajar kat rumah
2. Anak kau tak tension ker asyik belajar jer...dia kan kecik lagi...kang langsung bengap
3. Tak takut orang luar datang rumah

dan macam2 lagi lah. Tapi aku tak ada hal lah...kau hantar lah kutukan beratus kali....aku punya suka lah aku punya duit...ha kan dah lahar mulut akak. Meh lah aku terangkan kenapa aku panggil cikgu datang rumah...haters ni selagi kau tak beri alasan selagi tu diorang tak puas hati...walaupun pun kenkadang aku malas nak layan tapi sekali sekala kena jawab jugak....asyik korang jer nak melahar aku pun bolehhhh.....

Aku ngan En Win mmg busy....nak harap En Win mengajar budak2 mmg tak adalah....tak sampai 10 minute kerja budak2 tu dah siap sebab dia bagi jawapan terus. Budak2 tu tak yah fikir dia tahu En Win sanggup bagi jawapan....so NO utk En Win mendekati anak2. Aku pulak garang tak bertempat...sekali aku boleh lah tolong....dua kali tanya masih boleh sabar lagi....tiga kali tanya aku dah jadi meroyan. Jadi kesian kat anak2 nak tanya bapak tak boleh aku tak bagi.....nak tanya kat aku garang macam serigala lah pulak...hahaha. So bila takut itu yang suka2 buat jawapan sendiri. Bila tengok result aku yang meroyan balik.

Aku bukan tak boleh ajar....tapi masa mencemburui ku....cewah. Balik kang terus masak, basuh baju, kemas rumah, basuh itu ini ada jer benda yang kena buat...so masa ngan anak2 nak duduk tengok dia buat homework mmg tak ada....plus aku bodoh tak tahu nak jawab soalan dalam buku budak2 sekarang. Bila aku tak dapat jawab soalan anak2...aku yang tension tak boleh tidur...hahaha.

Of course anak2 letih sebab asyik kena belajar...tapi nak buat macam mana itu adalah salah satu tanggungjawab diorang. Bukan aku tak bagi main langsung...kena selari lah belajar dengan mainkan. Mungkin sebab korang tak ada anak lagi or anak korang  bijak kot itu sebab kau rasa benda2 macam ni membeban kan anak2. Tunggu lah esok2 bila korang ada anak sendiri...aku confirmed korang mesti nak yang terbaik untuk anak2. Jangan salahkan orang lain jika kita sendiri tak tahulah perjalanan hidup kita.

Kenapa Home Tuition bukan ker mahal?? Jawapan ada sedikit eksyen ....jangan marah sebab ini adalah pendapat jujur aku. Aku akan cari duit selagi mampu asalkan tanggungjawab aku dapat dilaksankan untuk menjadi ibu yang  terbaik untuk anak2. Bukan aku cakap tuition center tak bagus...tapi aku lebih suka one to one tuisyen supaya cikgu dapat tahu mana kelemahan anak aku sebenarnya. Of course bila aku bayar mahal2 aku harapkan result yang terbaik dari anak2....tetapi kalau tak berjaya jugak itu aku tak boleh nak salahkan sesiapa... tapi aku tetap berpuas hati sebab aku dapat sediakan yang terbaik untuk anak2 aku. Ini semua ikut kemampuan masing2...tak semestinya home tuisyen jer anak kau mesti berjaya...belajar sendiri....hantar tuition center semua pun boleh  boleh berjaya gaks. Terpulang kat diri memasing...korang punya anak korang punya sukalah kan. Bagi pendapat dan teguran boleh tapi biar kena dengan tempatnya.

Assalamualaikum dan selamat beramal.....

37 comments:

Irfa said...

betul tu.kalau mampu,aku pun nak ckgu dtg ajar anak aku kat rumah.sbb aku pun sama ngan ko..kurang sabar nak ajar sendiri dan soklan buku latihan budak2 skolah rendah sekarang mak ai..pecah otak aku nak jawab.huhu

Anonymous said...

Kak Elly...keep up the good work!!! Niat yg baik, insyaallah kesudahannya baik jgk. Kita parents mmg akan bagi yg terbaik utk anak2 kita, terbaik tu plk sgt subjektif. org lain xde hak nak kritik lebih2. Byk2 bersabar ya.

