Nuffnang Advertisement

Thursday, July 18, 2013

Kak Ton kembali busy...



Matilah siapa google nama Kak Ton keluar pulak blog aku ni....mesti orang konpius ingat kak ton waktu muda....hahahaha. Nak jugak jadi kak ton. Sorry ya aku dah jadi Izzah disamping Abang Aaron sehingga akhir hayat. "Tuhan tolong...lembutkan hati dia"...hahahaha

Tahun2 lepas kalau bulan puasa jer aku ngan En Win mesti busy berniaga... En Win sibuk ngan kedai dan down town bazaar aku pulak sibuk berniaga baju kurung kanak-kanan kat bazaar The Curve. Tapi tahun ni berlainan sikit....En Win dah tak berniaga lagi dia sibuk buat removers and transportation kata melayunya Permindahan. Tak sangka raya ni ramai bebenor orang nak pindah rumah....bukan pindah rumah aje En Win juga incharge untuk pemindahan office juga. 

Dulu kalau sebut perkataan pindah aku mesti ingat lorry2 india tepi jalan tu. Waktu En Win cakap nak beli lorry nak buat perniagaan movers aku terbayang En Win duduk kat bawah pokok tunggu customer....Hahaha. Kena marah kaw2 ok...rupanya permindahan sekarang amat2 berlainan  orang pindah nak shrink wrape bagai....balut elok2....letak dalam kotak cantik2....label semua. Tanjat aku kadang2 kos pemindahan rumah jer boleh sampai RM2000 - RM6000. OMG...rupanya macam ni yek orang pindah rumah sekarang. Tapi jangan pulak korang ingat bila nak pindah jer RM2000...ada juga yang murah depend pada berapa banyak barang dan location yang nak dihantar. Lepas berbincang laki bini kita orang decide beli lorry.....no more berniaga baju lagi kecuali aku jer yang teruskan perniagaan online. Sekarang MG MOVERS dah ada 3 lorry (3 tonne dan 1 tonne)

Alhamdullilah semakin hari semakin berkembang kami dah ada 3 pekerja sales dan 2 pemandu lorry. Aku tetap membantu En Win dari sudut Admin, HR dan Account. See 3 kerja sekaligus aku buat....bila mintak gaji katanya tak ada peruntukan lagi untuk aku....terbakar ok!!



Lorry 3 tonne


Lorry 3 tonne


Lorry 1 tonne

Actually banyak lagi cite tapi dah nak kena keluar pulak.....so sesiapa nak pindah rumah or office yang memerlukan professional packing and service boleh hubungi En Win . Kitaorang jugak ada menyediakan service untuk warehouse. Maksudnya sewa tempat penyimpanan barang. Contoh korang dah jual rumah tapi rumah baru belum siap lagi....so barang2 rumah tu boleh simpan di tempat warehouse kami dan bayar secara bulanan. Kalau tak faham boleh email ya!!

Click jer nama tu....dan terus boleh tanya soalan ya!!

4 comments:

Irfa said...

KALAU PINDAH DR UTARA KE SELATAN PUN BOLEH LA YE?OK..SMOGA BISNES MAKIN MAJU

Pius xtau said...

kalau lori 3 ton dan 1 ton yg putih bersih tu kak elly tampal sticker pun best jugak.. advertising tu.. mcm link kt bawah ni..

http://4.bp.blogspot.com/_SoCzywzEQxU/TJfYsKqa-pI/AAAAAAAAAwQ/lF9UDyu_kfw/s1600/Sticker+Lorry_Anjungserai.jpg

time kat jalan raya orang boleh nampak... design cecantik..

#admire kesungguhan kak elly & keluarga berbisnes.

Nor Azlin Abd Rashid said...

akak ni suami isteri memang pandai berniaga.. ader jer idea nak carik duit lebih.. semoga berjaya selalu kak.. bulan 10 nnt mesin ice-krim saya jgn lupa..ha3.. saya pun nak berbisnes cam akak gaks..jgn xtau..ellyinwoderland its my idol in business okayy..(muntah darah la akak baca comment ni..)ihik3.. selamat berpuasa kakak and ur small lovely family.

Anonymous said...

boleh email saya tak mengenai warehouse..

nuhidayah.y@mohr.gov.my