Nuffnang Advertisement

Tuesday, June 18, 2013

Bangkok...day 3

Hari ketiga seawal pukul 7.00 pagi kita orang dah bersiap sedia untuk ker Damnoen Saduak Floating Market. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Sempat lah aku berdengkur dalam kereta...nak tengok keindahan kampung...nando ya sebab aku lebih mementing tidur yang mencukupi agar muka kekal berseri....cewah!!

Selalu tengok kat Discovery Channel pasal Floating Market...alhamdullilah aku akhirnya sampai ketempat ini bersama anak2. Teruja sebab dapat pengalaman baru...pengalaman yang tidak dapat dilihat ditempat kita.



Pukul 9 pagi kitaorang dah sampai ke jetty Damnoen Saduak.

Seperti yang sudah aku mention diawal episod lagi...muahahah. Entrance agak mahal RM100.00 per person. Kanak2 dan dewasa sama harga perjalanan pergi dan balik selama 1 1/2 jam. Tambang pergi balik menaiki teksi RM150.00. Silakan ketepikan duit awal2 ya korang. Janganlah berkira sangat bukan senang dah sampai tempat2 macam ni kan!!



Suka3


Bangga sekejap sebab dapat bawak anak2 tempat2 yang pelik macam ni...biar kekal dalam ingatan korang sikit. Ni asyik tengok you tube jer...sekali sekala bukak minda tu sikit.


Perjalanan dari Jetty ke Floating Market dalam 1/2 jam



Aku tengah download keek...sila lah tengok keek saya ya!!


 

Perkampungan air di Floating Market



Comel dan bertenaga nenek ni menjual kerepek2 dan buah2an. Insaf sekejap...



Sempat beli Fridge Magnet untuk kengkawan. Itu jer mampu aku bagi korang...simpan elok2..bukak fridge tu ingat muka aku sikit



Belum sampai kat floating market lagi...tapi korang boleh beli kat tepi2 ada jual banyak barang perhiasan. Apa Yaya buat tu...korek2 kaki orang suruh tengok kiri kanan.


Sempat beli kuih kelapa..sedap rasa manis air kelapa! Sempoi jer masak atas sampan..dengan tong gas sekali diaorang angkut.


Dari pagi tak ambik bekpes...so singgah jap makan mee hoon soup atas sampan. Pengalaman jual  beli atas sampan...order...ambik...lepas tu makan dalam sampai sambil diorang bawak round2...habis makan pulangkan balik mangkuk..cute jer. Beratur jer sampan lain tunggu turn..hahaha. Ini pun korang boleh tgk kat keek aku!!

Nampak tak kiri kanan sampan...kalau nak beli kau suruh pendayung tu gi ketepi.


LV pun ada jual korang...hahaha


Dah sampai pun floating market. Ada orang tanya "busuk tak air sungai tu"....jawapannya tidak. Nampak jer macam kotor tapi tak berbau langsung.


Bandar air yang sibuk dengan pelancong

Kebanyakan peniaga menjual sayur-sayuran, buah-buahan, makanan di dalam sampan. Yang kat tepi2 tu banyak jual barang perhiasan.

 

Bestkan!!

Dah puas keliling floating market selama 1 1/2jam marilah kita pergi ketempat lain pulak.


Kalau dah ke Bangkok tak naik gajah mmg rugi lah rasanya. Anak2 memang nak naik sangat gajah sbb nampak aku ngan En Win kat Phuket hari tu. So marilah anak2...kita menunggang gajah. Fees naik gajah ni RM20.00 seorang.


Aku naik dengan adik aku...tergelak2 kat atas gajah tu.


En Win naik ngan anak2

Puas naik gajah kita tgk pulak monkey show...layan jer lah kemahuan anak2...kata percutian keluargakan. Entrance fees RM20 jugak

 

Setakat tgk monyet pun korang tunjuk best


Lari2 lompat..show selama 1/2 jam jer


Holloh...cutelah konon


Bergambar kenangan dengan monyet...muahaha


Salam2

Puas hati dah dapat naik gajah.


Malam tu dinner makan seafood jer lah...tapi tomyam tetap ada sebab rasanya mmg tak terkata sedapnya.  Hari ketiga aktiviti penuh dengan melawat tempat pelancongan sekitar Bangkok.

Esok sambung day 4 ya!!

8 comments:

Capt Lalok said...

Elly, suka tgk gambo adik dgn yaya kedua last kat meja makan tu..adik so cute, tak sengih pun..muka manis je..gen baik korang berdua nih..heheheh

btw, doa u sefamily bahagia sentiasa..

Irfa said...

wow menarik nya'
nape ye org kata tomyam kat sana lagi sedap?mgkinkah sbb itu negara kelahiran tomyam?hehe

Anonymous said...

Kak, kena jawab ni.... hehe Tempat naik gajah tu dekat dgn floating market tu ke?

p/s: sy yang nak pegi krabi &bangkok tu. hehe (naddf)

Elly said...

Anony: Yupe dekat dengan Floating Market

-♥♥-ThE NaiM CollEctiON-♥♥- said...

elly...
kalo nak jual baju t online..u prefer mana?...china or thailand?..kualiti pulak macam mana??

errr..bila 2nd trip g china?..hehehe..

Rina Rosdi said...

Kak Elly, tempat makan tue kat mana?? Nama kedai?

Rina Rosdi said...

Kak Elly, kedai makan best kat mana? Nama kedai?

sarah said...

SAYA SUKA BLOG NI..HARI2 MESTI BACA BLOG KAK ELLY..