Nuffnang Advertisement

Thursday, August 15, 2013

Raya Kedua 2013

Raya kedua rutin macam biasa jugak beraya sebelah family aku. En Win pemalas ok...dia bukan suka sangat beraya sana sini....asal raya macam2 alasan dia bagi "Kalau tak pergi tak boleh ya ma"..."tak boleh"...."Tapi semalam kan u dah salam pakcik u, kenapa nak jumpa lagi"...."Kena...ini namanya kunjungan balas". Macam tu lah drama aku setiap pagi bila nak pergi beraya sebelah aku.
 
En Win punya side terlalu sempoi sangat...ialah sedara tak ramai...so berjumpa satu rumah salam2....lepas tu tak ada kunjungan balas melainkan kalau ada open house jer baru kitaorang pergi. Walaupun dah kawin 11 tahun tapi dia masih tak faham tradisi keluarga aku. Dia bukan tak fahma tapi tak nak faham sebab malas....aku pedulik apakan dah jadi suami harus kau kena ikut walaupun seret2 kaki.
 
Inilah masa nak kunjung bapa dan mak saudara. Kalau hari biasa mmg tak ada lah ya...sebab memasing busy. Kalau bertemu pun time kenduri jer. Esok2 kalau ada apa2 majlis or kenduri kendara sepupu dan mak saudara jugak kita carikan....ishhh degil laki aku ni. Tapi degil2 laki aku dia ikut lah jugak dah 11 tahun pun...hahaha.
 
Disebabkan hari raya kedua jatuh pada hari Jumaat jadi tak banyak rumah yang kami dapat pergi sempat cuma 3 rumah sahaja. Cuaca pulak mendung jer haritu...mata pun layu jer nak membuta.
 
 
 
Rumah pertama jer aku rajin bergambar yang lain seperti biasa sibuk melantak. Jumpa Mee pun aku teruja.
 
 
 
Ini rumah Kakak bapak aku. Rumah Mak Ngah
 
 
 
Tuan Belog perasan jelita bila berbaju kurung...jadi gambar melambak lah sikit. Bukan senang dapat perasan ayu macam ni....hahaha.
 
 
 
Raya kedua barulah dapat bergmabar dengan anak buah dan adik beradik aku.
 
 
 
Tak cukup korum...Kak Long dan  Juli (adik no. 4) dah pulang ke kampung. Venchi tau...selalu tiap2 tahun ada gambar keluarga tapi tahun ni tak ada sebab bapa aku jadi wakil rakyat pada raya pertama. Kalau korang tengok rumah aku raya pertama macam kenduri kawin...orang datang tak henti2.
 
Kenapa rumah aku ramai?? aku tahu soalan tu korang nak tanya kan...hahaha
 
Jawapannya....dulu atuk duduk dengan kitaorang jadi anak2 dan cucu2 selalu berkumpul  kat rumah abah sebab nak jumpa atuk. Perkara tu dah menjadi kebiasan. Walaupun atuk dah tak ada diorang tetap akan datang kerumah kami. Makanan parebet yang mak aku sediakan seperti biasa Ayam bercili. Baru sampai depan pintu jer sedara aku dah jerit "Mak Lang Ayam cili ada". 14 ekor ayam setiap tahun mesti licin ok. Lagipun bapak aku ni kelakar macam aku jugak...hahaha jadi anak buah mmg suka lepak dengan bapak aku. Terror bapak aku ni....jom abah kita masuk Raja Lawak....hahaha
 
 
 
Aku ada enam adik beradik....sorang jer lelaki yang ke 6. Nasib baik yang ke 6 ni anak lelaki kalau tak keluar adik jantan aku ni mau adik beradik aku 10 kot sebab bapak aku kalau boleh nak cuba sampai dapat anak lelaki.
 
Kenapa nak anak lelaki??? haha banyak soalan ni...
 
Aku keturunan Raja....jadi kalau boleh bapak aku tak nak keturunan tu habis di situ sahaja. Jadi...kalau ada anak lelaki keturunan tu masih bersambung lagi. Adik lelaki aku akan carry nama Raja sampai dia ada anak nanti. Macam kitaorang anak perempuan kalau kawin dengan Raja pun tapi keturunan tu dah jadi berlainan. Uishhh macam2 kan...biarlah orang dulu2 mmg penuh dengan adat.
 
 
 
Mak...kenapa senyum itu macam.
 
 
 
Tak payah lah abah nak buat muka serius...orang dah tak takut dah!!
 
 
 
Cubaan cover perut suami bila bergambar...hahaha. "Ampun sayang"
 
Selesai beraya 3 buah rumah...masing2 pun balik. Kak Ngah aku bertolak ke Jakarta bercuti bersama keluarga. Selalunya aku pun akan arrange satu percutian  keluarga tapi tahun ni terpaksa dibatalkan kerana kami akan bercuti jauh pada bulan November ini...nak eksyen jugakkkk....hahaha. Lupa pulak semalam dah berjanji nak beserhana.
 
Lepas sembahyang Jumaat tak pergi mana pun...lepak kat rumah sampai petang. Lepas tu budak2 ajak gi tgk wayang smurf...jom lah anak2.
 
 
 
Amboi asyik bersalin baju jer korang ya.
 
 
 
Sejak dapat duit raya ni...shopping tak ingat ya korang. Aku awal2 dah tarik sikit untuk simpanan. Balance korang boleh beli apa yang korang suka....janji jgn mintak duit mak kau ni ya.
 
 
 
Makan dulu sebelum tgk midnite show.
 
 
 
Kiddos!!
 
Esok sambung lagi....malas pulak nak taip.....hahaha
 

3 comments:

mama leen said...

selamat hari raya... kita mestilah suka beraya kan.. kita kan banyak baju raya nak pakai.. hehe

~ Huda Qamar~ said...

hahah....sama la kita. walau dah jumpa org tu kat rumah org, wajib jugak pergi rumah dia. lagi2 kalau pangkat tok nenek sedara, pak mak sedara.

walau tok nek saya dah takde, kitorang tetap pegi rumah adik-beradik tok nenek. yela yg muda la kena pegi umah yg tua kan. lagi pulak org tua uzur. jenguk2 la sikit. takkan nak harap yg bertongkat tu pulak dtg kat kita. rumah sedara yg muda2 biasanya dtg masa diorg buat open house =)

Anonymous said...

kak elly oii.. best la tngok akak yg happening.. laki kita sama la kak perangai dia.. malas ja nak jenjalan umah family kan kan