Farrah.

ayu said...

salam, sy cikgu hometuition n ada pusat tuition..mmg bagus amk cikgu hometuiition sbb level kepandaaian bdk2 ni tak sama..n satu lg diorg akn lg selesa nk bertanya if cikgu ada depan mata.. kalo parents berkemampuan mmg bagus la amk hometuition... :)

ZK said...

ibu tgjwbnya pemberi selagi daya...jgn ditanya balasan...... (jernih payah kita tidak sia-sia tuhan dah berjanji memberi balasan) supot U

mami said...

Elly,

Kalau nak dengar ckp orang apapun tak jadik dik ooii...pedulikan...susah kita bukannya dorang nak tolong pun... kita gak yang terkangkang tolong diri sendiri...yg sibuk mengutuk awak tu sebenornya tahap PHD dia tinggi..tahap gaban tingginya...pedulikkan.. wish akak boleh jadi senang seperti you...tapi akak tetap bersyukur dengan apa yang akak ada sekarang Alhamdulillah...keep up the good work girl...insyaAllah...

FARYN said...

sbenarnya mmg ramai parents zaman skang prefer home tuition..macam saya pun part time mengajar budak2 tuition kat rumah..senang nak focus..

Puteri Satu said...

kita tahu apa yang terbaik utk anak2 kita kan.. akak sendiri anak baru 6 tahun dah hantar tuition ada gak yng mcm pelik... eh anak baru 6 tahun takkan hantar tuition... jawapannya kita tahu apa yang perlu utk anak2 kita kan.. duit tu perkara kedua.. yang penting kita puashati apa yang kita buat utk anak2..

akak pun tak de masa nak ngajo campur dengan tak paham pelajaran zaman sekarang..kan..hehehhe

Anonymous said...

kalo boleh elly share berapa rate utk home tution ni..dan bape banyak subjek?tq


zara.

Norma NML said...

Betul tu Elly..ank2 adalah amanah.. kalau tak dipantau habis la..bagi dorang main tu lebih penting dari study..mcm ank akak pun kena monitor sentiasa...tapi bab mengajar akak mmg grg..cara terbaik hantar ke tuition aje..:-)

Anonymous said...

Bravo...i like you..firm dan x kisah apa orang cakap asalkan tak menyusahkan orang lain, orang lain x yah sibuk, tul tak elly...

Anonymous said...

Bravo...i like you..firm dan x kisah apa orang cakap asalkan tak menyusahkan orang lain, orang lain x yah sibuk, tul tak elly...

Sue Sakarnor said...

takde masalah kot pasal home tuition ni sbb saya dulu pun home tuition, weekend gi tusyen kat luar plak...

Anonymous said...

biar org nak cakap apa....tak boleh nak puas hati kan semua org...asal kita and family kita happy that should be good enough....saya dulu pun panggil guru tuisyen mai ajar di rumah..biar pun duit kami suami isteri tak berapa nak byk tapi bila mai bab pelajaran anak2 kami tak berkira sangat.nak bg harta kami tak dak cuma pelajaran yg kami mampu bg....anak2 kita, kita sendiri yg corak kan dia orang...angap aja kata negative tu mcm angin lalu..dia mai dia p...hehehee... fr,ima penang.

Anonymous said...

Apa diaorg ni..tu pon nak sibuk..tp biasanya org yg suka komen psl hidup org ni..dia yg lg terok.org happy ,x peduli pasal hidup org.

haniz fadzli said...

Kak elly, pendapat saya sbg seorang cikgu, home tuition lebih berkesan untuk budak2. Sbb fokus cikgu cuma sorang. Kalo pg tuition centre yang ramai2 satu kelas, sama je mcm belajar ramai2 kat skolah. Kalau mampu, home tuition lebih baik.

haniz fadzli said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Elly..jgn dgr kutukan org..niat kita tu yg penting..sume parent nak terbaik untuk anak2 kita..yg cari duit tu kita..bukan dorg..kesabaran jer yg kita perlu utk berdpn dgn org2 mcm tu..

