Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 14, 2013

Raya Pertama 2013

Selamat.....Selamat Hari Raya....Ku ucapkan pada semuaaaaaaa.....(aku tak ingat siapa penyanyi ni....tapi kalau korang tahu melodi ni sila lah nyanyi mengikut rentak ya).
 
Hambek kau seminggu lebih aku tak update blog...tuan belog pun lupa tentang blog sendiri. Hahaha itu tifu, giler aku nak lupa kalau aku lupa rugi lah macam mana nak riak gambar nanti. Uissshhh dosa tak mo dah riak2 ni...kita cuba bersederhana sekarang. Tapi kalau korang rasa aku riak itu bukan masalah aku sebab aku besederhana ya. Ingat besederhana ya....haha
 
Hari Raya tahun ni seperti tahun2 yang lalu...cuba bezanya tahun ni bapa En Win tak berapa sihat. Selalunya malam raya kami sekeluarga akan pulang ke Melaka tapi tahun ni kami cuma balik di pagi raya. Seawal pukul 4 pagi dah bangun sebab En Win kalau boleh nak sampai di Melaka pukul 7 pagi.
 
Pukul 4.00 pagi rumah aku dah riuh rendah siapkan anak2. Mesti jiran sebelah rumah aku konpius....kenapa awal bebenor siap. Dah lah anak aku kalau mandi sambil nyanyi2...giler kuat pulak tu terjerit2...malas aku nak tegur...rayakan barulah ceria...hahaha. Kalau tak raya dah lama budak2 tu kena belasah ngan aku.
 
Mesti korang heran kenapa aku pergi awal bebenor....sebabnya lepas sembahyang raya...dah makan beramai2 nanti aku dengan En Win nak balik semula ke KL beraya dengan Keluarga kedua belah pihak pulak. Jadi hari pertama kitaorang dapat berjumpa dengan semua orang....barulah syok kan dapat bersalam berjumpa ibu bapa dan adik beradik di raya pertama.
 
 
 
Sebelum bertolak sempat bergamabr dulu. En Win tension baju dia ketat...hahaha. Aku dah cakap nak tukar size L haritu dia eksyen kata nak diet...hambek kau sendat mendat baju tu. Lepas tu salahkan aku kenapa asyik suruh dia makan jer. Eh! aku masak salah tak masak salah.
 
"Ma mulai hari ni I nak makan sup sayur dengan Oats jer...u jangan nak ngada2 suruh I makan nasi"
 
Aku tak suruh pun dia makan nasi...bila aku hidang lauk dia orang pertama senduk nasi atas meja lepas tu dua kali tambah. Tapi bukan nak cakap apakan...itu tandanya apa?? lauk aku sedapkan....hahaha
 
Tak apa pa...u gemuk lagi I sayang...sedap apa peluk orang gemuk!!
 
 
 
Tahun ni tema kitaorang purple colour. Waktu ni aku angin ngan En Win sebab aku suruh pakai samping dia tak nak. Dia tension baju dia ketat aku pulak dia nak marah...lantak lah kau bang!! Janji aku ngan anak2 vogue....hahaha
 
Marah2 pun tetap drama air mata waktu bersalaman di pagi raya. Macam banyak dosa bebenor aku rasa...habis satu muka En Win aku cium...eh! hahaha. Itulah kemanisan hari raya kan...kalau tak hari raya tak ada aku nak mintak maaf sambil meleleh2 air mata...paling2 pun aku sms jer...hahaha.
 
 
 
Bersama dengan Ayah di Kampung (bapa saudara)
 
 
 
Kiddos!!
 
 
 
En Win dengan anak kedua
 
 
 
Anak pertama.
 
Tahun ni tak banyak bergambar di Melaka....sebab aku kebulur....makanan yang dihidangkan melampau sedap. Jadi aku memilih makan dari bergambar dan aku pilih kesederhaan...hahaha
 
Selesai bersalaman dan makan beramai2....dalam pukul 11 pagi aku bertolak pulang ke KL. Tempat pertama aku tuju rumah En Win.
 
 
 
Menantu tak guna lepas salam terus duduk ceduk lauk sendiri. Anak2 dilupakan sementara....makanan lebih penting. Lauk mak mertua aku mmg lazat ala2 jawa ya. Ada Sambal goreng dan kuah lodeh...sedap nak mampus ya!!
 
