Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 17, 2013

Movie time!!

Hari ni rehatkan gambar makanan sekejap.... kalau aku upload gambar lauk aku akan tension tetiba sebab tak tahu nak masak apa hari ni. Hari ni ingat nak hint En Win makan kat The Ship....hahaha dah start malas nampak!!
 
Gambar ni pun dah lama terperap dalam draft sbb tuan belog sibuk nak riak gambar lauk yang tak seberapa tu. Movie time!! Ini lah hobby kami sekeluarga selain makan dan karaoke. Bila orang tanya kenapa aku tak nak tambah anak lagi...jawapanya senang jer...kalau ada baby aku tak dapat nak bersantai memalam macam ni. Mesti En Win jer pergi aku kat rumah kena netek kan baby....tak mau....zaman tu dah lama berlalu. Dua orang ni pun aku tak terkawal asyik bergaduh jer. Kadang2 pasal budak dua orang ni boleh jadi berperang satu rumah...aku side adik...En Win side Yaya....lepas tu terjadi lah tidur ngan anak masing2....hahahaha.
 
Sebelum tu meh kita emo sikit...hahaha bulan puasa nak emo kan...suka lah kan!! Aku rasa nak mengekalkan sebuah keluarga yang bahagia bukan perkara yang mudah. Zaman nak lentuk2 kan kepala kat bahu suami, nak jalan peluk2 pinggang suami, nak makan suap2 mungkin jarang akan berlaku bila memasing dah punyai anak. Aku cuba kekalkan zaman tu dengan kerapkan keluar  dan bercuti bersama.
 
Situasi yang selalu berlaku dirumah sekarang...kerja dari pagi sehingga petang....balik kelam kabut buat kerja rumah....laki pulak sibuk ngan motor atau kereta....dah cuci pun nak lap 80 kali. Masa nak berborak cuma time makan jer...lepas tu tengok tv...duduk sofa yang berasingan. Time tidur baru nak borak 2 atau 3 patah perkataan dah berdengkur. So bila time nya nak manja2. Aku memang sangat2 ambik berat perkara macam ni...aku tak suka kehidupan yang rutinnya sama setiap hari...apa yang aku lakukan cuba cari hobby yang kami boleh lakukan bersama.
 
Contoh karaoke...boleh nyanyi bersama2....waktu tu boleh luahkan perasaan sambil nyanyi....bagi pasangan rasa terharu...tujukan lagu untuk pasangan. Sambil nyanyi boleh manja2...lentuk2 kan kepala....hahaha...cian kan!!. Anak2 pun boleh enjoy dengan lagu mereka.
 
Tengok wayang....kalau boleh nak buat setiap hujung minggu...tapi aku ada masalah bila tengok midnite sebab aku kuat membuta. Kul 12.30 malam jer mata aku macam ada gam...tapi teman gak suami ngan anak2...boleh tidur sebelah suami sambil berpegangan tangan...anak2 sila duduk tempat masing2 ya.
 
Aku kalau boleh nak contohi omputih...walaupun dah tua masih kekalkan kasih sayang...berpegang tangan dan tidur berpelukan walaupun usia dah 70 tahun. Berlainan dengan orang melayu yang sifat malunya sangat tinggi nak pegang tangan depan cucu pun malu. Kita hidup dalam dunia ni tak lama dan tak tahu sampai bila kita akan bersama...jadi setiap hari jadikan hari yang tiada hari esok lagi...faham maksud aku. Itu yang aku cuba perbaiki dan usahakan sampai hari ni supaya tiap hari kasih sayang kami sekeluarga semakin hari semakin bertambah. Jangan cakap aku nak tunjuk bagus ya aku cuma nak kongsi bersama macam mana kita boleh kekal kan kebahagian...kalau korang ada tips boleh jer kongsi bersama reader.
 
 
 
Kenapa pengan dagu seaba ada jerawat besar kat dagu...Nampak sangat kuat berangan.  Dah ada anak ni layan cite cartoon je lah. Cite romen2 kena letak tepi...eh bulan puasa...maafkan hamba!!
 
 
 
Budak yang suka buat aku sekali terbabit dalam perang mereka. Hari2 ok bergaduh!! benda kecik jer pun...Yaya tak nak temankan adik susun buku...Yaya tak nak mandi ngan adik...Yaya tak nak main ngan adik...huuuuuhhhh boring ok!!
 
 
 
Cartoon....time!! Ambik twin seat senang aku nak membuta
 
 
 
Movie start pukul 11.45 pm jer....waktu kat kaunter ni aku dah menguap 80 kali sampai air mata terkeluar...hahaha
 
 
 
Ini makan ker melantak!!
 
 
 
Dua straw sekali sedut
 
 
 
Makanan wajib...sekali beli sampai 3
 
 
 
Walaupun nakal ya Rabbi tapi inilah nyawa aku dan suami
 
 
 
Enjoy ya...mama temankan 1/2 jam yer....yang lain esok cite kat Mama
 

6 comments:

intandayani said...

bestnye camni K.Elly..Tapi sy ni tak larat la nak bermidnight movie kat wayang..Layan kat rumah jela..Da bayar astro mahal2 watpe kan

Irfa said...

aku pun nak macam tu
ada masa utk diri sendiri dgn somi
bukan tak nak ada anak sekali tp sekali sekala nak jugak keluar berdua
smoga bahagia milik kita semua

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

part menguap sampai keluar air mata tu pun selalu terjadi kat saya kak.. haha

izah said...

Saya doakan kebahagian elly berkekalan hingga JANNAH..ameeen...cepatla bagi resepi Ayam sambal tu nak buat weekend ni la...huhuhu..

suri said...

Betu tu k.elly..sy yg baru setahun kawen ni pun dh mcm hambar.since ada ank ni lain mcm dh sikap memasing..sume nk serius je.hati ni dari sehari ke sehari nk slow talk ngn suami pasal ni tp asek la tertangguh last2 mkn ati sendiri..bhaya tu kan..tp aritu g bazaar bdua ngn suami..tetiba suami pegang tgn..dlm ati saya senyum je..rasa bahagia gila (gila psycho haha).

Anonymous said...

tak suma omputih tido berpeluk sampai umur 70. banyak yg skrg tido berasingan. sda tu laki umur 50pkus bila bini menopause laki dok gi internet for free sex.
or new wife from filipin or thai.