Liza

Anonymous said...

dalam family aku ada 7 org cikgu. kalau campur makcik pakcik sepupu sepapat taktau la berapa puluh. anak semua tusyen dgn org lain bkn makpak ajar. tapi diorang yg gi tusyen la bkn cikgu yg dtg umah. kalau bajet lebih blh la jugak buat camtu. ngaji pun org jugak ajar.

bkn abg kakak & ipar2 aku takleh ajar anak sendiri. tapi kalo kat umah mengada lebih. ada je alasan nak ngelat. sekali anta tusyen dgn kwn2 cikgu sekolah diorg yg super duper garang. baru nak ngadap buku.

zaman sekarang saingan sengit. mesti la kita taknak anak kita ketinggalan. bila yg simple2 pun tak fhm confirm yg lg advance diorg takde minat dah nak belajar/amik tau. peduli la apa org nak kata kak. masa sekolah ni aje pun. budak2 kan energy byk. kalau suruh main dari pagi bawak ke mlm pun boleh je dia. ngadap game tu pun sama tak mandi tak mkn pun sanggup je dia. bila suruh belajar dan2 je penat kan =P

Anonymous said...

hmm tu la masalahnya...kalau di public domain. semua org baca termasuk yg tak berapa ok jiwanya.anyway yg penting anak di didik.kalau perlu tuition.
org kita ni benda lain buat holiday tukar benda kereta etc..bila education kedekut duit .
yg penting ilmu.dulu ada jiran cikgu sek.bila mak nak cari cikgu tuition dia cepat 2 bangkang.buat apa tuition sekolah dia cikgu pr cukup. tukar keta selalu. renovate rumah..semanjsng.
anak anak tak berapa menjadi.
so anak dia suma tak tuition except the eldest one.so kiranya anakanak dia tu aja..smua spm ..tapi takde la hebat.kawen dan semua berlonggok sama. btw cikgu ni boleh lak pd masa yg sama buat tuition bahasa.kat sekolah dia cikgu pen jasmani je.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

alahai, home tuition pun jadi masalah. sukati lah orang nak anak pandai, sebab sedari diri tak berkemampuan mengajar anak sebaik cikgu. pastu takkan lah akak nak buh schedule harian anak akak kat sini semata nak puaskan hati semorang. adoiyai.. sabar ye kak

Anonymous said...

Baru nak syok-syok baca. tetiba dah habis citer. Ending nya yg sangat bernasihat. :)

-anne-

Myne Khalid said...

Kak elly,dulu sy kecik2 pon tution hr2...free hr rabu je utk ulang kaji sndri....biar la org nak kate ape...in shaa Allah x kan menyesal asal itu yg terbaik utk anak2....

sharon m.q. said...

pedulikan apa org nak kata,kak elly.. as a parent, kak elly mesti tau apa yg terbaik utk anak-anak.. mak bapak mana yg taknak tgk anak dia berjaya..

i support u,kak elly! gigih tau bagi semangat kat akak ni.. ehhehee..

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

EIDA said...

kak elly memang comel plus penyabar sungguh..biarla apa orang nak kata kak..yang penting niat kita betul..orang mcm tu sakit hati sbb hati dorang busuk..sentiasa nak iri hati dan x leh dok senang ngan kejayaam dan kesenangan org lain..persetankan je kak!! apapun kak elly memang mummy yg terbaik!!!

haiqal said...

Salam Elly,

Pertama sekali,tahniah kerana anda mencuba untuk menjadi ibu terbaik.

Btw kan,if nak tusyen Maths,bolehlah email kat saya haiqal3_92@yahoo.com

Bapa saya memang ajar full time one to one,one to two,ikut suka lah.

Alhamdulillah,ramai juga students ayah yang berjaya.Alhamdulillah.

Bayaran nanti kita sembang kat email.Thank you Elly and family

Nuha Apparels said...

