Nuffnang Advertisement

Friday, July 26, 2013

Lauk berbuka semalam..

Semalam masak simple....aku sediapkan lauk untuk budak2 jer. En Win nak makan roti jer takut tak muat baju melayu katanya. Aku suruh beli saiz L dia nak cabar diri beli saiz M (slim fit cutting) pulak tu. Suka hati kau lah Bang. Yang penting baju bini you vogue tahun ni...khas dari RUBAQ.....muahahaha. 3 pasang ok baju aku. Setahun sekali baru nyonya jahit tu jumpa muka aku. "u raya baru nampak muka...talak raya talak latang". "Wa latang pun kira baik nyonya".

Jom cuci mata lauk yang sama setiap hari...ada aku kesah...janji kenyang!!



Bahan2 untuk masak kari daging



Kari Daging


Brinjal Goreng Cili. Bawang kecik 2 ulas, Bawang putih seulas, Cili merah 2 biji dan anak udang kering dalam segemgam. Tumbuk semua dan tumis kan. Sebelum tu goreng brinjal tu dulu dengan api yang sederhana.



Lauk ni sedap sebab ada anak udang kering...goreng nak dekat2 berbuka. Gaul dengan nasi panas2...mak mertua lalu tak nampak yer.



Ini Ameera punya lauk tiap2 hari. Tak masak majuk... dagu panjang sampai boleh letak cawan.

Itu jer lauk perempuan pemalas. Kuih tak ada, Sayur tak ada, Ikan pun tak ada. Ini jer yang mampu mak kau fikir kan waktu tu. Sabtu ni gi pasar kita beli bahan mentah2 banyak ya.


3 comments:

intandayani said...

Kire rajin la ni Kak Elly..Ingat kari daging cepat ke nak msk?

Anonymous said...

Cayale Elly..dahle lawa, pandai masak pulak tu..

Miss arfisa said...

rajin la kak elly nie. slalunya org yg keje, mst beli je lauk.huhu. nati nk p raya umah kak elly ble?hehehhee