 
 
Walawei sedap korang!!
 
 
 
Mother and Father in law (eh...omputih tetiba)
 
 
 
Bergambar bersama Uncle and Auntie sebelah En Win
 
 
 
Selepas dibelai dan dipujuk2 barulah nak pakai samping...ngada tau husband I.
 
 
 
Nak jugak masuk dalam blog aku....kau pun nak glamer kan!! Tahun pertama beraya sebagai suami isteri. Suka lah tu!!! hahaha
 
Lepas dah lepak2 dalam 2 jam....terus bertolak ke Puchong pulak jumpa keluarga aku. Tapi kan korang tahun ni tak dapat bergambar bersama2 seperti tahun2 yang lalu sebabnya rumah aku giler ramai orang datang. 14 ekor ayam licin ya. Bapa aku dah macam wakil rakyat...orang datang rumah tak putus2..aku rasa adalah dekat 200 orang. Sampai jer rumah mak aku salam2 terus tolong kat dapur. No more pakai pinggan kaca2....adik aku belikan pinggan plastic dengan cawan plastic je hidang kat orang. Tak sanggup ya...orang datang nak jumpa bapak aku ramai giler. Raya kedua baru kitaorang dapat bergambar. Itupun tak cukup korum...tak best arrrr....
 
Dah settled semua....En Win ajak beraya rumah Alang....Alang duduk kat Puchong jugak so satu arah...senang kerja aku!!
 
 
 
Amboi makan lagi En Win
 
 
 
Waktu ni aku dah tak boleh tahan letih giler. Rambut dah serabai. Korang bayangkan dari pukul 4 pagi sampai 5 petang ya...tak henti2 berjalan dan makan. Selesai jer beraya rumah Alang aku ngan En Win terus balik rumah...tak sempat mandi pun kitaorang nak terbonkang tidur dari kul 6 sampai kul 10.00 malam. Itu pun terjaga sebab perut lapar.
 
Since dari pagi makan rendang dengan ketupat rasa macam tak lalu pulak nak makan benda yang sama lagi. En Win decide makan kat concorde malam tu ajak family inlaw aku sekali.
 
 
 
Semangat Raya lah katakana....tengah2 malam pun budak2 ni nak bergaya.
 
 
 
Aku selamba badak jer pakai baju kelawar ni gi concorde.
 
 
 
Kiddos bersama atuk dan nen
 
 
 
Holloh3...adik beradik kan....baju harus sedondon
 
 
 
Melantak kaw2 malam tu...
 
 
 
Us!!!
 
Esok sambung cite Raya kedua pulak ya....
 

9 comments:

dalilarahmad said...

kak elly..menangis2 saya gelak tgk en.win pakai baju melayu.
mana ada org pakai baju melayu nmpk perot bulat gitu (sorry k.elly, terover plak).
tapi serius, mmg kena pakai L..

anna hashim said...

finally.....kak elly update cerita raya..

kite pun mmg tertunggu tunggu apa hasil en.win diet..
berdekah dekah gelak
hehehehehheheee..

selamat hari raya kak elly sekeluarga :-)

Anonymous said...

kelakarlaa en win....

Irfa said...

slm syawal elly
meriah raya ko ye..
en win mesti suh delete gambar dia pasni sbb nampak perut,tp cakap ngan dia.. lelaki buncit sikit takpe
tanda isteri pandai masak.wakakaka

intandayani said...

Baju klawar pun cantik la kak..Intau insta kak Elly tgk perut en. Win kemain lagi.tapi tgk pkai dgn sampin elok je xde nampak terburai..

Zura Lee said...

korang mmg kuat melantak tp body maintain jerk...

Jumiyatul said...

Sejukk sangat tengok Yaya. Cantik!

Anonymous said...

Elly, terserlah keboroian en.win. bulat gitu peyutnya muahahaha. Tu la isteri suruh tukar L tak nak. Kan dh bocor rahsia. He he he. Elly akak minat kerusi belang elly tu, beli kat ne ya. Style moden kan kerusi tu?

Sheila said...

Kak Elly, anak2 u sangat cantik..