Alhamdulillah, saya pun baru je amik home tuition for my children. Heran meh ade gak org tak suker support benda yg baik? Moga Allah beri dia hidayah.


http://nuhaapparels.blogsot.com

ceywie ku said...

bestnya banyak duit kan. saya pun kalo banyak duit mesti buat mcm elly gak. sekarang ni cuma mampu hantar anak gi tuisyen saja. alhamdulillah rezeki Allah bagi kan. sebagai mak ayah yang mampu, anak2 kita berhak dapat yang terbaik. saya sokong elly.

strawberi said...

alahai..berlambak dlm malaysia ni org amik cikgu ngaja kt umah..bukan anak menteri anak raja je..apedahal..tu pun nk dengki...erm..dorg dengki la kot..sbb xleh amik cikgu ..haha...biasala..mak mesti nak yg terbaik..kita carik duit..mmg utk anak2..bukan mak je nak blanja besar..pelajaran anak2 tu la yg utama..harta yg kita boleh bagi utk anak2...bukan tinggal duit berjuta2...

ape mslhnya kalo nk lebihkan bab pelajaran kan..
kalo mak bapak yg tak peduli anak blaja ke tak blaja..tu baru boleh nk marah..ni kira untungla anak2 dpt mak bapak yg tak kedekut utk spend duit bg anak2 blaja...mmg penat..tp one day..dorg akan berterima kasih kt mak bapak dorg..

MazQ said...

mase sy membesa dlu, istilah 'home tuition' xde, tp kami gi umah org utk tuition.. sebab dlu mmg xde la tuition2 center yg besa.. and yg lagi best, parents sy cikgu.. tp dorang mmg xle ajar sy, bukan xle ajar, tp dorang lagi prefer org lain yg ajar, sebab approach pengajaran tuh lain...

nk kata mahal, mmg la mahal, cost nk anta, nk byr cikgu tuition , pastu buku tuition lagi,byk lagi laaa.. ayah sy kata leh jer nk ajar sendiri, free jer xyah byr, tp x semua bende free tuh bagus.. bile dipikirkan balik, mmg betul pun :)

alhamdullilah, kami adik beradik skang nih boleh dikirakan berjaya jugak... yang penting dlm hati tuh ikhlas nk g blaja, and doa ibu tuh berkat, apa yg die buat bersebab~ sebab ibu xkn nk musnah kan diri die dan anak2 die..

so kak elly, go for it~ persetan kan apa yg org kata, duit kite, kite nyer pasal laaaa.. nk dgr umpat keji org mmg laaa idup x kemana..

terpanjang la plak~ sorry ek :D

MummyQueen said...

sy setuju dgn elly..duit kita, ikut sukahati kita ler! kalo mampu xde salahnya pun...

Anonymous said...

Kak Elly,

Kesiannyelah kt akak seriously saye rase org tu psycopath or mental disorder..dia x leh tgk org lain lebih dr dia..giler babas sggp tu email akak semata2 nk sakitkn hati akak..sukati akakla duit akak n akak berkemampuan sbb hanye kite je yg tau ape yg terbaik utk anak2 kite kan..btw anak saya br berumur 3 thn, tp i'allah andai ade rezeki terlebih saya intends nk hantar anak2 saya masuk international schools, matiklah org kutuk saya ckp poyoskan..faduliksss duit aku then aku pnye sukalah ye dak! Apepn Kak Elly u r da' best lah!! Saye suke baca blog akak sempoi n best sgt!!! Lap u la kak elly ;-)

NenetPenne (NP) said...

haters are everywhere babe... sila bertabah...

aku yang lulus degree ni pun kalau tengok buku latihan sekolah rendah dan sekolah menengah maybe boleh pengsan..

Anonymous said...

kak, ape nama akak kt fb?nk follow...suke entry2 k.elly..up la 3x sehari update..hehe

NorHaFydzah said...

Betul tu kak elly. Sekurang-kurangnya sebagai ibu kak elly berusaha untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak..keep it up! :)

NorHaFydzah said...

Betul tu kak elly. Sekurang-kurangnya sebagai ibu kak elly berusaha untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak..keep it up! :)

Anonymous said...

LANTAKLAH ORG NAK KATA APA NIAT U TAK SALAH KAN.KALAU BUAT BENDA BAIK BAGI PERANGSANG.BUKAN BURUK SANGKA.DAH MAMPU, NAK BAGI ANAK BELAJAR BUKAN NAK BUAT BENDA TAK ELOK.
BURUK SANGKA TAK BAIK TAU.