Nuffnang Advertisement

Thursday, August 1, 2013

Persiapan Hari Raya....

Actually melambak gambar makanan dalam pendrive ni....malas pulak nak transfer. Cian korang sampai baca telan2 alio nanti...so hari ni tak nak kejam. Kalau sebelum ni aku kejam buat korang terbayang2kan makanan yang aku riak kan hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf "Maafkan kami...maafkan kami"....hahahaha

Semalam kan aku ngadu pasal tak ingat raya bila...waktu aku taip tu sebenarnya hati aku debar2 sebab banyak benda aku tak buat lagi. Habis jer up entry semalam aku listkan apa yang patut aku buat. Hambek melambak ya kerja aku...

Order barang basah dan barang kering kat pasar - Aku kena order awal2...bayar awal2...jadi tinggal ambik jer Rabu depan...tak yah beratur. Order sekali untuk 3 orang...Mak, Mak Mertua dan untuk diri sendir. List...Kacang, Bawang Putih, Bawang Merah, Serai, Halia, Lengkuas, Cili dan macam2 lagi lah. Daging untuk buat rendang (batang pinang) order 4 kilo. Ayam lagi...tapi alhamdullillah pagi tadi semua dah settled aku buat. Tinggal nak ambik jer nanti.

Ketupat Palas dan Lontong - Ketupat Palas dah order 30 biji dan Lontong 20 batang...Settled

Tukar Duit Raya - Ini aku dah order awal2 kat adik aku yang kerja bank tu. Tadi dah bank in...settled

Kuih Raya - Hari ni semua kuih yang di order sampai...duit dah prepare...Settled. Giler banyak aku beli tahun ni...3 balang kat rumah dah licin laki aku kerjakan. Dia ingat aku beli mmg suka2 kot untuk dia makan depan tv. Bila aku tegur relax jer dia jawab "Ma kita beli untuk makan kan". Malas aku dah gaduh lantak kau lah bang ooi. Kuih Tart, Kuih Seroja, Kuih Mazola, Popiah Pintal, Kerepek Bawang, Kerepek Pisang, Kerepek Ubi, Kuih Bangkit....fuyooo meriah giler.

Cadar, sarung kusyen, lapik meja - Semua dah ambik semalam tinggal nak pasang jer Ahad ni....(Belum settle)

Baju kurung, Baju Melayu - Semua dah hantar dobi...ahad ni nak ambik (belum settle)

Kemas Rumah - Ingat nak kemas Selasa depan jer lah (belum settle)

Service Kereta - Ini kerja laki aku nak book tinggal nak hantar jer Sabtu ni (belum settle)

Baju Raya Mak dan Abah -Hari Sabtu kita shopping yek....cian mak aku. Call jer tanya bila nak keluar. Ampun mak.

So far itu jer lah yang aku ingat kena buat...tapi mesti ada yang tercicir nanti. Biasa lah saya hanya manusia biasa....muahahaha.  Selalu hari yang paling busy untuk aku satu hari sebelum raya. Seawal 7 pagi aku dah keluar gi pasar ambik barang2 yang aku order. Lepas tu hantar umah mak kat puchong, hantar umah mak mertua pulak. Tahun ni aku nak masak sendiri rendang dan kuah kacang nak makan sama2 malam raya....cewah. Beriyo2 nko ya Elly...kita saksikan jer lah ya...jadi ker tidak rendang tok aku nanti.

Nanti sambung lagi yek....busy tengah arrange hamper untuk boss.

12 comments:

intandayani said...

Nak raye rumah Kak Elly boleh?haha

Elly said...

@intandayan ....meh la

Anonymous said...

kak elly, mn order ketupat palas?

Anonymous said...

lontong ke lemang kak? hehehe

-sha-

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Salam kenal yer.. i pun banyak benda lg yg tak settle..tgh dok adjust masa nie..macam la bz sgt..hehehe ;)
btw I dh follow sini.. #666 nice no..=D

Elly said...

Anony - Kat Pasar Taman Tun

Anony - Lontong

Mrs Secretary - Thanks Laling

anna hashim said...

kak elly..saya nk raya rumah kak elly gak..

ana baca entry ni pun da rasa penat, inikan plak kak elly yg buat semua..hehehheeeee

Elly said...

anna: Jemput2...

Haris Zuhaina said...

As Salam.. Lontong 40 batang??? Ka lemang :)
SELAMAT ARI RAYA...

Anonymous said...

ingatkan kat incik win bayar zakat :)

Elly said...

Haris - Lontong laling. Ini makanan orang jaya. Dia sama dengan nasi impit tapi balut dengan daun pisang

Anonymous said...

Ini kali kedua raya yang paling sepi untuk saya, anak anak semua dgn bekas suami,kali pertama waktu sambung study kat uk dulu. i dont know how to face it. untung u elly! ( sibuk dan letih itulah kebahagian sebenarnya kerana kita buat untuk org2 yg kita sayang)