Nuffnang Advertisement

Monday, August 19, 2013

Saudara Melaka datang beraya...

Kalau dulu setiap tahun aku buat open house...lepas tu jemput reramai datang. Kesudahanya sorang tetamu pun aku tak dapat melayan sebab sibuk kehulur kehilir. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sibuk kan...lepas tu satu makanan pun aku tak sempat makan...kesudahanya laki bini lepas open house makan kat kedai...hahaha. Ini belum lagi jadi artis ataupun wakil rakyat...kalau tidak mau aku buat kat padang lepas tu aku ngan En Win duduk atas pentas macam pengantin...siapa nak salam dan duit raya sila naik ke pentas...cewah....hahaha.
 
So tahun ni buat jugak open house tapi ikut kumpulan. Kumpulan 1 - jiran tertangga (dah selesasi), Kumpulan 2 - Saudara mara ( dah selesai), Kumpulan 3 - Keluarga (belum) dan terakhir Kumpulan 4 - Kengkawan (belum). Barulah seronok boleh borak2 lepak lelama sikit. Budget pun dapat dikurang kan...haha itu yang penting. Ni kalau panggil reramai kos khemah dan kerusi meja jer nak dekat RM2000.00 melampau betul harga khemah sekarang itu belum lagi request ropol2 kat khemah. So tahun ni makan dalam rumah...sejuk pun sejuk kan.
 
Sabtu lepas turn saudara dari Melaka datang...meriah sangat adalah dekat 30 orang kalau campur dengan keluarga aku. So perempuan pemalas macam aku mmg tak sanggup ya nak masak untuk 30 orang jadi kita angkat phone order je lah. Tuan rumah cuma buat air dan potong buah jer...pinggan pun guna plastic jer...sebab maid dah balik Indon....lutut pun hampir tercabut. Kalau dulu En Win tak reti kalau orang reramai datang rumah...dia macam "Eh! kenapa ramai sangat keluarga u...kan dah jumpa hari tu"...."Bang sekali lagi diulang ya ini namaya kunjungan balas". Tapi sekarang dia pulak yang lebih2 24 jam jam asyik called kawan ajak datang...maklumlah bini dia kan rajin dan pandai masak pulak tu....muahahahah.
 
 
 
Awal pagi dah penuhkan kuih raya dalam balang. Asal aku isi jer En Win dengan anak2 habiskan. So bila dah habis kuih dalam balang sengaja aku tak isi. Pagi tu bila aku isi aku dah sound jangan makan ya...kang tak ada kuih bila orang datang beraya nanti.
 
 
 
Disebabkan tetamu datang waktu petang jer....menu hari tu Mee Kari Nyonya dan Bread Pudding.
 
Tapi aku dari dulu memang suka jamu orang datang rumah. "Pesan atuk aku dulu...kalau orang datang rumah dah kita sediakan makanan untuk tetamu...insyaAllah rezeki kita tak akan putus". Jadi jangan kedekut ya....hahaha.
 
 
 
Yummy!!
 
 
Bahan2 untuk diletakan dalam Mee
 
 
 
Ada Mee and Mee hoon
 
 
 
Disebabkan ramai so aku sediakan buffet jugak
 
 
 
Sila2
 
 
Memang sedap giler catering ni masak
 
 
 
Bila ramai2 rasa benar kemeriahan nya
 
 
 
Bahan dalam kuah banyak giler, ada tauhu dan fish ball...bagus makcik nanti saya order lagi
 
 
 
Yaya yang boleh diharap setelah hari tu aku buat amukan....sekarang nak suruh basuh pinggan pun tak yah jerit2.
 
 
 
Cute giler budak ni....senyum jer....bully lah macam mana pun dia senyum jer...haha
 
 
 
Lepak2 dari pukul 4.00 petang sampai kul 7.00 malam baru diorang balik. Terima kasih saudara2 yang sudi datang.
 
Next menu apa pulak ya.....
 

9 comments:

Irfa said...

BAGUS BUAT PERINGKAT2 NI
PENAT PUN BERPERINGKAT JUGAK
HEHE,JANJI IKHLAS MENJAMU TETAMU
MAKIN MURAH REZKI KO DN EN WIN

intandayani said...

Ish seronok pulak rase camni..rindu pulak riuh rendah raya kt kg Melaka.Lame da tak beraya kt sane

Lynn Hamzah said...

betul la kak elly...kalau buat open house mcm x terlayan la plak...buat berperingkat nie best...leh borak2...

Anonymous said...

Kak elly. Selamat hari raya. Aku suka baca blog ko kak. Sgt la buat aku gelak. Mcm lawak2 gitu. Keep it up. Oh ya. Kak, mee kari tu mcm mantop. Boleh bg no contact akak tu? Tq daun keladi kak. - irma

Anonymous said...

Elly ader no catering ni tak..

Anonymous said...

Salam, Elly botol kuih tu cantik la. Beli kat maner tu?

mrs kayrul said...

bagus juga idea tue...senang semua boleh layan sama rata

Elly said...

No phone akak catering tu 012-6597894 (Kak Su)

Botol kuih tu beli kat Robinson

Anonymous said...

tq elly,elly ni baik hati orgnya ni. x lokek info. luv u la.